Bisnes Manipulasi Perhatian Manusia Anda Mengawal Atau Dikawal



Berada dalam kawalan memerlukan usaha (yang lebih). Ia juga memerlukan anda kadangkala membayar wang sebenar. Tetapi adakah anda benar-benar mahu perhatian anda dijual dan dimanipulasi oleh syarikat besar seperti Google dan Facebook?
Terdapat dua orientasi model bisnes iaitu ‘tolak’ dan ‘tarik’.
Sebagai contoh untuk bisnes bersandarkan model ‘tolak’, anda buka televisyen yang bersiaran langsung, dan anda akan menonton apa sahaja yang diputuskan oleh stesen televisyen.
Pada zaman awal internet, kebanyakan orang menulis di laman web dan blog. Untuk memudahkan kemas kini artikel baharu, pengguna melanggan agregator RSS yang mengumpul maklumat dari pelbagai blog dan tapak berita. Agregator RSS hanya mengambil semua item berita dari pelbagai laman, dan ia meletakkannya secara berurutan.
Anda tidak suka sumber berita yang dilanggan? Anda berhenti melanggan. Mudah dan ringkas. Senarai mel berfungsi dengan cara yang sama – anda menerima e-mel apabila seseorang mempunyai kandungan baharu.
Inilah dia model berorientasikan ‘tarik’. Andalah yang memilih sendiri sumber yang anda ingin lihat atau baca.
Kemudian, munculnya Facebook, Twitter, dan media sosial lain. Pada awalnya, ia berfungsi seakan laman web dan blog yang lain. Anda buka Twitter, anda akan lihat siaran tweet dari orang yang anda ikuti. Anda tidak berminat lagi hendak mengikuti mereka? Tiada masalah. Hanya perlu ‘unfollow’ sahaja.

Walau bagaimanapun, industri kemudiannya bergerak ke arah yang berbeza. Syarikat besar ini cuba mengawal apa yang anda lihat dan baca. Kebanyakan jurutera dan pengaturcara bekerja keras di sebalik tabir bagi memastikan anda kekal terpaku pada skrin.
Cara paling mudah, mereka kembali semula kepada model ‘tolak’, tetapi mereka mencari kandungan yang anda mungkin suka, lalu ‘menolaknya’ kepada anda. Syarikat besar ini berasa seperti mereka boleh memutuskan perkara yang perlu dilihat oleh semua orang.
Sebagai pengguna, anda tidak lagi berada dalam keadaan ‘mengawal’. Para ‘tokoh korporat’ kembali bergelut untuk mengawal sepenuhnya apa jua yang anda dapat tonton dan baca.
Bisnes ini menjadi semakin besar, dan semakin ‘berharga’ kerana ia adalah cara yang terbaik untuk menjana wang bagi syarikat-syarikat besar itu. Tetapi ia juga menjadi kuasa yang bernilai politik. Maka tidak dapat dielakkan lagi apabila beberapa negara di dunia akan mengawal selia media-media ini untuk memastikan anda melihat ‘perkara yang betul’ menurut kaca mata mereka.
Namun begitu, masih ada beberapa medium yang memberikan anda kawalan, contohnya:
1. Laman web dan blog masih wujud di dunia internet ini. Anda masih boleh menggunakan agregator RSS untuk melanggan. Anda bleh langgan artikel terbaru omghackers.com menggunakan e-mel. Tak suka? Boleh serta-merta berhenti melanggan. Percuma sahaja.
2. Telegram juga boleh digunakan sebagai agregator berita yang baik. Anda pilih sendiri apa yang anda ingin ikuti. Tak minat? ‘Leave’.
3. Twitter mempunyai satu ciri yang bagus iaitu ‘Twitter Lists’ yang membenarkan anda mengikuti individu/akaun tertentu dan hanya melihat kandungan daripada mereka. Anda boleh rujuk: Twitter Lists
4. Enjin carian yang lebih privasi seperti Brave Search dan DuckDuckGo harus diberi lebih peluang untuk digunakan. Enjin carian seperti ini akan memberi anda apa yang patut anda ‘jumpa’ dan lihat, dan bukannya apa yang ‘difikirkan sendiri’ oleh enjin carian itu untuk anda jumpai.
5. Bacalah buku. Majalah berkaitan PC contohnya, bagus untuk ditelaah di rumah.
Terdapat banyak lagi contoh lain. Podcast di Spotify juga boleh diberikan perhatian. Nak dengar cerita hantu? Nak belajar bahasa baru? Semua ada.
Post ini bukan hendak mengajak anda meninggalkan Facebook, Twitter, Snap, TikTok, atau apa jua media sosial lain – tetapi kita seharusnya dapat mempelbagaikan lagi sumber maklumat dan menjadi penentu, pengawal, dan ‘pemilik’ maklumat yang kita ingin lihat/baca.
Manipulasi perhatian manusia berkemungkinan tidak akan berhenti buat masa ini. Persoalannya, apa yang anda lakukan dengan maklumat ini, itulah yang menjadi penentuan kepada persepsi anda mengenai diri sendiri dan dunia pada masa akan datang.
The post Bisnes Manipulasi Perhatian Manusia: Anda Mengawal Atau Dikawal? appeared first on OMG! Hackers?.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://omghackers.com/bisnes-manipulasi-perhatian-manusia-anda-mengawal-atau-dikawal/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pulse Oximeter Berbaloi Atau Tidak Untuk Dimiliki Semasa Covid19

Pulse Oximeter Berbaloi Atau Tidak Untuk Dimiliki Semasa Covid19

papar berkaitan - pada 29/10/2021 - jumlah : 203 hits
Jika anda mempunyai simptom sesak nafas atau penyakit paru paru atau jantung yang diketahui doktor anda mungkin mengesyorkan penggunaan oksimeter nadi Oksimeter nadi atau Pulse Ox ialah peranti elektronik yang mengukur ketepuan oksigen yang...
Ada Kah Anda Terjumpa Insan Ini Sudah Lama Tak Nampak Hilang Atau Menghilang

Ada Kah Anda Terjumpa Insan Ini Sudah Lama Tak Nampak Hilang Atau Menghilang

papar berkaitan - pada 30/10/2021 - jumlah : 164 hits
HAMZAH RIE NAPS Ada ker lagi Siti zailah ni diatas planet bumi lama Tak dengar suara dia berkobar kobar nak tutup aurat pramugari Cepat la sikit buatnya aunta Read thisSiti Zailah Mohd Yusoff tahu tak cara nak tutup aurat pramugari MAS Ini ...
Pergerakan Menaik Atau Menurun Pasangan Usd Jpy

Pergerakan Menaik Atau Menurun Pasangan Usd Jpy

papar berkaitan - pada 30/10/2021 - jumlah : 197 hits
Pasangan mata wang USD JPY didagangkan pada tahap 113 65 semasa penulisan dan sedang bergelut dengan sukar untuk melantun semula selepas mendapat sokongan kukuh Dalam jangka pendek ia bergerak mendatar membangunkan segi tiga Penembusan menu...
Pemprov Dki Sebut Polisi Bisa Cek Bukti Lulus Uji Emisi Kendaraan Atau Lewat Aplikasi

Pemprov Dki Sebut Polisi Bisa Cek Bukti Lulus Uji Emisi Kendaraan Atau Lewat Aplikasi

papar berkaitan - pada 30/10/2021 - jumlah : 261 hits
Selain itu Asep menyatakan pengecekan juga dapat dilakukan melalui aplikasi e uji emisi Yakni dengan memasukkan nomor polisi kendaraannya
Hiburan Duhai Wanita Yang Muda Atau Tua Henti Buat Konten Joget Malu Itu Iman Ustazah Asma

Hiburan Duhai Wanita Yang Muda Atau Tua Henti Buat Konten Joget Malu Itu Iman Ustazah Asma

papar berkaitan - pada 29/10/2021 - jumlah : 241 hits
Pendakwah wanita terkenal Ustazah Asma tampil memberi teguran kepada kaum wanita yang kini dilihat lebih kerap memuat naik di plaftom media sosial melakukan aksi tarian demi mengikut trend ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementMenerusi akaun Faceb...
Tuai Pro Kontra Gwyneth Paltrow Larang Anaknya Makan Nasi Atau Mi Kenapa Ya

Tuai Pro Kontra Gwyneth Paltrow Larang Anaknya Makan Nasi Atau Mi Kenapa Ya

papar berkaitan - pada 29/10/2021 - jumlah : 186 hits
Mantan istri Chris Martin ini sampai disoroti oleh ahli gizi dan beberapa orang tua di seluruh dunia karena keputusan ini
Nak Tahu Perkembangan Anak Normal Atau Lambat Red Flags Ini Que Ibu Ayah Alert

Nak Tahu Perkembangan Anak Normal Atau Lambat Red Flags Ini Que Ibu Ayah Alert

papar berkaitan - pada 28/10/2021 - jumlah : 408 hits
Bahaya kalau ibu ayah tidak ambil tahu Red Flags perkembangan anak Apa pula Red Flags ini kan Bendera merah kah Sebenarnya Red Flags ini macam que untuk ibu ayah ambil langkah segera untuk bantu perkembangan anak Kadangkala ibu ayah jadi lu...
Seseorang Pemimpin Yang Berada Di Jalan Benar Wajar Tidak Anxiety Atau Stress Jika Diuji

Seseorang Pemimpin Yang Berada Di Jalan Benar Wajar Tidak Anxiety Atau Stress Jika Diuji

papar berkaitan - pada 28/10/2021 - jumlah : 110 hits
Pemimpin yang sentiasa mempunyai PRINSIP amanah dan berakhlak akan sentiasa berada di landasan yang betul dan benar sewajarnya tidak mudah tertekan cemas anxiety gelabah Sudah tentu dia ada back up ada sokongan dan secara tenang membuat adu...
Dap Atau Amanat Hadi Yang Haram Sesat Menyesatkan Jakim Jangan Jadi

Dap Atau Amanat Hadi Yang Haram Sesat Menyesatkan Jakim Jangan Jadi

papar berkaitan - pada 29/10/2021 - jumlah : 171 hits
Isu DAP satu survival buat politik PAS 50 tahun akan datang cerita tak habis Apa pun terbaik buat Bro Jemming
Pesanan Buat Sang Suami

Politikus Merosakkan Nama Raja Raja Melayu

Kisah Bekas Pekerja Kfc Dan Boikot

Parents More Involved In Autistic Children S Learning Post Pandemic

Thousands Rally On Labour Day Demand Better Rights

Set Up Gig Workers Commission Quickly Says Anwar

Continuous Learning

Pesanan Datin Thalia Kepada Wanita Jadilah Wanita Yang Mahal



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan

5 Tumbuhan Penghalau Kucing Yang Turut Mencantikkan Laman Rumah


Tinta Bernoktah

Peluang Bisnis Digital Apa Yang Bagus Tahun 2024

The Hardest Singing Show

Dato Azizul Khamis Feat Alyah Joget Celoteh Raya Chord

Awak Solat Tak 5 Waktu Jika Tidak Awak Balik Saja

Jkn Pahang Rampas Produk Ubat Tidak Berdaftar Kosmetik Tiada Notifikasi Bernilai Rm1 Juta