Parlimen Tidak Akan Dibuka Tetapi Dibubar


RESPON

Guan Eng, Mat Sabu dan Anwar
mengharap terus.KESIHATAN demokrasi di negara ini seperti kebah sedikit setelah mengalami demam panas sejak proklamasi darurat 12 Januari lalu. Titah penjelasan oleh Yang di-Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri'ayutuddin Bilah Shah semalam dilihat usaha untuk mengebahkan demam demokrasi yang dibimbangi ramai sebelum ini.
Sebelum ini demokrasi Malaysia dan parlimen diterjemahkan sebagai sudah mati di negara ini apabila proklamasi diisytiharkan. Proklamasi itu dibuat tanpa hujah yang kemas dan melampau logikal menyebabkan ianya dilihat sebagai helah Perdana Menteri Muhyiddin Yassin saja yang mahu menyelamatkan dirinya daripada dijatuhkan dalam parlimen.
Umum tahu kedudukan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri Tidak Cukup Nombor, (PMTCN) bagaikan telur hi hujung tanduk apabila beberapa ahli Parlimen Umno, seorang demi seorang menyatakan menarik sokongan. Hakikatnya majoriti mudah yang dipunyai Muhyiddin membolehkan beliau tubuh kerajaan sudah "nuzyuz".  
Apabila parlimen digantung beralaskan darurat berbagai tafsir buruk terhadap demokrasi negara ini dilemparkan. Presiden Umno Zahid Hamidi menyifatkan demokrasi sudah dikafankan. Tanggapan paling popular disebalik tindakan itu bukan untuk cegah Covid tetapi untuk selamatkan kedudukan Muhyiddin. 
Bagaimana pun semua sinikal itu terhenti semalam apabila Yang di-Pertuan Agong menerusi Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Ahmad Fadil Shamsuddin memaklumkan Yang diPertuan Agong menitah parlimen boleh bersidang dalam tempoh darurat.

Ketetapan dan kuasa itu menurutnya termaktub dalam sub perenggan 14(1)(b) Ordinan Darurat (KuasaKuasa Perlu) 2021 yang menyatakan bahawa Parlimen hendaklah dipanggil, diprorog dan dibubarkan pada satu tarikh sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong atas nasihat perdana menteri.
Serentak dengan penjelasan dan penegasan itu timbul berbagai reaksi dalam mengalu-alukan langkah itu. Ada yang menggesa perdana menteri Muhyiddin Yassin menasihat Agong agar memanggil segera sidang Parlimen mengikut takwim parlimen.
Pihak pembangkang telah menggesa Muhyiddin segera menasihati Yang di-Pertuan Agong agar memanggil segera sidang.
Gesaan itu dibuat oleh pembangkang beberapa jam sahaja setelah kenyataan itu keluar, dibuat menerusi satu kenyataan media yang ditandatangani bersama oleh Presiden PKR Anwar Ibrahim, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Presiden Amanah Mohamad Sabu.
Sambil mengalu-alukan penjelasan itu Majlis Presiden PH juga menjunjung kasih ke atas Yang di-Pertuan Agong atas pandangan yang dizahirkan itu bahawa Parlimen boleh bersidang semasa tempoh darurat berkuatkuasa pada tarikh yang difikirkan sesuai oleh Agong.

Bagaimana pun gesaan PH itu dilihat sedikit kontras dengan pandangan Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah (foto) yang menurutnya Agong tidak perlu dengar nasihat perdana menteri untuk panggil sidang parlimen kerana Agong ada kuasa mutlak yang digaris bawahkan dalam Perlembagaan.
Katanya, sebenarnya memang kuasa Yang di-Pertuan Agong di bawah Perlembagaan untuk memanggil parlimen bersidang tanpa mendapat nasihat daripada perdana menteri apatah lagi di dalam keadaan darurat diisytiharkan. 
Pandangan Tengku Razaleigh itu menunjukkan Agong mempunyai kuasa mutlak ke atas Parlimen tanpa perlu dirujuk kepada nasihat perdana menteri. Memahami apa yang diungkap oleh  bekas Menteri Kewangan itu ia terletak kepada Agong untuk bila-bila masa memanggil sidang Parlimen.
Selain itu di pihak Umno juga turut mengalu-alukan langkah itu dengan menganjungi Yang diPertuan Agong sebagai ketua negara yang memayungi rakyat dengan meletakkan sistem demokrasi berparlimen pada tahap amat tinggi.
Hal itu disuarakan oleh Ketua Penerangan Umno Shahril Sufian Hamdan.
"Pendirian agar Parlimen kembali bersidang sesegera mungkin adalah selari dengan hasrat memelihara peranan "legislative oversight" atau semak dan imbang yang dimainkan oleh ahli-ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara" katanya.
Yang belum bersuara berhubung titah Agong itu hanya daripada parti Pam. Mungkin mereka tidak sedar atau reti hendak memberi apa-apa komen kerana sudah ralik dalam "benak beras" kekuasaan. BAN..  sungguh. 
Dengan titah penjelasan Agong itu, kini tidak timbul lagi persoalan apakah Parlimen boleh bersidang atau tidak. Muhyiddin sebagai perdana menteri tidak lagi boleh berlindung dan berdolak dalih atas apa jua alasan untuk tidak memanggil Parlimen bersidang untuk selamatkan dirinya. Titah Yang diPertuan Agong itu adalah respon kepada berbagai pihak yang musykil apabila Parlimen tidak dipanggil bersidang. Titah itu untuk mengebahkan demokrasi bukan tambah suhu demam.  

Dari segi moralnya, penjelasan Agong itu telah menempelak Muhyiddin dan seluruh anggota kabinetnya kalau mereka mahu menjadikan Parlimen sebagai penyelamat kuasa dan kedudukan masing-masing. Hakikatnya Parlimen bukan lagi benteng atau kubuh ampuh untuk Muhyiddin. Muhyiddin patut malu. 
Apapun sekiranya Parlimen berfungsi seperti biasa yang untungnya rakyat dan Parlimen itu sendiri berfungsi menjadi dewan tertinggi membincangkan permasalahan rakyat. Apa yang penting ialah sistem demokrasi negara pulih dan tidak ditohmah dengan persepsi negatif yang boleh memalukan negara. Menyihatkan demokrasi itu lebih diutamakan daripada menyihat dan menyelamatkan kedudukan mana-mana oknum atau individu. 

Muhyiddin tidak akan berani panggil
sidang Parlimen.Sebaik-baiknya apabila Parlimen (kalau) dibuka semula, semua pihak perlu memanfaatkan sebaik mungkin untuk rakyat bukan untuk terus memancing peluang untuk terus berantakan, berebut kuasa dan sebagainya. 
Ada tiga subjek atau mauduk yang perlu difokus oleh parlimen apabila ia bersidang nanti. Muhyiddin perlu membentangkan dasar Rancangan Malaysia (RMK) ke-12 yang masih belum ada dasar. Dasar itu nanti bolehlah dilihat sebagai manifesto atau pun agenda kerajaan PN.
Perkara kedua ialah memberi keutamaan kepada pemulihan ekonomi kerana ancaman pandemik ini. Semua pihak perlu sedar keutamaan memulih ekonomi dipasca Covid lebih penting daripada melihat dan berusaha untuk melihat mana-mana pihak untuk memimpin kerajaan. Satu hakikatnya, pihak mana jadi kerajaan sekalipun ia akan berhadapan dengan masalah pemulihan ekonomi. Kerajaan selepas Covid adalah kerajaan yang memikul biawak hidup yang dianugerahkan oleh dunia. 
Dan subjek ketiga tentulah mengenai Covid yang masih belum ada tanda-tanda pengurangan dari segi kes-kes yang dilaporkan. Perbincangan juga nanti perlu dibuat untuk melihat apakah program vaksinasi yang sudah bermula berjalan lancar, diterima rakyat samarata dan yang pentingnya keberkesanannya. Pelan harus difikirkan menghadapi kemungkinan Covid terus menggila. 
Bagaimana pun di sebalik titah penjelasan Yang di-Pertuan Agong semalam, dan kegembiraan kerana demokrasi sudah kebah, saya berpandangan ia tidak semudah itu Parlimen akan dibuka dan dipanggil bersidang. Kalau pun Agong ada kuasa untuk memanggil sidang Parlimen, baginda tidak akan bertindak semudah itu. Hendak tidak hendak suka atau tidak baginda pasti akan merujuk kepada memanda perdana menterinya sesuai dengan martabatnya Raja berpelembagaan.
Lantaran itu tidak terfikir oleh "beta" Muhyiddin ada keberanian untuk memanggil sidang Parlimen dengan situasi dirinya kini. Dalam kedudukan beliau bagaikan telor di hujung tanduk atau piring di tepi meja berlantai mar-mar, beliau tidak sanggup untuk menasihat Agong memanggil sidang Parlimen selagi tidak ada jaminan bertulis yang beliau tidak akan diganggu. 
Bagi beliau saya kira lebih bijaksana, menasihat Agong bukan buka Parlimen tetapi nasihat agar membubar parlimen.
Justeru semua pihak khasnya parti pembangkang dan kumpulan yang mahu menobatkan tokoh masing-masing jadi perdana menteri jangan mengharap dan menunggu akan memperolehinya menerusi  parlimen sebaliknya lebih afdal bersiap sedialah menghadapi pilihan raya yang bila-bila masa sahaja akan diumumkan. 
Tarikh pilihan raya selain dalam pengetahuan Tuhan ia ada dalam tangan Muhyiddin. Itulah kehebatan seorang perdana menteri di Malaysia. Sementara bagi memastikan demokrasi sihat walafiat, caranya ialah adakan pilihan raya. [wm.kl.9:12 am 25/02/2121]


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://msomelayu.blogspot.com/2021/02/parlimen-tidak-akan-dibuka-tetapi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Restoran Sudah Dibuka Tapi Masih Tidak Boleh Adakan Sidang Parlimen

Restoran Sudah Dibuka Tapi Masih Tidak Boleh Adakan Sidang Parlimen

papar berkaitan - pada 20/2/2021 - jumlah : 217 hits
POSTED BY AMIR WRLRKetua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoalkan pelbagai perkara yang gagal ditangani kerajaan Perikatan Nasional sehingga ke hari ini Beliau berkata segala galanya bermula dengan masalah keabsahan kerajaan dan m...
Semakin Ramai Mp Mahu Parlimen Kembali Bersidang

Semakin Ramai Mp Mahu Parlimen Kembali Bersidang

papar berkaitan - pada 18/2/2021 - jumlah : 224 hits
Semalam Timbalan Speaker Dewan Rakyat Azalina Othman Said yang merupakan ahli parlimen Pengerang menulis surat kepada Peguam Negara Idris Harun bagi menyatakan cabang legislatif telah lumpuh akibat keputusan eksekutif menggantung Parlimen G...
Ahli Parlimen Kl Boikot Mesyuarat Dengan Annuar Musa

Ahli Parlimen Kl Boikot Mesyuarat Dengan Annuar Musa

papar berkaitan - pada 19/2/2021 - jumlah : 260 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Ahli Parlimen di Kuala Lumpur memutuskan untuk tidak menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Konsultasi Wilayah Persekutuan esok berikutan gesaan pertemuan khusus mereka dengan Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa ti...
Parlimen Boleh Bersidang Tapi Bukan Untuk Agenda Politik

Parlimen Boleh Bersidang Tapi Bukan Untuk Agenda Politik

papar berkaitan - pada 19/2/2021 - jumlah : 246 hits
malaysiakini comDiterbitkan 19 Feb 2021 8 25 amBeberapa pemerhati politik berpendapat persidangan Dewan Rakyat boleh diteruskan sekiranya anggota parlimen tidak mempunyai motif politik dan hanya memfokuskan isu rakyat Jelas penganalisis pol...
Hans Isaac Beri Bayangan Mahu Rampas Kembali Parlimen Ampang

Hans Isaac Beri Bayangan Mahu Rampas Kembali Parlimen Ampang

papar berkaitan - pada 20/2/2021 - jumlah : 180 hits
AMPANG Penerbit dan pelakon Datuk Hans Isaac memberi bayangan untuk mencabar Datuk Dr Zuraida Kamaruddin bagi merebut kerusi Parlimen Ampang pada Pilihan Raya Umum ke 15 akan datang Ini susulan dakwaan Hans berjaya menawan kembali lebih 120...
Hebat Dua Menteri Ni Dari Satu Parlimen Yang Sama

Hebat Dua Menteri Ni Dari Satu Parlimen Yang Sama

papar berkaitan - pada 20/2/2021 - jumlah : 279 hits
Hamdan Taha1 mac akan buka sekolah rendah di seluruh negara dan april pula selepas spm akan di buka pula sekolah menengah Menarik bila pengumuman ini di buat oleh menteri pelajaran malaysia yang datangnya dari kelantan iaitu parlimen ketere...
Muhyiddin Tiada Sebab Lagi Tangguh Parlimen Selepas Semua Mp Menerima Vaksin Covid 19

Muhyiddin Tiada Sebab Lagi Tangguh Parlimen Selepas Semua Mp Menerima Vaksin Covid 19

papar berkaitan - pada 17/2/2021 - jumlah : 304 hits
KOTA KINABALU Tiada lagi sebab untuk Dewan Rakyat tidak bersidang selepas ahli Parlimen menerima vaksin nanti menurut Ahli Parlimen Kota Kinabalu Chan Foong Hin Chan berkata demikian susulan pengumuman Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yass...
25 Daripada 90 Ahli Parlimen Asean Bukan Wakil Rakyat

25 Daripada 90 Ahli Parlimen Asean Bukan Wakil Rakyat

papar berkaitan - pada 17/2/2021 - jumlah : 273 hits
Seramai 25 daripada 90 ahli Parlimen dari tujuh negara ASEAN yang menggesa Yang di Pertuan Agong serta Perdana Menteri membenarkan Parlimen bersidang secepat mungkin didapati bukan lagi wakil rakyat di negara masing masing demikian menurut ...
Ahli Parlimen Pkr Pertikai Sumber Kewangan Selepas Rina Selesaikan Hutang Lebih Rm1 Juta

Ahli Parlimen Pkr Pertikai Sumber Kewangan Selepas Rina Selesaikan Hutang Lebih Rm1 Juta

papar berkaitan - pada 17/2/2021 - jumlah : 291 hits
February 17 2021 Ahli Parlimen PKR Fahmi Fadzil membangkitkan bayaran hutang Rina Harun berjumlah RM1 3 juta PETALING JAYA Ahli Parlimen PKR Fahmi Fadzil hari ini secara tidak langsung mempertikaikan keupayaan kewangan menteri pembangunan w...
Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Hiking Gunung Bubu Gerik


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Restoran Teppan Maru Take Menyediakan Hidangan Autentik Osaka Jepun Chef Takeshi Wada

Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Lirik Lagu Aiman Tino Wani Kayrie

We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep