Parlimen Pentas Lawak Jenaka


Oleh ISMAIL HASHIM YAHAYAJuly 16, 2020 Bukan tidak biasa dengan situasi di Parlimen tetapi apabila menonton keletah Ahli-Ahli Parlimen yang menyindir Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr Mahathir Mohamad pada hari pertama sesi parlimen, terasa Dewan Rakyat bagaikan medan “sarkas”, macam menonton rancangan Maharaja Lawak
Bukanlah tujuan untuk menghina parlimen atau mempersendakan ahli parlimen tersebut kerana mereka juga adalah sang politikus yang berpengalaman, mungkin mereka telah lebih 20 tahun bersama Dr Mahathir, telah faham dengan tabiat bekas Perdana Menteri itu
Seeolah-olah menampakkan tiada keseriusan dalam sidang parlimen yang membicarakan isu-isu penting negara dan parlimen. Dr Mahathr sedang menghujahkan isu perlantikan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun
Untuk tidak merujuk kepada aksi-aksi mereka dalam menyindir Dr Mahathir, secara keseluruhan, kita tentu tidak ingin Parimen menjadi medan lawak jenaka pula
Adakah lakonan-lakonan yang berlaku di Parlimen memanifestasikan kedangkalan ilmu sang politikus sekarang? Sang politikus dengan pelbagai keletah dan ragam sindiran diselit lawak jenaka tentulah tidak mahu dianggap sebagai ahli Parlimen badut yang melakukan persembahan jenaka mereka di Parlimen
Adakalanya kelakar yang dilakukan seronok untuk dilihat, tetapi kebanyakannya boleh menjadikan rakyat meluat dan tidak tahan dengan kecetekan ilmu dan sikap yang ditunjukkan oleh wakil-wakil rakyat
Ahli politik yang menang dalam pilihan raya di atas mandat rakyat walaupun dengan kelayakan pendidikan yang minimum, dan ada juga dengan prestasi peribadi yang tidak mengambarkan teladan seorang pemimpin rakyat
Oleh itu sampai bila rakyat Malaysia harus menghadapi ahli politik yang sebegini? Adakah selamanya rakyat Malaysia yang semakin berpendidikan harus diwakili oleh ahli politik yang tidak kompeten dan berkualiti
Diharapkan tidaklah ada pula mereka berlumba menjadi badut politik. Dalam politik, semua orang harus serius dan pintar. Jika tidak, gelanggang politik akan menjadi panggung komedi dan para “negarawan” akan menjadi badut-badut politik yang berpengaruh besar terhadap adab politik itu sendiri. Dalam hubungan ini bagaimanakah perspepsi penonton dalam panggung politik
Dalam perbandingannya dengan program jenaka di stesen televisyen misalnya, penonton mungkin merasa terhibur dengan kelakar sang pelawak. Namun penonton memang memahami ini adalah pentas lawak
Bagi program seperti ini, program jenaka ia adalah faktor mutlak, kerana lakonan pelawak dianggap berjaya jika adegan dan kata-katanya membuat penonton ketawa berdekah-dekah
Tetapi apakah matlamat sang politikus di Parlimen yang melakonkan watak-watak kelakar dan jenaka di Dewan Rakyat
Politik di Malaysia memerlukan ahli politik profesional yang dapat mengseimbang dan memainkan peranan check-and-balance dalam sebarang dasar kerajaan
Peranan ini amat penting bagi mengelakkan dasar yang dirancang tidak mememnuhi kepentingan peribadi atau pun kepentingan parti dengan politik sempit
Dalam, hubungan ini politik Malaysia perlu diberi nafas baru. Stereotaip bahawa ahli politik adalah mereka yang mahir menipu atau memanipulasi wang rakyat yang telah beberapa kali didakwa oleh kes mahkamah melibatkan pimpinan utama negara perlu diberikan perhatian oleh rakyat. Jangan termakan dengan dedak dan wang sagu hati
Jika manifesto sebelum pilihan raya menjadi kayu ukur minimum untuk menguji keikhlasan dan ketulusan Kerajaan, rakyat Malaysia sudah pasti boleh mengetahui sejauh mana tahap kejujuran mereka dalam politik negara
Dalam hubungan ini profesionalisme yang merangkumi kepakaran, ketrampilan dan daya fikir dan kreativiti intelektual serta ‘problem-solver’ baik dari segi pemikiran dan percakapan dalam kalangan ahli kabinet negara perlu didasari dengan sikap kejujuran dan akhlak politik yang beradab
Ia memandangkan rakyat Malaysia adalah pemegang taruh terbesar politik negara yang perlu meneliti calon pilihan raya dan mengundi dengan lebih professional dan matang

*Kolumnis adalah pensyarah Jabatan Komunikasi, Fakulti Komunikasi, Seni Visual dan Pengkomputeran, Universiti Selangor (UNISEL).


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/07/parlimen-pentas-lawak-jenaka.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sidang Parlimen Ujian Pertama Kerajaan Tan Sri Muhyiddin Esok

Sidang Parlimen Ujian Pertama Kerajaan Tan Sri Muhyiddin Esok

papar berkaitan - pada 13/7/2020 - jumlah : 358 hits
Berdasarkan aturan tempat duduk sidang 18 Mei lalu serta peralihan sokongan sejak itu ada tiga blok utama di Parlimen PN 113 kerusi PH 91 kerusi Bebas 18 kerusi Jumlah Keseluruhan 222 Ujian pertama keutuhan Kerajaan Perikatan Nasional esok ...
Parlimen Terpaksa Bubar Jika Usul Muhyiddin Tukar Speaker Timb Speaker Gagal

Parlimen Terpaksa Bubar Jika Usul Muhyiddin Tukar Speaker Timb Speaker Gagal

papar berkaitan - pada 13/7/2020 - jumlah : 357 hits
Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki berkata sekiranya usul Perdana Menteri Muhyiddin Yassin untuk menggantikan speaker dan timbalan speaker Dewan Rakyat esok gagal parlimen terpaksa dibubarkan Asyraf berkata demikian merujuk kepada empat ...
Bomba Nyahkuman Bangunan Parlimen Sebelum Mula Sidang

Bomba Nyahkuman Bangunan Parlimen Sebelum Mula Sidang

papar berkaitan - pada 13/7/2020 - jumlah : 363 hits
KUALA LUMPUR 12 JULAI Menjelang persidangan Dewan Rakyat yang dijadual bermula esok sehingga 27 Ogos ini Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur hari ini menjalankan operasi ...
Mysejahtera Azeez Rahim Dan Redzuan Sekolahkan Maszlee Dalam Parlimen

Mysejahtera Azeez Rahim Dan Redzuan Sekolahkan Maszlee Dalam Parlimen

papar berkaitan - pada 13/7/2020 - jumlah : 482 hits
Dalam sessi perbahasan dan soal jawab YB Datin Seri Wan Azizah bertanya kepada Menteri Tugas Tugas Khas Datuk Seri Redzuan mengapa aplikasi MySejahtera dibangunkan oleh syarikat luar negara Beliau melahirkan rasa kebimbangan kerana data dat...
Kelaziman Baharu Parlimen Hanya Di Pusat Media Tiada Sesi Jolok

Kelaziman Baharu Parlimen Hanya Di Pusat Media Tiada Sesi Jolok

papar berkaitan - pada 13/7/2020 - jumlah : 282 hits
Prosedur operasi standard Parlimen menyaksikan perubahan ketara terutama melibatkan media dan pegawai pegawai Ahli Parlimen Media kini hanya ditempatkan di Pusat Media Parlimen dan tidak dibenarkan lagi berada di lobi utama Parlimen sekalig...
Sidang Parlimen Dijangka Paling Panas Pertukaran Speaker Ikut Perlembagaan

Sidang Parlimen Dijangka Paling Panas Pertukaran Speaker Ikut Perlembagaan

papar berkaitan - pada 12/7/2020 - jumlah : 444 hits
Astro Awani Salehuddin Saidin menjangkakan sidang Parlimen esok panas dengan perdebatan di antara Ahli Parlimen mewakili kerajaan dan pembangkang Gambar fail KUALA LUMPUR Usul pertukaran Yang Dipertua Dewan Rakyat esok merupakan satu proses...
Beberapa Aktiviti Di Parlimen Pd

Beberapa Aktiviti Di Parlimen Pd

papar berkaitan - pada 12/7/2020 - jumlah : 330 hits
11 JULAIKHIDMAT NASIHAT GUAMAN SYARIE PARLIMEN PORT DICKSON Telah berlangsungnya sesi pertama Khidmat Nasihat Guaman Syarie di Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Port Dickson pada hari ini Sebanyak 4 kes dikendalikan oleh Peguam Syarie Sdr Kamar...
Kerajaan Pn Campur Tangan Urusan Parlimen Pelabur Asing Lari

Kerajaan Pn Campur Tangan Urusan Parlimen Pelabur Asing Lari

papar berkaitan - pada 10/7/2020 - jumlah : 281 hits
Percubaan menukar Speaker Parlimen Tan Sri Mohamad Ariff Yusuf dan suasana berkecamuk politik di belakangnya mungkin akan menyebabkan pelabur asing tidak berminat menanam modal di Malaysia Bagi Ahli Parlimen Selayang William Leong Jee Keen ...
Pn Mahu Kuasai Spr Dengan Pecat Speaker Parlimen Ph

Pn Mahu Kuasai Spr Dengan Pecat Speaker Parlimen Ph

papar berkaitan - pada 11/7/2020 - jumlah : 279 hits
Kerajaan Perikatan Nasional didakwa mempunyai agenda lebih besar apabila mengusulkan penamatan khidmat Speaker Tan Sri Mohamad Ariff Yusuf pada 13 Julai ini Ahli Parlimen Sungai Buloh Sivarasa Rasiah mendakwa kerajaan PN berkemungkinan besa...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sambut Raya Dengan Gaya Di Melawati Mall

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


It S My Life I M Taking It Back

Advertise Up To 200 Million Emails

Burung Jatuhkan Tangan Manusia Di Halaman Sekolah

Pergi Luar Negara Isytihar Berbilion Balik Tarik Subsidi

Fadillah Sertai 4 000 Lebih Peserta Larian Kesedaran Autisme

Kepada Azalea Yang Dihormati Surat Terbuka Untukmu Hentikan Serangan Terhadap Fra