Parlimen Najib Minta Perjanjian Penyelesaian 1mdb Dibentangkan




KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini, meminta kerajaan Pakatan Harapan membentangkan perjanjian penyelesaian jadual pembayaran 1Malaysia Development Bhd (1MDB).Katanya, perjanjian penyelesaian berkenaan adalah untuk memastikan setiap ringgit dapat dikembalikan ke Malaysia."Kita buat perjanjian pada tahun 2015 dengan pihak Abu Dhabi. Dalam perjanjian itu, kita menerima AS$1 bilion (RM4.16 bilion) dari IPIC (International Petroleum Investment Co). Selepas itu dia bersetuju untuk membayar balik AS$3.5 billion (RM14.57 bilion) kepada kita dan inilah yang dia kata penukaran aset dengan hutang, kita akan dapat balik AS$6.5 bilion (RM27.05 bilion) yang merupakan penyelesaian kita," katanya. Beliau berkata demikian ketika membahaskan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-11 di Dewan Rakyat hari ini."Saya nak usahakan ini selepas pilihan raya, sebab itu kena buat perjanjian penyelesaian dan dia wajib bayar balik. Kita ada tempoh sehingga tahun 2020. Jadi,  saya minta Pakatan Harapan bentangkan perjanjian penyelesaian biar orang tahu apa sebenarnya. Kita tiada apa hendak lindung," tambah Najib. Katanya, aset 1MDB seperti Bandar Malaysia dan Tun Razak Exchange (TRX) tidak seharusnya 'dihancurkan' kerana ia boleh mendatangkan keuntungan. "Menteri Kewangan berkata projek TRX boleh menguntungkan dan sebagainya, jadi janganlah kita pulak menghancurkan aset 1MDB kalau kita boleh dapat keuntungan. Kita ada pembangunan pajakan-pinjaman di sana, syarikat Australia yang terkemuka, HSBC dan juga syarikat lain yang menjadi pelabur. "Kita tetapkan rel berkelajuan tinggi di Bandar Malaysia supaya nilai kawasan berkenaan meningkat. Jadi bila aset Bandar Malaysia meningkat, kita boleh bayar hutang 1MDB. Saya berharap jangan dipolitikkan hal ini," katanya.Menurut laporan berita, 1MDB sudah membuat semua pembayaran diperlukan sebagai sebahagian penyelesaian antara dana berkenaan dengan IPIC. 1MDB dikehendaki membayar IPIC kira-kira  US$600 juta menjelang 31 Disember 2017 sebagai sebahagian penyelesaian perjanjian yang dicapai pada April tahun lalu selepas 1MDB mengingkari bonnya, menyebabkan syarikat Abu Dhabi itu meminta mahkamah London menimbang tara tuntutan berjumlah kira-kira AS$6.5 bilion (RM27.05 bilion). - Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://celahgelegar.blogspot.com/2018/10/parlimen-najib-minta-perjanjian.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+celahgelegarblogspotcom+%28CELAH+GELEGAR%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Wsj Nafi Najib Seleweng Duit 1mdb

Wsj Nafi Najib Seleweng Duit 1mdb

papar berkaitan - pada 21/10/2018 - jumlah : 444 hits
Penerbit Wall Street Journal Dow Jones Company hari ini menafikan mereka menuduh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menyeleweng wang 1 Malaysia Development Berhad Peguam Dow Jones dan ketua pegawai pematuhan Jason P Conti menul...
Najib Beri Keterangan Berhubung Pembayaran Hutang Dana Pelaburan 1mdb Hari Ini

Najib Beri Keterangan Berhubung Pembayaran Hutang Dana Pelaburan 1mdb Hari Ini

papar berkaitan - pada 18/10/2018 - jumlah : 350 hits
PUTRAJAYA Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dipanggil sekali lagi memberikan keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia hari ini Loading Menurut sumber Najib dipanggil untuk memberi keterangan berhubung pembayaran h...
Berani Ker Najib Petik Nama Besar Yang Bersongkongkol Curi Duit 1mdb

Berani Ker Najib Petik Nama Besar Yang Bersongkongkol Curi Duit 1mdb

papar berkaitan - pada 27/10/2018 - jumlah : 627 hits
Pepatah melayu kata alang2 menyeluk perkasam biar ke pangkal lengan Alang2 panglima bugis dipanggil didakwa baik secara berhemah Persoalannya jika golongan bangsawan malaysia yang terlibat mungkinkah malaysia akan mencipta satu sejarah baru...
Kes 1mdb Lebih Empat Jam Sprm Siasat Najib

Kes 1mdb Lebih Empat Jam Sprm Siasat Najib

papar berkaitan - pada 19/10/2018 - jumlah : 320 hits
PUTRAJAYA 18 Okt Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak sekali lagi dipanggil memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia hari ini dipercayai berhubung siasatan kes 1Malaysia Development Berhad Menurut sumber SPRM...
Dr M Nasihat Najib Buat Laporan Mengenai Dakwaannya Berkaitan 1mdb

Dr M Nasihat Najib Buat Laporan Mengenai Dakwaannya Berkaitan 1mdb

papar berkaitan - pada 27/10/2018 - jumlah : 415 hits
Atas dakwaannya mengenai kemungkinan penglibatan tokoh antarabangsa lain dalam skandal 1MDB
Najib Asks Govt To Table 1mdb Settlement Agreement

Najib Asks Govt To Table 1mdb Settlement Agreement

papar berkaitan - pada 24/10/2018 - jumlah : 375 hits
Former prime minister Datuk Seri Najib Razak has asked the government to table the settlement agreement of the 1Malaysia Development Bhd s payment schedule to ensure that every ringgit would be repaid We d made a deal with Abu Dhabi in 2015...
Mahathir Advises Najib To Lodge Report On 1mdb Claims

Mahathir Advises Najib To Lodge Report On 1mdb Claims

papar berkaitan - pada 27/10/2018 - jumlah : 437 hits
Tun Dr Mahathir Mohamad PETALING JAYA Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad said his predecessor Datuk Seri Najib Tun Razak should lodge a report with the authorities over his claim of possible involvement of other international figures in...
Saya Tidak Relevan Atau Parlimen Tidak Relevan Tanya Najib

Saya Tidak Relevan Atau Parlimen Tidak Relevan Tanya Najib

papar berkaitan - pada 26/10/2018 - jumlah : 403 hits
Ketidakhadiran beberapa menteri dan timbalan menteri di Dewan Rakyat minggu ini mencetuskan persoalan sama ada Parlimen masih relevan atau tidak kepada mereka Isu itu dilontarkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kepada Ahli ...
Jadual Sukan Sea 2025 Team Malaysia

Krisis Ulasan Palsu Mengancam Kepercayaan Digital Di Malaysia

Pemahaman Dan Impak Penawaran Awam Permulaan Di Malaysia

Khasiat Teh Haritaki Belimbing Gunung Amat Baik Untuk Kesihatan Dan 100 Semula Jadi

Char Kuey Teow Sedap Resipi Paling Padu Mudah Yang Buat Ramai Ketagih

Pu Rahmat Ikhsan Tular Di Aceh Momen Sebak Sukarelawan Malaysia Santuni Mangsa Banjir

Yummy Shin Of Beef Curry Recipe

Trump Powell Atau Hasset Siapakah Yang Mengawal Pasaran Dan Apakah Senario Yang Menanti Dolar


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Jom Tengok Masakan Pz Pula

Keh Keh Keh Sejak Awal Aku Tak Kata Dia Ni Cersik Dalam Menganalisa

Pas Dan Bersatu Makin Pening

Pizza Roket Roti Pelangi Cuti Umum Bersama Syabil Syarif

Cara Aktivasi Coretax Pribadi Bagi Yang Sudah Memiliki Npwp

Rrsepi Sup Ekor Ala Thai