Parlimen Kes Sumbang Mahram Meningkat Ini Solusi



Sehingga Ogos, 57 kes direkodkan berbanding 21 kes sepanjang tahun lepas.


KL: Bilangan kes sumbang mahram yang dituduh di mahkamah tahun ini meningkat berbanding tahun lepas, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong.

Beliau berkata sehingga Ogos, 57 kes direkodkan berbanding 21 kes sepanjang tahun lepas.

Menurutnya, 35 kes sumbang mahram tahun ini direkodkan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA) berbanding tujuh tahun lepas.

"Bagi kes seksual rogol, bilangan kes yang dituduh di mahkamah setakat Ogos adalah 269 manakala tahun lepas pula mencatatkan 481 kes," katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan yang diajukan Kasthuriraani Patto (PH-Batu Kawan) yang dipaparkan di laman web Parlimen.

Dalam pada itu, 183 kes cabul dituduh di mahkamah sepanjang lapan bulan pertama tahun ini berbanding 384 sepanjang 2018.

Bagi gangguan seksual, 54 kes direkodkan sehingga Ogos lalu berbanding 90 kes sepanjang tahun lepas.
-- BERNAMA
Komen Weblog Ibnu Hasyim: 7 Tips dan Kesimpulan.1.Menjelang cuti sekolah, jenayah melibatkan seks dan kanak-kanak dilaporkan meningkat. Rata-rata mereka ditinggalkan sendirian di rumah atau terdedah kepada pemangsa yang menunggu peluang. 
Kebiasaannya rumah dikunci untuk menghalang penjenayah masuk dari luar, tetapi jenayah ini berlaku ketika rumah terkunci dari dalam bersama penjenayah. Kerisauan ini selari dengan peningkatan kes sumbang mahram yang makin menjadi-jadi mutakhir ini.
2.‘Mahram’ bermaksud pertalian yang diharamkan berkahwin disebabkan halangan nasab atau perkahwinan. Sumbang mahram merupakan perbuatan zina atau hubungan seks yang dilakukan oleh orang yang mempunyai pertalian darah atau keturunan. Menurut Jabatan Siasatan Jenayah Negeri (Selangor), 75.5% jenayah melibatkan seks dilakukan oleh orang yang dikenali.3.Berdasarkan kes-kes yang dilaporkan di media massa atau dibawa ke muka pengadilan, profil pelaku sumbang mahram terdiri daripada mereka yang hidup susah, rendah pendidikan dan lemah tahap keimanan. Pelaku sumbang mahram hidup tidak berkat kerana melakukan pengkhianatan dengan perbuatan terlaknat. Sudahlah hidup melarat, hina pula tertangkap kerana perbuatan yang terkutuk.4.Mereka bukan sahaja tidak menjaga maruah diri malah menggadai maruah orang yang sepatut dilindunginya. Kesan langsung kepada mangsa ialah kemurungan, rasa dikhianati, diri ternoda, hilang makna diri, dendam dan mangsa cenderung melindungi penjenayah kerana berada dalam dilema untuk melaporkan atau diugut supaya merahsiakannya.5.Sumbang mahram merupakan penganiayaan seksual yang menjejaskan biologi, kesihatan mental dan masa depan mangsa. Jika hamil anak hasil sumbang mahram tersebut berhadapan dengan risiko menjadi manusia yang tidak normal, mengalami kerencatan otak dan kecacatan anggota badan atau organ dalaman malah terdapat kes yang berkesudahan dengan kematian. Jika mereka hidup sempurna, mereka mengalami kekeliruan identiti dan gangguan psikologi sepanjang hidup.6.Antara punca berleluasanya perlakuan terkutuk ini ialah pelaku di bawah pengaruh dadah, menjadi hamba nafsu, hilang pedoman hidup, mengabaikan undang-undang, kebanjiran sumber pornografi dan tata hubungan yang melampaui  kewajaran. Bahan lucah dan gagal menjaga aurat serta kesempatan yang terbuka mempunyai hubungan langsung dengan maksiat ini. Akhirnya, berlaku zina secara rela atau paksa.7.Dari ufuk falsafah maqāsid, syariat melaknat perbuatan terkutuk ini tidak lain kecuali kerana untuk memelihara nasab keturunan dan kehormatan manusiawi. Al-Quran melarang manusia agar tidak sekali-kali mendekatinya. Tafsiran larangan ‘mendekati’ ini menjadi lebih jelas apabila diteliti menerusi sebuah hadis, Rasulullah SAW menyebutkan peringkat zina ialah...zina ‘ain (mata); melihat bahan pornografi atau aurat terlarang dengan bernafsu, zina lisān (lidah); suara mendesah dan ghairah, zina yadin (tangan); menyentuh dan merangsang, zina qalb (hati); membayangkan dan menginginkan kenikmatan seks seterusnya berlakulah zina.Menurut Ibn Hajar al-Haitami (seorang fuqaha Mazhab Syafie, ahli Kalam dan Tasawuf dalam kitab Az-Zawājir ‘an Iqtirāfi al-Kabā’ir) mengatakan bahawa zina yang paling keji adalah berzina dengan mahram sendiri. Penzina atau pelaku sumbang mahram tidak layak untuk tinggal di muka bumi Allah sebagaimana pencerahan seorang ahli sufi Ibrahim bin Adham apabila ditanya tentang maksiat, beliau memberikan beberapa syarat jika ingin terus melakukan maksiat iaitu: “Kalau kau mampu melaksanakan lima syarat ini, kau boleh melakukan dosa iaitu jangan makan rezeki Allah, jangan tinggal di bumi-Nya, carilah tempat yang tersembunyi daripada-Nya, sempatkan diri bertaubat saat malaikat maut mencabut nyawa dan akhir sekali, sedia mampu lari jika diseret ke neraka oleh malaikat Zabaniah.”Sebaliknya bagi mereka yang ingin bertaubat dari segala maksiat, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Semua anak Adam melakukan kesilapan, dan sebaik-baik pesalah ialah mereka yang bertaubat” (h.r Ibn Majah). Taubat mampu membersihkan diri dari dosa kerana Allah Maha Pengampun. Mafhum firman Allah: “Kecuali orang yang bertaubat, memperbaiki diri dan berpegang teguh pada (agama) Allah dan dengan tulus ikhlas menjalankan agama semata-mata kerana Allah. Maka mereka itu bersama orang yang beriman dan kelak Allah akan memberikan pahala yang besar kepada orang yang beriman” (Al-Nisa’: 146).Selain menjanjikan kebaikan kepada mereka yang ingin pulih dengan bertaubat, Islam juga  mencegah kemungkaran dengan mengekang jalan-jalan menyampai kepadanya. Islam menetapkan hukuman sebat kepada penzina yang belum berkahwin dan rejam kepada yang berkahwin. Sumbang mahram boleh didakwa di bawah peruntukan Seksyen 376A dan Seksyen 376B(1) Kanun Keseksaan dengan hukuman penjara dan sebatan.Hukuman tegas terhadap pesalah sebenarnya menzahirkan ciri rahmatan lil ‘alamin kerana hukuman yang keras dapat mengekang orang tersebut mengulangi dan menimbulkan kegerunan kepada orang lain yang bercita-cita melakukannya. Sudah pasti kedua-dua situasi ini baik untuk pesalah dan masyarakat keseluruhannya.Begitu juga laporan yang dibentangkan oleh Jabatan Penjara Malaysia yang melihat sendiri perubahan tingkah laku dan tahap pemulihan pesalah menjalani hukuman sebatan di samping mengikuti modul pemulihan akhlak di penjara. Tidak hairanlah pelopor perundangan Islam, Profesor Ahmad Ibrahim menyimpulkan bahawa undang-undang Jenayah Malaysia dianggarkan 65% selari dengan hukuman Islam.Kesimpulan:Kesimpulannya, jenayah dan maksiat kronik ini perlu ditangani dengan mengukuhkan kembali institusi keluarga, menjaga sempadan pergaulan, meningkatkan kecaman masyarakat terhadap sumber lucah di media serta memupuk iman dalam kalangan setiap kaum muslimin. Masyarakat jahiliah di Mekah yang dilanda krisis moral mampu dipulihkan dengan pemupukan iman yang haq (sebenar), kenapa kita tidak nampak dan yakin kepentingannya demi pembinaan peradaban manusia. Memahami Islam, membina peradaban.Kembalilah kepada Islam sebagai perlaksanaan dalam seluruh cara hdup manusia, termasuk politik, ekonomi, sosial, dalam diri, keluarga, masyarakat dan negara.Wallahu 'aklam.
Tips elak sumbang mahramZaman sekarang ini banyak sekali kita dengar berita berlakunya sumbang mahram diantara bapa dan anak, datuk dan cucu, adik-beradik dan sebagainya.  Perkara ini adalah amat serius dan langkah-langkah untuk mengelakkan ia dari terjadi harus diambil berat.  Di bawah ini saya senaraikan di antara langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan berlakunya sumbang mahram:



Setiap isteri perlu ada rasa cemburu dan curiga pada suami kerana hanya isteri yang mengenali suaminya.  Sebagai contoh, jika suami suka menonton video lucah, pihak isteri harus sentiasa mengawasi suami dan anak-anak perempuannya.  Jika boleh jangan sesekali membiarkan anak perempuan dan suami tinggal di rumah bersendirian.Diri anda sendiri sebagai perempuan harus sentiasa menjaga diri sendiri.  Elakkan diri anda dari bersendirian di rumah bersama sama ada adik-beradik lelaki, bapa, pakcik, datuk atau lain-lain lelaki di rumah.  Pastikan anda sentiasa ada ditemani oleh adik-beradik perempuan, kawan perempuan, ibu, nenek dan sebagainya.  Setiap wanita harus peka dan berwaspada terhadap perubahan tiangkah laku mesra yang ditunjukkan oleh keluarga lelaki.  Anda harus ingat, semua lelaki berpotensi untuk menjadi perogol.Jika di rumah, jangan sesekali berpakaian menjolok mataatau berkemban di hadapan ahli keluarga lelaki.  Jaga penampilan dan gerak-geri walaupun anda berada di rumah sendiri.  Bagi ibu-ibu yang bekerja, hubungilah anak-anak anda selalu.Ibu bapa haruslah sentiasa memeriksa ruang peribadi anak-anak.  Jangan terlalu memberi ruang kepada anak-anak sama ada lelaki atau perempuan untuk melakukan apa saja tanpa sebarang pengawasan.   Jangan terlalu mempercayai tindak tanduk luaran anak- anak anda.  Perasaan curiga dan ingin tahu harus anda titik beratkan sebelum perkara yang tidak diingini berlaku.Awasilah anak lelaki lebih dari anak perempuan.  Jangan sesekali menganggap anak lelaki lebih senang dijaga berbanding anak perempuan.  Kawalan dan didikan terhadap anak lelaki harus di titikberatkan dan di tingkatkan kerana kebanyakan masalah yang terjadi kepada anak perempuan adalah berpunca dari anak lelaki.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2019/10/parlimen-kes-sumbang-mahram-meningkat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kes Ltte 2 Ahli Parlimen Dap Akan Cabar Ahli Parti Ditahan Bawah Sosma

Kes Ltte 2 Ahli Parlimen Dap Akan Cabar Ahli Parti Ditahan Bawah Sosma

papar berkaitan - pada 15/10/2019 - jumlah : 734 hits
Adun DAP G Saminathan dan P Gunasekaran ditahan atas dakwaan mempunyai kaitan dengan LTTE KUALA LUMPUR Ahli Parlimen DAP Ramkarpal Singh dan RSN Rayer akan mewakili empat ahli parti itu termasuk dua Adun yang ditahan baru baru ini atas dakw...
Dihukum Penjara 40 Tahun 24 Sebatan Lakukan Sumbang Mahram Terhadap Anak

Dihukum Penjara 40 Tahun 24 Sebatan Lakukan Sumbang Mahram Terhadap Anak

papar berkaitan - pada 9/10/2019 - jumlah : 360 hits
Kuala Terengganu Perbuatan keji seorang pemandu lori yang melakukan sumbang mahram seks luar tabii dan merakam video pornografi terhadap anaknya yang berusia 11 tahun terbalas apabila dihukum penjara 40 tahun dan 24 kali sebatan oleh Mahkam...
Dppm Mahu Tertuduh Kes Adib Dipanggil Semula

Dppm Mahu Tertuduh Kes Adib Dipanggil Semula

papar berkaitan - pada 28/9/2019 - jumlah : 295 hits
Oleh Siti Hafidah Abd Ghaffar Keputusan inkues kembalikan keyakinan rakyat terhadap mahkamah Ketua DPPM Ahmad Fadhli Shaari SHAH ALAM Polis Diraja Malaysia digesa meningkatkan lagi siasatan dengan memanggil semula tertuduh yang terbabit dal...
Kunci Kes Muhammad Adib Adalah Keterangan Saksi Awam

Kunci Kes Muhammad Adib Adalah Keterangan Saksi Awam

papar berkaitan - pada 28/9/2019 - jumlah : 371 hits
Insiden duka yang berlaku di Kuil Sri Maha Mariamman pada November lalu mencetuskan fenomena apabila ia telah mengorbankan nyawa seorang anggota bomba Muhammad Adib Lantaran itu orang ramai sentiasa mengikuti perkembangan terbaru kes berken...
3 Lelaki Ditahan Kerana Muat Naik Kenyataan Hasutan Mengenai Kes Lelaki Tikam 2 Bekas Rakan Sekerja

3 Lelaki Ditahan Kerana Muat Naik Kenyataan Hasutan Mengenai Kes Lelaki Tikam 2 Bekas Rakan Sekerja

papar berkaitan - pada 28/9/2019 - jumlah : 352 hits
The ReporterPadah memuat naik kenyataan berbaur hasutan dan perkauman mengenai kematian lelaki yang ditembak polis di sebuah kilang di Bayan Lepas Pulau Pinang Isnin lalu tiga lelaki telah ditahan polis semalam Timbalan Pengarah Forensik Da...
Drasyrafwajdi Kes Adib Keadilan Yang Harus Dituntut Dari Semua Pihak

Drasyrafwajdi Kes Adib Keadilan Yang Harus Dituntut Dari Semua Pihak

papar berkaitan - pada 28/9/2019 - jumlah : 352 hits
Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia bersyukur dan menyambut baik keputusan Mahkamah Koroner hari ini yang telah memutuskan bahawa kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim berpunca dari perbuatan jenayah akibat dipukul Berasaskan keputus...
Kes Adib Keadilan Yang Tertangguh Kini Kembali Ke Landasan Yang Benar

Kes Adib Keadilan Yang Tertangguh Kini Kembali Ke Landasan Yang Benar

papar berkaitan - pada 28/9/2019 - jumlah : 314 hits
1 Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan menyokong penuh desakan yang dibuat oleh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia sempena keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Koroner berkaiitan kes kematian anggota bomba wira negara Muhammad Adib ...
Hakim Tolak Rayuan Prosiding Kes Peguam Negara Hina Mahkamah Diteruskan Suara Tv

Hakim Tolak Rayuan Prosiding Kes Peguam Negara Hina Mahkamah Diteruskan Suara Tv

papar berkaitan - pada 27/9/2019 - jumlah : 354 hits
SHAH ALAM Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan Peguam Negara Tommy Thomas menukar semula notis rayuan jenayah kepada rayuan sivil berhubung prosiding komital yang difailkan bapa anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim pada Ju...
Justiceforadib Keputusan Inkues Kes Adib

Justiceforadib Keputusan Inkues Kes Adib

papar berkaitan - pada 27/9/2019 - jumlah : 383 hits
KEMATIAN anggota Bomba dan Penyelamat Malaysia Balai Subang Jaya Muhammad Adib Mohd Kasim adalah akibat daripada tindakan jenayah sekumpulan individu yang tidak dikenali Mahkamah Koroner Rofiah Mohamad membuat keputusannya sebentar tadi sel...
Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation