Kunci Kes Muhammad Adib Adalah Keterangan Saksi Awam


Insiden duka yang berlaku di Kuil Sri Maha Mariamman pada November lalu mencetuskan fenomena apabila ia telah mengorbankan nyawa seorang anggota bomba, Muhammad Adib

Lantaran itu, orang ramai sentiasa mengikuti perkembangan terbaru kes berkenaan untuk mengetahui kejadian sebenar dan mendapatkan keadilan atas apa yang menimpa kepada wira negara itu

Harini segalanya terjawab setelah Koroner Rofiah Mohamad mengumumkan hari ini bahawa kematian Allahyarham Adib akibat hentakan trauma tumpul pada bahagian dada bukan perbuatan sendiri, tetapi adalah disebabkan perbuatan jenayah
Keterangan saksi awam yang berada pada malam kejadian rusuhan ketika kekecohan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya, tahun lepas adalah antara yang  dilihat diambil kira oleh Mahkamah Koroner di sini dalam merungkai kejadian yang menimpa Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim

Antara saksi yang berada di tempat kejadian itu adalah bekas anggota tentera Mohd Hafisan Nordin, 33, anggota sukarelawan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) R. Narresh, 30,  dan pekerja kontraktor S.Sures, 33

Koroner Rofiah Mohamad ketika membacakan keputusannya berkata saksi ke-10, Mohd Hafisan Nordin, 33, yang merupakan pemandu kenderaan Mistubishi Storm yang berada di kawasan rusuhan itu secara tidak sengaja, memberitahu mahkamah bahawa beliau mahu membuat ‘pusingan u’ selepas melihat sekumpulan individu berada di kawasan itu

Katanya, saksi memberitahu mahkamah bahawa beliau diberitahu oleh seorang wanita yang berjalan dari arah kuil itu: “Adik, adik jangan masuk, nanti kena pukul

“Apabila seseorang berniat baik melarang seseorang lain daripada melakukan sesuatu kerana takut akan ditimpa sesuatu musibah, ia adalah terbit daripada pengalaman atau pengetahuan orang yang mengalami sesuatu

“Justeru, boleh dirumuskan bahawa larangan yang dilakukan wanita itu kepada Mohd Hafisan mungkin kerana dia melihat atau ada pengetahuan bahawa seseorang telah dipukul di kawasan berkenaan

“Maka, kesimpulan ini, amat selamat untuk diambil kira dengan keterangan saksi-saksi lain yang berada di lokasi kejadian iaitu Sures dan Naresh,” kata koroner itu

Beliau berkata Sures yang merupakan saksi kelapan melihat aksi-aksi gerakan seperti memukul, menendang dan memijak sesuatu subjek yang dikerumuni oleh sekumpulan lelaki kira-kira 20 hingga 30 orang

“Apabila Sures mendekati dan masuk ke dalam kumpulan itu untuk melihat subjek berkenaan, beliau mendapati subjek yang dikerumuni sekumpulan lelaki itu adalah arwah Muhammad Adib yang berada dalam keadaan tidak sedarkan diri

“Sures juga ditolak dan terjatuh ke arah mangsa dalam posisi depan badan melindungi sebahagian dada arwah. Tatkala, satu sepakan juga telah hinggap ke arah beliau. Sepakan itu telah jelas menunjukkan ia ditujukkan ke arah mangsa, yang tersasar ke arah bahagian dada mangsa tetapi ia  kebetulannya tersasar ke arah saksi,” kata beliau

Rofiah berkata Sures juga memberitahu mahkamah bahawa beliau ada mendengar perkataan ‘jangan pukul, anggota bomba pun nak pukul ke” yang diberitahu dalam Bahasa Tamil

Ketika menjelaskan keterangan yang diberikan pembantu pegawai pembedahan Institut Jantung Negara (IJN) Mohammad Ashraf Baruji, Rofiah berkata saksi ke-16 itu yang menjaga arwah sejak beliau dimasukkan ke IJN mempunyai perhubungan jiwa iaitu ‘bonding’ di mana arwah sendiri memberitahu bahawa dia ditarik dan dipukul dalam rusuhan itu

Selain itu, katanya arwah sendiri telah memaklumkan kepada Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya, Syed Shahril Anuar Syed Sulaiman, 39, bahawa beliau  ditarik keluar daripada van Unit Bantuan Perkhidmatan  Kecemasan (EMRS) sebelum dipukul

“Oleh itu, mahkamah merumuskan bahawa kematian arwah Muhammad Adib adalah akibat perbuatan jenayah, yang dilakukan oleh dua atau lebih tiga individu yang tidak dikenali,” katanya

Pada 27 Nov lepas, Muhammad Adib yang juga anggota EMRS Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya, parah dalam rusuhan ketika kekecohan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya, dekat sini

Selepas 21 hari bertarung nyawa, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada 17 Dis lepas di Institut Jantung Negara (IJN)

Sebanyak 30 saksi dipanggil termasuk beberapa saksi pakar memberi keterangan sepanjang inkues itu yang bermula pada 11 Feb lepas

Sumber: BERNAMA

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.kelimerah.com/2019/09/kunci-kes-muhammad-adib-adalah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Keterangan Saksi Awam Di Lokasi Rungkai Insiden Timpa Adib

Keterangan Saksi Awam Di Lokasi Rungkai Insiden Timpa Adib

papar berkaitan - pada 29/9/2019 - jumlah : 250 hits
THE MALAYSIAN TIMES SHAH ALAM Keterangan saksi awam yang berada pada malam kejadian rusuhan ketika kekecohan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman USJ 25 Subang Jaya tahun lepas adalah antara yang dilihat diambil kira oleh Mahkamah Koroner di si...
Kes Tembak Polis Panggil Naib Ketua Puteri Umno Untuk Dirakam Keterangan

Kes Tembak Polis Panggil Naib Ketua Puteri Umno Untuk Dirakam Keterangan

papar berkaitan - pada 2/10/2019 - jumlah : 245 hits
THE MALAYSIAN TIMES KUALA LUMPUR Polis memanggil Naib Ketua Puteri UMNO Nurul Amal Mohd Fauzi ke Bukit Aman hari ini untuk dirakam keterangan berhubung dakwaannya bahawa lelaki ditembak mati di sebuah kilang di Bayan Lepas Pulau Pinang meny...
Tun M Tidak Percaya Keterangan Saksi Datuk Amhari

Tun M Tidak Percaya Keterangan Saksi Datuk Amhari

papar berkaitan - pada 30/9/2019 - jumlah : 487 hits
Mohd Puad Zarkashi25 9 2019Tun M menolak cadangan Prof Jomo Kwame Sundaram supaya projek ECRL ditangguh Bahkan dia cabar Jomo untuk berunding idengan Kerajaan China Jika mereka setuju tangguh Malaysia akan setuju tangguh Jomo cadang tangguh...
Serius Ambil Tanggungjawab Kes Adib Akan Diteliti Dengan Profesional Kata Peguam Negara

Serius Ambil Tanggungjawab Kes Adib Akan Diteliti Dengan Profesional Kata Peguam Negara

papar berkaitan - pada 1/10/2019 - jumlah : 238 hits
Peguam Negara Tommy Thomas berkata pihaknya serius dalam mengambil tanggungjawab dan berjanji meneliti kertas siasatan polis berhubung pihak yang menyebabkan kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim Katanya orang ramai harus diberik...
Mana Empat Suspek Kes Adib Menteri Sila Jawab Semula Kata Noh

Mana Empat Suspek Kes Adib Menteri Sila Jawab Semula Kata Noh

papar berkaitan - pada 1/10/2019 - jumlah : 199 hits
News Diterbitkan Hari ini 1 01 tengahariAhli Parlimen Umno Noh Omar sekali lagi akan mengemukakan soalan mengenai keberadaan empat suspek yang ditahan berhubung kematian anggota bomba Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim pada sidang Dewan ...
Kes Kematian Adib Individu Yang Pernah Ditahan Akan Dipanggil Semula

Kes Kematian Adib Individu Yang Pernah Ditahan Akan Dipanggil Semula

papar berkaitan - pada 3/10/2019 - jumlah : 237 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Kematian Muhammad Adib Akibat Perbuatan Jenayah Mahkamah Koroner

Kematian Muhammad Adib Akibat Perbuatan Jenayah Mahkamah Koroner

papar berkaitan - pada 28/9/2019 - jumlah : 214 hits
SHAH ALAM Mahkamah Koroner di sini hari ini memutuskan punca kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim adalah akibat perbuatan jenayah oleh dua atau lebih individu yang tidak dikenali Koroner Rofiah Mohamad ketika membacakan keputusa...
Arwah Muhammad Adib Ditarik Keluar Dari Van Emrs Oleh Sekumpulan Individu Mahkamah Koroner

Arwah Muhammad Adib Ditarik Keluar Dari Van Emrs Oleh Sekumpulan Individu Mahkamah Koroner

papar berkaitan - pada 27/9/2019 - jumlah : 250 hits
Mahkamah Koroner Rofiah Mohamad hari ini membuat keputusan bahawa kematian anggota Bomba dan Penyelamat Malaysia Balai Subang Jaya Muhammad Adib Mohd Kasim adalah berpunca daripada tindakan jenayah sekumpulan individu yang tidak dikenali Ke...
High Court Fixes 3 Additional Trial Dates To Complete 1mdb Case

Sabah Peroleh Rm580 Juta Hasil Jualan Minyak Mentah

Since Mic Pointless Pn Confident Of Marginalised Indian Votes

Norjuma Didakwa Lima Pertuduhan Mencederakan Tiga Individu Lakukan Khianat

Berjalan Bersama Pengguna Inovasi Pengalaman Interaktif Zuhyx

The Evolution Of Adult Entertainment

Ministers Hit Out At Us Academic S Safety Claim

Menambat Selera Rakyat Malaysia Dengan Kebaikan Berasaskan Tumbuhanterbaharu Dari Nestl



5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok


Apakah Berhijab Harus Dari Hati

Cerita Hari Jumaat

Time Sensitive Recognizing And Reacting To Infantile Spasms

Kedah Akan Cipta Rekod Dengan Penutupan Mbi Kedah Melalui Saman

Malaysia S Ex Pm Mahathir Faces Anticorruption Probe

Datuk Beraksi Di Pentas Peragaan Pada Usia 88 Tahun