Parlimen Kembali Bersidangpun Anwar Masih Tak Boleh Jadi Pm



Beberapa penganalisis berkata Presiden PKR Anwar Ibrahim masih tidak mempunyai cukup sokongan untuk menjadi perdana menteri walaupun Parlimen dan usul undi tidak percaya dikemukakan terhadap Muhyiddin Yassin susulan beredarnya spekulasi perubahan kerajaan selepas pemimpin utama parti-parti politik diberi perkenan mengadap Yang di-Pertuan Agong minggu ini.
Kamarul Zaman Yusoff dari Universiti Utara Malaysia berkata, keadaan Pakatan Harapan (PH) yang berpecah belah tidak akan mampu untuk membentuk kerajaan baru, walaupun jika mereka bekerjasama dengan Umno yang “juga berpecah-belah”.
“Jika Parlimen dibuka sekalipun adalah diyakini bahawa PH tidak akan mempunyai cukup nombor untuk menumbangkan kerajaan kerana untuk menumbangkan kerajaan memerlukan pengganti yang berwibawa dan mendapat sokongan ramai,” katanya kepada MalaysiaNow.
“Dalam keadaan sesama PH sendiri berpecah-belah, sesama parti pembangkang lain pun berpecah-belah, dan Umno juga berpecah-belah, maka adalah tidak mungkin untuk cukup nombor berlaku.”
Dalam ucapan khas yang disiarkan secara langsung di Facebook hujung minggu lalu, Anwar berkata PKR haruslah bersikap terbuka untuk membentuk kerjasama dengan mana-mana parti politik.
“Dalam keadaan (sekarang), kita tiada keupayaan atau bersikap terlalu keras untuk menolak segala bentuk kerjasama.
“Malah sekarang ini pun, selain PH, kita sedia bekerjasama dengan semua rakan dari parti pembangkang, tapi janganlah cuba bolot kuasa, nak teruskan dengan cara rakus, kronisme, beri kontrak tanpa tender.
“Hal sedemikian tak boleh dipersetujui.
“Kita nak kesepakatan dengan semua kelompok pembangkang malah (dengan yang lain, kerana kita lihat ada ketegangan dalam Perikatan Nasional (PN)).”
Kenyataan Anwar itu mengulangi pendiriannya untuk bekerjasama dengan pemimpin kluster mahkamah Umno, seperti Ahmad Zahid Hamidi dan Najib Razak yang terpalit rasuah.
Zahid kini berdepan dengan pelbagai pertuduhan rasuah dan salah guna kuasa sementara Najib sudah dijatuhkan hukuman bersalah dalam kes SRC International.
Kamarul Zaman juga berkata kenyataan Anwar itu menggambarkan presiden PKR itu melebihkan kuasa daripada prinsip perjuangan.
“Bila Anwar selaku pengerusi PH menyebut sedia bekerjasama dengan mana-mana pihak, ia merupakan pengakuan bahawa PH kini sudah tidak kuat untuk berdiri sendiri.
“Oleh itu tidak hairanlah jika Anwar dan PKR kini bersikap begitu, iaitu mengalu-alukan kerjasama dengan sesiapa juga asal sahaja ia akan membawa ke puncak kuasa,” katanya.
Sementara itu, Pengarah Eksekutif Ilham Centre Hisommudin Bakar berkata kerjasama antara Umno bersama PH dan Anwar hanya akan mengundang krisis politik yang berpanjangan.
“Tidak mudah untuk Zahid Hamidi membawa jumlah ahli Parlimen Umno secara pukal.
“Akan ada kumpulan yang menentang untuk membawa Umno bersama PH dan Anwar,” katanya kepada MalaysiaNow.
Hisommudin juga menyoal jika kerjasama antara PH-Umno akan dapat menjamin kestabilan politik negara.
“Persoalannya, adakah angka dari Umno mencukupi dan menjamin kestabilan politik selepas gerakan ini berlaku?
“Apakah Muhyiddin dan parti di dalam Perikatan Nasional (PN) akan berdiam diri sahaja?
“Apapun, situasi dan suhu politik negara akan meningkat jika Parlimen bersidang,” katanya ~ MalaysiaNow


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2021/06/parlimen-kembali-bersidangpun-anwar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Video Tidak Boleh Terus Dengan Pkp Dan Biar Rakyat Lapar Anwar

Video Tidak Boleh Terus Dengan Pkp Dan Biar Rakyat Lapar Anwar

papar berkaitan - pada 15/6/2021 - jumlah : 189 hits
Tidak Boleh Terus Dengan PKP Dan Biar Rakyat Lapar Anwar By 15 June 2021 Pakatan Harapan berpandangan kerajaan tidak boleh meneruskan Perintah Kawalan Pergerakan penuh
Tiada Keperluan Pembelian Panik Pkp Penuh Masih Boleh Berbelanja

Tiada Keperluan Pembelian Panik Pkp Penuh Masih Boleh Berbelanja

papar berkaitan - pada 30/5/2021 - jumlah : 274 hits
Orang ramai mula beratur panjang untuk membeli barang keperluan pada saat akhir untuk persediaan perlaksanaan Sekatan Pergerakan Penuh fasa 1 pada 1 Jun hingga 14 Jun 2021 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di pasaraya ST Rosyam Shah Al...
Langkah Tun M Untuk Kembali Berkuasa Halang Anwar Jadi Pm Amk

Langkah Tun M Untuk Kembali Berkuasa Halang Anwar Jadi Pm Amk

papar berkaitan - pada 12/6/2021 - jumlah : 368 hits
By 11 June 2021Thiban SubramaniamKUALA LUMPUR Tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad mencadangkan penubuhan Majlis Gerakan Negara dilihat tidak lebih daripada impiannya untuk kembali berkuasa Itu dakwaan Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan Thiban S...
Pkr Berjaya Adakan Sidang Diatas Talian Bersama Beratus Ahli Takkan Lah Parlimen Tak Boleh

Pkr Berjaya Adakan Sidang Diatas Talian Bersama Beratus Ahli Takkan Lah Parlimen Tak Boleh

papar berkaitan - pada 6/6/2021 - jumlah : 290 hits
NORA JAMILAHPerghhhh sedas orangtua ni kena oleh YB Fuziah Apec pun bersidang atas talian Negara negara maju seperti UK pun buka parlimen atas talian Malaysia saja yang tak boleh Sebabnya jelas supaya mereka bebas menjarah simpanan wang neg...
Tak Boleh Paksa Penjawat Awam Potong Elaun Kata Ahli Parlimen Kapar

Tak Boleh Paksa Penjawat Awam Potong Elaun Kata Ahli Parlimen Kapar

papar berkaitan - pada 2/6/2021 - jumlah : 360 hits
June 1 2021 Ahli Parlimen Kapar Abdullah Sani Abdul Hamid berkata kerajaan tidak boleh membuat pemotongan elaun selama tiga bulan pada satu kadar kerana tanggungan bagi penjawat awam berbeza PETALING JAYA Ahli Parlimen Kapar Abdullah Sani A...
Riwayat Politik Muhiyiddin Bakal Berakhir Anwar Tolak Jawatan Tpm Pm I Boleh Dengar La Tapi Jangan Ketepikan Langsung

Riwayat Politik Muhiyiddin Bakal Berakhir Anwar Tolak Jawatan Tpm Pm I Boleh Dengar La Tapi Jangan Ketepikan Langsung

papar berkaitan - pada 11/6/2021 - jumlah : 253 hits
INI YG DIPERKATAKAN LOCKMAN ADAM Gempar Hishamuddin bakal PM Azmin TPM antara cadangan plan pengunduran Muhyiddin June 10 2021 8 12 pmPergolakan politik semasa nampaknya memberi ruang sebebasnya untuk semua pihak mencatur kepemimpinan negar...
Sop Berpusing Pusing Walau Lepas Setahun Masih Tak Boleh Buat Sistem Yang Bijaksana

Sop Berpusing Pusing Walau Lepas Setahun Masih Tak Boleh Buat Sistem Yang Bijaksana

papar berkaitan - pada 31/5/2021 - jumlah : 374 hits
MOHD MUKHLISSOP berpusing pusing itu satu hal inipun lepas setahun masih tak boleh nak buat satu system yang robust dan intelligent Cuma kalau bab SOP pun dah kelam kabut hangpa rasa bantuan untuk rakyat sempat ke dapat sebelum esok Jap lag...
Alamak Kembar Lah

The Leadership Versatility Index Unlocking The Power Of Adaptive Leadership

Antara Punca Masalah Kesihatan Makanan Yang Tidak Halalan Toiyibban

Yeay Dah Beli Tiket Flight Dah

Cafe Aesthetic Warunk Koffie By Wood Steel

Sawan Demam Punca Jenis Tanda Tanda Awal

Petua Buat Kuih Talam Berlauk Sedap Ikut Cara Ni Paling Simple

Cendol Laksa Kuala Selangor


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton

Senarai Keputusan Pemenang AJL 2025 Anugerah Juara Lagu 39 Live Di TV3 Dan Tonton

AJL 2025 Senarai Finalis Tarikh Cara Undi Hadiah Tiket Dan Segala Info Live Di TV3 Dan Tonton Anugerah Juara Lagu 39


Syukur Sabah Permohonan Semakan Status Bayaran

Wan Razali Penjenamaan Semula Projek Perumahan Rakyat Termiskin Apa Manfaat Kepada Rakyat

Piala Malaysia Main Sini Stadium Darul Makmur Dicadang Jadi Venue Lepas Ura Ura Tok Gajah Bakal Terkubur

Event Report 5 Customs From The Las Vegas One Motorcycle Show

Makan Nasi Lemak Burung Hantu

Hadiah Top Komentator Dari Kak Mulan