Paras Air Sungai Meningkat Beberapa Negeri Catat Tahap Bahaya Waspada


Paras Air Sungai Meningkat: Beberapa Negeri Catat Tahap Bahaya, Waspada
Paras air di beberapa sungai di seluruh negara dilaporkan meningkat dengan sebahagiannya telah melepasi tahap Waspada, Amaran, dan Bahaya, menurut data terkini pada jam 9.45 malam.
Menurut maklumat daripada Public Info Banjir kendalian Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS), beberapa sungai di Selangor menunjukkan peningkatan ketara.
Sungai Langat di Bukit Changgang, Kuala Langat mencatat paras 4.75m, melebihi tahap Bahaya sebanyak 0.55m, dengan trend menaik.
Manakala Sungai Langat di Jenderam Hilir, Sepang turut melepasi tahap Bahaya dengan bacaan 12.31m, naik 1.31m.
Sungai lain seperti Sg. Langat di Dengkil, Sg. Bernam di SKC, Sg. Semenyih di Bangi Lama dan Sg. Langat di Batu 12 berada pada paras Amaran dan Waspada, sebahagiannya dengan trend menaik.
Di Johor, sejumlah sungai berada pada paras Amaran dan Waspada. Antaranya, Sg. Ulu Pontian Besar di Kulai mencatat paras 11.15m, melebihi tahap Amaran sebanyak 0.15m.
Selain itu, Sg. Sarang Buaya di Muar meningkat kepada 2.75m, iaitu 0.75m melebihi paras Waspada.
Bagaimanapun, beberapa lokasi lain menunjukkan trend menurun walaupun masih berada dalam kategori amaran.
Beberapa negeri berada di paras Waspada Tiga stesen pemantauan di Pahang berada pada paras Waspada, termasuk Sg. Telemong di Bentong pada paras 98.41m, Sg. Serting di Bera pada 30.54m dan Sg. Galing di Kuantan pada 2.19m, dengan trend menaik.
Dua sungai di Sik, Kedah mencatat paras Amaran iaitu Sg. Chepir di Titi Pekan pada 36.48m dan Sg. Chepir di Ulu Jerai pada 44.57m, kedua-duanya menunjukkan trend menaik.
Sementara itu, Sg. Pendang di Pendang kekal pada paras normal walaupun hujan lebat 36mm direkodkan.
Di Sarawak, dua kawasan menunjukkan paras Waspada iaitu Bekenu, Miri pada bacaan 1.4m, dan Nanga Lemai B, Sibu pada 2.94m, kedua-duanya dengan trend menaik.
Manakala di Trusan, Limbang, hujan sederhana direkodkan, namun tiada data paras air diperoleh.
Beberapa sungai di Terengganu berada pada paras Amaran dan Waspada, antaranya Sg. Terengganu di Drawbridge, Kuala Terengganu mencatat 1.73m, melepasi tahap Amaran, Sg. Tumpat di Kemasik turut melepasi paras Amaran dan Sg. Terengganu di Bukit Tumbuh berada pada paras Waspada.
Public Info Banjir melaporkan dua lokasi di Alor Gajah, Melaka merekodkan peningkatan paras air iaitu Sg. Siput pada 7.78m, melepasi tahap Amaran dan Sg. Durian Tunggal pada 6.48m, melepasi paras Waspada.
Perlis merekodkan paras Bahaya Di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, dua sungai utama iaitu Sg. Kerayong di Razak Mansion dan Sg. Klang di Jambatan Petaling dilaporkan berada pada paras Waspada.
Walau bagaimanapun, bacaan semasa menunjukkan trend penurunan, sekali gus mengurangkan risiko segera meskipun pemantauan masih diteruskan.
Sementara itu, di Wilayah Persekutuan Labuan, paras air di kawasan Waterfront mencatat bacaan 1.37 meter, melepasi tahap Amaran dengan trend yang terus menunjukkan peningkatan.
Di Perlis, situasi lebih membimbangkan apabila Empangan Timah Tasuh merekodkan paras Bahaya iaitu 29.72 meter, melepasi ambang bahaya sebanyak 0.12 meter.
Manakala di Sabah pula, bacaan di Sg. Sook di Keningau kekal berada pada paras normal pada 254.29 meter, namun hujan sederhana sebanyak 18 milimeter direkodkan.
BACA: Bung Moktar Dirawat Di Hospital Swasta Di Kota Kinabalu Sumber: Public Info Banjir 
The post Paras Air Sungai Meningkat: Beberapa Negeri Catat Tahap Bahaya, Waspada appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/12/04/paras-air-sungai-meningkat-beberapa-negeri-catat-tahap-bahaya-waspada/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Amaran Hujan Berterusan Tahap Waspada Di Enam Negeri Hingga 26 November Metmalaysia

Amaran Hujan Berterusan Tahap Waspada Di Enam Negeri Hingga 26 November Metmalaysia

papar berkaitan - pada 22/11/2025 - jumlah : 381 hits
Amaran Hujan Berterusan Tahap Waspada Di Enam Negeri Hingga 26 November MetMalaysia KUALA LUMPUR 21 Nov Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada membabitkan enam negeri bermula hari ini Menurut kenyata...
Kelantan Bachok Dilanda Banjir 2 Sungai Di Kelantan Berada Tahap Waspada

Kelantan Bachok Dilanda Banjir 2 Sungai Di Kelantan Berada Tahap Waspada

papar berkaitan - pada 22/11/2025 - jumlah : 211 hits
Hidayatidayu RazaliKOTA BHARU Paras air di dua sungai utama di Kelantan meningkat dan berada di tahap waspada susulan hujan lebat sejak petang semalam Berdasarkan laman web public info banjir Sungai Galas di Limau Kasturi Gua Musang mencata...
Penduduk Kampung Limau Kasturi Diingatkan Segera Berpindah Paras Sungai Galas Meningkat

Penduduk Kampung Limau Kasturi Diingatkan Segera Berpindah Paras Sungai Galas Meningkat

papar berkaitan - pada 27/11/2025 - jumlah : 187 hits
Penduduk Kampung Limau Kasturi Diingatkan Segera Berpindah Paras Sungai Galas Meningkat GUA MUSANG 26 Nov Penduduk Kampung Limau Kasturi di sini yang tinggal di kawasan rendah dan berhampiran dengan sungai dinasihatkan supaya berpindah lebi...
Dua Sungai Utama Di Kelantan Melepasi Tahap Waspada Jps

Dua Sungai Utama Di Kelantan Melepasi Tahap Waspada Jps

papar berkaitan - pada 22/11/2025 - jumlah : 194 hits
Dua Sungai Utama Di Kelantan Melepasi Tahap Waspada JPS KOTA BHARU 22 Nov Dua sungai utama di Kelantan direkodkan melebihi tahap waspada setakat pemantauan Jabatan Pengairan dan Saliran pada 12 45 tengah hari ini Menurut laman web rasmi Pub...
Selangor Catat Prestasi Cemerlang Bagi Industri Pelancongan Negeri

Selangor Catat Prestasi Cemerlang Bagi Industri Pelancongan Negeri

papar berkaitan - pada 2/12/2025 - jumlah : 202 hits
Salam Semua Kempen Tahun Melawat Selangor 2025 kini memasuki bulan terakhir dengan pencapaian yang terus menunjukkan perkembangan positif Sehingga Suku Ketiga tahun 2025 Selangor telah menerima 6 3 juta pelancong meninggalkan sasaran baki h...
Metmalaysia Keluarkan Amaran Hujan Tahap Bahaya Di Kelantan

Metmalaysia Keluarkan Amaran Hujan Tahap Bahaya Di Kelantan

papar berkaitan - pada 23/11/2025 - jumlah : 232 hits
MetMalaysia Keluarkan Amaran Hujan Tahap Bahaya Di Kelantan Jabatan Meteorologi Malaysia telah mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap bahaya di beberapa kawasan di Kelantan dan tahap buruk melibatkan lima negeri sehingga 25 November ini...
Situasi Banjir Semakin Buruk Jumlah Mangsa Di 5 Negeri Meningkat Malam Ini

Situasi Banjir Semakin Buruk Jumlah Mangsa Di 5 Negeri Meningkat Malam Ini

papar berkaitan - pada 25/11/2025 - jumlah : 148 hits
Situasi Banjir Semakin Buruk Jumlah Mangsa Di 5 Negeri Meningkat Malam Ini KUALA LUMPUR 24 Nov Situasi banjir di beberapa negeri semakin buruk malam ini yang menyaksikan peningkatan jumlah mangsa di Kelantan Perak Selangor Kedah dan Perlis ...
Banjir Kilat Kl Jalan Tun Razak Ke Wtc Banjir Air Tahap Pinggang

Banjir Kilat Kl Jalan Tun Razak Ke Wtc Banjir Air Tahap Pinggang

papar berkaitan - pada 5/12/2025 - jumlah : 47 hits
KOSMO Beberapa kawasan di hadapan bangunan JKR di Titiwangsa Kuala Lumpur dinaiki air ketika iniKUALA LUMPUR Hujan lebat kira kira sejam petang tadi sudah cukup untuk menenggelamkan beberapa kawasan utama di ibu kota apabila banjir kilat se...
Beberapa Kawasan Di Kuantan Shah Alam Mula Dinaiki Air

Beberapa Kawasan Di Kuantan Shah Alam Mula Dinaiki Air

papar berkaitan - pada 28/11/2025 - jumlah : 337 hits
Beberapa Kawasan Di Kuantan Shah Alam Mula Dinaiki Air Hujan lebat berterusan telah menyebabkan banjir berlaku di beberapa kawasan di semenanjung malam ini Menerusi video yang dikongsikan oleh pengguna media sosial kawasan Batu Tiga di Shah...
Sarapan Pagi Di Restoran Hua Mui Cawangan Taman Universiti Skudai

Temuduga Di Smka Syeikh Abdullah Fahim

Ramadan 2025 Panduan Lengkap Kelebihan 30 Amalan Wajib

Terengganu Perlu Selesaikan Isu Fgv Guna Kaedah Islam Tindakan Sita Tak Patut Berlaku Dr Khairuddin

All Hotels At Grand Canyon To Shut Down For Pipeline Repairs

Inilah Bandar Yang Terletak Paling Selatan Di Dunia

Pas U Turn Isu Undang Undang Banteras Lgbt

6 2025 Auto Top 70 By Adele Okc4


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Buasir Otak Tv Buasir Otak The Muzik Di Awangan

Venezuela Kehilangan Aset Berharga Citgo Dalam Ancaman Krisis Ekonomi

Memahami Sakit Perut Antara Gastrik Dan Masalah Lain

Mohon Doa Semua Kurang Sihat Keluarga Sahkan Bung Moktar Kini Dirawat Di Hospital

Isu Tng Buka Mata Keperluan Platform Alternatif Di Malaysia

Awas Ini Padah Menanti Kalau Isi Coolant Melebihi Paras Max