Situasi Banjir Semakin Buruk Jumlah Mangsa Di 5 Negeri Meningkat Malam Ini


Situasi Banjir Semakin Buruk, Jumlah Mangsa Di 5 Negeri Meningkat Malam Ini
KUALA LUMPUR, 24 Nov (Bernama) — Situasi banjir di beberapa negeri semakin buruk malam ini yang menyaksikan peningkatan jumlah mangsa di Kelantan, Perak, Selangor, Kedah dan Perlis.
Di KELANTAN, mangsa banjir meningkat kepada 9,882 daripada 3,608 keluarga malam ini berbanding 9,634 petang tadi dengan 40 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di empat jajahan, iaitu Kota Bharu, Tumpat, Bachok dan Pasir Puteh, menurut Infobencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Laman Public Infobanjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) pula memaklumkan paras air sungai utama di Kelantan menunjukkan peningkatan di dua lokasi yang melepasi paras waspada setakat 7.45 malam ini.
Sungai Melor, Bachok merekodkan paras air 7.68 meter (m), melepasi tahap waspada 7 m dengan trend paras air dilaporkan menaik.
Sementara itu, di Sungai Golok, Rantau Panjang, paras air berada pada 7.81 m, iaitu 0.81 m melepasi paras waspada.
BACA: Pelajar UMK Kampus Kota Redah Banjir, Junjung Beg Selamatkan Barang Peribadi Di PERLIS jumlah mangsa banjir merekodkan peningkatan kepada 2,017 orang daripada 594 keluarga setakat malam ini, berbanding 1,497 orang pada petang tadi.
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Perlis Lt Kol (PA) Mohd Izaimi Md Daud berkata kesemua mereka yang terjejas itu melibatkan penduduk di kawasan Kangar, Arau dan Padang Besar yang ditempatkan di sembilan PPS.
Di SELANGOR jumlah mangsa banjir meningkat kepada 1,732 orang setakat 8.30 malam membabitkan 474 keluarga berbanding 327 orang sebelum ini, selain 15 PPS kini dibuka berbanding lapan pada 3.30 petang tadi.
InfoBencana JKM memaklumkan PPS terbaharu yang dibuka adalah Sekolah Rendah Agama Dusun Nanding, Kompleks Penghulu Batu 10 dan Balai Raya Kampung Melaka, Batu 9, yang kesemuanya di daerah Hulu Langat serta SK Shah Alam, Seksyen 16, dan SK Desa Aman, Kuala Selangor.
Laman Public Infobanjir memaklumkan lapan sungai telah melebihi tahap bahaya antaranya Sungai Langat, Batu 12 di Hulu Langat pada paras 42.4 m, Sungai Langat di Jenderam Hilir (11.55 m), Sungai Bernam, di Hulu Selangor (20.29 m) dan Sungai Binjai, di Meru (4.64 m).
BACA: Tak Peduli Banjir, Meriah Jiran-jiran Join Sambut Birthday Adik Ni Di PERAK, situasi sama turut berlaku dengan jumlah mangsa banjir meningkat kepada 1,786 orang daripada 554 keluarga pada malam ini berbanding 1,415 orang petang tadi yang ditempatkan di 20 PPS di daerah Manjung, Perak Tengah, Larut, Matang dan Selama serta Hilir Perak.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Perak memaklumkan daerah Manjung terus merekodkan peningkatan jumlah mangsa banjir apabila 996 orang daripada 294 keluarga ditempatkan di 12 PPS.
Sebanyak 643 orang daripada 219 keluarga berlindung di enam PPS di daerah Perak Tengah; PPS Sekolah Batu Hampar di daerah Larut, Matang dan Selama dihuni 38 mangsa daripada 11 keluarga dan 109 orang daripada 30 keluarga ditempatkan di Dewan Majlis Perbandaran Teluk Intan, Langkap di daerah Hilir Perak.
Di KEDAH, jumlah mangsa banjir bertambah kepada 1,088 orang daripada 344 keluarga melibatkan mangsa dari daerah Kulim dan Kubang Pasu yang ditempatkan di sembilan PPS setakat 8 malam tadi.
Laman Public Infobanjir memaklumkan empat sungai di Kedah telah melepasi tahap bahaya iaitu Sungai Laka di Kubang Pasu (23.47 m), Sungai Sintok di Kubang Pasu (44.59 m), Sungai Titi Kerbau di Pendang (4.14 m) dan Sungai Sari di Padang Terap (28.82 m).
Tiga sungai pula berada pada tahap amaran, iaitu Sungai Perik di Padang Terap (13.92 m), Sungai Melaka di Langkawi (3.39 m) dan Sungai Bata di Kubang Pasu (8.93 m).
BACA: 5 Perkara ‘Wajib’ Buat Kalau Tak Nak Kereta Rosak Teruk Redah Banjir Sementara itu, jumlah mangsa banjir di TERENGGANU berkurang kepada 129 orang daripada 53 keluarga setakat 8 malam ini, berbanding 205 orang daripada 76 keluarga pada 3 petang tadi, dengan kesemua mangsa berlindung di PPS SK Kuala Besut, Besut sejak pagi semalam.
Di PULAU PINANG, jumlah mangsa banjir di empat PPS menurun sedikit malam ini kepada 385 orang melibatkan 103 keluarga berbanding 404 mangsa daripada 104 keluarga, petang tadi.
Berdasarkan laman lnfobencana JKM setakat 7.17 malam ini, PPS SK Lahar Yooi di daerah Seberang Perai Utara (SPU) masih merekodkan bilangan mangsa paling ramai iaitu 172 orang daripada 49 keluarga.
Sebanyak 107 mangsa daripada 28 keluarga berada di PPS Desa Puri, 56 orang daripada 15 keluarga di PPS SK Pengkalan Jaya manakala satu-satunya PPS di daerah Seberang Perai Tengah (SPT) iaitu SK Permatang Pasir kekal dengan 50 mangsa daripada 11 keluarga.
Sumber: BERNAMA
The post Situasi Banjir Semakin Buruk, Jumlah Mangsa Di 5 Negeri Meningkat Malam Ini appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/11/24/situasi-banjir-semakin-buruk-jumlah-mangsa-di-5-negeri-meningkat-malam-ini/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mangsa Banjir Terus Meningkat Di Enam Negeri Terengganu Lebih 10 000 Orang

Mangsa Banjir Terus Meningkat Di Enam Negeri Terengganu Lebih 10 000 Orang

papar berkaitan - pada 29/11/2025 - jumlah : 157 hits
Mangsa Banjir Terus Meningkat Di Enam Negeri Terengganu Lebih 10 000 Orang KUALA LUMPUR 29 November Jumlah mangsa banjir di Terengganu Pahang Selangor Negeri Sembilan Melaka dan Perak menunjukkan peningkatan pagi ini manakala di Kedah Kelan...
Lebih 35 000 Mangsa Banjir Di Semenanjung Malam Ini

Lebih 35 000 Mangsa Banjir Di Semenanjung Malam Ini

papar berkaitan - pada 29/11/2025 - jumlah : 135 hits
Malaysiakini nbsp Situasi banjir di lima negeri iaitu Terengganu Selangor Pahang Negeri Sembilan dan Perak terus menyaksikan peningkatan jumlah mangsa di pusat pemindahan sementara manakala Perlis Kelantan dan Kedah menunjukkan penurunan se...
Mangsa Banjir Di Terengganu Meningkat 10 469 Orang Berada Di 126 Pps

Mangsa Banjir Di Terengganu Meningkat 10 469 Orang Berada Di 126 Pps

papar berkaitan - pada 29/11/2025 - jumlah : 146 hits
Zaid SalimAnggota Pertahanan Awam membantu memindahkan warga emas yang menghidap penyakit Lumpuh Asmadi Ahmad 48 selepas kediaman mereka dilanda banjir di Kampung Surau Yaakub Foto NSTPKUALA TERENGGANU Mangsa banjir di negeri ini terus meni...
Lebih 30 000 Mangsa Banjir Di 337 Pps 9 Negeri

Lebih 30 000 Mangsa Banjir Di 337 Pps 9 Negeri

papar berkaitan - pada 29/11/2025 - jumlah : 135 hits
Mangsa banjir di Terengganu Selangor Pahang Melaka dan Negeri Sembilan menunjukkan peningkatan manakala Perak Perlis Kedah serta Kelantan menurun sedikit pagi ini Jumlah mangsa banjir di Terengganu tertinggi iaitu 10 395 orang daripada 3 18...
Dua Lagi Mangsa Bot Karam Dijumpai Jumlah Maut Meningkat Kepada 28 Orang

Dua Lagi Mangsa Bot Karam Dijumpai Jumlah Maut Meningkat Kepada 28 Orang

papar berkaitan - pada 14/11/2025 - jumlah : 198 hits
Dua Lagi Mangsa Bot Karam Dijumpai Jumlah Maut Meningkat Kepada 28 Orang LANGKAWI 13 Nov Jumlah mangsa maut susulan insiden bot karam di perairan sempadan Malaysia Thailand di sini meningkat kepada 28 orang dengan penemuan dua lagi mayat ha...
9 384 Mangsa Banjir Direkodkan Di Tujuh Negeri Kelantan Tertinggi

9 384 Mangsa Banjir Direkodkan Di Tujuh Negeri Kelantan Tertinggi

papar berkaitan - pada 24/11/2025 - jumlah : 195 hits
Ercy Gracella Ajosam hmetro com myPengurusan Universiti Malaysia Kelantan mengambil inisiatif menyediakan bot bagi membantu pelajar keluar dari kolej kediaman di Kota Bharu hari ini FOTO Nik Abdullah Nik OmarKuala Lumpur Seramai 9 384 mangs...
105 Mayat Mangsa Banjir Dijumpai Dalam Tempoh Lima Hari

105 Mayat Mangsa Banjir Dijumpai Dalam Tempoh Lima Hari

papar berkaitan - pada 28/11/2025 - jumlah : 167 hits
KOSMO Pasukan penyelamat mengangkat mayat yang dijumpai terapung semasa banjir yang melanda Hatyai Thailand baru baru iniHATYAI THAILAND Sebanyak 105 mayat dijumpai sepanjang tempoh lima hari kejadian banjir yang melanda kawasan bandar ini ...
Selangor Terengganu Berisiko Banjir Jika Hujan Tanpa Henti Malam Ini

Selangor Terengganu Berisiko Banjir Jika Hujan Tanpa Henti Malam Ini

papar berkaitan - pada 28/11/2025 - jumlah : 186 hits
MUHAMMAD HARRITH NOOR HISHAMPETALING JAYA Jabatan Meteorologi malam ini mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan yang melibatkan beberapa negeri di Semenanjung dengan hujan sangat lebat dijangka berlarutan sehingga 29 November 2025 Antara kawas...
Bank Rakyat Tawar Moratorium Sehingga Enam Bulan Kepada Mangsa Banjir Di Seluruh Negara

Bank Rakyat Tawar Moratorium Sehingga Enam Bulan Kepada Mangsa Banjir Di Seluruh Negara

papar berkaitan - pada 27/11/2025 - jumlah : 208 hits
Bank Rakyat Tawar Moratorium Sehingga Enam Bulan Kepada Mangsa Banjir Di Seluruh Negara KUALA LUMPUR 27 NOVEMBER 2025 Bank Rakyat menawarkan bantuan penangguhan bayaran ansuran pembiayaan sehingga enam bulan kepada pelanggan individu dan pe...
Orang Mati Di Merata Tempat Di Dalam Pembunuhan Hanukkah Di Australia

The Timeless Craftsmanship Of Dagestan S 200 Year Old Nail Free Bridge

Senarai Dokumen Penting Yang Perlu Diselamatkan Semasa Banjir

Qualcomm Umum Dua Cip Baharu Untuk Peranti Mampu Milik

Nabi Dan Para Sahabatnya Kaya Raya Tapi Kenapa Mereka Sering Kelaparan Dan Kesulitan

Kenapa Travel Insurance Tetap Penting Walaupun Pampasan Tidak Maksimum

4 Jenis Makanan Viral Kegilaan Gen Z Trend Makanan Popular Di Media Sosial

Infinix Xpad Edge Bakal Dilancar Pada 18 Disember 2025


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Kos Homestay Yang Wajib Anda Ketahui

Dior Goodjohn S Legs And Feet In Tights

Daging Cincang Dengan Chives Dan Akhlak Ketika Ditimpa Musibah

Sweet Home Menjadi Kenangan Menggamit Memori

Simple Beef Steak Recipe Jamie Oliver

Selasa Dak Jasmine