Parallel Pathway Ppim Gesa Kkm Pertimbang Ketepi Pihak Berkepentingan Sinar Harian 12 06 2024


 

SHAH ALAM - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mempertimbangkan semula pengecualian pihak berkepentingan tertentu dan memastikan semua suara didengari dalam proses membuat keputusan isu Program Latihan Ijazah Kepakaran atau Parallel Pathway.
Ketua Aktivisnya, Datuk Nadzim Johan berkata, keselamatan pesakit harus sentiasa menjadi keutamaan dalam mana-mana sistem penjagaan kesihatan dan penting bagi semua pihak berkepentingan bekerjasama untuk memastikan cadangan pindaan kepada Akta Perubatan akhirnya akan memberi manfaat kepada pesakit serta meningkatkan penyampaian penjagaan kesihatan di Malaysia.

Kami minta KKM untuk menangani isu ini dengan segera dan memasukkan semua pihak berkepentingan dalam perbincangan akan datang mengenai cadangan pindaan kepada Akta Perubatan.
"Kami kekal komited untuk memperjuangkan keselamatan pesakit dan kesejahteraan semua individu yang bergantung kepada sistem penjagaan kesihatan di Malaysia. Justeru satu laporan polis akan dibuat mengenai perkara ini," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Jumaat lalu, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad menyatakan draf cadangan pindaan Akta Perubatan 1971 (Akta 50) sudah siap dan telah dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk tujuan semakan.
Menurutnya, cadangan itu dibuat bertujuan menyelesaikan kemelut pendaftaran doktor perubatan yang mendapatkan kelayakan kepakaran melalui Parallel Pathway serta memperkemas proses pengiktirafan dan pendaftaran sebagai pakar perubatan.
Tambah Nadzim, pihaknya melahirkan kebimbangan terhadap tindakan KKM menyisihkan pendapat pakar perubatan menentang laluan selari Parallel Pathway dan pihak berkepentingan lain terhadap cadangan pindaan Akta Perubatan 1971.
Beliau berkata, walaupun kebimbangan KKM terhadap keselamatan pesakit dijadikan alasan, pihak berkepentingan tersebut telah diketepikan daripada perkara penting iaitu perbincangan berhubung cadangan kerajaan untuk meminda Akta Perubatan.
"Perkara ini tidak boleh diterima dan KKM telah menimbulkan kebimbangan serius tentang program Parallel Pathway dan kesannya terhadap keselamatan pesakit diabaikan dalam proses membuat keputusan.
"Sesi penglibatan pihak berkepentingan dengan KKM ini merupakan peluang penting untuk semua suara didengari dan penting untuk semua perspektif diambil kira semasa membuat keputusan yang akan memberi kesan secara langsung kepada sistem penjagaan kesihatan di Malaysia.
"Cadangan pindaan kepada Akta Perubatan 1971 adalah amat penting dan mustahak bagi semua pihak berkepentingan berkaitan termasuk pengkritik laluan selari yang diberi platform untuk menyatakan pandangan dan kebimbangan mereka," katanya.
Artikel oleh: Sinar Harian
PARALLEL PATHWAY: PPIM GESA KKM PERTIMBANG KETEPI PIHAK BERKEPENTINGAN

https://www.sinarharian.com.my/article/669728/berita/nasional/parallel-pathway-ppim-gesa-kkm-pertimbang-ketepi-pihak-berkepentingan


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2024/06/parallel-pathway-ppim-gesa-kkm.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kkm Ketepikan Pemegang Taruh Isu Parallel Pathway Kenyataan Media Ppim 12 06 2024

Kkm Ketepikan Pemegang Taruh Isu Parallel Pathway Kenyataan Media Ppim 12 06 2024

papar berkaitan - pada 12/6/2024 - jumlah : 470 hits
Persatuan Pengguna Islam Malaysia amat bimbang dengan tindakan Kementerian Kesihatan Malaysia yang menyisihkan pendapat pakar perubatan yang menentang laluan selari dan pihak berkepentingan lain terhadap cadangan pindaan Akta Perubatan 1971...
Projek Pembangunan 2 Blok Pangsapuri Didakwa Menjangkau Kepadatan Dibenarkan Sinar Harian 02 06 2024

Projek Pembangunan 2 Blok Pangsapuri Didakwa Menjangkau Kepadatan Dibenarkan Sinar Harian 02 06 2024

papar berkaitan - pada 4/6/2024 - jumlah : 268 hits
AMPANG Projek pembangunan dua blok pangsapuri 35 tingkat melibatkan pembangunan 570 unit pangsapuri di antara Taman Perumahan Verge 32 dan Hevea Kemensah Heights didakwa menjangkau kepadatan dibenarkan Ketua Pembangkang Dewan Undangan Neger...
Ppim Gesa Syarikat Penghantaran Semak Semula Prosedur Makanan Halal Kenyataan Media Ppim 05 06 2024

Ppim Gesa Syarikat Penghantaran Semak Semula Prosedur Makanan Halal Kenyataan Media Ppim 05 06 2024

papar berkaitan - pada 5/6/2024 - jumlah : 340 hits
Persatuan Pengguna Islam Malaysia menggesa syarikat penghantaran makanan memastikan prosedur penghantaran makanan melibatkan makanan halal ditambah baik bagi mengelakkan kesilapan oleh semua pihak Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan toqqi berka...
Dari Sinar Harian Ke Mana Duit Persaraan Dihabiskan

Dari Sinar Harian Ke Mana Duit Persaraan Dihabiskan

papar berkaitan - pada 8/6/2024 - jumlah : 235 hits
Dari Sinar Harian ke mana duit persaraan dihabiskan Saya ulas sedikit 1 Ubah suai rumah Mungkin ianya life long dream untuk memiliki rumah besar tetapi percayalah ramai menyesal mempunyai rumah besar di usia tua Di Shah Alam saya perhatikan...
Aktiviti Perjumpaan Bantahan Projek Pembangunan Pansapuri 35 Tingkat Ppim 02 06 2024

Aktiviti Perjumpaan Bantahan Projek Pembangunan Pansapuri 35 Tingkat Ppim 02 06 2024

papar berkaitan - pada 4/6/2024 - jumlah : 178 hits
2 Jun 2024 Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan toqqi mengahadiri ke perjumpaan bantahan penduduk Kemensah terhadap pembangunan pangsapuri 35 tingkat di kawasan Melawati Projek pembangunan pangsapuri itu dikatakan tidak dijalankan mengikut garis...
Parallel Pathway Must Follow Existing Laws Says Ex Moh Deputy Director

Parallel Pathway Must Follow Existing Laws Says Ex Moh Deputy Director

papar berkaitan - pada 20/6/2024 - jumlah : 419 hits
By Alifah Zainuddin 14 June 2024Former MOH disease control deputy director Dr Zainal Ariffin Omar says the parallel pathway must comply with existing Medical and MQA Acts and be regularised through recognised institutions all medical specia...
Syarikat P Hailing Perlu Pastikan Prosedur Penghantaran Makanan Halal Ditambah Baik Harian Metro 05 06 2024

Syarikat P Hailing Perlu Pastikan Prosedur Penghantaran Makanan Halal Ditambah Baik Harian Metro 05 06 2024

papar berkaitan - pada 6/6/2024 - jumlah : 370 hits
Kuala Lumpur Persatuan Pengguna Islam Malaysia menggesa syarikat perkhidmatan penghantaran makanan memastikan prosedur penghantaran makanan membabitkan makanan halal ditambah baik bagi mengelak kesilapan oleh semua pihak Datuk Nadzim Johan ...
Kkm Pertimbang Hasrat Insentif Lahirkan Ramai Pakar Geriatrik

Kkm Pertimbang Hasrat Insentif Lahirkan Ramai Pakar Geriatrik

papar berkaitan - pada 8/6/2024 - jumlah : 188 hits
Kementerian Kesihatan Malaysia mempertimbangkan pemberian insentif untuk menarik lebih ramai pelajar perubatan menceburi bidang geriatrik Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad menyatakan bahawa kini hanya tiga hingga lapan pelajar...
Aktiviti Forum Minggu Pemasaran Fakulti Ekonomi Pengurusan Universiti Kebangsaan Malaysia Ppim 06 04 2024

Aktiviti Forum Minggu Pemasaran Fakulti Ekonomi Pengurusan Universiti Kebangsaan Malaysia Ppim 06 04 2024

papar berkaitan - pada 4/6/2024 - jumlah : 364 hits
Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan toqqi telah dijemput sebagai ahli panel bagi Forum Minggu Pemasaran Ekonomi Pengurusan anjuran pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia Kampus Bangi Selangor Forum membincangkan isu isu kepenggunaan meliputi is...
7 Tempat Simpan Duit Raya Anak Yang Terbaik

6 Perbahasan Sekitar Puasa 6 Hari Di Bulan Syawal

Kerajaan Nak Kambing Hitamkan Petronas Dalam Tragedi Putra Heights Ia Adalah Fi

Jamal Harap Sri Pahang Fc Terus Kekal Beraksi Dalam Saingan Liga Malaysia Pada Musim Depan

Pimpinku Ke Jannah

Musafir Menjelang Aidilfitri

Grief Understanding The Journey After Loss In Life

Learn Sign Language Unlocking The World Of Visual Communication


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Harvard Portraiture Project Elevating Overlooked Voices

Harvard Office For The Arts Celebrates Its 50th Anniversary

The Joy Of Vaping Without Instructions Why Disposable Pods Feel Effortless

Lelaki Maut Dibelasah Penduduk Lepas Tikam Wanita Remaja

Microsoft Lancar Demo Quake Ii Hasil Ai Tapi Akui Ada Had

Pagi Ini Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia Datuk Haji Azman Bin Haji Adna