Pantang Selepas Keguguran 10 Minggu Kenapa Pantang Juga Ke
Pantang Selepas Keguguran 10 Minggu. Kenapa Pantang juga ke? ramai tertanya tanya sama juga macam saya. Rasa macam eleh baru 10minggu so tak perlu la kot. Dalam family Ainul pun takde pengalaman gugur jadi dengan cerita pengalaman kawan kawan, baca di blog kisah pengalaman orang lain yang pernah gugur jadi Ainul ambil keputusan untuk berpantang la juga demi kesihatan di masa depan.
Pantang Makan
Benda wajib la kan bila dah keguguran atau bersalin. pantang makan ni bukan apa takut gatal pada luka, bentan (wooo ni takut) , angin dan mana tau ada yang tak sesuai dengan badan boleh tumpah darah. itu sebab orang tua tua suruh pantang. Kejap je pantang ni.
Pengalaman Ainul sendiri masa pantang bersalin anak sulung dulu kena bentan. salah makin sikit je. nak try je la sikit. padahal dah hari ke 40. sekali demam mengigil. sakit badan semua. serikkkk dah kena baru tau kenapa orang suruh pantang.
Masa keguguran ni, dapat balik rumah selepas maghrib. lapar giler . Suruh je husband p kedai p beli sup ayam ke daging tak ingat. makan panas panas dengan nasi layannn
Makanan hari lain pun sama menu dengan makanan kita pantang bersalin. ayam Ainul makan je. mak selalu pesan try dulu sikit. takut gatal je. nanti dok garu dah luka bernanah kena jangkitan pulak. Ada makanan ni mak bawa .
Sayur Ainul banyak makan sawi, carrot, kailan. Taugeh, kobis angin untuk Ainul.
Ingat ye bab makanan ni tak semestinya orang tu ok kita tak ok. kena cuba try test dulu. badan kita ok tak? masa makan tu makan sikit dulu bukan nak try tapi 2-3 ketul.
Bertungku
walaupun keguguran, Ainul tetap bertungku. Batu tungku takde. Jadi isi air panas dalam tumbler je. tuam tuam perut, rahim tapak kaki. sedap nya. Kalau ada batu tungku lagi bagus la. Ainul suka bertungku walaupun biasa tak pantang pun. kalau rasa badan sejuk makan benda berangin so start la bertungku.
Tak susah pun sesambil tengok tv, layan netflix tu tungku la.
Mengurut
Selain bertungku, urut pun Ainul suka. Boleh dikatakan sebelum pandemik setiap bulan p spa urut. Jadi bila gugur ni lagi la badan nak kena urut. Apapun pernah ada insan yang menghuni rahim kita. Jadi urut bantu relaxkan badan, legakan urat saraf tegang, bantu emosi kita juga yang sedih down bila gugur.
Bila tempah akak mnegurut tu sila beritahu yang kita keguguran. Jadi pandai la mereka urut, betulkan apa yang patut
Supplement Yang Ainul Ambil
Supplement wajib lah, ambil untuk top up lagi nutrisi yang badan perlu. hilang darah, hilang semangat, badan penat, stress.
Sayang diri sendiri kan. Anak hilang tempat dia di syurga dah. kita nak kena sihat kuat nak jalani kehidupan dan ada 3 orang anak , suami yang perlukan kita.
ini antara yang Ainul amalkan. selain ini Ainul minum vivix untuk bagi rahim kembali sihat, luka luka dalaman cepat sembuh
Kepada kawan kawan yang membaca blog ni sedang mengalami keguguran, jangan sedih. InsyaALLAH ada rezeki besar ALLAH sediakan untuk kita. Jaga diri ye
The post Pantang Selepas Keguguran 10 Minggu. Kenapa Pantang juga ke? appeared first on Ainul Mustafa.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ainulmustafa.com/pantang-selepas-keguguran-10-minggu-kenapa-pantang-juga-ke/