Pantang Larang Seorang Abah


Lelaki pertama di hati dan selamanya di jiwa
*susah nak bergambar
Abah Mama Yan memang penuh dengan pantang larang dan petua
Biasalah... orang lama kan..
Pantang larang paling banyak waktu berdepan dengan rezeki
Macam macam ada..
Hahaha
Antara yang masih diingati dan ada yang dipatuhi hingga kini adalah:-
1. Jangan goyang2 kaki atau ketik2 kaki waktu makan.
Takde alasan..tp tak baik je katanya
2. Jangan makan berbunyi / memecap. Bunyi waktu makan chuk chak chuk chak tu.



3. Of kos la jangan makan kat tempat tidur, jangan makan sambil baring ataupun meniarap.
Walaupun sekadar makan kacang2 ke..kuaci ke.
Walaupun dalam pantang bersalin,
tetap kena duduk makan kat dapur/ruang makan.

4. Waktu makan jangan tongkat dagu/ tongkat kepala/ tongkat siku semua tu.
Pantang betul. Ada yang kena ketuk nanti.
"Suruh makan pun malas, apalagi suruh bekerja"

5. Jangan bermain main waktu makan.
Kalau nak suap nasi tu, nasi kat tangan jangan ditimbang timbang.
Nanti nasi merajuk...disamakan dengan batu seremban.

6. Jangan menyanyi /bersiul depan makanan. Takde sebab spesifik...
Cuma macam takde adab je.

7. Makan jangan berpindah randah.
Nanti kawen cerai kawen cerai, anak bersepah macam nasi ko juga.
Duduk setempat sampai habis makan dan kemas.

8. Jangan sesekali makan bertatang.
Maksudnya jangan tatang pinggan nasi kita tu.
Takut nanti anak mati masa kecik.
Ajal maut kan di tangan Allah
Yang sebenarnya...kalau ditatang sebelah tangan kan mudah tumpah..mudah jatuh...



9. Jangan habiskan beras dalam tong beras tu.
Letak barang makanan yang kering dalam bekas beras supaya beras tak putus.
Dlm erti kata lain tak putus rezeki,
Sebab beras kan simbolik rezeki...
Kena letak lada kering ke, kulit kayu manis ke...
Sebenarnya...
Tak bg beras bau hapak dan tak bagi bubuk berkunjung dlm tong beras kita.
Tapi yang ni Mama Yan dan suami follow.
Agak2 beras nak habis, terus gi beli.
Kalau tgh kesempitan,
Agak2 beras nak habis...
Masaklah bubur dulu ye...

Pakai Rice Smart. Boleh nampak beras nak habis. ada indicator...hahaha
Tapi harga dia, boleh beli 6 kampit beras 10kg.

10. Lepas makan basuh mulut bersih2 dan lap.
Jangan ada tinggal sisa nasi kat pipi,
Nanti menikah dengan janda/duda dan ber anak tiri.
Hahaha..sebab yang ni tokleh pakai langsung.
Padahal, kot kang tidur dengan mulut comot,
Ada yang kena hurung dengan semut / lipas karang.

11. Lepas makan terus basuh tangan.
Jangan biar makanan kering kat tangan.
Nanti mak mertua tak sayang katanya.

12. Lepas makan, letak air sikit dalam pinggan.
Jangan biar kering..
Supaya rezeki tak putus.
Mama Yan rasa..lebih pd nak mudahkan orang yang basuh pinggan.

13. Jangan cekut lauk pakai jari...mesti pakai sudu.
Nanti lauk cepat basi.

14. Lepas makan tak boleh baring..apalagi tido.
Nanti makanan naik semula kat leher.
Boleh jadi beguk.
Kah kah kah....
Fatwa pantang abah koi ni kadang2...
Menggelikan hati.
Tapi...
Memang la tak molek lepas makan terus baring baring
Tapi itulah yang paling sedap dibuat.

15. Tiup makanan.
Abah memang tak suka anak anaknya tiup air atau makanan panas.
Kalau air panas, Dituangkan air dari cawan ke dalam piring bagi cepat sejuk...
Ataupun buat macam teh tarik.
Kalau makanan panas...dicarik carik atau digunting gunting...
Potongan yang kecil lebih cepat sejuk.
Tapi bukanlah tak boleh tiup langsung...
Tiup sikit sikit slow slow tu boleh...
Tiup sampai mercik ailio tu yang bakal kena tengkuh tu...
Hahaha...
Ni ayat keramat yang bakal menyumbat telinga kalau tiup makanan sambil mengomel makanan tu panas
"Panas...panas!! Panas lagi mencarinya tahu?"

"Apabila kalian (sedang) minum, 
maka jangan bernapas di dalam gelas, dan saat membuang hajat, maka jangan sentuh kemaluan menggunakan tangan kanan. - Hadis Riwayat Bukhori



********
Sekianlah 15 pantang larang seorang abah.
Sebenarnya banyak lagi...
Tapi kita fokus tang pantang larang berkaitan hidangan dan makanan aje..
Mungkin lepas ni boleh tulis pasal pantang larang lain pula.

Pantang larang ni biasanya bersebab dan banyak berkaitan dengan adab, tapi...
nak takut-takutkan anak lebih sikit..
tu yang alasannya jadi sedikit tak masuk akal bila dah dewasa ni.
Masa kecik percaya aje..
bila besar gelak ajelah bila ingat balik.
hahahadoii...
Tapi...tak kisah la berapa banyak pantang larang sekalipun..
"we love you abah"


Sekian, wassalam









Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziankhalil.com/2019/01/pantang-larang-seorang-abah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
4 Pantang Larang Apabila Makan Suplemen Untuk Kesan Maksimum

4 Pantang Larang Apabila Makan Suplemen Untuk Kesan Maksimum

papar berkaitan - pada 31/12/2018 - jumlah : 355 hits
Anda baru sahaja melaburkan wang untuk vitamin untuk kesihatan yang lebih baik namun masih tidak merasa manfaatnya setelah mengambil suplemen dan vitamin setelah beberapa lama Mari kita check it out sama sama senarai semak dan pantang laran...
Pantang Larang Orang Jepun

Pantang Larang Orang Jepun

papar berkaitan - pada 29/12/2018 - jumlah : 444 hits
Ingatkah anda dengan Misteri atau Mitos Angka 13 Kepercayaan yang begitu menular di dunia barat sehingga ada yang mempercayainya sebagai
Jangan Kerana Gila Memancing Anda Abaikan Pantang Larang Bila Terlalu Seronok Masa Itu Kita Akan Cuai

Jangan Kerana Gila Memancing Anda Abaikan Pantang Larang Bila Terlalu Seronok Masa Itu Kita Akan Cuai

papar berkaitan - pada 14/1/2019 - jumlah : 567 hits
Pantang larang yg wajib anda ketahui sebagai pemancing Salam sejahtera buat semua bro2 pemancing Apa yg saya ingin perkatakan hari ini adalah tentang petua dan pantang larang dunia memancing Saya bukannya ingin mengajar sesiapa ataupun meny...
Pantang Larang Kalau Nak Kurangkan Lemak Dalam Badan

Pantang Larang Kalau Nak Kurangkan Lemak Dalam Badan

papar berkaitan - pada 7/1/2019 - jumlah : 1327 hits
Pantang Larang Kalau Nak Kurangkan Lemak Dalam Badan Kurangkan makanan bergoreng Tidak lebih daripada dua kali seminggu Hadkan makanan segera ayam goreng kentang goring milkshakes dan burger Hadkan snek berlemak kerepek kek biskut kacang Ku...
Pantang Larang Gastrik Makanan Yang Perlu Dielakkan Dan Digalakkan

Pantang Larang Gastrik Makanan Yang Perlu Dielakkan Dan Digalakkan

papar berkaitan - pada 8/1/2019 - jumlah : 4183 hits
Pesakit sangat sensitif dengan beberapa jenis makanan perlu tahu pantang larang untuk mengelakkan serangan gastrik iaitu makanan yang perlu dielakkan dan makanan yang digalakkan The post appeared first on
Arif Jiwa Baru Berusia Setahun Membuli Seorang Kanak Kanak Lain

Arif Jiwa Baru Berusia Setahun Membuli Seorang Kanak Kanak Lain

papar berkaitan - pada 31/12/2018 - jumlah : 399 hits
ANAK tiri Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Asyraf Khalid menjelaskan anaknya Arif Jiwa masih seorang kanak kanak yang tidak memahami antara bermain atau membuli Asyraf menerusi Twitter miliknya membalas komen seorang individu yang menuduh Ar...
Warna Pink Hilangkah Macho Seorang Lelaki

Warna Pink Hilangkah Macho Seorang Lelaki

papar berkaitan - pada 1/1/2019 - jumlah : 340 hits
Pink sememang sinomin dengan wanita kerana warna itu dikatakan memiliki sifat lembut yang sering dikaitkan dengan personaliti wanita Tapi adakah itu bermaksud lelaki tidak boleh memakai warna pink Imej via Pemikiran kita sering membantah ji...
Video Tular Seorang Lelaki Memukul Wanita Yang Sedang Solat

Video Tular Seorang Lelaki Memukul Wanita Yang Sedang Solat

papar berkaitan - pada 31/12/2018 - jumlah : 505 hits
Video seorang lelaki memukul seorang wanita yang sedang solat di masjid tular di media sosial beberapa hari lalu Dalam rakaman video tersebut seroang wanita yang sedang solat di Masjid Al Istiqomah Kunjang Samarinda Indonesia tiba tiba dipu...
Rupanya Dia Cuba Nak Pegang Aku Gadis Trauma Naik Lrt Seorang Diri Nyaris Diraba Lelaki Gatal

Rupanya Dia Cuba Nak Pegang Aku Gadis Trauma Naik Lrt Seorang Diri Nyaris Diraba Lelaki Gatal

papar berkaitan - pada 31/12/2018 - jumlah : 1101 hits
The Reporter Lelaki sebelah ni pegang pegang aku dalam LRT Cover dengan bag pastu tangan dia cam bodoh Trauma sia Cepatlah sampai Lepas ambil gambar tahu pula terus berdiri dan turun di stesen lain Dasar tak ada otak demikian tweet awal man...
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik