Warna Pink Hilangkah Macho Seorang Lelaki
Pink sememang sinomin dengan wanita kerana warna itu dikatakan memiliki sifat lembut yang sering dikaitkan dengan personaliti wanita. Tapi adakah itu bermaksud lelaki tidak boleh memakai warna pink?
Imej via Pixabay
Pemikiran kita sering membantah jika warna pink
digunakan atau disatukan oleh lelaki. Kedengaran seperti tidak adil bukan
kerana warna hitam yang sering dikaitkan dengan lelaki dengan sewenangnya
digunapakai oleh kaum wanita.
Pergilah ke mana-mana pun akan kelihatan ada lelaki
yang tampil berbeza dengan mengenakan baju berwarna feminin seperti
pink dan purple tetapi masih lagi kelihatan macho.
Ada juga wanita yang berkerut dahi melihat lelaki
dengan pink memandangkan pink dah sinonim sangat dengan perempuan yang melambangkan
kelembutan.
Adakah lelaki tidak sesuai langsung untuk pakai warna pink? Setuju ke?
Warna Pink Untuk Lelaki Berani
Black is the new pink.
Arus kemodenan seiring berjalan dengan pemikiran manusia
yang berubah mengikut zaman. Tiada lagi pink diwajibkan untuk perempuan dan hitam
diwajibkan dengan lelaki.
Sesiapa sahaja boleh menggunakan sebarang warna selagi
ianya tidak melanggar batas agama dan manusia. Dunia urban untuk lelaki
metroseksual. Dan jangan salah anggap dengan seksualiti lelaki metroseksual
hanya kerana mementingkan imej dan gaya.
Tiada istilah lelaki lembut kala mencuba merah jambu.
Sebaliknya, ia diterjemahkan sebagai moden, bersikap terbuka selain sentiasa
berminat mengetahui pandangan ramai mengenai penampilan peribadi mereka. Selain
itu, mereka turut digambarkan bijak dan budiman.
Lelaki macho paling takutkan warna pink kerana akan
terlihat dirinya seperti lembut tetapi warna is no limit dan kalau kena dengan
gayanya anda akan terlihat dengan lebih berfesyen.
Pengambilan warna pink untuk bersantai menampakkan anda
lebih relax. Kepada yang suka mendapatkan perhatian nampaknya pink terang
sangat sesuai untuk anda.
Anda mungkin akan mendapat perhatian si gadis di luar
sana kerana warna pink melambangkan anda memiliki hati yang lembut dan romantis
ya.
Kombinasi disyorkan mengiringi warna romantis itu, ia
lebih memberi impak sekiranya digandingkan warna kelabu, biru laut, coklat,
namun elakkan padanan warna krim.
Sebaik-baiknya, belajar menyuai-padan pakaian
menggunakan strategi skema warna. Skim warna saling menyokong, analogous,
triad, tetrad dan monokromatik antara suai padan yang perlu dicuba dan dikuasai.
Pilihan busana pink tidak dihadkan membabitkan lelaki
berkulit cerah saja sebaliknya, penggayaan dan padanan warna dalam penampilan
seharusnya bermula menerusi kenal pasti tona bawah kulit.
Pink Sesuai Untuk Kulit Gelap
Bukan semua kulit cerah sesuai dengan pink sebaliknya,
warna itu cantik buat mereka berkulit sawo matang. Apapun, di nasihatkan
berhati-hati bermain dengan kontras merah jambu dan tona kulit anda.
Pilihan warna pink sangat subjektif, iaitu bergantung
kepada minat dan keperluan individu. Sebaik-baiknya, fahami kepelbagaian tona
baik warna paling cerah hingga paling gelap memberikan persepsi tertentu kepada
si pemakai.
Umumnya, warna cerah dan lembut menterjemahkan tahap
autoriti membabitkan pangkat, kuasa serta jawatan rendah berbanding pilihan
warna gelap.
Pilihan warna gelap diklasifikasikan sebagai profesional, lebih matang, tegas selain mempunyai kedudukan dan status tinggi dalam masyarakat.
Cara PilihWarna Pink
Kombinasi busana pink dengan warna lain perlu mengambil
kira;
1. Tona bawah kulit (undertone)
2. Bentuk dan jenis badan
3. Gaya dan personaliti
4. Jenis formaliti majlis
5. Jenis formaliti baju (kasual atau formal)
6. Etika pakaian pejabat
7. Mesej yang ingin disampaikan di sebalik pemilihan
pakaian
Sebenarnya ramai lelaki yang gemarkan warna romantis
ini. Sedondon dengan pasangan dalam busana bewarna pink menampakkan anda
seperti merpati dua sejoli.
The post Warna Pink | Hilangkah Macho Seorang Lelaki appeared first on cikpinz.com.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.cikpinz.com/warna-pink/