Pantai Redang Sekinchan Tempat Best Untuk Kutip Remis


Semasa percutian kami ke Sekinchan tempoh hari, kami lebih banyak habiskan masa di chalet dan berkumpul bersama ahli keluarga.
 
Ada masa, kami mandi di swimming pool beramai-ramai. Pada sebelah petang, yang perempuan masak bersama-sama, manakala yang lelaki pula sibuk diluar menyediakan menu BBQ.
 
Hanya selepas kami dah check out, barulah ada kesempatan nak singgah tempat-tempat menarik yang ada di Sekinchan.
 
Kali ini, saya sempat singgah ke Pantai Redang.

Sebelum sampai ke Pantai Redang, kita akan melalui perkampungan nelayan terlebih dahulu. Pada masa ini, cuaca sangat panas. Saya pun tak sanggup nak berhenti sekejap untuk ambil gambar.
 
Kalau ada kesempatan untuk datang sekali lagi ke Sekinchan, In Shaa Allah pada masa tu saya akan ambil gambar di sekitar perkampungan nelayan yang terdapat di Sekinchan dan yang berdekatan dengan Pantai Redang ini.
 
Sampai di Pantai Redang, kita akan dapat lihat papan iklan yang besar, yang mengalu-alukan kedatangan pengunjung ke Pantai Redang Sekinchan.

Disini terdapat pokok besar yang dikenali sebagai wishing tree oleh penduduk sekitar.
 
Disebelahnya terdapat sebuah tokong. Kalau mengikut kepercayaan masyarakat cina disini, jika anda ada hajat bolehlah datang ke sini untuk berdoa. Saya pun tak berapa tahu, bagaimana proses dia.

Cuma ye la… ini mengikut kepercayaan masyarakat mereka. Bagi yang beragama Islam, kita ada cara kita sendiri untuk memohon supaya hajat kita diperkenankan.
 
Ada banyak riben-riben merah yang digantungkan pada pokok hajat atau wishing tree ini.

Satu yang saya suka dengan pokok ni ialah, ianya nampak lain dari yang lain, dan riben-riben tu dah macam hiasan pun ada.
 
Kita tengok kawasan sekitar pulak.
 
Dekat sini saya nampak ada sebuah pondok, yang saya pun tak berapa pasti ini pondok apa. Kalau saya boleh teka, ini mungkin pondok tinjau.

Dari pondok ini, kita boleh tengok keadaan laut pada bila-bila masa. Tapi pondok ini juga mungkin digunakan untuk tujuan berehat-rehat.
 
Di Pantai Redang ini, terdapat banyak kedai-kedai makan.

Cuma saya tak nampak kedai yang menjual makanan dan masakan melayu.
 
Saya rasa kalau setakat nak beli air minuman dalam tin atau botol, tak ada masalah kalau nak beli kat sini.

Dah habis explore kawasan sekitar, jom kita ke kawasan pantai pula.
 
Pada masa ini air laut tengah surut. Saya tertarik dengan kelibat remis yang agak banyak terdapat di tepi pantai.

Mula-mula saya ingat nak buat endah tak endah je dengan remis-remis ni semua. Kemudian bila saya dapati, makin jauh saya jalan, makin banyak remis yang saya jumpa, saya mula kumpulkan ia dalam satu tempat.
 
Kalau anda nak tahu, macam mana keadaan pantai di Pantai Redang ni, beginilah rupanya.

Permukaan pantainya berselut dan berlumpur.
 
Ada juga batu-batu.

Pengunjung yang datang ke Pantai Redang ini, biasanya hanya berjalan-jalan santai ditepi pantai sahaja.

Sambil jalan-jalan waktu petang, menikmati pemandangan matahari terbenam.
 
Dengan keadaan pantai yang seperti ini, mengingatkan saya dengan keadaan pantai di Pantai Remis Kuala Selangor. Tempat berlumpur macam ni, kebiasaannya boleh dapat hasil laut seperti kerang.
 
Dari pembacaan yang saya buat, ramai yang kata air laut dekat Pantai Redang ini kotor dan keruh. Saya cuba ambil sedikit dan masukkan dalam botol yang jernih.

Bila tengok macam ni, saya tak rasa air laut disini keruh. Secara semulajadi, airnya juga jernih. Tapi mungkin disebabkan permukaan pantainya yang berlumut dan berlumpur, ia menjadikan air laut disini kelihatan keruh dan kotor juga.
 
Kalaulah air laut ini kita boleh umpamakan dengan manusia, mungkin dia punya persamaannya adalah seperti ini. Secara semulajadi, manusia itu kejadian asalnya baik. Namun, manusia menjadi kotor (jahat) apabila apa yang terdapat didalamnya (merujuk kepada hati) itu jahat.
 
Dekat Pantai Redang ni, saya luangkan masa lebih kurang satu jam. Dalam keadaan tengah panas tu, saya kutip la remis-remis yang banyak terdapat kat tepi pantai.

Dapat satu bekas.
 
Ini hasilnya yang dah siap masak.

Kalau nak senang, baik beli je remis ni dekat pasaraya. Sakit pinggang jugak terbongkok-bongkok nak kutip remis ni. Mujurlah bila dah siap masak, rasanya sedap.
 
Inilah antara yang boleh disaksikan kalau anda dan keluarga datang ke Pantai Redang. Selamat bercuti saya ucapkan ke Sekinchan.
 
Cari homestay di Sekinchan? Gunakan laman web Airbnb untuk cari homestay yang sesuai dengan keperluan anda. Dapatkan diskaun sebanyak RM120 apabila anda menggunakan travel credit ini.
 
The post Pantai Redang Sekinchan tempat best untuk kutip remis appeared first on Xplorasi Destinasi.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://xplorasidestinasi.com/pantai-redang-sekinchan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
16 Tempat Makan Best Di Gombak Penuh Selera Dan Citarasa Anda

16 Tempat Makan Best Di Gombak Penuh Selera Dan Citarasa Anda

papar berkaitan - pada 11/2/2019 - jumlah : 613 hits
Gombak merupakan salah satu kawasan yang amat terkenal dengan tempat makanan Boleh dikatakan semua makanan pasti terdapat di Bandar Gombak ini Bagi para pelancong dalam dan luar negeri Gombak merupakan syurga makanan bagi mereka kerana terd...
Puteri Harbour Tempat Best Ambik Gambar Di Johor Bahru

Puteri Harbour Tempat Best Ambik Gambar Di Johor Bahru

papar berkaitan - pada 7/2/2019 - jumlah : 570 hits
Puteri Harbour Tempat Best Ambik Gambar di Johor Bahru Sempena cuti Tahun Baru Cina yang lepas mama dan adik beradik telah bercuti ke Johor Bahru Memang simple dan sweet aje percutian last minute kami ni Ala ala percutian bandar saje Alang ...
Itineraray 2 Hari 1 Malam Tempat Menarik Di Pulau Langkawi

Itineraray 2 Hari 1 Malam Tempat Menarik Di Pulau Langkawi

papar berkaitan - pada 5/2/2019 - jumlah : 870 hits
Assalamulaikum hai korang Dah baca entri BBL pasal first time naik flight tu Boleh rujuk link sini Saya datang Langkawi pun sebab nak habiskan cuti weekend je So stay kat sana 2 hari 1 malam je kat Pantai Chenang Tak perlu ambil cuti sampai...
Rumah Ini Syurga Tempat Membesar Tempat Bermain

Rumah Ini Syurga Tempat Membesar Tempat Bermain

papar berkaitan - pada 5/2/2019 - jumlah : 1235 hits
Pemandangan Indah Tempat Membesar Tempat Bermain Tempat kita bermain dan membesar memang banyak kenangannya pandang semua benda dalam rumah dan sekeliling rumah ada saja yang menerjah kotak kenangan Inilah pengalaman hidup yang tak dijual b...
Kenapa Swiss Jadi Tempat Aman Bagi Wni Simpan Duit

Kenapa Swiss Jadi Tempat Aman Bagi Wni Simpan Duit

papar berkaitan - pada 6/2/2019 - jumlah : 237 hits
Indonesia dan Swiss telah menandatangani perjanjian bantuan hukum timbal balik atau dikenal dengan mutual legal assistance Terdapat 39 pasal dalam perjanjian tersebut yang mengatur bantuan hukum mengenai pelacakan pembekuan penyitaan hingga...
Pemuda Ini Mendekati Dan Bertanya Mengapa Selama 10 Tahun Lelaki Tua Ini Duduk Tepi Jalan Tempat Yang Sama

Pemuda Ini Mendekati Dan Bertanya Mengapa Selama 10 Tahun Lelaki Tua Ini Duduk Tepi Jalan Tempat Yang Sama

papar berkaitan - pada 2/2/2019 - jumlah : 323 hits
Baru baru ini netizen di Thailand berkongsikan gambar seorang lelaki tua yang dipercayai gelandangan telah menunggu seseorang di tepi jalan sejak 10 tahun lalu Menurut Poramet Misomphop yang ketika itu sedang menikmati sarapan pagi berkata ...
The Best Healthy Muffin Recipes From The Muffin Queen

The Best Healthy Muffin Recipes From The Muffin Queen

papar berkaitan - pada 22/2/2019 - jumlah : 360 hits
The best healthy muffin recipes come in all shapes and sizes Inside this recipe round up you ll find gluten free paleo dairy free grain free and even low carb muffins to enjoy All from the self proclaimed muffin queen That s right this muff...
Captain America Brave New World Di Tgv Imax Padat Dengan Aksi Kombat Di Awan Untuk Menyelamatkan Dunia

Things To Ponder Self Reflection 12

Syafiq Kyle Mimi Lana Kini Sah Bergelar Suami Isteri

Kenyataan Mp Raub Seharusnya Ditolak Tiada Keperluan Wujud Menteri Khusus Masyarakat Bukan Islam

Are The Interfaith Guidelines Though Scrapped A Harbinger Of More Malaysian Apartheid To Come

Sampai Kuantan Akhirnya

Crowd Throngs Star Education Fair 2025

Grand Tourers Two Royal Enfield Continental Gt 650s Built For The Alps


echo '';
AJL 2025 Senarai Finalis Tarikh Cara Undi Hadiah Tiket Dan Segala Info Live Di TV3 Dan Tonton Anugerah Juara Lagu 39

Info Dan Sinopsis Filem Perayaan Mati Rasa 2025 Adaptasi Lirik Lagu Berjudul Sama Kini Di Pawagam Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Sumala 2024 Adaptasi Kisah Nyata Dari Kabupaten Semarang Kini Di Platform Online Netflix Malaysia

Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2025 2026 Musim 12 GV12

Keputusan Markah Konsert Akhir Final Gegar Vaganza 2024 2025 GV 11 Juara Pemenang Finalis


Kelantan Negeri Dibawah Kepimpinan Ulama Teratas Salah Guna Dadah

Titah Adendum Agc Cuba Tutup Silap Sendiri Dengan Gag Order Peguam

Doa Setelah Sholat Tarawih Dan Artinya

Missi Tawan Johor

Fixed Sums For Sabah Sarawak Against Constitutional Vision Says Academic

Don T Turn Madani Cny Celebration Into Polemic Jakim