Pantai Bagan Lalang Destinasi Pilihan Perkelahan Keluarga Selepas Pkp



Pantai Bagan Lalang Destinasi Pilihan Perkelahan Keluarga Selepas PKP
Setelah lebih empat bulan anak-anak terkurung di rumah disebabkan PKP maka baru-baru ini aku dan suami setuju untuk gembirakan hati anak-anak dan bawa mereka pergi berkelah di Pantai Bagan Lalang. Setelah lama dikuarantin kerana COVID baru aku kekuatan nak bawa anak-anak ke tempat awam. Itupun masih lagi berhati-hati dan amalkan norma baharu seperti pakai mask dan sentiasa sapu hand sanitizer.

Pantai Bagan Lalang menjadi pilihan atas banyak faktor dan salah satunya lokasi pantai Bagan Lalang agak dekat dengan rumah dan perjalanan ke sana pun kurang sesak. Kebetulan sangat ada kawan yang mengajak pergi berkelah jadi aku tumpang sekaki.

Aku pernah main pasir pantai di Pantai Remis
Dalam masa yang singkat dan perancangan yang sedang-sedang perkelahan kami sangat menyeronokkan sila baca anak-anak yang paling gembira. Banyak sangat perubahan yang berlaku di Pantai Bagan Lalang, dah semakin cantik dan persekitaran agak bersih kecuali di pesisiran pantai sahaja yang banyak sampah. Tempat kami berkelah ni betul-betul di sebelah Hotel dan resort Avani Sepang Goldcoast Resort. Boleh nampak la dari tempat kami berehat.




Kali terakhir aku ke Pantai Bagan Lalang adalah masa aku anak satu, sekarang masuk anak ketiga baru dapat jejak kaki sekali lagi ke situ. Datang ke Bagan Lalang bermaksud aku mengimbau kembali zaman percintaan dengan suami. ok ini kelakar, dulu waktu bercinta kami selalu ke sini untuk lihat matahari terbenam sambil makan burger. Masa bercinta semua seronok dan sedap.

Kalau korang teringin nak datang sini memang aku alu-alukan sangat, nak berkelah, nak buat BBQ, dan main layang-layang. Pernah juga orang bertanya, pantai bagan lalang boleh mandi ke? jawapannya semestinya boleh. Aku dan suami tak mandi, anak-anak sahaja yang ambil peluang untuk mandi. Ramai pengunjung yang datang ke sini mesti tak lepaskan peluang untuk buat BBQ. Kalau aku tahu pasti aku dah siapkan awal-awal kelengkapan BBQ. Next time la boleh repeat.

Kemudahan tandas dan tempat mandi juga disediakan. Macam biasa bayaran 0.50 sen untuk buang air kecil dan RM1 untuk mandi. Tak tahu lah sampai bila harga macam ni akan dikekalkan. Bersih pun bersih. Aku juga ada nampak iklan perkhidmatan BBQ digantung dekat pokok-pokok, jadi agak-agak nak buat BBQ boleh hubungi mereka. Ada juga beberapa gerai menjual makanan dan minuman




Aktiviti yang sesuai dibuat bila berada di Pantai Bagan Lalang antaranya ialah main layang-layang, main Frisbee sebab angin yang agak kuat, bakar makanan laut BBQ, mandi manda masih sesuai jika korang tidak berkulit sensitif. Bagi aku air dia agak keruh tapi ramai je yang mandi. Aku lebih enjoy pemandangan sambil menikmati keindahan alam.

Aku bertolak sekitar tujuh pagi dan singgah beli breakfast untuk makan dekat sana. Kami sampai sekitar 8.30 pagi dan cuaca sangat baik. Walaupun awal pagi tapi pengunjung slow-slow sampai. Ada yang bermalam di pantai, siap pasang khemah. Kagum la aku. Aku ni penakut, takut manusia tak bertamadun kacau jadi salute sangat mereka yang berkhemah dan bermalam di tepi pantai.



Jadi untuk korang yang tinggal berdekatan, Pantai Bagan Lalang adalah antara lokasi yang terbaik untuk korang bawa anak-anak berkelah dan bercuti. Nak ke Pantai Port Dickson memang penuh dengan manusia, kalau Pantai Terengganu, Langkawi dan lain-lain jauh la pula. Semestinya pilihan aku yang terbaik adalah kena consider jarak perjalanan, kos dan waktu lapang.

Serius anak-anak puas hati dan bergembira sepanjang perkelahan, siap tak mahu balik. Paling penting kami satu keluarga dapat habiskan masa berkualiti bersama-sama. Aku nak anak-anak aku akan ingat kenangan perkelahan dia dan keluarga. Korang pula dah bercuti ke mana?



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.rodiahamir.com/2020/07/pantai-bagan-lalang-destinasi-pilihan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nasi Ayam Sedap Pilihan Keluarga Di Dee Nasi Ayam Pandan Indah

Nasi Ayam Sedap Pilihan Keluarga Di Dee Nasi Ayam Pandan Indah

papar berkaitan - pada 8/7/2020 - jumlah : 1312 hits
Nasi Ayam Sedap Pilihan Keluarga di Dee Nasi Ayam Pandan Indah Lebih tiga bulan semua rakyat Malaysia terperap di rumah akibat Covid19 dan akhirnya buat pertama kali kami keluar untuk makan di luar dan seperti permintaan cik applepie kami k...
Trafik Di Cameron Selepas Pkp

Trafik Di Cameron Selepas Pkp

papar berkaitan - pada 3/7/2020 - jumlah : 544 hits
Memasuki PKP Pemulihan yang diumukan 2 minggu lalu Cameron Highlands kembali dikunjungi Pelancong malah minggu lepas sangat padat sementelah mendapat gaji Semua laluan utama dan juga laluan taman penuh sesak sejak hari Jumaat lagi Saya send...
Tarikh Mula Sekolah Bagi Sekolah Agama Di Bawah Jabatan Agama Islam Johor Selepas Pkp

Tarikh Mula Sekolah Bagi Sekolah Agama Di Bawah Jabatan Agama Islam Johor Selepas Pkp

papar berkaitan - pada 9/7/2020 - jumlah : 853 hits
Pengumuman tarikh mula sekolah bagi sekolah agama di bawah Jabatan Agama Islam Negeri Johor selepas fasa Perintah Kawalan Pergerakan Tadika Agama Johor 14 Julai 2020
Bercuti Di Cameron Highlands Selepas Pkp

Bercuti Di Cameron Highlands Selepas Pkp

papar berkaitan - pada 3/7/2020 - jumlah : 799 hits
PEKAN TANAH RATAAda yang yang bertanya Bagaimana suasana bercuti selepas PKP masuk ke fasa PKPP yakni pemulihan Umum mengetahui semasa Perintah Kawalan Pergerakkan atau PKP dilaksanaka Cameron Highlands bagaikan bandar mati yang sepi berban...
Hiburan Shukri Yahaya Terpaksa Guna Duit Simpanan Untuk Sara Keluarga Sepanjang Tempoh Pkp

Hiburan Shukri Yahaya Terpaksa Guna Duit Simpanan Untuk Sara Keluarga Sepanjang Tempoh Pkp

papar berkaitan - pada 7/7/2020 - jumlah : 478 hits
Mendedahkan dirinya terpaksa menggunakan duit simpanan untuk perbelanjaan keluarga sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan sejak Mac lalu aktor tampan Shukri Yahaya akui mata pencariannya terjejas sepanjang menempuh fasa tersebut Menurut Shuk...
Kembali Bersekolah Selepas Pkp Banyak Sop Perlu Patuhi

Kembali Bersekolah Selepas Pkp Banyak Sop Perlu Patuhi

papar berkaitan - pada 2/7/2020 - jumlah : 399 hits
Kembali bersekolah selepas PKP banyak SOP perlu dipatuhi Semua perasaan bercampur baur Risau gembira sedih dan macam macam lagi Kembali ke sekolah Akhirnya sesi persekolahan 1 7 2020 pun bermula Paling tak boleh tahan bila pagi pagi lagi Dz...
Kes Jangkitan Meningkat Selepas 18 Hari Trump Adakan Kempen Pilihan Raya

Kes Jangkitan Meningkat Selepas 18 Hari Trump Adakan Kempen Pilihan Raya

papar berkaitan - pada 9/7/2020 - jumlah : 314 hits
Inilah jadinya bila pemimpin pun tak kisah dan bersungguh untuk jaga kesihatan rakyatnya sendiri Ohmedia kata macam ni tentang sikap Presiden Amerika Syarikat Donald Trump yang dilihat seakan gagal mengawal penyebaran Covid 19 AS adalah neg...
Pantai Long Pagong Tungku Lahad Datu Aktiviti Keluarga

Pantai Long Pagong Tungku Lahad Datu Aktiviti Keluarga

papar berkaitan - pada 11/7/2020 - jumlah : 480 hits
Walaupun Lahad Datu tengah kecoh kecoh pasal pencerobohan rakyat Filipina berketurunan Sultan Sulu tapi kitaorang sempat lagi pegi mandi mandi kat pantai di Tungku iaitu salah satu daerah kecil di Lahad Datu ada kitaorng kesah pasal lanun h...
Hiburan Yang Menghina Ingat Korang Pun Ada Keluarga Sharifah Sakinah Tampil Bersuara Selepas Dihina Netizen

Hiburan Yang Menghina Ingat Korang Pun Ada Keluarga Sharifah Sakinah Tampil Bersuara Selepas Dihina Netizen

papar berkaitan - pada 12/7/2020 - jumlah : 521 hits
Tampil bersuara selepas menerima komen tidak sepatutnya daripada segelintir warganet berikutan pengakuan mengenai penceraiannya dengan suami pelakon Sharifah Sakinah menerusi laman Instagram miliknya telah memuat naik hantaran berbentuk lua...
How Does Private Equity Actually Work

Boost Your Seo With Ahrefs Dr Links 50 Off Today

Pondok Abuya

Tiga Maut Manakala Tiga Lagi Cedera Dalam Kemalangan Di Kilometer 50 7 Lpt1 Arah Kuantan Petang Tadi

Muslims In Malaysia To Celebrate Hari Raya On March 31

50 Member Relief Team To Myanmar To Remain For Up To 2 Weeks

Amalan Sunnah Hari Raya Aidilfitri

Hiburan Netizen Berang Lihat Lelaki Kasari Wanita Gara Gara Terlanggar Ahli Keluarga


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


33 Lagi Maut Gaza Bermandikan Darah Pada Aidilfitri

Beyond Adolescence Parental Involvement In Bridging The Digital Divide

Selamat Hari Raya Aidilfitri Dari Saya Dan Pelajar Smka Naim Lil

The Great Emu War Australia S Unconventional Battle

How The World Can Keep Trump 2 0 In Check

Let Syawal Symbolise Unity Gratitude To The Divine