Panglima Atm Ketuai Misi Diplomatik Ke Thailand Kemboja


 Dua negara jiran Asia Tenggara terbabit konflik sempadan itu setuju gencatan senjata susulan rundingan dimediasi Anwar Ibrahim.
Panglima ATM Jeneral Mohd Nizam Jaffar ketuai delegasi diplomatik ke Thailand dan Kemboja susulan persetujuan gencatan senjata berkuat kuasa tengah malam tadi. (Gambar Bernama)KUALA LUMPUR: Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Jeneral Mohd Nizam Jaffar mengetuai delegasi diplomatik ke Thailand dan Kemboja bagi memudah cara perbincangan susulan persetujuan kedua-dua negara untuk melaksanakan gencatan senjata serta-merta dan tanpa syarat
Gencatan senjata itu, berkuat kuasa pada tengah malam tadi, dipersetujui semasa mesyuarat khas anjuran Malaysia yang membawa kedua-dua negara berjiran di Asia Tenggara itu ke meja rundingan, susulan ketegangan yang semakin memuncak.
Mesyuarat tersebut, yang dimediasi oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim di Kompleks Seri Perdana di Putrajaya, menyaksikan Perdana Menteri Kemboja Hun Manet dan Pemangku Perdana Menteri Thailand Phumtham Wechayachai mencapai kata sepakat berhubung pelaksanaan gencatan senjata itu.
Kedua-dua negara sudah lama bertelingkah berhubung isu kawasan sempadan sepanjang 817km yang belum dimuktamad dan ketegangan memuncak pada 28 Mei lepas apabila pertempuran berhampiran kawasan Preah Vihear yang dipertikai menyebabkan kematian seorang askar Kemboja.
Bahagian Perisikan Pertahanan dan Komunikasi Strategik Markas ATM dalam kenyataan memaklumkan, beberapa pertempuran kecil dilaporkan selepas gencatan senjata berkuat kuasa, namun ia ditangani dalam mesyuarat susulan antara komander wilayah kedua-dua negara pada 10 pagi tadi.
“Kedua-dua pihak mengulangi komitmen untuk mengekalkan gencatan senjata, melarang serangan ke atas orang awam, menghentikan bantuan dan pergerakan ketenteraan serta memudahkan penghantaran pulang mereka yang tercedera dan terkorban,” menurut kenyataan itu.
Selain itu, satu pasukan penyelarasan bersama terdiri daripada empat wakil bagi setiap pihak akan dibentuk bagi memantau perkembangan menjelang Mesyuarat Jawatankuasa Sempadan Am yang dijadual pada 4 Ogos ini.
Delegasi Malaysia dijangka meneruskan perjalanan ke Phnom Penh untuk perbincangan lanjut dengan rakan sejawat dari Kemboja. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2025/07/panglima-atm-ketuai-misi-diplomatik-ke.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Thailand Kemboja Setuju Untuk Gencatan Senjata Pm Anwar

Thailand Kemboja Setuju Untuk Gencatan Senjata Pm Anwar

papar berkaitan - pada 29/7/2025 - jumlah : 284 hits
Thailand Kemboja Setuju Untuk Gencatan Senjata PM Anwar PUTRAJAYA 28 Julai Thailand dan Kemboja bersetuju melaksanakan gencatan senjata serta merta dan tanpa syarat bagi meredakan ketegangan di sepanjang sempadan yang dipertikaikan hasil sa...
Kejayaan Malaysia Selesai Konflik Thailand Kemboja Bukti Kepimpinan Asean Dihormati

Kejayaan Malaysia Selesai Konflik Thailand Kemboja Bukti Kepimpinan Asean Dihormati

papar berkaitan - pada 29/7/2025 - jumlah : 362 hits
Anwar Ibrahim bersama Hun Manet dan Phumtham Wechayachai ketika hadir pada mesyuarat khas bagi rundingan peringkat tinggi untuk meredakan ketegangan antara kedua dua negara di Putrajaya pada 28 Julai 2025 Foto Facebook Anwar IbrahimKUALA LU...
Krisis Perang Thailand Kemboja Bermula Dari Sebuah Kuil

Krisis Perang Thailand Kemboja Bermula Dari Sebuah Kuil

papar berkaitan - pada 29/7/2025 - jumlah : 278 hits
Sham GhazKrisis Perang Thailand Kemboja bermula dari sebuah kuil Buat yang tidak tahu menahu kenapa Thailand dan Kemboja berperang perkara ini berlaku sejak 1954 apabila tentera Perancis berundur dari Kemboja Pertikaian ini bermula di wilay...
Pmx Damaikan Ketegangan Thailand Kemboja Tapi Ada Urusan Lain Yang Berlaku

Pmx Damaikan Ketegangan Thailand Kemboja Tapi Ada Urusan Lain Yang Berlaku

papar berkaitan - pada 31/7/2025 - jumlah : 175 hits
PMX Damaikan Ketegangan Thailand Kemboja Tapi Ada Urusan Lain Yang Berlaku Dalam minggu ini ketika dunia sedang memberi pujian atas kejayaan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendamaikan ketegangan antara Thailand dan K...
Thailand Pulangkan Jasad 12 Askar Kemboja Mengikut Prinsip Kemanusiaan

Thailand Pulangkan Jasad 12 Askar Kemboja Mengikut Prinsip Kemanusiaan

papar berkaitan - pada 28/7/2025 - jumlah : 227 hits
BANGKOK Tentera Diraja Thailand memulangkan jasad 12 askar Kemboja yang terbunuh dalam pertempuran di sempadan sebagai tanda menghormati prinsip kemanusiaan sejagat Menurut portal The Nation misi penghantaran jasad dilaksanakan sekitar jam ...
Anwar Jadi Perantara Keamanan Thailand Kemboja

Anwar Jadi Perantara Keamanan Thailand Kemboja

papar berkaitan - pada 28/7/2025 - jumlah : 282 hits
PUTRAJAYA 28 Julai Thailand dan Kemboja bersetuju melaksanakan gencatan senjata serta merta dan tanpa syarat bagi meredakan ketegangan di sepanjang sempadan yang dipertikaikan hasil satu mesyuarat khas yang diadakan di Putrajaya pada Isnin ...
Komander Divisyen Kemboja Dipercayai Terbunuh Ditembak Meriam Tentera Thailand

Komander Divisyen Kemboja Dipercayai Terbunuh Ditembak Meriam Tentera Thailand

papar berkaitan - pada 27/7/2025 - jumlah : 299 hits
Komander Divisyen Kemboja Dipercayai Terbunuh Ditembak Meriam Tentera Thailand Seorang pegawai tinggi tentera Kemboja Mejar Jeneral Duong Somneang dipercayai terbunuh selepas terkena tembakan meriam dari pihak tentera Thailand dalam pertemp...
Anwar Pengerusikan Rundingan Damai Thailand Kemboja Di Putrajaya Hari Ini

Anwar Pengerusikan Rundingan Damai Thailand Kemboja Di Putrajaya Hari Ini

papar berkaitan - pada 28/7/2025 - jumlah : 347 hits
PUTRAJAYA Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mempengerusikan rundingan damai antara Thailand dan Kemboja hari ini susulan konflik yang semakin memuncak di sempadan kedua dua negara Rundingan itu dijadual berlangsung jam 3 petang ...
Lirik Lagu Jamilah Jamal Mirdad

4 Cara Unlock Jaringan Hp Samsung Dari Luar Negeri Mudah Dan Dijamin Work

Delicious Authentic Indian Beef Curry Recipe With Coconut Milk

Aktiviti Konvensyen Seni Silat Melayu Antarabangsa 2025 Ppim 09 11 2025

Cabinet Reshuffle More Than Likely With Ewon Out And Zafrul S Term Ending

Adakah Selamat Makan Coklat Putih Rahsia Di Sebalik Fenomena Chocolate Bloom

Lorong Seni Dan Pelancongan Kkb

Indonesia Plans Rupiah Redenomination Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Minggu Bahasa Arab Sk Ijok 2025

Pengalaman Glamping Berhawa Dingin Di Rare Hut Glamz Johor

Dressing The Shift Why Nurses Are Loving Graphic Tees Holiday Prints Cozy Sweatshirts

Lamborghini Jutawan Kripto Terbalik Wang Bertaburan Di Lebuh Raya

Kelantan Pga Tumpaskan Perlombongan Emas Haram Tahan 5 Lelaki

Lebih Sudu Dari Kuah Perangai Suami Jaga Isteri Pantang Buat Ramai Terhibur