Panduan Pergerakan Himpunan 812 Esok
PANDUAN PERGERAKAN DAN KESELAMATAN PESERTA HIMPUNAN AMAN RAKYAT BANTAH ICERDHimpunan Aman Rakyat Bantah ICERD akan diadakan pada 8 Disember 2018, hari Sabtu, jam 2 petang hingga 6 petang di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.Warna tema himpunan adalah PUTIH.Peserta yang akan berhimpun dinasihatkan supaya mengikuti panduan pergerakan seperti berikut:SEBELUM HIMPUNAN1. Memastikan laluan ‘checkpoint’ dan arahan semasa daripada pimpinan masing-masing.2. 3 ‘checkpoint’ rasmi yang telah ditetapkan adalah seperti berikut:i. Masjid Negara
ii. Masjid Jamek, Kuala Lumpur
iii. Sogo3. Memastikan ubat-ubatan peribadi yang diperlukan, dibawa bersama.4. Peserta digalakkan melakukan solat hajat memohon kelancaran himpunan.SEMASA HIMPUNAN1. Semua peserta dinasihatkan datang awal untuk Solat Zohor di ‘checkpoint’ yang ditetapkan.2. Selepas solat, peserta dikehendaki bergerak secara beransur-ansur, dari ‘checkpoint’ masing-masing.3. Menyimpan nombor telefon ketua kumpulan dan pemandu bas dan mengambil gambar bas bersama plat pendaftaran (jika datang dengan rombongan) dan bergerak dalam kumpulan yang dikenali ke ‘checkpoint’ semasa pergi dan balik.4. Membawa bersama beg kecil yang berisi tuala kecil, baju hujan atau payung, bekalan makanan (seperti roti / kurma / snek bijirin / biskut) sebagai persediaan.5. Himpunan akan diisi dengan agenda solat hajat dan peserta diminta membawa sejadah / alas dan serta air mineral untuk mengambil wuduk.6. Tidak membawa sebarang senjata berbahaya / barang tajam yang mencurigakan.7. Tidak melakukan provokasi atau melayan sebarang provokasi.8. Melaporkan kepada pihak keselamatan himpunan jika melihat sebarang provokasi.9. Sentiasa mematuhi arahan pihak penganjur himpunan dari semasa ke semasa dan tidak bertindak mengikut emosi.10. Sekali lagi, ditegaskan, ini adalah himpunan aman, sebarang individu / kumpulan yang tidak mematuhi arahan, akan diambil tindakan tegas mengikut lunas undang-undang oleh pihak yang berkenaan.11. Peserta dinasihatkan supaya menjaga keselamatan diri, keluarga dan barang masing-masing sepanjang himpunan berlangsung.12. Jika peserta mengalami sebarang masalah kesihatan semasa himpunan atau melihat individu berhampiran anda mengalami simptom masalah kesihatan, rujuk segera kepada pasukan medik himpunan yang berhampiran dengan anda.SELEPAS HIMPUNAN1. Kutip sampah sendiri dan yang berada berhampiran anda dan buang di tong sampah.2. Bersurai mengikut arahan penganjur himpunan dalam keadaan aman.Penganjur mengucapkan “Selamat Berhimpun” dan diharapkan himpunan ini berjalan dengan lancar dan mencapai tujuan ia dianjurkan.Dikeluarkan oleh:KAMARUZAMAN MOHAMAD
Pengarah
Himpunan Aman Rakyat Bantah ICERD23 Rabiul Awal 1440
1 Disember 2018URUSETIA/SUKARELAWAN BANTU HUBUNGKAN DENGAN BARISAN PEGUAM ANTS(BUZZE AZAM).1.BOY MANJOI-0174852787,2.IKMAL AMPANG-01124179739,3.HANAFI GP-0197101412,4.FAKHRUL-0139627000,5.ALI-01116590948,6.GHANI-0172273688,7.EMRAN-01129084434,8.NUSRATH ALI-0187850700,9.LILY-0173322595Pesanan Buzze Azam:JOM BERGELANDANGAN BERSAMA SAYASaya ambil maklum ramai PESERTA Himpunan 812 akan sampai ke KL bermula malam ini dan mungkin ketiadaan tempat (port) untuk bergelandangan yang selamat.Oleh itu saya menawarkan koridor sepanjang 200m di bawah pejabat saya di Pusat Komersial Sinar Sentul untuk menjadi portgelandangan kita malam ini. Sila bawa kotak untuk alas tidur.Masjid 500m dari pejabat saya dan mamak ada di seberang Jalan.Kalau nak bergelandangan bersama saya malam ini silakan.HANYA UNTUK JANTAN SEJATI YANG STRAIGHT SAHAJA.Mana tau tidur lambak atas jalan kita malam ini satu hari nanti dapat jadi Menteri.Sila Waze/Google Pusat Komersial Sinar Sentul untuk arah panduan lokasi.Port gelandangan terhormat ini bersedia menerima kunjungan anda bermula jam 8 malam hari ini.
Gambar hiasan untuk menaikkan semangat anda bergelandangan. Solat jangan tinggalKHIDMAT PEGUAM (PERCUMA): APANDI ALI & CO (PEJABAT DI PWTC AKAN BEROPERASIPADA 8 DISEMBER) BAGI MEMBERI KHIDMAT GUAMAN KEPADA PESERTA PERHIMPUNAN 812.TEL NO: 03-4050 6606 DAN 03-4050 7606.SILA HUBUNGI MEREKA SEGERA JIKA TERDAPAT SEBARANG KESULITAN/PERTANYAAN.Pihak polis juga memaklumkan mengenai penutupan jalan utama daripada jam 6 pagi yang melibatkan;Jalan HishamuddinJalan Leboh PasarJalan Tun PerakJalan Tunku Abdul RahmanJalan Raja Laut danBulatan Dato’ OnnSila rancang perjalanan anda dan pihak polis memohon kerjasama semua pihak agar perhimpunan dapat dijalankan dengan aman dan sentosa. Pihak polis juga menyediakan talian untuk dihubungi sekiranya ada sebarang pertanyaan;Balai Dang Wangi, 03- 26002222 dan Balai Brickfields, 03-22979268
Ehsan dari laman Facebook UmmahEhsan dari Harian Metro
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://celahgelegar.blogspot.com/2018/12/copy-no-tel-penting-panduan-pergerakan.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+celahgelegarblogspotcom+%28CELAH+GELEGAR%29