Adu Domba Di Media Sosial Jauh Terpisah Dari Realiti Sebenar Malaysia




Pada  5 September 2019oleh Lim Kit Siang
Sejak dua bulan lalu, “media sosial Malaysia” seolah-olah membentuk rohnya yang tersendiri – memberikan sebuah gambaran yang salah bahawa kononnya daya pemisah dan pemecah-belah sedang bermaharajalela dan giat memporak-perandakan Malaysia — disebabkan oleh polarisasi kaum dan agama yang terburuk dalam sejarah negara.  
Bagaimanapun, ini adalah gambaran yang salah tentang keadaan sebenar di Malaysia.
Sambutan Hari Kemerdekaan ke-62 pada 13 Ogos lalu bukan sahaja disambut dengan begitu meriah di ibu negara dan ibu negeri di negara ini, malah, untuk pertama kali sejak beberapa ketika, turut disambut dengan penuh warna-warni di pekan-pekan dan kampung-kampung di seluruh negara. 
Di kawasan Parlimen Iskandar Puteri, sebagai contoh, saya telah merasmikan beberapa acara antaranya sambutan Hari Kemerdekaan ke-62 di Kangkar Pulai yang disertai kira-kira 2,000 penduduk, pertandingan debat, Konvoi Bermotorsikal Hari Kemerdekaan ke-62, dan Pesta Bola Hari Kemerdekaan ke-62 yang disertai 32 kumpulan dari beberapa kampung Melayu. 
Saya tidak menemukan sebarang sentimen yang diadu-dombakan “media sosial Malaysia” seperti perasaan curiga antara kaum dan agama, prasangka, sangsi, permusuhan, ketakutan dan kebencian, sebaliknya saya merasakan suasana ketika itu dipenuhi dengan semangat muhibah, persefahaman, harmoni dan toleransi dalam kalangan rakyat Malaysia, tak kira orang Melayu, Cina atau India. 
Saya menyeru rakyat Malaysia, tak kira kaum dan agama, untuk membuktikan bahawa “media sosial Malaysia” adalah salah — bahawa ia salah dalam memberikan gambaran bahawa kononnya daya pemisah dan pemecah-belah sedang bermaharajalela dan giat memporak-perandakan Malaysia — disebabkan oleh polarisasi kaum dan agama yang terburuk dalam sejarah negara.  
Saya menerima dua pucuk surat, semalam. Ia mengandungi kata-kata nista dan kecaman yang membawa nada yang sama seperti ucapan-ucapan kebencian dan berita palsu yang kini sedang tular dan beredar dengan pantas di “media sosial Malaysia”. 
Salah satunya dikarang dalam bahasa Cina, menuduh saya antara lain sebagai “anjing suruhan”, “penipu” dan “pembohong politik tak tahu malu” sementara yang satu lagi dikarang dalam bahasa Inggeris, memanggil saya dengan gelaran YB Ular “Osama Lim KS bin Abdullah”, menuduh saya sebagai “anjing suruhan”, “pengkhianat orang Cina”, “penipu” dan “Parasit Dr. M yang paling jijik”.
Nada tuduhan ini ketara berbeza, kerana sejak separuh abad yang lalu, saya telah dituduh kononnya anti-Melayu, anti-Islam, dan seorang penganut agama Kristian, malah dituduh sebagai seorang komunis yang mempunyai pertalian darah dengan Chin Peng! Saya juga dituduh kononnya menjadikan Mahathir sebagai “boneka”. Kini, saya telah dituduh menjadi “anjing suruhan” dan “penipu” yang mengkhianati orang Cina serta kepentingan dan hak orang bukan Islam. 
Pun begitu, ini semua hanyalah perkakas yang digunakan tidak bertanggungjawab untuk mencipta berita palsu dan ucapan kebencian bagi menimbulkan prasangka antara kaum dan agama, curiga, permusuhan, ketakutan dan kebencian di Malaysia. Beberapa hari lalu, khabar angin tidak berasas bertiup kencang di Facebook:
“Dikatakan Lim Kit Siang lahir di Fujian dan datang ke Tanah Melayu dalam usia 16 tahun. Namun Lim Kit Siang mengatakan dia lahir di Batu Pahat, Johor;“Tetapi tak pernah menunjukkan bukti di lahir di Tanah Melayu.”

Ini adalah salah satu contoh berita palsu dan ucapan kebencian yang kini sedang menguasai media sosial sejak dua bulan lalu. Semua ini dilakukan semata-mata untuk meniupkan rasa curiga, prasangka, permusuhan dan kebencian dalam Malaysia yang pelbagai kaum, dengan melaga-lagakan kaum dengan kaum dan agama dengan agama, sehingga membangkitkan situasi mengarut di mana setiap kumpulan etnik percaya bahawa mereka kini kononnya berdepan krisis eksistensial etnik, agama dan budaya.
Jika penyebaran berita palsu dan ucapan kebencian ini tidak dibendung, kesannya hanya satu — kemusnahan fabrik sosial di negara ini. 
Salah satu contoh terbaharu adalah seruan untuk memboikot produk buatan bukan Muslim di media sosial. 
Sebagai sebuah negara yang menjadi tempat tertumpunya empat tamadun agung dunia – Melayu/Islam, Cina, India dan Barat – kita haruslah memanfaatkan nilai-nilai terbaik daripada setiap tamadun ini untuk membina sebuah bangsa dan negara Malaysia — yang boleh dijadikan contoh kepada dunia sebagai bukti kejayaan Perikatan Peradaban.
Rakyat Malaysia harus bersatu dan bersaing dengan seluruh dunia, daripada terus bertelagah sesama sendiri. 
Kita kini sedang terlibat dalam perjuangan mencari jiwa Malaysia, sama ada komited dengan objektif sebuah Malaysia Baharu bertaraf antarabangsa yang berteraskan perpaduan, kebebasan, keadilan, kecemerlangan dan integriti atau sama ada membenarkan berita palsu dan ucapan kebencian melaga-lagakan kaum dengan kaum dan agama dengan agama, memaksa setiap rakyat Malaysia kembali ke dalam kepompong etnik masing-masing dan menjadikan Malaysia sebuah negara penyangak dan gagal serta berteraskan klepto-teokrasi. 
Yang di-Pertuan Agong dan Sultan Perak serta Sultan Selangor dalam titahnya menekankan kepentingan perpaduan nasional dan risiko penyebaran berita palsu dan ucapan kebencian. 
Semua rakyat Malaysia harus mempertahankan perpaduan nasional dan mengecam berita palsu dan ucapan kebencian.  
Sepertimana peristiwa bersejarah Pilihan Raya Umum ke-14 pada 9 Mei 2018 — yang mengejutkan bukan sahaja rakyat Malaysia, malahan dunia — menyerlahkan keberanian rakyat Malaysia, saya optimis bahawa majoriti rakyat Malaysia, tak kira kaum, agama atau wilayah, ingin melihat Malaysia menjadi sebuah negara bertaraf antarabangsa yang berteraskan perpaduan, kebebasan, keadilan, kecemerlangan dan integriti.
*Kenyataan Media oleh Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri, Lim Kit Siang di Gelang Patah pada Rabu, 4 September 2019.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2019/09/adu-domba-di-media-sosial-jauh-terpisah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Majoriti Rakyat Malaysia Setuju Tutup Media Sosial Ketika Krisis

Majoriti Rakyat Malaysia Setuju Tutup Media Sosial Ketika Krisis

papar berkaitan - pada 12/9/2019 - jumlah : 329 hits
Sebanyak 75 peratus rakyat Malaysia bersetuju supaya kerajaan menutup platform media sosial seperti WhatsApp Facebook WeChat dan Twitter buat sementara waktu ketika tercetus krisis atau serangan pengganas Dapatan itu hasil kaji selidik firm...
Cara Dapat Duit Dengan Media Sosial

Cara Dapat Duit Dengan Media Sosial

papar berkaitan - pada 29/8/2019 - jumlah : 299 hits
CN percaya pasti rata rata dikalangan kita ada satu akaun media sosial sama ada facebook atau instagram Ataupun konon konon media social influencer macam CN ni mesti ada kedua dua akaun facebook dan instagram untuk menyebarkan pengaruh dan ...
Sultan Selangor Ingatkan Rakyat Jangan Percaya Fitnah Di Media Sosial

Sultan Selangor Ingatkan Rakyat Jangan Percaya Fitnah Di Media Sosial

papar berkaitan - pada 31/8/2019 - jumlah : 452 hits
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan rakyat negara ini supaya tidak mudah percaya dengan fitnah dan berita tidak sahih khususnya di media sosial yang cuba mengganggu gugat keamanan dan ketenteraman hubungan sesama kaum...
Bersahaja Sambut Merdeka Media Sosial Kecoh Netizen Pakat Share Telatah Sporting Permaisuri Agong

Bersahaja Sambut Merdeka Media Sosial Kecoh Netizen Pakat Share Telatah Sporting Permaisuri Agong

papar berkaitan - pada 31/8/2019 - jumlah : 402 hits
Pada hari ini genaplah 62 tahun kita menyambut hari kemerdekaan sejak memperolehinya pada 31 Ogos 1957 Seperti tahun lalu sambutan Hari Kemerdekaan ke 62 Peringkat Kebangsaan kali ini telah diadakan di Dataran Putrajaya Ia telah dihadiri ol...
10 Cara Menggunakan Media Sosial Dengan Bijak

10 Cara Menggunakan Media Sosial Dengan Bijak

papar berkaitan - pada 26/8/2019 - jumlah : 496 hits
Di era digital seperti sekarang ini media sosial sudah menjadi bagian dari gaya hidup Hampir semua orang punya minimal satu akun di media sosial Bahkan media sosial tak lagi hanya digunakan sebagai tempat bersosialisasi namun juga bisa seba...
Orbit Net Pontianak 7 Langkah Mendongkrak Penjualan Dengan Media Sosial

Orbit Net Pontianak 7 Langkah Mendongkrak Penjualan Dengan Media Sosial

papar berkaitan - pada 26/8/2019 - jumlah : 274 hits
Mendapat broadcast via grup WhatsApp mengenai rencana penyelenggaraan pada akhir bulan Agustus membuat Blogger Borneo langsung mengambil action dengan melakukan pendaftaran di website resmi K Link Indonesia Alhamdulillah meskipun tempat yan...
Ini Penjelasan Mengapa Barangan Sukan Di Al Ikhsan Jauh Lebih Murah Daripada Butik Sebenar

Ini Penjelasan Mengapa Barangan Sukan Di Al Ikhsan Jauh Lebih Murah Daripada Butik Sebenar

papar berkaitan - pada 28/8/2019 - jumlah : 1660 hits
Sesiapa yang pernah membeli barangan sukan di Al Ikhsan pasti pernah terfikir mengapa al Ikhsan boleh menjual barangan di butik mereka dengan harga murah Kadangkala ianya jauh lebih murah daripada butik sebenar jenama yang dibawa masuk di A...
Kurangkan Kebergantungan Kepada Media Sosial

Kurangkan Kebergantungan Kepada Media Sosial

papar berkaitan - pada 24/8/2019 - jumlah : 329 hits
Kerajaan disarankan agar menjalankan usaha mendetoksifikasi kebergantungan rakyat terhadap media sosial Menjelang pengisytiharan Kuala Lumpur sebagai kota buku UNESCO pada 2020 tokoh wartawan negara Tan Sri Johan Jaaffar berpendapat kerajaa...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Tidur Di Masjid Istimewa Pas Menjelas Kehidupan Saranan

178 House A Contemporary Architectural Marvel In Jalisco Mexico

18 Indonesian Cops Held For Alleged Extortion Of Malaysians At Concert

Jkr To Repair Four Sinkholes On Lojing Gua Musang Road

Umno Ns Harap Bahagi Kerusi Dun Sama Rata Untuk Pru

Myplayvip