Panduan Pemula Untuk Iklan Bisnes Perkhidmatan Anda Di Google Ads
Artikel ini khas untuk anda yang jalankan perniagaan dalam industri perkhidmatan, sama seperti bisnes yang saya jalankan, iaitu perkhidmatan kawalan serangga perosak.
Saya mula pakai khidmat iklan yang google tawarkan beberapa tahun lalu dan sejak itu dah tak pakai mana-mana iklan lain lagi samada di media sosial atau media massa.
Dari prestasi yang ditunjukkan hasil dari iklan di google ads, timbul pula rasa menyesal bila fikirkan kenapa tak pakai iklan di google lebih awal lagi sebelum itu. Apapun, barang lepas tak perlu dikenang. Saya nyatakan sesalan itu untuk anda yang masih tak mahu pertimbangkan untuk pakai iklan di google ads, agar tak menyesal kemudian hari.
Kenapa google adsItu soalan yang anda tentu tanya. Kenapa tak buat iklan di media sosial seperti FB ads atau Instagram?
Saya yakin anda pun tahu media sosial adalah tempat untuk bersosial. Kawan-kawan di situ nak kongsikan pandangan, tunjuk gambar, atau aktiviti mereka kepada kawan-kawan yang ada di situ. Maknanya, itu ialah khalayak ramai atau prospek jenis sejuk. Jenis khalayak sebegitu, tak menarik untuk masukkan iklan perniagaan terutamanya iklan jenis perkhidmatan.
Berbeza dengan pengguna di google. Mereka masuk ke situ untuk buat carian maklumat terhadap masalah yang mereka sedang hadapi. Mereka mahu dapatkan perkhidmatan yang syarikat anda tawarkan, dan memang ada niat nak pakai khidmat itu. Itu adalah kategori prospek yang panas serta berbaloi untuk anda cuba dapatkan.
Ringkasnya, kemungkinan untuk mendapatkan pelanggan dari pengguna google adalah jauh lebih tinggi dari pengguna FB, terlebih lagi untuk bisnes perkhidmatan yang berasaskan penyelesaian masalah segera.
3 peringkat pasar & jualProses untuk mendapatkan pelanggan secara ringkasnya ada 3.
Peringkat kesedaran - Anda menggunakan Google Ads sebagai alat untuk memburu bakal pelanggan. Iklan di situ membantu pelanggan untuk sedar kewujudan syarikat dan perkhidmatan yang anda tawarkan.Membuat pertimbangan - Iklan yang dibuat pada google ads itu wajib menyediakan saluran agar prospek dapat kenali syarikat dan perkhidmatan yang anda tawarkan dengan lebih lanjut. Perlu ada 'Landing Page' Lakukan belian - Jika landing page yang anda adakan itu berkesan dan menepati apa yang pelanggan mahu, maka berlakulah proses belian.
Tips guna google adsJika anda yang buat sendiri iklan di google, sila ikut panduan yang saya senaraikan di bawah ini. Kalau, anda serahkan pada ejen untuk urusan pengiklanan di google, pastikan semua ini dilakukan oleh mereka.
Gunakan Google's Keyword Planner - Semak perkataan yang anda nak pakai sebagai keyword itu berapa kerap ia di cari setiap bulan dan berapa CPC (cost per click) di area yang anda sasarkanBuat kempen yang berasaskan kawasan setempat di mana anda tawarkan servis tersebut.Buat ads group untuk setiap jenis servis yang anda nak buat iklan. Contohnya anda mungkin buat 2 servis berbeza, satu untuk rumah dan satu untuk pejabat. Jadi perlu ada 2 ads group. Satu untuk rumah dan satu untuk pejabat. PENTING untuk pastikan keyword yang 'exact match' di guna pakai. Jangan buang duit bawa trafik dari keyword yang tak releven. Ramai orang tak ambil perhatian perkara ni!Untuk baru nak belajar, pakai saja bidding strategy = Maximize clicksTrack prestasi iklan anda!. Buat conversion tracking dengan Google Tag Manager & Google Analytics dan buat pautan dengan Google Ads anda.
Sentiasa lakukan 2 perkara berikut di bawah pada iklan google anda.
Sentiasa pantau perkataan yang bawa orang ke iklan dan landing page andaTengok maklumat siapa lagi yang dok fight dengan anda dalam menarik prospek yang sama dan kedudukan anda kat mana berbanding mereka.
Panduan untuk landing pageDengan melaksanakan semua yang digariskan di atas tadi untuk iklan di google, anda sudah selesaikan separuh dari proses pasaran dan jual. Tinggal separuh lagi yang perlu anda buat untuk pastikan usaha anda berjaya menghasilkan keputusan yang dikehendaki.
Ada perlu adakan landing page. Yang paling baik sekali adalah buat satu landing page untuk satu servis yang anda tawarkan. Jika anda buat khidmat cuci rumah dan cuci pejabat, sebaiknya ada satu landing page untuk servis cuci rumah dan satu lagi landing page untuk cuci pejabat.
Dalam landing pagi perlu ada struktur berikut:
Headline - perlu ada keyword yang anda ketengahkan pada iklan. Pastikan ada penonjolan Hero di situ. Contoh, Pest Control Terbaik di Lembah Kelang.Testimoni - Terus bagi sekurangnya 3 bukti kepuasan pelanggan yang anda telah berjaya berikan khidmat terbaik andaNyatakan servis yang ditawarkan - pastikan ia ringkas dan padat. Bukan tujuan nak goreng panjang bagi pelanggan faham. Tapi sekadar nak bagi tau anda memang tawarkan apa yang pelanggan sedang cari tu.Nyatakan dengan jelas proses perkhidmatan anda. Ini akan menerangkan pelanggan apa yang akan berlaku sebaik saja pelanggan hubungi anda. Terangkan step by step.Berikan area di mana servis itu anda cover. Contoh 'Lembah Kelang Sahaja'CTA atau Call To Action wajib ada pada sesi akhir. Berikan nombor telefon, atau buat butang Klik. Jangan lupa ulang ayat headline di atas tadi. Pest Control Terbaik di Lembah Kelang.Track prestasi dan pantai semuanya di Google Analytics 4. Simpan maklumat mereka yang hubungi anda, follow up dengan ucapan penghargaan, wasap atau call. Kalau boleh berikan suvenir lagi baik, anda bakal membina lubuk duit yang besar dengan berbuat begitu.Selamat mencuba
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.hidupringkas.com/2024/03/panduan-pemula-untuk-iklan-bisnes.html