Panduan Pemasaran Cara Kampung Yang Mudah Untuk Dibuat Pada Perniagaan Anda




Bagi anda yang sudah lama jalankan perniagaan tapi rasa jumlah jualan masih tidak meningkat atau paling tak best masih tak mencukupi untuk perniagaan berada dalam keadaan selesa dari seg kewangan, apa yang anda lakukan untuk selesaikan masalah itu?
Bagi yang ada modal dan rajin, anda akan ikuti kursus tingkatkan sales, atau kursus buat copywriting, atau kursus motivasi keusahawanan dan berbagai kursus lagi yang ada banyak di luar sana sekarang.
Basgi yang dah buntu, ada kenal bomoh hebat, mungkin akan pergi jumpa bomoh untuk buat penawar pada kedai dan perniagaan anda tu. Mungkin ada jin sedang tutup atau ada orang yang dengki supaya perniagaan anda tak naik.
Survey pemasaranSebelum anda buat apa-apa keputusan, saya sarankan anda cuba perkara mudah ini terlebih dahulu. Buat bancian pemasaran tentang syarikat anda itu sekarang.
Katakan anda berniaga buka Kedai Kopi di Gerik, Perak. Sasaran pelanggan anda sudah tentu orang Gerik dan persekitaran yang sama waktu dengannya. Anda juga sasarkan para pengembara atau pelancong dalam negara yang sering lalu atau pergi ke Gerik sebagai sasaran pelanggan tambahan.
Tapi pelanggan sebenar anda yang mampu jadikan perniagaan Kedai Kopi itu sustainable sudah tentu adalah orang Gerik dan persekitaran. Anda perlu jadikan mereka pelanggan yang setia. Jadi perlu mulakan surver dari situ terlebih dahulu.
Langkah pertama:Cuba buat secara rawak untuk dapatkan seramai mungkin responden secara bersemuka untuk anda tanya padanya samada dia tahu dan kenal Kedai Kopi anda. Jika dia tahu, tanya pula apa yang dia tahu tentang kedai kopi itu dan apa yang dia boleh dapat jika pergi minum kopi kat situ.
Anda hanya perlu buat bancian itu dalam lingkungan 20 kilometer persekitaran sahaja. Buat skit-sikit sehingga dapat lebih dari 100 responden secara rawak sebegitu. Itu langkah pertama.
Langkah kedua:Anda perlu buat anggaran jumlah penduduk di Gerik dan persekitarannya yang menjadi pelanggan sasaran anda. Berapa ramai jumlah mereka yang berpotensi untuk jadi pelanggan anda yang tinggal di situ. 
Analisa DataSetelah berjaya dapatkan semua maklumat di atas, anda dah boleh mulakan buat analisa dan rumusan pemasaran yang anda dah buat selama ini.
Katakan anda dah tanya seramai 100 orang dan hanya 10 orang sahaja dari mereka yang tahu dan kenal Kedai Kopi anda. Dalam 10 orang itu pula, hanya seorang saja yang pernah hadir minum dan suka serta tahu apa yang dia boleh dapat dari Kedai Kopi itu. Baki 9 orang lagi  punya persepsi salah terhadap apa yang Kedai Kopi anda tawarkan.
Rumusan dari data di atas, anda telah gagal teruk dalam aktiviti pemasaran. Patut lah perniagaan Kedai Kopi anda selama ini suam-suam kuku saja, hidup segan mati tak mahu.
Katakan jumlah penduduk Gerik dan persekitaran di sana ada seramai 58 ribu orang. Anda boleh rumuskan hanya lebih kurang 5,800 orang saja yang tahu pasal Kedai Kopi tersebut, dan dalam 58 ribu orang itu, hanya 580 saja yang jelas apa Kedai Kopi anda tawarkan.
Nampak tak bagaimana bancian mudah itu dapat membantu anda untuk merangka semula bagaimana aktiviti pemasaran anda dapat dilakukan dengan lebih berkesan.
Apa itu pemasaranPemasaran adalah tentang beritahu kepada pelanggan sasaran tentang kewujudan perniagaan anda dan apa nilai terbaik yang perniagaan itu tawarkan.
Perkataan penting di situ adalah 'beritahu'.
Bila dah tahu, baru ada kemungkinan mereka datang. Kalau tak tahu, hampir mustahil untuk mereka datang. Dan malang sekali, dalam mana-mana perniagaan yang suam-suam kuku di luar sana, jumlah pelanggan sasaran yang tak tahu kewujudannya adalah sangat besar dan tiada usaha untuk selesaikan masalah itu. 
Mahu tak mahu jika anda jalankan perniagaan, perlu tengok aktiviti pemasaran ini. 
Bagi yang dah tahu kepentingan pemasaran, sudah tentu dia idamkan satu aktiviti atau strategi pemasaran yang cukup hebat. Ia diperlukan bagi memajukan syarikat perniagaannya. 
Apa yang peniaga mahukan daripada aktiviti pemasaran adalah:
Pasar - Maklumat tentang perniagaan dan apa yang anda tawarkan diketahui oleh semua prospek pembeli seluas dan seramai yang mungkin.Jual - Persembahan produk yang anda pamerkan dan tawarkan membuatkan mereka segera datang untuk membeli dan menggunakannya.Aktiviti pemasaran yang dapat merealisasikan kedua-dua matlamat di atas dengan kos yang menjimatkan bolehlah dianggap sebagai aktiviti pemasaran yang hebat.
Zaman teknologi canggih seperti sekarang ini terutamanya dengan kewujudan internet membolehkan aktiviti pemasaran dilakukan dengan mudah dan murah. Dan anda perlu ingat kesan dari aktviti pemasaran hebat adalah serampang 2 mata.

Pemasaran yang berkesan dapat majukan perniagaan anda dengan pantas, ia juga dapat membunuh perniagaan anda dengan pantas.
Bayangkan jika anda ada satu produk yang teruk. Apabila digabungkan dengan aktiviti pemasaran yang super hebat, maka makin cepat ramai orang tahu betapa mengarutnya produk anda itu.
Bila makin ramai datang mencuba sebab pemasaran anda cekap, makin ramai orang tahu dengan pantas dan meluas yang produk anda teruk dan tidak boleh diterima. Pelanggan itu juga yang menyebarkan maklumat dengan lebih pantas dan akhirnya ia bakal membunuh perniagaan anda dengan pantas.
Jangan syok sendiriPastikan produk itu selain dari anda sendiri suka, pelanggan juga suka. Anda tak boleh paksa pelanggan suka apa yang anda suka. Jadi jangan syok sendiri.
Bila berniaga, menyediakan produk atau perkhidmatan yang memenuhi kehendak minimum pelanggan adalah sesuatu yang mesti dilaksanakan tanpa ada kompromi. Anda tiada pilihan jika mahu perniagaan berjaya ketahap yang boleh dibanggakan.
Fahami apa yang anda tawarkan dan pada siapa anda buat tawaran merupakan perkara asas dalam sesuatu perniagaan. Jangan main serbu kepada sesiapa sahaja untuk melakukan tawaran, silap haribulan perniagaan akan mati lebih cepat daripada yang anda sangkakan.
Namun begitu, perniagaan gagal dan bungkus dengan pantas adalah jauh lebih bagus daripada perniagaan mati segan hidup tak mahu dan ada dalam keadaan itu dalam tempoh yang lama.
Jika gagal, boleh sedar cepat, buat perubahan dan cuba yang baru. Tapi kalau terus meleret tak kesudahan dan dah lama kemudian baru sedar, mungkin segalanya sudah terlewat. Masa terbuang, kos melayang hangus dan berbagai lagi malapetaka.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.hidupringkas.com/2024/04/panduan-pemasaran-cara-kampung-yang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Panduan Dan Cara Solat Dhuha 4 Rakaat Dan 1 Salam Serta Kelebihannya

Panduan Dan Cara Solat Dhuha 4 Rakaat Dan 1 Salam Serta Kelebihannya

papar berkaitan - pada 16/4/2024 - jumlah : 176 hits
Panduan dan Cara Solat Dhuha 4 Rakaat dan 1 Salam serta Kelebihannya 22 Solat dhuha adalah ibadah sunat yang kerap dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW Amalan ini mengandungi banyak keutamaan iaitu salah satunya adalah melancarkan rezeki seseor...
Cara Mengatasi Insomnia Dengan Sangat Mudah

Cara Mengatasi Insomnia Dengan Sangat Mudah

papar berkaitan - pada 30/4/2024 - jumlah : 232 hits
Pernahkah anda mendengar tentang istilah insomnia Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan istilah ini Keadaan ini secara umunya adalah gangguan tidur yang akan menyebabkan keadaan tidur yang tidak memuaskan Situasi ini terjadi disebabkan ...
Tiga Cara Mudah Kenali Developer Bodong Agar Tak Tertipu Saat Beli Rumah

Tiga Cara Mudah Kenali Developer Bodong Agar Tak Tertipu Saat Beli Rumah

papar berkaitan - pada 29/4/2024 - jumlah : 178 hits
Umumnya developer bodong berlomba lomba memberikan penawaran menarik hingga melebihi batas kewajaran kepada calon konsumennya agar membeli properti
7 Cara Mudah Menghasilkan Uang Secara Online Dari Rumah

7 Cara Mudah Menghasilkan Uang Secara Online Dari Rumah

papar berkaitan - pada 29/4/2024 - jumlah : 119 hits
leksibilitas bekerja dari rumah memfasilitasi keseimbangan kehidupan kerja yang dapat meningkatkan kreativitas dan produktivitas
3 Cara Mengukur Cincin Dengan Mudah Sebelum Membelinya

3 Cara Mengukur Cincin Dengan Mudah Sebelum Membelinya

papar berkaitan - pada 17/4/2024 - jumlah : 246 hits
Sekarang membeli cincin bisa dilakukan secara online tetapi bagaimana cara mengukur cincin sebelum membelinya Ada banyak cara yang bisa dilakukan untuk mengukur lingkar jari agar cincin tunangan atau pernikahan yang dipesan nantinya pas Bis...
Cara Mudah Batasi Kebiasaan Konsumsi Minuman Manis Pada Anak

Cara Mudah Batasi Kebiasaan Konsumsi Minuman Manis Pada Anak

papar berkaitan - pada 22/4/2024 - jumlah : 172 hits
Membatasi konsumsi minuman manis pada anak penting dilakukan oleh orangtua demi cegah masalah di masa mendatang
Panduan Dan Cara Atasi Sembelit Bagi Dewasa Kanak Kanak Dan Selepas Bersalin

Panduan Dan Cara Atasi Sembelit Bagi Dewasa Kanak Kanak Dan Selepas Bersalin

papar berkaitan - pada 30/4/2024 - jumlah : 312 hits
Buat anda yang mengalami masalah sembelit kami mempunyai solusi yang terbaik untuk anda Disini kami telah berkongsi panduan dan kepada anda Di negara kita sembelit juga merupakan masalah kesihatan yang sangat biasa Satu daripada lima orang ...
Cara Hilangkan Hanyir Ikan Patin Masak Tempoyak

Cara Hilangkan Hanyir Ikan Patin Masak Tempoyak

papar berkaitan - pada 12/4/2024 - jumlah : 135 hits
Nak tahu tak bagaimana cara hilangkan hanyir ikan patin masak tempoyak Syawal ke 8 hari ini tekak dah tak ada selera nak makan daging rendang dan yang seangkatan dengannya Yang terbayang sayur manis rebung sambal belacan dan ikan gelama mas...
Itu Cara Dia Sambut Lebaran Azwan Ali Cakap Seorang Diri Sambut Hari Raya Bersama Arwah Ibu Netizen Luah Rasa Simpati

Itu Cara Dia Sambut Lebaran Azwan Ali Cakap Seorang Diri Sambut Hari Raya Bersama Arwah Ibu Netizen Luah Rasa Simpati

papar berkaitan - pada 13/4/2024 - jumlah : 195 hits
Tular baru baru ini mengenai satu video memaparkan personaliti TV terkenal Azwan Haji Ali ada berkongsi momen momen sambutan lebarannya pada tahun ini Dalam video TikTok yang dimuat naik Azwan Ali dia dilihat sedang melawat pusara ibunya da...
Malaysia Heritage Studio Harga Tiket Acara Pesta Muda Mudi

Selangor Lepaskan Umarbek Kembali Ke Uzbekistan

Penutup Tahun 2024 Chess Checkmate Catur Game

Kes Fishing Resort Pengajaran Kepada Pemilik Homestay

Jadi Mangsa Scammer Itulah Senang Sangat Terpengaruh Abby Abadi

Mufti Perlis Sebat Kesalahan Khalwat Di Khalayak Pilihan Penguasa Semata

Flooding Of Kepong Road Upsets Motorists

Hiburan Tidak Akan Berhenti Bersalin Anak Anak Itu Akan Meneruskan Jihad


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Christmas From The Manger To The Margins

Walimatul Urus Majlis Bertaut Kaseh Uzair Izzati

Rancangan Perangkap Suami Makan Diri

Road To Upkk 2024

Gloomy Tanjung Tembeling

Pas Youth Dap Shouldn T Politicise Our Criticism Of Xmas Celebration