Panduan Mudah Terbukti Berkesan Untuk Menghilangkan Tabiat Suka Tangguh Kerja




Masalah utama yang membantutkan perkembangan dan kemajuan diri seseorang adalah sikap suka tangguh buat kerja, teruamanya kerja yang penting.
Saya juga sering berhadapan dengan masalah yang sama.
Saya yakin anda juga mungkin suka tangguh banyak urusan penting yang perlu dilaksanakan selama ini. Tapi masih tak selesai sebab suka tangguh.
Hidup tak akan jadi mudah dan ringkas jika anda sering dibelenggu perasaan bersalah yang menjadi hantu dalam bayangan minda. Perasaan bersalah itu timbul dalam diri anda hasil daripada sikap suka tangguh kerja urusan penting lain.
Akibat dari suka tangguh kerja, kebiasaannya anda akan terus melupakan urusan tersebut. Dari situ, anda mula memerah otak mencari alasan kenapa urusan itu memang tak perlu dilakukan. Kononnya untuk melegakan perasaan.
Namun di satu sudut hati kecil, anda telah mencetuskan luka kecil dalam jiwa. Luka ini merupakan salah satu daripada rantai yang membelenggu keupayaan sebenar diri anda.
Tangguh impian jadi usahawanRamai yang mahu memulakan perniagaan sendiri, tapi sampai sekarang tak buat-buat. Majoriti daripada mereka yang berminat dan mahu berniaga akan menangguhkan impian mereka itu sehinggalah pencen.
Contohnya, anda mahu buat blog perniagaan, atau buka page FB, atau buka akaun tiktok, kemudian mahu buat kontent atau menulis sambil menjual apa-apa produk yang anda minat, tapi menangguhkannya sehinggalah sekarang.
Banyak lagi contoh hasrat yang mahu dilakukan tapi malangnya ia tak pernah terlaksana akibat daripada penyakit suka tangguh.
Hapuskan penyakit tangguh kerjaSebagai permulaan, anda perlu sedar bahawa kerja yang tertangguh, apabila ia terkumpul, akan menjadi satu bebanan minda.
Jangan biarkan himpunan hasrat yang banyak tertangguh itu menjadi penyakit yang membelenggu minda anda. Hentikan segera kerana semakin banyak yang anda tangguh, semakin teruklah kecederaan semangat yang akan berlaku dalam diri anda.
Anda tentu pernah tertanya-tanya selama ini kenapa anda masih berada di takuk lama sedangkan ramai dari kalangan rakan anda yang lain sudah jauh ke depan.
Idea paling mudah untuk betulkan keadaan adalah untuk tidak menyimpan apa-apa hasrat untuk dilaksanakan. Mungkin itu lebih bagus daripada menaruh harapan untuk buat sesuatu yang biasanya, anda tak pernah buatpun.
Idea malas ini dari satu segi dapat mengelakkan semangat anda dari tercedera.
Tetapi anda pun tahu idea itu tak baik. Orang yang tak ada menyimpan sesuatu hasrat sama saja dengan orang yang dah berputus asa dan menunggu untuk mati. Sebab punyai impian adalah salah satu kenapa manusia mahu terus hidup.
Buat tugasan kecil dan mudahBagi mengelakkan minda anda dari terus tercedera hasil dari masalah suka tangguh kerja, dan sekali gus merawat kembali semangat yang telah teruk terluka, anda boleh mula buat perkara kecil dan mudah terlebih dahulu.
Tanam satu hasrat yang cukup mudah dan dapat dilaksanakan dengan segera.
Ingat tu!
KECIL dan MUDAH dulu.
Contoh perubahan kecil dan mudah yang anda boleh buat adalah seperti memberikan salam pada sekurang-kurangnya seorang jiran dalam satu hari. Jadikan tu satu amalan yang mahu diamalkan.
Perkara sebegitu mudah dilaksanakan dan boleh disegerakan sebaik saja anda keluar dari rumah, bertemu jiran sebelah rumah atau sebaik saja anda pergi ke surau. Itu dapat dilakukan setiap hari dengan jayanya sebab ia kecil dan mudah.
Semakin banyak perkara mudah yang anda berjaya lakukan, ia merangsang keseronokan dan memberikan semula keyakinan dalam diri anda.
Lama kelamaan amalan itu akan terbina menjadi disiplin dalam diri dan secara tidak disedari anda telah berjaya melakukan berbagai perkara yang jauh lebih susah yang sebelum ini sering ditangguh-tangguhkan.
Apabila itu berlaku, sebenarnya anda telah berjaya menjiwai konsep hidup ringkas. Buat perkara mudah dan ringkas tetapi mampu berikan kesan yang besar dan berpanjangan dalam hidup anda.
Langkah usaha ubah diri untuk jadi seorang yang sentiasa buat apa yang dia nak buat adalah seperti berikut.

Latih diri untuk buat apa yang anda cakap - Mulakan dengan perkara kecil dan mudah. Pilih 2 atau 3 perkara sahaja terlebih dahulu dan amalkan sehingga berjaya. Kemudian bila dah berjaya baru tambah lagi satu atau 2 perkara baru pulak.Pecahkan perkara besar menjadi beberapa bahagian yang kecil - Bila amalan di atas dah berjaya, pilih satu perkara yang lebih besar untuk anda laksanakan. Tapi jangan berhenti di situ. Pecahkan ia kepada sebanyak mungkin langkah-langkah susulan yang lebih kecil menuju ke raha yang besar itu.
Anda akan dapat laksanakan sehingga berjaya sebab pertamanya disiplin untuk buat apa yang dicakap sudah terbina dalam diri. Kemudian langkah-langkah kecil yang dipecahkan menuju ke perkara besar akan berlaku dengan sendirinya apabila anda bersedia untuk bersabar dan berfikiran positif. 
Itulah sebenarnya cara merancang untuk berjaya yang terbukti amat berkesan untuk semua orang. Insyaallah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.hidupringkas.com/2023/05/teknik-mudah-atasi-penyakit-suka.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
25 Ubat Gastrik Yang Berkesan Murah Mudah Dicari

25 Ubat Gastrik Yang Berkesan Murah Mudah Dicari

papar berkaitan - pada 12/6/2023 - jumlah : 182 hits
Sekiranya anda mengalami masalah gastrik mungkin anda mencari kaedah kaedah semula jadi atau ubat gastrik yang dapat membantu mengurangkan gejala dan memulihkan kesihatan anda Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan ...
Mudah Berkesan Ini 20 Petua Hilangkan Batuk Di Rumah

Mudah Berkesan Ini 20 Petua Hilangkan Batuk Di Rumah

papar berkaitan - pada 10/6/2023 - jumlah : 159 hits
Tahukah anda petua hilangkan batuk dengan bahan semula jadi adalah cara yang terbaik untuk melegakan batuk dan sakit tekak di rumah Artikel pada kali ini kami ingin berkongsi kepada anda berkenaan dengan petua hilangkan batuk di rumah denga...
Buka Job Fair Di Jambi Wamenaker Generasi Tangguh Siap Tembus Pasar Kerja

Buka Job Fair Di Jambi Wamenaker Generasi Tangguh Siap Tembus Pasar Kerja

papar berkaitan - pada 27/5/2023 - jumlah : 189 hits
Gelaran job fair yang bertajuk Generasi Tangguh Era Baru Siap Menembus Pasar Kerja diikuti oleh 50 perusahaan dengan 96 jenis jabatan dan 7 987 kebutuhan pekerja dari berbagai sektor lapangan usaha
Suka Makan Lewat Malam Ini Perkara Yang Akan Terjadi Pada Tubuh Badan Jika Korang Tak Ubah Tabiat Makan

Suka Makan Lewat Malam Ini Perkara Yang Akan Terjadi Pada Tubuh Badan Jika Korang Tak Ubah Tabiat Makan

papar berkaitan - pada 3/6/2023 - jumlah : 161 hits
Suka makan lewat malam Ini perkara yang akan terjadi pada tubuh badan jika korang tak ubah tabiat makan Tidak perlu dipertikaikan lagi budaya malam atau night life memang sangat sinonim dengan rakyat Malaysia Dengan hidupnya aktiviti di mal...
Masuk Universiti Belum Tentu Dapat Kerja Lepasan Spm

Masuk Universiti Belum Tentu Dapat Kerja Lepasan Spm

papar berkaitan - pada 6/6/2023 - jumlah : 288 hits
Imej hiasanAnggapan sukar mendapat pekerjaan selepas menamatkan pengajian di universiti menjadi faktor utama yang menyebabkan ramai lepasan Sijil Pelajaran Malaysia memilih untuk terus bekerja Menurut Prof Madya Dr Shafriza Nisha Basah pens...
Kerja Kerja Untuk Menyerang Pmx Akan Berjalan

Kerja Kerja Untuk Menyerang Pmx Akan Berjalan

papar berkaitan - pada 5/6/2023 - jumlah : 165 hits
AMARAN INI KENA TUJUKAN KEPADA MENTERI KKMM JKOM DAN SEGALA YANG BERKAITAN
Sekjen Kemnaker Indonesia Hadapi Tantangan Besar Penyediaan Lapangan Kerja

Sekjen Kemnaker Indonesia Hadapi Tantangan Besar Penyediaan Lapangan Kerja

papar berkaitan - pada 8/6/2023 - jumlah : 264 hits
Sekretaris Jenderal Kementerian Ketenagakerjaan Anwar Sanusi mengungkapkan salah satu tantangan terbesar yang dihadapkan Indonesia saat ini adalah rendahnya kualitas pertumbuhan ekonomi terutama dalam penyediaan lapangan kerja bagi masyarak...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


60 Of Our Biggest Ai Announcements In 2024

Lirik Lagu Curang Abg Pau

Restoration Yamaha Ego

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash