Panduan Mudah Menanam Kacang Tanah


Kacang Tanah (Arachis hypogea) atau Groundnuts merupakan sejenis tanaman kontan yang semakin kurang popular ditanam, walaupun Malaysia kini merupakan pengimport tegar kacang tanah dari luar negara untuk pelbagai kegunaan domestik.


Hanya beberapa negara di dunia yang menanam kacang tanah secara meluas untuk dijadikan produk pertanian utama negara tersebut.

Keluasan tanaman kacang tanah di Malaysia semakin menurun semenjak 20 tahun lalu kerana kurang menarik minat petani.

Hanya beberapa negeri sahaja yang masih menanam kacang tanah iaitu di Perak, Kelantan, Johor, Terengganu, Sabah dan Sarawak.

Hampir sebahagian besar kacang tanah yang ditanam di Malaysia adalah untuk kegunaan segar sahaja iaitu dibuat kacang rebus dan sebahagian kecil pula diproses menjadi Kacang Goreng.

Di pasaran dunia, bijirin kacang tanah banyak digunakan sebagai minyak, marjerin, sabun, kacang goreng dan sebagainya.

Minyak Masak (cooking oil) yang dibuat daripada kacang tanah merupakan salah satu produk global yang didagangkan.

Kacang tanah juga mengandungi banyak nutrien seperti niacin, folate, serat, magnesium, vitamin E dan sebagainya.

Kacang tanah merupakan sumber niacin yang baik untuk kesihatan otak dan perjalanan darah di samping kandungan unsur antioksidan.

Kesesuaian Tanah

Secara ummumnya, antara keperluan bentuk muka bumi dan keadaan tanah bagi tanaman ini sebaiknya dari jenis tanah rata hingga sedikit bercerun atau tanah berpasir seperti tanah bekas lombong.

Tanah dipilih untuk tanaman kacang tanah mestilah tiada berlaku kejadian air bertakung dengan saliran air yang baik kerana tanaman ini akan rosak jika ada masalah takungan air.

Sebaiknya kedalaman tanah melebihi 50 cm dengan tekstur tanah yang longgar dan pH tanah sekitar pH5.5 - 7.0.

Persediaan Awal

Lazimnya, proses penyediaan tanah sebelum menanam dibajak dengan bajak piring untuk membalik-balikkan tanah untuk menghapuskan rumpai dan pada waktu yang sama semestinya dilakukan aktiviti menambah bahan organik atau baja tahi ayam atau kompos dengan kadar disyorkan.

Ia kemudian diikuti dengan kerja membajak putar untuk menghancurkan tanah untuk mendapatkan tekstur yang sesuai.

Pemasangan sistem pengairan sangat digalakkan dengan jenis sistem pengairan renjis (sprinkler system) terutama untuk peringkat awal pertumbuhan kacang tanah.

Jika kawasan menpunyai kelembapan mencukupi seperti tanah tepi sungai maka keperluan sistem pengairan boleh disesuaikan.

Penanaman kacang tanah menggunakan biji benih berkualitii yang boleh di beli daripada Jabatan Pertanian atau kedai swasta atau benih sendiri simpanan petani yang dibuat pada musim sebelumnya.

Cara Penanaman

Keperluan dan kadar biji benih serta jarak tanaman perlu dilkira awal sebelum menanam.

Kadar biji benih kacang tanah yang disyorkan adalah 60kg sehektar.

Biji benih perlu dirawat dengan racun kulat sebelum ditanam bagi tujuan mengelakkan serangan kulat.

Jarak tanaman yang sesuai adalah 50 cm x 10 cm dimana sebaiknya bubuh sebiji selubang dengan kepadatan 200,000 pokok sehektar.

Cara penanaman kacang tanah dikawasan tradisional adalah dengan menggunakan tugal atau menggunakan jentera bagi kawasan tanaman luas.

Apa yang penting dalam penanaman kacang tanah adalah bagaimana menguruskan amalan agronomi.

Pembajaan

Pembajaan perlu dilakukan mengikut jadual dimana kadar pembajaan yang biasa adalah menggunakan baja NPK dengan kadar iaitu 34:56:56 kg sehektar, bergantung kepada kesuburan tanah.

Kacang tanah memerlukan unsur kalsium yang lebih tinggi terutama pada peringkat pembentukan lengai dimana jika berlaku kekurangan unsur ini akan menyebabkan lengai tidak berisi.

Sumber kalsium ini boleh didapati dari baja kapur dimana adalah disyorkan ditabur pada peringkat pokok mula berbunga.

Penggunaan kapur seperti GML dan sebagainya akan membantu meningkatkan kutipan hasil.

Kawalan Rumpai

Pengawalan rumpai dikawasan tanaman kacang tanah amat penting dilakukan yang lazimnya kacang tanah akan kalah dengan pertumbuhan rumpai yang lebih dominan jika tidak dikawal dari peringkat awal penanaman.

Penggunaan racun rumpai pracambah seperti Lasso boleh digunakan sebelum menanam.

Aktiviti merumpai pusingan pertama boleh dijalankan antara 14 dan 21 hari selepas menanam dan pusingan kedua dia antara 30 dan 35 hari selepas menanam dan kebun yang bebas dari rumpai akan menjamin hasil yang bakal dituai.

Serangga Perosak

Kacang tanah adalah tanaman yang mempunyai ancaman serangan serangga perosak dan penyakit.

Diantara serangga perosak yang sering menyerang kacang tanah adalah seperti Ulat Makan daun.

Ulat daun seperti Spodotera litura dan Heliothis arnigera lazimnya akan memakan daun, menyebabkan daun berkurangan dan pokok lambat naik dan boleh dikawal dengan racun serangga yang bersesuaian.

Jenis perosak lain adalah seperti Ulat Perosak Lengai seperti Etella zinckenella yang masuk dalam lengai kacang tanah dan merosakannya.

Cara kawalan adalah dengan racun serangga Diazinon yan disembur mengikut aturan.

Perosak lain yang boleh merendahkan penghasilan adalah serangan haiwan iaitu Tikus.

Ini kerana tikus merupakan perosak utama yang boleh menyebabkan kerugian besar penanaman kacang tanah seperti mana didakwa oleh petani.

Amalan kultura yang baik dan kebersihan kawasan didapati mampu mengurangkan serangan tikus.

Ada juga petani yang menggunakan racun dan umpan untuk mengawal serangan tikus dari berlaku.

Bagi serangan penyakit seperti serangan oleh Penyakit Layu Bakteria disebabkan oleh Pseudomonas solanacearum boleh menyebabkan pokok kacang tanah layu dan mati.

Penyakit lain iaitu Mozek Kacang Tanah pula yang disebarkan oleh kutu daun (aphid) menyebabkan daun bertompok-tompok berwarna hijau tua.

Selalunya penyakit kacang tanah dapat dikawal dengan amalan kultura yang baik termasuk penggiliran tanaman.

Hasil

Kajian mendapati aktiviti pemungutan hasil kacang tanah boleh dikutip antara 90 dan 110 hari selepas ditanam bergantung kepada varieti yang ditanam, dengan purata anggaran hasil adalah 3-3.7 tan sehektar.

Harga pasaran bagi kacang tanah mentah adalah sekitar RM5-7 sekilogram.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
Panduan Cara Menanam Serai Secara KomersialKhasiat Kacang Sacha Inchi Tinggi Kandungan Omega 3
sumber: animhosnan



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2019/08/panduan-menanam-kacang-tanah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Panduan Lulus Temuduga Kerja Kerajaan Dengan Mudah

Panduan Lulus Temuduga Kerja Kerajaan Dengan Mudah

papar berkaitan - pada 15/8/2019 - jumlah : 608 hits
Ramai yang mengeluh setiap kali hadir temuduga pasti berakhir dengan kegagalan begitu juga aku pernah hadir bermacam macam temuduga untuk dapatkan kerja yang boleh menjamin masa hadapan Tapi ramai yang kurang mengambil berat tentang perihal...
Panduan Mudah Cara Solat Sunat Witir Serta Doa

Panduan Mudah Cara Solat Sunat Witir Serta Doa

papar berkaitan - pada 2/8/2019 - jumlah : 985 hits
Cara Solat Sunat Witir Witir bermaksud ganjil iaitu tidak genap rakaatnya Solat yang boleh dilakukan secara berseorangan atau berjamaah Hukum Solat Sunat Witir adalah sunat muakkad iaitu sangat sangat dituntut melakukannya Rasulullah SAW be...
Bepang Kacang Tanah Tak Jemu Dikunyah Sukat Pakai Cawan Aje

Bepang Kacang Tanah Tak Jemu Dikunyah Sukat Pakai Cawan Aje

papar berkaitan - pada 14/8/2019 - jumlah : 261 hits
Bepang kacang tanah ni memang sedap dimakan sambal menonton rancangan kegemaran anda di tv Tapi kudapan ni tak boleh selalu sangat makan tak pasal pasal kena kencing manis pulak Ni min kongsikan resipi dari Nor Suhaida Yang jual kat pasaray...
Panduan Mudah Membuat Baja Subur Cecair Organik Di Rumah

Panduan Mudah Membuat Baja Subur Cecair Organik Di Rumah

papar berkaitan - pada 12/8/2019 - jumlah : 475 hits
Kita sudah sedia maklum bahawa kebanyakan baja organik sama ada pellet tablet serbuk atau cecair sangat mahal harganya Apatah lagi baja organik import dari negara luar terlebih lagi jika kegunaannya sangat banyak Gambar hiasan Oleh itu baga...
Tumis Kacang Panjang Dan Sambal Sardin

Tumis Kacang Panjang Dan Sambal Sardin

papar berkaitan - pada 18/8/2019 - jumlah : 703 hits
Dah lama tak bersiaran di sini Nasib baik ada yang sudi singgah lagi Kalau tidak bersawang la blog nih Aku bukannya sibuk mana pun cuma tak ada masakan2 baru yang dapat ku update di sini Sekarang ekonomi keluarga ku pun kurang stabil So mas...
Nasi Goreng Sambal Tumis Dengan Kacang Panjang

Nasi Goreng Sambal Tumis Dengan Kacang Panjang

papar berkaitan - pada 18/8/2019 - jumlah : 434 hits
Juadah nasi goreng ni aku buat hari minggu yang lalu Menyediakan masakan untuk keluarga ni kena kreatif dengan bahan2 yang ada dan tersedia di dapur Pagi2 minggu terasa nak berehat dan duduk2 bersantai dan berbual dengan anak2 je So buat hi...
Kacang Kenari Cemilan Sehat Bagi Tubuh Yang Juga Mampu Kurangi Stres

Kacang Kenari Cemilan Sehat Bagi Tubuh Yang Juga Mampu Kurangi Stres

papar berkaitan - pada 13/8/2019 - jumlah : 316 hits
Sebuah penelitian mengungkap bahwa konsumsi walnut atau kacang kenari ternyata bisa membuat stres yang dimiliki seseorang menurun Dilansir dari Her penelitian yang dipublikasikan di jurnal Nutrients ini mengungkap bahwa makanan ini bisa men...
Benarkah Menanam Tumbuhan Di Kubur Dapat Meringankan Siksa Kubur

Benarkah Menanam Tumbuhan Di Kubur Dapat Meringankan Siksa Kubur

papar berkaitan - pada 1/8/2019 - jumlah : 239 hits
Ternyata selain berguna untuk membantu mengurangi polusi dan menyediakan pangan bagi makhluk hidup tumbuhan diyakini memiliki manfaat lain bagi umat Islam Yaitu mendoakan setiap ahli kubur yang berapa di tanah di mana ia ditanam dan itu dap...
Tips Mudah Untuk Mengenalpasti Scammer Rumah Sewa

Tips Mudah Untuk Mengenalpasti Scammer Rumah Sewa

papar berkaitan - pada 29/7/2019 - jumlah : 385 hits
Aktiviti scammer dah menular hingga ke bab menyewa rumah Ramai dah yang jadi mangsa Dari membeli sekarang beralih ke sewa rumah Senang senang je scammer tu rembat duit orang yang susah payah bekerja Tips Mudah Untuk Mengenalpasti Scammer Ru...
Plan Your Travels Dpm Says After Govt Ends Toll Free Rides During Festivities

Revision Of Mahb Takeover Terms Sets Unhealthy Precedent Says Wan Fayhsal

Life S A Gift Pass It On Why You Should Donate Blood

Kenapa Mp Mp Umno Membisu Takut Kepada Dap

Wef2025 Misi Anwar Julang Asean Dan Malaysia Di Pentas Global

Anwar I Went Through Hell In Prison But Won T Treat Najib That Way

The Agc S Deafening Silence May Affect Malaysia S Reputation

Road Safety Activist Hails End To Toll Waivers


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Beli Emas Harga Kilang Dengan Orodesign

Technology For Startup Growth

Husna Mira Tinggalkan Geng Makan

Kerepek Pisang Tanduk Kegemaranku

Masjid Seksyen 7 Shah Alam

Muslimah Physiotherapy Puchong