Panduan Mengisi Permohonan Spa9
AssalamualaikumBismillah

Panduan Mengisi Permohonan SPA9 (Kemaskini Jawatan SPA8i)
Layari ke laman web SPA9 dan isikan borang jawatan SPA, klik → Pendaftaran Pengguna
Maklumat yang perlu anda lengkapkan dalam borang permohonan adalah seperti maklumat pemohon, maklumat kata laluan, soalan keselamatan & persetujuan.

Sila rujuk gambar di atas untuk lihat cara-cara mengisi SPA9 dengan betul. Lengkapkan maklumat tersebut :
1. Maklumat PemohonNo. Kad Pengenalan (Tanpa -) *Nama Penuh (Isi mengikut IC anda) *No. Telefon Bimbit *Alamat E-mel *2. Maklumat Kata LaluanMasukkan Kata Laluan * (Buat kata laluan anda)Sahkan Kata Laluan * (Ulang kata laluan anda)Kod Keselamatan * (Masukkan kod keselamatan yang tertera)3. Soalan Keselamatan (Untuk tujuan reset kata laluan)Nama Pertama Ibu Pemohon *Negeri Kelahiran Pemohon *4. PersetujuanKlik petak kecil untuk persetujuan. Pemohon diminta untuk menanda kotak persetujuan sebelummenghantar pendaftaran tersebut. KLIK DAFTAR.
Nota : Bahagian yang bertanda * wajib diisi. Pendaftaran MyID boleh dilakukan sekali sahaja

Pendaftaran akaun yang telah berjaya, boleh terus login ke SPA9
Sila masukkan No Kad Pengenalan andaMasukkan Kata Laluan. Sila pastikan kata laluan yang dimasukkan adalah seperti yang didaftarkan sebelum ini.Klik “Log Masuk”Jika korang adalah pengguna kali pertama, sila klik “Pengguna Kali Pertama”
Jika korang ingin reset kata laluan, sila klik “Lupa Kata Laluan”

MAKLUMAT PERIBADI
Klik pada pautan MAKLUMAT PERIBADI dan skrin berikut akan dipaparkan dengan maklumat-maklumat tertentu telah dimasukkan secara automatik mengikut maklumat yang dimasukkan semasa pemohon melakukan proses “Daftar Akaun Baru”.
Yang mana maklumat belum dilengkapkan, korang hendaklah lengkapkan. Sila isi semua maklmuat peribadi di ruang disediakan. (Rujuk gambar di atas)
Klik “Simpan” setelah semua maklumat lengkap diisi. Pastikan semua maklumat diisi dengan betul dan tiada yang tertinggal sebelum disimpan




MAKLUMAT KELAYAKAN AKADEMIK
Pada pautan MAKLUMAT KELAYAKAN AKADEMIK, sila isi mengikut tahap pendidikan korang masing-masing ya.
Sila pilih Tahun, Peperiksaan, Mata Pelajaran, Gred dan klik “+Tambah” untuk tambah mata pelajaran di senarai mata pelajaran
Sila isi Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK)
Sila pilih Tahun Graduasi, Masukkan CGPA (PNGK). Pilih Peringkat Pengajian, Peringkat Kelulusan, Institusi Mengeluarkan Sijil, Institusi Francais Luar Negara, Pengkhususan, Masukkan Nama Sijil, Tarikh Kelulusan Senat dan Biasiswa Pengajian.
Klik “simpan” setelah maklumat lengkap diisi untuk memastikan maklumat tersebut disimpan.
Sekiranya korang dah pernah mendaftar SPA8i sebelum ini, maklumat bagi tahap pendidikan anda akan dimasukkan secara automatik dalam sistem SPA9 yang baharu.
Jadi sekiranya sebelum ini korang terlanjur letak tahap pendidikan Ijazah Sarjana Muda, maka korang dah tak boleh padam tahap pendidikan tersebut.

KEBOLEHAN BAHASA
Ruang Kebolehan Bahasa hanya diisi oleh pemohon yang memohon jawatan di bawah klasifikasi perkhidmatan Kebolehan Bahasa
1. Pilih Bahasa/Dialek.2. Pilih Penguasaan Bahasa - Bertutur / Menulis3. Klik “+Tambah”.
Ambil serius pada ruangan “Kebolehan Bahasa/Dialek Selain Bahasa Melayu” pula wajib anda mengisi dengan “BAHASA INGGERIS”. Penguasaan “BERTUTUR DAN MENULIS”. Ia akan memberi kelebihan kepada permohonan anda berbanding calon lain. Jangan takut untuk mengisi jawapan pada soalan ini
CARA MEMILIH JAWATAN YANG SESUAI DALAM SPA9

Pilih jawatan mengikut kelayakan akademik yang layak dipohon dan tekan “+Tambah”. Korang boleh pilih max 15 jawatan.
Tips Semasa Memilih Jawatan Dalam Suruhanjaya Perkhidmatan Awam :Kalau boleh pilih jawatan yang sepadan dengan kelayakan anda.Susun jawatan mengikut keutamaan (Jawatan yang anda mahu paling atas)Perhatikan syarat bertulis dalam kurungan, sekiranya anda memiliki apa yang disebutkan sebagai keutamaan ini, jadikan jawatan tersebut salah satu daripada pilihan utama anda.

PERAKUAN PEMOHON
Semakan Maklumat PermohonanPERINGATAN: Calon mesti semak kembali senarai jawatan yang di mohon adalah seperti yang calon pilih. Pastikan tarikh hantar dan tarikh daftar adalah sama. Jika sama bermaksud permohonan Berjaya sampai ke SPA. Jika tidak sama, sila semak semula padanan maklumat yang dimasukkan di setiap menu. Pastikan semua medan bertanda (*) diisi dan di SIMPAN.

Sila klik pada petak SETUJU dan tanda √ akan dipaparkan dalam petak yang berkenaan. Sekiranya pemohon telah berpuas hati dengan maklumat-maklumat yang diisi sila klik pada butang HANTAR.
Kecuaian pemohon meninggalkan langkah menekan butang HANTAR akan menyebabkan permohonan pemohon tidak akan diproses. Pemohon boleh mencetak Slip Akuan Pendaftaran sebagai rujukan.

Semoga apa yang dikongsikan memberi manfaat kepada pembaca. Sebarang pertanyaan boleh email ke
[email protected]
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.siinurul.com/2020/10/panduan-mengisi-permohonan-spa9.html