Permohonan Geran Khas Prihatin 2 0 Kini Dibuka Jom Mohon Sekarang
Perdana Menteri Malaysia, YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin telah pun mengumumkan Geran Khas Prihatin (GKP 2.0). Ia adalah bantuan kali kedua GKP selepas GKP pertama diberikan kerajaan pada Jun lalu bagi membantu Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang terjejas dengan pandemik COVID-19.
GKP 2.0 adalah bantuan kewangan secara one-off berjumlah RM3,000 kepada PKS mikro yang berkelayakan bagi meringankan beban kewangan perniagaan disamping meningkatkan produktiviti pengeluaran dan perkhidmatan.
Di sini dikongsikan syarat dan cara memohon Geran Khas Prihatin 2.0.
Syarat permohonan GKP 2.0
1. Bukan penerima GKP sebelum ini
2. Mestilah berstatus warganegara Malaysia
3. Menjalankan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang memperoleh jumlah jualan atau perolehan tahunan kurang daripada RM300,000.
4. Perusahaan mestilah berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) sebelum atau pada 31 Ogos 2020 atau berdaftar dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebelum atau pada 31 Ogos 2020.
5. Perusahaan masih aktif menjalankan perniagaan semasa permohonan dibuat.
Cara memohon GKP 2.0
Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian melalui Portal GKP (https://gkp.hasil.gov.my) yang disediakan oleh LHDNM.
Permohonan GKP 2.0 boleh dibuat mulai 1 hingga 31 Oktober 2020.
Berikut adalah cara memohon GKP 2.0:-
1. Masukkan no kad pengenalan ke dalam ruang Semakan Status.
2. Selepas itu, masukkan captcha dan tekan butang Semak.
3. Jika No. K/P anda belum didaftarkan maka akan dipaparkan butang Permohonan Baharu.
4. Seterusnya, anda perlu isikan maklumat ke dalam borang yang diberikan. Sekiranya anda ada mendaftarkan syarikat dengan LHDN, PBT, SSM atau lain-lain, data perincian syarikat anda akan tersedia di isi dalam borang tersebut berdasarkan maklumat yang didaftarkan pada agensi itu.
5. Untuk bahagian Maklumat Entiti Perniagaan, Sebagai Contoh di ruang pilihan Menjalankan perniagaan e-Dagang? Anda pilih pilihan Ya dan masukkan alamat laman sesawang seperti laman blog dan lain-lain. Setelah selesai mengisi borang, klik butang Teruskan.
6. Selepas itu, anda diminta untuk membuat pengesahan bagi menghantar permohonan GKP 2.0.
7. Pemohon juga perlu menetapkan soalan (terdapat 5 soalan kesemuanya) beserta jawapan sebagai pengesahan. Anda disyorkan berikan jawapan yang ringkas supaya mudah diingat.
8. Anda perlu menetapkan kata laluan bagi mengakses akaun pendaftaran GKP anda. Identiti pengguna pula automatik adalah nombor K/P pemohon.
9. Selesai Pendaftaran Akaun, pemohon boleh klik Butang Log Masuk untuk Log Masuk laman GKP 2.0 dengan menggunakan kata Laluan yang didaftarkan dan membuat semakan borang permohonan yang didaftarkan.
Semakan permohonan GKP 2.0 boleh semak mulai 15 November 2020. Pembayaran pula dijangka akan dibuat bermula 25 November 2020 nanti.
Semoga permohonan anda berjaya.
The post Permohonan Geran Khas Prihatin 2.0 Kini Dibuka. Jom Mohon Sekarang appeared first on Suara Viral Malaysia.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://suaraviral.org/permohonan-geran-khas-prihatin-2-0-kini-dibuka-jom-mohon-sekarang/