Panduan Mengawal Komputer Dengan Chrome Remote Desktop
Chrome remote desktop adalah perisian dimana anda dapat mengawal komputer dari jarak jauh atas capaian internet. Anda tidak memerlukan chromebook untuk menggunakanya. Anda hanya perlu pelayar chrome.
Aplikasi Chrome Remote Desktop?
Apabila anda menyambung kepada komputer rmote, semuanya akan menghubungkan kepada komputer anda. Kawalan papan kekeunci dan tertikus akan menjadi seperti anda sendiri menggunakan komputer remote tersebut.
Komputer anda yang boleh diakses secara jarak jauh adalah dilindungi dengan PIN, tetapi anda juga dapat memberikan kawalan sementara kepada sesiapa yang menggunakan Access Codes sekali-guna. Access Codes akan luput apabila sesi remote tamat atau ia tidak digunakan dalam masa beberapa minit setelah dijana.
Pengunaan Chrome Remote Desktop iaitu :-
Gunakan aplikasi dengan platform khusus pada OS jauh.
Memberi bantuan teknikal kepada keluarga yang mengalami masalah laptop atau desktop.
Menyediakan perkhidmatan IT support.
Chrome Remote Desktop berfungsi di Windows, Mac, Linux, dan Chrome OS. Tambahan lagi, PC boleh diakses dan dikawal menggunakan peranti Android dan iOS. Dalam artikel ini, broayietech akan menunjukkan kepada anda bagaimana menetapkan pada platform windows.
Menyediakan Chrome Remote Desktop di Windows
Terlebih dahulu anda perlu install pelayar chrome dan chrome remote desktop juga mempunyai akaun gmail.
Dalam Chrome, taip di nagavasi ke halaman chrome://apps dan klik pada Chrome Remote Desktop. Apabila anda diminta untuk memberi kebenaran, klik Continue. Ini akan memberikan kawalan kepada aplikasi ini lebih dari hanya pelayar.
Anda juga perlu melog masuk ke akaun Google dan mengklik Allow untuk memberikan kebenaran kepada aplikasi untuk mengakses akaun anda. Akaun ini akan menyimpan semua maklumat PC anda.
Di bawah My Computers, klik Get started, kemudian klik Enable remote connections. Ini akan membenarkan peranti lain bersambung ke PC ini.
Apabila diminta untuk memuat turun Chrome Remote Desktop Host Installer, klik Accept and install. Muat turun fail installer MSI dan jalankan.
Dalam aplikasi Chrome Remote Desktop, masukkan PIN yang ingin anda gunakan. Lebih panjang, lebih baik. Klik OK. Apabila diminta kebenaran untuk membuat perubahan, klik Yes.
PC Windows anda akan muncul di bahagian My Computers dalam aplikasi.
Semuga apa yang dikongsi sedikit sebanyak memberi manafaat bagi anda diluar sana, jika anda rasa artikel ini harus dikongsi jangan lupa klik mana-mana media sosial share dibawah.
The post Panduan Mengawal Komputer Dengan Chrome Remote Desktop appeared first on Broayietech.com | Blogger | IT Tech | Servis Komputer | Servis Laptop | Servis Printer | Chendering.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.broayietech.com/panduan-mengawal-komputer-dengan-chrome-remote-desktop.html