Panduan Membuang Asid Urik Berlebihan Dalam Badan Secara Semulajadi


Asid urik adalah sisa buangan bertoksik yang terhasil dari penguraian purin, iaitu sebatian semulajadi yang terkandung dalam makanan tertentu dan juga tisu badan. Kebanyakan asid urik yang dalam badan larut dalam darah, melalui buah pinggang dan disingkirkan melalui air kencing.


Jika badan kita menghasilkan terlalu banyak asid urik atau mengeluarkan asid urik, keadaan ini dikenali sebagai hyperuricemia.

Individu yang terlebih berat badan boleh mengalami lebih banyak asid urik yang sering terkurung di bahagian bawah badan.

Tahap asid urik yang tinggi di dalam badan boleh menyebabkan beberapa masalah kesihatan. Ia boleh membawa kepada pembentukan kristal pepejal dalam sendi yang menyebabkan kesakitan yang dipanggil gout.

Ia juga boleh menyebabkan batu karang dan kegagalan buah pinggang dalam kes-kes yang teruk.

Jumlah asid urik dalam badan kita boleh dikesan melalui ujian darah dan oleh itu, adalah penting untuk melakukan pemeriksaan rutin.

Cara mudah dan selamat untuk mengurangkan asid urik dalam badan adalah dengan mengubah pemakanan dan juga gaya hidup.

9 petua semulajadi berikut boleh membantu dalam mengurangkan asid urik dalam badan seterusnya merendahkan risiko masalah kesihatan yang tidak diingini.

Untuk mengawal kadar asid urik dalam badan, elakkan mengambil makanan yang tinggi kandungan purin.

Antara makanan yang tinggi purin termasuk daging, makanan laut, organ dalaman dan kekacang.

1. MINUM BANYAK AIR

Air diperlukan untuk menyingkirkan asid urik yang terhasil di dalam badan kerana apabila badan terhidrat dengan baik, kristal pepejal sukar terbentuk.

Disarankan minum sekurang-kurangnya 3-4 liter air sehari untuk mengeluarkan asid urik dari badan.

Kita boleh masukkan air kelapa, air lemon, teh hijau dan sebagainya untuk meningkatkan pengambilan air keseluruhan.

2. MAKANAN TINGGI SERAT

Kajian dari University of Maryland mencadangkan agar kita menambah lebih banyak makanan tinggi serat dalam diet harian untuk mengawal tahap asid urik dalam darah.

Serat pemakanan menyerap asid urik yang berlebihan dalam darah dan membantu ia untuk disingkirkan dari badan kita.

Sumber serat yang baik adalah buah-buahan, sayur-sayuran, dan bijirin.

3. PENGAMBILAN MAKANAN TINGGI ANTIOKSIDAN

Satu kajian yang dijalankan oleh University of Maryland menunjukkan pengambilan lebih banyak antioksidan seperti ceri, blueberries dan strawberi boleh mengurangkan kepekatan asid urik.

Beri berwarna gelap mengandung flavonoid yang dipanggil antocyanins yang membantu dalam mengurangkan keradangan dan kekakuan.

Makanan beralkali seperti tomato dan lada juga membantu mengimbangi tahap asid di dalam badan kita.

4. VITAMIN

Vitamin C membantu dalam penyingkiran asid urik. Sumber Vitamin C dalam buah-buahan sitrus, lada paprika, kubis, amla (gooseberry India) dan jambu akan membantu mengurangkan asid urik.

5. JUS LIMAU

Disyorkan juga sekurang-kurangnya minum jus limau dua kali sehari untuk mengeluarkan asid urik yang berlebihan.

Limau mengandungi asid sitrik yang membantu melarutkan asid urik.

6. KURANGKAN PENGAMBILAN GULA

Gula mengganggu proses penyingkiran asid urik dari badan dan dalam satu kajian menyebut bahawa, pengambilan harian 300 ml minuman manis meningkatkan risiko gout sebanyak 13%.

7. KURANGKAN KAFEIN

Kafein dan produk-produk yang mengandungi kafein seperti kopi, teh dan alkohol menghalang perkumuhan asid urik dari aliran darah.

Ia juga boleh menyebabkan badan mengalami dihidrasi.

8. CUKA EPAL

Campurkan satu sudu teh cuka epal organik dalam segelas air dan minum setiap hari.

Cuka epal mengandungi asid asetik yang bertukar menjadi alkali dalam badan, bertindak seperti pembersih semulajadi dan penyahtoksik.

Cuka epal juga mengandungi asid malic yang membantu dalam memecahkan dan mengeluarkan asid urik dari badan.

Selain itu, ia mengurangkan keradangan dan bengkak pada sendi yang membolehkan fleksibiliti sendi yang lebih baik.

9. SADERI

Biji saderi kaya dengan asid lemak Omega-6 dan minyak diuretik lain dan sebagai diurektik yang kuat, ia membantu dalam membersihkan cecair berlebihan dengan merangsang buah pinggang untuk menyingkirkan asid urik.

Ia menjadikan darah beralkali dan juga merendahkan keradangan dalam badan.

Disyorkan mengambil setengah sudu teh biji saderi kering sekali sehari disertai dengan pengambilan air yang banyak.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
Punca Penyakit Gout Dan Cara Mencegahnya21 Resepi Minuman Detox, Selamat Dan Menyihatkan Badan
-Sentiasapanas.com



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2019/11/cara-buang-asid-urik-berlebihan-dalam-badan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
4 Tanda Asid Urik Tinggi Dalam Badan

4 Tanda Asid Urik Tinggi Dalam Badan

papar berkaitan - pada 16/11/2019 - jumlah : 3229 hits
Asid urik tinggi dalam badan biasanya tidak menyebabkan sebarang tanda dan gejala fizikal Keadaan ini dikenali sebagai asymptomatic hyperuricemia Walau bagaimanapun sesetengah orang yang mempunyai tahap asid urik yang tinggi mungkin mengala...
Cium Isteri Anda Lebih Dari Satu Kali Setiap Pagi Bantu Kurangkan Berat Badan

Cium Isteri Anda Lebih Dari Satu Kali Setiap Pagi Bantu Kurangkan Berat Badan

papar berkaitan - pada 16/11/2019 - jumlah : 469 hits
Ahli perubatan mendapati bahawa bercium itu baik untuk kesihatan Bercium itu bukan hanya membuat seseorang merasa seronok dan nikmat tapi ciuman juga dikatakan berkesan untuk melawan pelbagai jenis penyakit Berikut ini adalah beberapa keleb...
Tangani Kejahatan Siber Dan Hoaks Polri Dinilai Perlu Bentuk Badan Khusus

Tangani Kejahatan Siber Dan Hoaks Polri Dinilai Perlu Bentuk Badan Khusus

papar berkaitan - pada 16/11/2019 - jumlah : 203 hits
Kriminolog sekaligus Pemerhati Keamanan Siber Maman Suherman menilai perlu dibentuk badan khusus atau badan kehumasan Polri untuk menangani persoalan bidang siber khususnya keamanan atau kejahatan siber
Dulu Dikenal Bertubuh Tambun 7 Artis Ini Berhasil Turunkan Berat Badan Secara Drastis Manglingi

Dulu Dikenal Bertubuh Tambun 7 Artis Ini Berhasil Turunkan Berat Badan Secara Drastis Manglingi

papar berkaitan - pada 18/11/2019 - jumlah : 405 hits
Sadar akan pentingnya hidup sehat para figur publik ini berhasil turunkan berat badan hingga puluhan kilogram
Bentuk Badan Otorita Pemindahan Ibu Kota Pemerintah Cari Pimpinan Dari Profesional

Bentuk Badan Otorita Pemindahan Ibu Kota Pemerintah Cari Pimpinan Dari Profesional

papar berkaitan - pada 16/11/2019 - jumlah : 197 hits
Pemerintah sedang mematangkan segala perencanaan Persiapan Pemindahan dan Pembangunan Ibu Kota baru Menteri Koordinator Bidang Kemaritiman dan Investasi Luhut B Pandjaitan mengatakan pemerintah juga sedang melakukan pembentukan Badan Otorit...
10 Sebab Kenapa Berat Badan Susah Nak Turun

10 Sebab Kenapa Berat Badan Susah Nak Turun

papar berkaitan - pada 15/11/2019 - jumlah : 393 hits
10 Sebab Kenapa Berat Badan Susah Nak TurunKalau sebut pasal berat badan biasanya kaum wanita ni amat sensitif Ada yang berusaha macam macam cara nak bagi badan capai berat ideal tapi tak jalan juga Ada yang kecundang di pertengahan jalan B...
Dengar Bunyi Meletup Sebelum Spring Logam Tertusuk Belakang Badan

Dengar Bunyi Meletup Sebelum Spring Logam Tertusuk Belakang Badan

papar berkaitan - pada 14/11/2019 - jumlah : 427 hits
Seorang kanak kanak lelaki berusia 12 tahun mengalami kemalangan yang mengerikan apabila bahagian belakang badannya tertusuk gegelung logam Kejadian yang berlaku di Lincolnshire itu terjadi apabila budak lelaki itu sedang bermain dengan per...
12 Ide Dress Longgar Berbahan Tile Yang Hits Di Instagram Cocok Buat Segala Tipe Badan

12 Ide Dress Longgar Berbahan Tile Yang Hits Di Instagram Cocok Buat Segala Tipe Badan

papar berkaitan - pada 15/11/2019 - jumlah : 1184 hits
Nyaman sudah pasti Plus lengan ala tukang gebuk sampai perut buncitmu yang seksi itu bisa tertutupi
Ini Sebab Kenapa Kita Tak Boleh Bau Badan Kita Sendiri

Ini Sebab Kenapa Kita Tak Boleh Bau Badan Kita Sendiri

papar berkaitan - pada 18/11/2019 - jumlah : 515 hits
Jerung boleh bau darah di dalam air Harimau boleh bau mangsaanjing boleh bau dadah tapi manusia tidak boleh bau badan sendiri bilakah sepatutnya mereka memakai deodorant Pelikkan Sumber Google imagesJawapannya Tidak Ini kerana badan kita mu...
Celebrate A Peranakan Christmas In Kuala Lumpur With Santa Grand Signature S Exclusive Buffet

Maggi Malam S Roadside Success Sparks Controversy Over Alleged Unlicensed Operation

Lirik Lagu Sejarah Dato Sri Siti Nurhaliza

Latheefa Koya Tak Nak Masuk Umno Ker

Siti Nurhaliza Sejarah Chord

Bayangkan Ejen Mossad Di Komtar Jb

Parts Of Klang Valley Hit By Flash Floods Due To Downpour

We Buy Small To Medium Sized Companies


echo '';
Senarai Lagu Separuh Akhir Muzik Muzik 39 Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024 Persaingan Merebut Tiket Ke AJL Anugerah Juara Lagu

Biodata Terkini Fairuz Selamat Q Face Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Izinkanlah

Biodata Terkini Arrora Salwa Salwa Razak Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Ahmad

Biodata Terkini Penyanyi Liza Aziz Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Adik Beradik Kepada Azlina Aziz

Senarai Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Tonton Konsert Minggu 1 Pada 24 November Live Di Astro Ria Sooka Online


Makna Dan Jobbie Meraikan Pink Wobbly Breast Odyssey Di Kpj Damansara 2

Ahli Parlimen Pembangkang Cadang Kerajaan Sedia Pulau Tempatkan Pelarian

Lelaki Maut Dihempap Batu Kuari

Israel Mahu Kebebasan Serang Lubnan Selepas Gencatan Senjata

Yang Nak Berpeluang Miliki Microsoft Surface Pro Terpakai Jangan Lepaskan Peluang Ni

Pemandu Wanita Dihempap Kontena Sempat Telefon Ibu 4 Minit Sebelum Meninggal