Panduan Membawa Kereta Dari Semenanjung Ke Sabah Sarawak Vice Versa


 Assalamualaikum.
Kali ini aku mahu kongsi panduan nak bawa masuk kereta dari Semenanjung ke Sabah/Sarawak ataupun dari Borneo ke Semenanjung. Bolehlah aku kongsi sebab aku ada pengalaman walaupun tidaklah aku uruskan 100%. Aku kasitau awal-awal ya, yang aku buat ni dari Semenanjung ke Sabah tau. Ke Sarawak aku rasa lebih kurang juga prosedur kot.
Dengan musim COVID ni, ampun susah ya kawan-kawan. Biasanya, kalau dari Semenanjung nak ke Sabah ni, kereta akan dihantar ke pelabuhan di Kota Kinabalu (KK). Jadi, aku dari Lahad Datu ni ada dua cara nak ambil kereta. Pertama aku pergi ke KK yang mana jaraknya dalam 8-10 jam memandu dengan jalannya ehehehe (nanti aku share) dan kedua, tambah lebih kurang RM500 untuk dibawak dari KK ke LD menggunakan lori yang korang selalu nampak dekat highway dok bawa kereta tu.
Haa, aku selalu membayangkan aku drive masuk terus ja atas lori tu.Okay, pertamanya, apa hang kena buat kalau nak hantar kereta ke Sabah Sarawak ni, jom kita usha.

Cari maklumat syarikat penghantaran kereta. (Pastikan trusted okay?)Dapatkan sebut harga daripada syarikat yang dipilih.Buat permohonan surat kepada bank untuk pindahkan/hantar kereta.Hantar dokumen berkaitan kepada bank.Dapatkan surat kebenaran (untuk pelepasan hantar kereta) dari bank.Serahkan semua dokumen untuk urusan hantar kereta.Sediakan duit (PALING PENTING LOL)Okay, aku nak go through satu satu. Memandangkan masa mak aku nak hantar kereta kat sini musim COVID, renyah la sikit. Banyak surat nak kena buat. Dah la dengan musim PKPD PKPB bagai. Tapi syukur sangat ejen aku ni banyak gila membantu

Cari maklumat syarikat penghantaran kereta. Yang ini hang boleh Google saja. Aku mula-mula tanya juga member kat sini yang dah hantar kereta. Dia dapat dalam RM1300 la, kereta Proton Saga, hantar kat sini, tapi dia ambil di KK. Kalau nak dia hantar ke LD kena tambah dalam RM500. Tapi still aku kena ke bandar, sebab mana mahunya depa masuk sampai felda. Haha

So, mak aku malas nak pening, dia pun susah hati kot aku nak kena ke KK sampai setengah hari punya perjalanan, jadi dia kata hantar terus sampai LD. Kakak aku lah yang urusan, aku cuma bagi details saja. Hehe. Kami guna khidmat Nizaf Mover ni. TRUSTED at all! Asalnya nak ambil dari rumah abang aku di Teluk Panglima Garang dan ke Pelabuhan Klang, tapi, PKPB kan, mak aku tak boleh masuk ke Selangor, maka dia terus ke Nilai dan esoknya Nilai pulak PKPD. HAHA

Tapi syarikat ni ada surat untuk rentas negeri bagai, so, diorang ambil kereta di Nilai dan terus uruskan sampai la kereta ni sampai kat aku. Macam mana depa urus entahla bukan kerja aku

Dapatkan sebut harga daripada syarikat yang dipilih. Yang ini biasalah, nama pun nak survey kan. Pilihlah mana yang korang berkenan. Mahal ke murah ke ikut korang la

Buat permohonan surat kepada bank untuk pindahkan/hantar kereta. Okay, ini penting. PALING PENTING. Korang kena telefon bank yang korang buat pinjaman kenderaan, macam aku Maybank Kangar, so aku terus call Maybank untuk bercakap dengan person in charge. Terangkan dekat dia. Nanti dia akan minta korang emelkan surat permohonan. Jadi, nanti bila dah siap surat pelepasan tu, korang kena pergi ambil di bank tersebut

Contoh surat kena hantar dekat bank. Mai rajin aku ada la contoh surat ni.
Tapi, aku kat Sabah, kereta kat Penang, bank aku di Kangar. Masa ni tak boleh rentas negeri lagi, macam mana nak buat

Aku call bank, cakap boleh tak pos? Dia kata tak boleh. Sebab tu geran dan surat kebenaran pelepasan kan? So, depa boleh hantar ke bank terdekat dengan kita yang buat pinjaman kenderaan. So, yang terdekat dengan aku Maybank kat Bagan. Jadi, mak aku kena pi ambil kat sana la. Still, aku kena buat surat kebenaran wakil ambil. Sebab geran tu semua atas nama aku, jadi, kalau nak orang lain ambil, kena ada surat kebenaran juga

Maka aku siapkan surat dan hantar kat bank. Mak aku pun aku bagi salinan. In case bank Bagan tu nak juga

Contoh surat kebenaran wakil
Okay selesai dah part surat bank ni. Tapi hang kena baca betul-betul tau. Hang ada masa DUA BULAN saja untuk selesaikan urusan penghantaran ni semua. Bank bagi aku masa sampai 11.11.2020 untuk sah laku surat pelepasan tu

Oh ya, aku lupa nak cakap. Sediakan juga ya dokumen berkaitan untuk bagi kat bank. Macam aku kat posting cikgu kat sini, so aku kena bagi surat penempatan, surat panggilan lapor diri, surat apa lagi tah lupa dah aku. Ini kalau korang masih belum bayar habis kat bank tau. Kalau kata kereta hampa dah habis bayar, skip sajo. Jangan nak pening kepala. Tiber

Serahkan semua dokumen untuk urusan hantar kereta. Dah dapat kebenaran bank? Okay, teruskan. Bagi semua surat yang bank bagi kat hampa tu kat ejen yang uruskan dan biasakan ada satu salinan untuk simpanan korang k. Apa apa jadi ada bukti

Antara yang diperlukan ialah:Surat kebenaran daripada bank.Salinan geran kereta.Salinan kad pengenalan pemilik kereta.Persediaan sebelum hantar kereta. (ini aku tak ingat benda apa)Duit yang cukup hahahaKemudian settle hang kemas kemas la kereta bagi elok. Boleh letak barang sikit dalam tu kecuali makanan. Makanan is a big no okay sebab lama. Almost 2 weeks kereta atas kapal laut. Sebelum kereta dibawa belayar, ejen diorang akan datang check kereta satu satu semua. Segala mak nenek calar kat mana pun depa tanda. Maklumlah kereta aku dah 6 tahun, kemain bercalar balar. Macam hatiku yang tercalar. Tiber

Barang tu tak boleh tinggi penuh sampai cermin okay

Mak aku tengah kemas kereta susun apa patut. Ada cucu berbulu dia.
Ini aje barang aku. Baju yang aku nak mak aku malas nak sort dia bagi sebekas terus.
Staff diorang datang check satu satu. Tanda mana patut. Ada borang dia bagi nanti.
So selesai semua, diorang bawak la Baby J aku ke Pelabuhan Klang untuk dihantar kepada tuannya. Hampir dua minggu juga nak sampai. Masa sampai kat aku tu, kawan aku si Ayu yang duduk di bandar tolong ambilkan dulu. Aku di felda ni oi, mana maunya terus pergi ambik kat bandar sana. Jauh kot. Dah la itu hari last PKPD. AKu mana boleh keluar dari kampung lagi. HAHA. Mujur ada kawan kat sana

So, kat LD ni dia ambi kat tepi jalan ja. Sadis eh hahahaha. Lepas dia check apa patut, video call dengan aku la sambil tu, dia sign borang kata dah sampai, dan dia simpan di rumah dulu. Esoknya habis PKPD aku terus pergi ambik la. Rindu juga Baby J tu

Iya sis, ada juga bukti bergambar. HAHA.
Total bayaran ni semua hampir RM3000 juga. Lebih kurang la. Sebab ada juga ambil insurans in case jadi apa apa kan. Tapi takpala, sampai dah dia kat sini. Nak beli baru kereta, takmau la. Pening nak sambung bayar 9 tahun. Ini pun dah 3 tahun jak lagi. Duit tu nanti aku boleh buat benda lain

Okay, aku harap membantu la korang. Ini pun ramai juga cikgu-cikgu dapat egtukar kan? Mana tahu nak cari syarikat yang trusted nanti, korang boleh la contact orang yang aku kabo tu. Nombor telefon semua ada kat situ jak

Terima kasih kepada Nia, staff syarikat Nizaf Mover yang banyak membantu dan update aku sepanjang urusan ni. Bagus sangat PR dia. Aku senangg. Gittew

Okay gais, hujan masih belum berhenti ni. Aku macam nak sambung beradu. Ehek

Sampai ketemu lagi

Yang benar,
Jannah
Lahad Datu



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://jannahsuhaimi.blogspot.com/2020/12/panduan-membawa-kereta-dari-semenanjung.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tuntut Hak Sabah Kami Tak Takut Pada Mahathir

Tuntut Hak Sabah Kami Tak Takut Pada Mahathir

papar berkaitan - pada 10/12/2020 - jumlah : 402 hits
KOTA KINABALU Seorang pemimpin Warisan menepis dakwaan Timbalan Ketua Menteri Sarawak James Masing yang kerajaan Sabah terdahulu pimpinan parti itu takut menuntut hak minyak dan gas daripada bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad Timbala...
Selangor Tertinggi Covid 19 Diikuti Sabah Johor

Selangor Tertinggi Covid 19 Diikuti Sabah Johor

papar berkaitan - pada 9/12/2020 - jumlah : 274 hits
Oleh PETAH WAZZAN ISKANDAR PUTRAJAYA Selangor mencatatkan kes harian Covid 19 tertinggi hari ini iaitu 417 kes diikuti Sabah 271 kes dan Johor sebanyak 108 kes manakala dua kluster baharu dikesan Selain itu terdapat 126 kes positif yang sed...
Aktiviti Masjid Surau Di Sabah Dibenarkan Semula

Aktiviti Masjid Surau Di Sabah Dibenarkan Semula

papar berkaitan - pada 9/12/2020 - jumlah : 303 hits
Izwan AbdullahKota Kinabalu Sabah membenarkan semula masjid dan surau di seluruh negeri ini termasuk dalam zon merah mengadakan semua jenis aktiviti keagamaan tertakluk kepada prosedur operasi standard yang ditetapkan Menteri Kerajaan Tempa...
Pembantu Menteri Gesa Jkr Sabah Tingkat Pengurusan Sistem Penyampaian

Pembantu Menteri Gesa Jkr Sabah Tingkat Pengurusan Sistem Penyampaian

papar berkaitan - pada 10/12/2020 - jumlah : 389 hits
Limus Jury menghadiri taklimat cawangan lebuh raya JKR Sabah di Kota Kinabalu hari ini KOTA KINABALU Pembantu Menteri Kerja Raya Sabah Limus Jury berkata pengurusan Jabatan Kerja Raya negeri termasuk sistem penyampaian perlu ditingkatkan ba...
Tourists From Brunei Allowed To Enter Sabah Masidi

Tourists From Brunei Allowed To Enter Sabah Masidi

papar berkaitan - pada 10/12/2020 - jumlah : 367 hits
The National Security Council today agreed with the proposal from the Sabah government to allow tourists from Brunei to enter the state said Sabah Local Government and Housing Minister Masidi Manjun He said the tourists are allowed to enter...
Panglima Perang Sabah Bung Moktar Sedia Tawar Diri Disuntik Dahulu Vaksin Covid 19

Panglima Perang Sabah Bung Moktar Sedia Tawar Diri Disuntik Dahulu Vaksin Covid 19

papar berkaitan - pada 11/12/2020 - jumlah : 259 hits
Saya tidak takut saya mahu sihat panglima perang kena dulu Bung Mokhtar Saya tak takut Bung Moktar sedia tawar diri disuntik dahulu vaksin Covid 19 Datuk Seri Bung Moktar Radin yang merupakan Ahli Parlimen Kinabatangan hari ini memaklumkan ...
Croc Mauls Boy To Death In Sabah River

Croc Mauls Boy To Death In Sabah River

papar berkaitan - pada 11/12/2020 - jumlah : 274 hits
Policemen retrieving the remains of the boy who was attacked by a crocodile in Lahad Datu KOTA KINABALU An eight year old boy was killed in a suspected crocodile attack at a river in Sabah s east coast Lahad Datu district today This is the ...
Speaker Says Confidence Need Not Come From Parliament Cites Nizar Case Sabah

Speaker Says Confidence Need Not Come From Parliament Cites Nizar Case Sabah

papar berkaitan - pada 8/12/2020 - jumlah : 245 hits
PARLIAMENT Whether or not Prime Minister Muhyiddin Yassin has majority support can be proven outside Parliament said speaker Azhar Azizan Harun He said this was clear from the changes of government in Perak in 2009 and Sabah in 2018 This in...
Verdon Bahanda Dari Ceo Kini Pemilik Sabah Fc

Verdon Bahanda Dari Ceo Kini Pemilik Sabah Fc

papar berkaitan - pada 8/12/2020 - jumlah : 938 hits
Serah kepada Persatuan Bolasepak Sabah untuk buat pengumuman rasmi Verdon Bahanda Dari CEO kini pemilik Sabah FC Ketua Pegawai Eksekutif Sabah FC Dato Verdon Bahanda dikatakan letak jawatan sebelum bermula musim tetapi ada spekulasi baru ya...
Hidden Hunger In Malaysia The Silent Crisis Affecting Our Kids

Fix Harmful Backlinks For Free

Sembilan Daerah Selangor Yang Wajib Di Kunjungi

Resepi Tau Fu Fa Homemade Mudah Dan Cepat Hanya Guna 3 Bahan

New Year Wish A Pm For All Malaysians

Freeport A Famosa Outlet Melaka

Anwar Thaksin Bincang Isu Serantau Ekonomi Asean

Muzium Penjara Melaka Tarikan Utama Harga Tiket Masuk


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Flooding Of Kepong Road Upsets Motorists

Telemovie Larian Terakhir Lakonan Fattah Amin Amyra Rosli

Bila Ko Tak Boleh Reply Komen

Penutup Tahun 2024 Chess Checkmate Catur Game

Injection Moulding Malaysia Combining Precision And Efficiency

Destinasi Percutian Mesra Keluarga Di Malaysia