Aktiviti Masjid Surau Di Sabah Dibenarkan Semula


Izwan Abdullah
Kota Kinabalu: Sabah membenarkan semula masjid dan surau di seluruh negeri ini termasuk dalam zon merah mengadakan semua jenis aktiviti keagamaan tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Datuk Masidi Manjun berkata, kebenaran itu selaras kelonggaran diberikan kerajaan, menerusi SOP baharu perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) bermula kelmarin hingga 20 Disember ini.
Beliau berkata, semua aktiviti termasuk solat lima waktu secara berjemaah, solat Jumaat, kuliah Maghrib, Dhuha dan lain-lain aktiviti keagamaan termasuk kelas agama adalah dibenarkan.
"Kerajaan negeri bersetuju dengan cadangan mufti Sabah untuk membenarkan aktiviti di masjid dan surau ketika PKPB berkuat kuasa mulai 7 Disember hingga 20 Disember ini," katanya dalam kenyataan media perkembangan semasa Covid-19 Sabah, di sini, malam tadi.
Katanya, bagi solat lima waktu secara berjemaah, bilangan jemaah dibenarkan di masjid dan surau bagi seluruh zon di Sabah ialah satu pertiga kapasiti dewan solat utama masjid dan surau.
Bagi solat Jumaat, katanya bilangan jemaah yang dibenarkan adalah mengikut keluasan dewan solat utama masjid dan surau dengan mengambil kira penjarakan fizikal.
"Aktiviti atau program masjid dan surau dibenarkan dalam tempoh tidak melebihi satu jam seperti kuliah Maghrib, Dhuha dan sebagainya.
"Aktiviti kelas agama juga dibenar diadakan di dewan atau bilik khas masjid tidak melebihi lima jam dan bilangan peserta tidak melebihi 20 orang dengan menjaga disiplin diri dan mematuhi semua SOP yang dikeluarkan oleh pihak berwajib," katanya.
Sebelum ini, hanya solat berjemaah lima waktu dan solat Jumaat dibenarkan di seluruh negeri dengan kapasiti terhad sehingga 40 jemaah bagi zon merah.
Masidi yang juga jurucakap Covid-19 Sabah berkata, majlis akad nikah juga dibenarkan semula diadakan di dewan atau bilik khas masjid dengan kehadiran tidak melebihi 20 orang mengikut saiz ruang majlis dengan menjaga disiplin diri dan mematuhi semua SOP ditetapkan.
"Ia termasuk SOP berkaitan jamuan makan dan minum iaitu hanya dibenarkan dalam bentuk bungkusan.
"Kerajaan turut menetapkan had umur kanak-kanak yang dibenarkan hadir ke masjid dan surau adalah 10 tahun ke atas," katanya.
Sementara itu, Masidi berkata Sabah mencatat 271 kes baharu positif Covid-19 dengan empat kematian pada semalam, menjadikan kumulatif kes di Sabah setakat ini sebanyak 31,057 kes.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/12/aktiviti-masjid-surau-di-sabah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Johor Tangguh Aktiviti Di 27 Masjid Surau Batu Pahat

Johor Tangguh Aktiviti Di 27 Masjid Surau Batu Pahat

papar berkaitan - pada 29/11/2020 - jumlah : 305 hits
Oleh JUANI MUNIR ABU BAKAR JOHOR BAHRU Pelaksanaan solat Jumaat dan solat lima waktu melibatkan 27 masjid dan surau di daerah Batu Pahat ditangguhkan sementara berikutan penularan Covid 19 membabitkan ahli kariah Kadi Daerah Batu Pahat Mohd...
Mom Gesa Aktiviti Sukan Dibenarkan Semula

Mom Gesa Aktiviti Sukan Dibenarkan Semula

papar berkaitan - pada 7/12/2020 - jumlah : 285 hits
Kuala Lumpur Majlis Olimpik Malaysia menggesa kerajaan supaya membenarkan semula aktiviti sukan yang dihentikan sejak Mac berikutan pandemik Covid 19 MOM dalam kenyataan menerusi laman webnya www olympic org my memaklumkan penggiat sukan be...
6146 Aktiviti Program Penyerahan Sumbangan Kepada Masjid Abu Ubaidah Al Jarrah Ppim 11 12 2020

6146 Aktiviti Program Penyerahan Sumbangan Kepada Masjid Abu Ubaidah Al Jarrah Ppim 11 12 2020

papar berkaitan - pada 11/12/2020 - jumlah : 509 hits
Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan toqqi menghadiri program penyerahan sumbangan Infak Telaga Sabil melalui sumbangan com kepada Masjid Abu Ubaidah Al Jarrah di Taman Sri Rampai Kuala Lumpur Turut hadir Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan En ...
Tadika Swasta Di Kawasan Tidak Terlibat Pkpb Dibenarkan Beroperasi Semula

Tadika Swasta Di Kawasan Tidak Terlibat Pkpb Dibenarkan Beroperasi Semula

papar berkaitan - pada 29/11/2020 - jumlah : 355 hits
Tadika swasta yang didaftarkan di bawah Kementerian Pendidikan diberi kelulusan untuk memulakan operasi dengan segera tetapi hanya melibatkan lokasi yang tidak tertakluk kepada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat Menerusi laporan The Star...
Dua Pemimpin Pas Perak Dilantik Semula Sebagai Exco

Dua Pemimpin Pas Perak Dilantik Semula Sebagai Exco

papar berkaitan - pada 16/12/2020 - jumlah : 280 hits
IPOH Kedua dua bekas exco PAS dalam pentadbiran Ahmad Faizal Azumu dilantik semula oleh kerajaan Perak bawah Saarani Mohamad daripada UMNO Pesuruhjaya PAS Perak Razman Zakaria dan ADUN Selama Akmal Kamaruddin mengangkat sumpah jawatan di ha...
Tanya Semula

Tanya Semula

papar berkaitan - pada 16/12/2020 - jumlah : 300 hits
Bajet lulusINI KIRA NAJIB BERJAYA ATAU GAGAL Sebab macai masih meroyan Kahkahkahkah
Terkini I Sinar Pengeluaran Rm10 000 Dibenarkan Untuk 8 Juta Pencarum

Terkini I Sinar Pengeluaran Rm10 000 Dibenarkan Untuk 8 Juta Pencarum

papar berkaitan - pada 27/11/2020 - jumlah : 369 hits
Program i Sinar kini dibuka untuk kesemua 8 juta pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja yang terjejas dengan jumlah pengeluaran maksimum meningkat kepada RM10 000 kata Menteri
Rentas Negeri Dibenarkan Di Seluruh Negara Termasuk Untuk Negeri Dikenakan Pkpb

Rentas Negeri Dibenarkan Di Seluruh Negara Termasuk Untuk Negeri Dikenakan Pkpb

papar berkaitan - pada 5/12/2020 - jumlah : 308 hits
KUALA LUMPUR Kerajaan membenarkan pergerakan rentas negeri dan daerah bermula 7 Disember 2020 termasuk bagi negeri negeri yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat Menteri Kanan pergerakan itu juga tidak memerluka
Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Pentingnya Memilih Kawan Yang Betul Untuk Masa Depan Yang Cemerlang

Buaya Mirip Godzilla Dirakam Seorang Peminat Buaya

Nasihat Berguna Untuk Selesa Hari Tua Dengan Wang Kwsp

Semangat Aja Nggak Cukup Ikuti Panduan Ini Buat Hadapi Tim Lebih Kuat Di Ranked Match Mobile Legends

Penang S Mega Transport Plans Where Is The State Going To Find Rm25bn


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Pas Sudah Terdesak Sanggup Tuduh Amanah Bahayakan Agama

Kita Tengok Siapa Jadi Gila Di Mahkamah Nanti Kata Akmal

Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi

Sibu Boy Tiong Shines Light On City In Visit Malaysia Campaign

Mont Kiara Traffic A Nightmare

Bufet Ramadan 2025 Wtckl Tawar Laman Tradisi Dengan Lebih 300 Hidangan Tahun Ini