Panduan Make Over Ringkas Dengan Kos Bajet Dari Rumah Flat Biasa Kepada Gaya Moden
Impian setiap wanita yang telah berkeluarga adalah memiliki rumah yang teratur, kemas dan sedap mata memandang. Hal ini bukan sahaja untuk kepuasan peribadi sesorang malahan untuk keselesaan keluarga dan tetamu yang datang.
Seperti seorang wanita yang telah berkongsi cara beliau tersendiri ‘make over’ rumah flat yang baru di sewa beliau. Walaupun dengan ruangan kecil dan keadaan rumah yang sebelum kelihatan seperti ‘kapal pecah’, wanita tersebut berjaya ‘make over’ seperti sebuah apartment dengan bertemakan modern style.
Ikuti perkongsian beliau yang telah mendapat 2 ribu ‘like’ dan dikongsi sebanyak 2.5 ribu.
MAKEOVER RUMAH FLAT TO SIMPLE MODERN STYLE
Yeahhh! Akhirnya siap juga buat kerja gila make over rumah sewa flat ni tau!.
Kalau orang cakap rumah sewa je pun beriya kau ni. Oh no! Jiwa aku bukan jenis terima je duduk rumah bersepah, bersemuih. Sakit mata iollss. Nak duduk 24 jam ni uii.
Masa mula-mula dapat gambar rumah ni, mesin basuh tu ada kat ruang tamu. Dalam kepala ni banyak kerja aku nak buat. Hari pertama masuk rumah tak boleh tidur gaiss pikir cemana nak bagi rumah nampak kemas dan teratur. Sikit-sikit plan untuk make over ni.
Yang ni buat aku tak boleh tidur malam dapat gambar ni. Seorang pengemas tahu apa perasaan susah hati tengok rumah seperti ini
Sofa tuan rumah ni pun kami minta izin untuk disemadikan ke tapak pelupusan kerana dah tak boleh duduk dah. Sakit punggung kami anak beranak rasa kayu bila duduk.
Tv tuan rumah kami minta izin untuk dibuang sebab dah tak boleh berfungsi. Akuarium tu kami pindah masuk bilik jadikan rak letak selimut dan bantal . Yang lain perhiasan dari tuan rumah kami simpan
Kerja idea dan pemilihan perabot adalah dari aku. Tapi kerja-kerja pemasangan pula oleh suami tercinta. Tak pernah seumur hidup dia mengecat rumah hari raya ke-2. Nasib PKP memang tiada tetamu datang. Terima kasih sudi melayan bini.
Total cost untuk make over ruang tamu ini ialah dalam RM 1300 termasuk tv kabiner, chest drawer, sofa bed, tikar getah. Beli sikit-sikit sepanjang PKP berlangsung bukan sedebuk beli sekaligus.
Kebanyakan perabot beli dari Shopee dan Lazada. Diselitkan sekali details harga kedai. Senang korang nak survey nanti.
Semoga bermanfaat.
Sofa bed- RM 199 – Lazada
Bench stool- RM 84- Lazada
Frame – RM 70- Next World Deco (atau Shopee)
Bantal cloud – RM 25 beli dari sis Nur Hidayah MY (atau Shopee)
Tempat favourite sebab suka makan! Haha. Karpet tu bawak dari rumah lama.
Lampu nordic- RM 74 – Lazada
Frame – RM 70 – Next Wall Deco II (atau Shopee)
Tikar getah – RM 115 – Shoppe
Stool untuk pokok pisang- RM 35 – Shopee
Daun-daun berjurai ni beli kat Ikea . Memang bawak dari rumah lama kami di Pasir Gudang.
Mesin basuh kami pindah belakang. So ada ruang lain yang boleh dicipta
Kabinet Tv – RM 165- Shopee
Frame – RM 50 – Next Wall Deco II (atau Shopee)
Ok ini sangat penting di panggil DROP POINT . Tempt letak kunci . So senang tak payah risau masalah kunci hilang ke hape. Tempat dah disediakan. Sila letak dengan bahagia. Jangan lempar. Pasu tu aku pakai botol sabun mandi dari watson je.
Daun monstera – RM 2 tak silap – Shopee
Chest drawer 4 tier – RM 174 – Lazada
Yes inilah ruang yang dicipta. Ruang untuk anak2 buat kerja sekolah. Dan ruang untuk suami bekerja dari rumah.
Partition dari kedai karpet – RM 150 (atau Shopee)
Meja – RM 50 (Shopee)
Alas hitam putih – RM 4.90 – Ikea (atau Shopee)
Alhamdulillah tercapai dah impian. Cukuplah untuk sedap mata memandang
😘
Posted by Siti Mariam Kamsan on Tuesday, May 26, 2020
Semoga memberi sedikit inspirasi untuk kawan-kawan dekor ruang tamu masing-masing juga.
Ps : Rumah sewa pun boleh deco juga. Gambar last sekali wajib tengok.
True,
Siti Mariam Kamsan
Bukan pakar deco.
Sumber: Siti Mariam Kamsan
The post (Video) Panduan “Make Over” Ringkas Dengan Kos Bajet, Dari Rumah Flat Biasa Kepada Gaya Moden appeared first on Siakap Keli.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://siakapkeli.my/2020/06/10/video-panduan-make-over-ringkas-dengan-kos-bajet-dari-rumah-flat-biasa-kepada-gaya-moden/