Panduan Cara Qada Solat



Ini adalah panduan qada solat iaitu cara menggantikan solat.
Panduan ini disediakan secara lengkap dan tersusun untuk memudahkan anda melakukan qada solat yang betul.
Apa yang menarik:
Ejaan dalam rumi juga turut disertakan dalam niat solat qada fardu lima waktu bagi membantu mereka yang sukar membaca tulisan arab.
Semoga panduan ini dapat membantu anda menggantikan solat dengan sempurna.

Panduan ini mengandungi perkara berikut: Pengertian Qada Hukum Qada Niat Solat Qada (Solat Fardu Lima Waktu) Cara Untuk Qada Solat Apa yang perlu dilakukan jika tidak pasti bilangan solat yang ditinggalkan Bersegera qada solat Adakah Wanita Yang Haid dan Nifas Perlu Qada Solat? Ganti solat untuk orang yang pernah murtad Ganti solat untuk orang yang hilang akal (akibat perkara haram)  
Pengertian Qada Solat Menurut mazhab as-Syafi’e, seseorang dikira sempat menunaikan solat secara tunai apabila dia sempat menghabiskan rakaat yang pertama dalam waktu solat tersebut.
Sebaliknya, mengerjakan solat secara qada adalah melakukan solat selepas waktunya.
Apabila seseorang tidak menunaikan solat pada waktunya, dia mesti menggantinya dengan menunaikan solat yang telah ditinggalkan pada waktu lain.
Orang yang tertidur, gila dan hilang akal ketika murtad diwajibkan untuk mengqadakan solat.
 
Hukum Solat Qada Hukum melewatkan solat tanpa keuzuran (dengan sebab yang benar-benar mendesak), apalagi diluar waktunya, adalah berdosa besar.
Ini adalah satu maksiat besar yang tidak boleh dihilangkan kecuali dengan mengqadakan solat yang ditinggalkan.
Seseorang yang melakukannya mesti bertaubat dengan sebenar-benar taubat untuk tidak mengulanginya.
 
Cara Niat Qada Untuk Solat Fardhu Lima Waktu Adalah: 1. Solat Maghrib (Usolli fardhu maghribi salasa raka’atin qadaan lillahi ta’ala)
“Sahaja aku solat fardu maghrib tiga rakaat qada’ kerana Allah Ta’ala”
2. Solat Isyak (Usalli fardhu isya’i arba’a raka’atin qadaan lillahi taala)
“Sahaja aku solat fardu Isyak empat rakaat qada’ kerana Allah Ta’ala”
3. Solat Subuh (Usalli fardhu subhi raka’ataini qadaan lillahi ta’ala)
“Sahaja aku Solat Fardu Subuh dua rakaat qada’ kerana Allah Ta’ala”
4. Solat Zuhur (Usalli fardhu zuhri arba’a raka’atin  qadaan lillahi ta’ala)
“Sahaja aku solat fardu Zuhur empat rakaat qada’ kerana Allah Ta’ala”
5. Solat Asar (Usalli fardhu asri arba’a raka’atin qadaan lillahi ta’ala)
“Sahaja aku solat fardu Asar empat rakaat qadha’ kerana Allah Ta’ala
 
Cara Qada Solat Wajib bagi seseorang yang telah meninggalkan solat untuk mengqada (menggantikan) solatnya itu dengan segera.
Bahkan dibenarkan mengantikan solat sekali pun pada waktu yang diharamkan solat (waktu tahrim) seperti selepas asar, selepas subuh dan sebagainya.
Cara mengqadakan solat adalah seperti berikut:
1. Apabila meninggalkan solat sewaktu musafir dan hendak diqadakan selepas habis tempoh musafir, maka perlu diqadakan solat secara sempurna (tidak boleh diqasar dan jamak). 2. Solat yang ditinggalkan ketika musafir dan hendak diqada ketika masih dalam tempoh musafir atau ketika musafir pada waktu lain, dibolehkan melakukannya secara sempurna atau diqasar. 3. Solat yang ditinggalkan ketika menetap (tidak musafir) wajid diqada secara sempurna (tamam) dan tidak boleh diqasar meskipun diqada ketika musafir. 4. Bacaan solat boleh dibaca dengan nyaring (untuk imam atau solat seorang diri) sekiranya waktu mengerjakan qada solat pada waktu malam iaitu selepas terbenam matahari hingga terbit matahari. Sekalipun solat tersebut bukan dari jenis solat yang dibaca nyaring (seperti Zuhur dan Asar).
Sebaliknya, bacaan solat dibaca perlahan apabila solat yang diqada tersebut dikerjakan pada waktu siang, bermula dari terbit matahari hingga terbenam matahari.
5. Tidak salah mengerjakan qada solat secara berjemaah apabila waktu itu terdapat dua orang atau lebih yang sama-sama mahu mengganti solat mereka. 6. Sunat mengerjakan qada solat secara tertib (mengikut urutan). Misalnya, solat qada Zuhur dahulu, kemudian baru solat qada Asar.
Orang yang meninggalkan solat fardu Zuhur dan mahu mengqadanya dalam waktu Asar, sebaik-baiknya mengerjakan qada solat Zuhur dahulu sebelum mengerjakan solat Asar secara tunai.
Kecuali apabila waktu asar itu tinggal sedikit dan dikhuatiri habis waktu sebelum sempat menunaikan solat Asar, wajib untuknya menunaikan solat Asar dahulu diikuti dengan qada solat Zuhur.
 
Bagaimana Jika Tidak Pasti Bilangan Solat Yang Perlu Diqada? Ulama mazhab Syafi’e menetapkan orang yang mempunyai terlalu banyak solat yang ditinggalkan sehingga tidak tahu jumlahnya, hendaklah mengqadakan solat-solat tersebut sehingga diyakini semuanya telah diganti.
Situasi ini banyak berlaku kepada umat Islam kini.
Apabila orang yang mengaku Islam tetapi tidak mahu melaksanakan kewajipan solat yang diwajibkan walaupun mereka mengakui kefarduannya.
 
Kita Perlu Bersegera Mengganti Solat Solat yang tertinggal wajib disegerakan qada.
Manakala harus hukumnya melewatkan qada solat apabila pada waktu yang sama seseorang itu berhadapan dengan keperluan lain yang lebih mendesak.
Contohnya dia terpaksa mencari nafkah untuk keluarga dan sebagainya.
Dengan kata lain, walaupun sebaik-baiknya dilakukan sesegera mungkin, namun ada kelonggaran untuk mengerjakannya dalam tempoh waktu yang panjang.
Contohnya seorang muslim yang bertahun-tahun meninggalkan solat, insaf dan mahu menebus dosa-dosanya.
Wajib untuknya mengerjakan solat lima waktu seperti biasa di samping berusaha mengqada solat yang ditinggalkan.
Apabila tidak pasti jumlahnya, perlu dilakukan solat qada sehingga dirasakan yang tanggungannya telah selesai.
Dibolehkan mengqada satu atau lebih jenis solat pada setiap waktu solat.
Sama ada selepas atau sebelum ditunaikan solat fardu.
Sehingga dirasakan hutang solatnya dengan Allah SWT telah selesai.
 
Adakah Wanita Yang Haid dan Nifas Perlu Qada Solat? Wanita yang haid dan nifas tidak wajib mengganti solat (qada) untuk waktu-waktu yang tertinggal semasa haid dan nifas itu.
Tetapi ada beberapa situasi yang perlu diberi perhatian dalam perkara tersebut, iaitu wanita yang telah kering darahnya (haid dan nifas) dalam waktu-waktu tertentu iaitu waktu solat yang boleh dijamak dengan solat yang sebelumnya, seperti Zuhur yang boleh dijamak dengan Asar atau Maghrib dengan Isyak.
Maka wanita berkenaan mesti mengerjakan solat waktu tersebut secara tunai selepas mandi hadas (sekiranya sempat).
Dia juga mesti mengerjakan secara qada untuk solat yang sebelumnya.
Sebaliknya, apabila dia tidak sempat mengerjakan solat dalam waktu darahnya telah kering atau dia mandi hadas pada hujung waktu, maka dia wajib mengganti solat waktu yang tertinggal dan solat yang sebelumnya.
 
Hukum Meninggalkan Solat Semasa Murtad Orang murtad iaitu keluar daripada agama Islam, maka dianggap berdosa besar.
Sekiranya dia kembali semula kepada Islam, wajib dia mengqada solatnya selama dia murtad.
Bahkan wajib dia mengqada solatnya selama dia masih Islam sebelum dia murtad dahulu.
Hal ini disebabkan, apabila seseorang telah keluar daripada agama Islam, maka seluruh amalannya sebelum itu terbatal kecuali ibadah haji yang hanya terbatal kerana syirik yang berserta kematian.
 
Meninggalkan Solat Kerana Hilang Akal dengan Sebab yang Haram Seorang yang minum minuman keras hingga mabuk dan tidak sedarkan diri, memandu dengan cara berbahaya dan berlaku kemalangan hingga tidak sedarkan diri, atau apabila dia melakukan apa-apa sahaja perkara yang membahayakan dengan sengaja hingga menyebabkan hilang akalnya..
… maka wajib dia mengqada solatnya selama dia hilang akal setelah dia pulih.
Akalnya hilang disebabkan perkara yang diharamkan, maka kewajipan tidak akan gugur daripadanya.
 
Penutup: Solat Itu Wajib Diganti Bagi mereka yang meninggalkan kewajipan solat fardu  atau ibadah lain, diwajibkan menggantikannya.
1. Ibnu Mas’ud r.a menceritakan bahawa ketika Perang Khandak, Rasulullah SAW telah disibukkan dengan serangan musyrikin sehingga terbenam matahari sedangkan Baginda tertinggal solat empat waktu. Lalu Baginda meminda Bilal melaungkan azan, dan Baginda berdiri menunaikan solat Zuhur, kemudian Asar, Kemudian Maghrib dan seterusnya Isyak.
(Riwayat Tirmizi, Nasai’e dan Ahmad)
2. Orang yang meninggalkan ibadah wajib hendaklah menggantikannya berdasarkan umum sabda Rasulullah SAW, begitu juga solat fardu yang ditinggalkan hendaklah digantikan. Sabda Nabi:
Hutang Allah itu lebih perlu ditunaikan (diganti) — Riwayat Bukhari dan Nasai’e daripada Ibnu Abbas
3. Orang yang sengaja meninggalkan solat fardu tanpa keuzuran telah melakukan dosa dan wajib menggantikannya. Firman Allah SWT yang bermaksud:
Maka kecelakaan besar bagi orang yang solat. (iaitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan solatnya
— Al-Ma’un 107:4-5
The post Panduan Cara Qada Solat (Ganti Solat) appeared first on AKU ISLAM.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://akuislam.com/blog/ibadah/cara-qada-solat/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Panduan Dan Cara Solat Hari Raya Aidilfitri Hari Raya Aidiladha

Panduan Dan Cara Solat Hari Raya Aidilfitri Hari Raya Aidiladha

papar berkaitan - pada 5/6/2019 - jumlah : 509 hits
PANDUAN DAN CARA SOLAT HARI RAYA AIDILFITRISolat hari raya Aidilfitri dua rakaat hukumnya sunat segala rukun dan syarat serta sunatnya sama seperti solat fardu yang lima kecuali perkara sunat yang ditambahkan iaitu bertakbir tujuh kali pada...
Fatihah Tidak Lengkap Makmum Kena Qada Solat Isyak

Fatihah Tidak Lengkap Makmum Kena Qada Solat Isyak

papar berkaitan - pada 31/5/2019 - jumlah : 383 hits
Paparan skrin jemaah Masjid Bandar Puncak Alam mendirikan solat Isyak pada Isnin SHAH ALAM 30 Mei Jemaah Masjid Bandar Puncak Alam di sini perlu menggantikan semula solat Isyak yang dibuat secara jemaah pada Isnin Ahli jawatankuasanya berka...
Ini Cara Solat Di Surau Rnr Yang Ramai Orang Terlepas Pandang

Ini Cara Solat Di Surau Rnr Yang Ramai Orang Terlepas Pandang

papar berkaitan - pada 31/5/2019 - jumlah : 1043 hits
Ini cara solat di Surau RnR yang Ramai orang terlepas pandang Dalam perjalanan jauh Pasti sekali kita akan singgah di mana mana surau di perjalanan Sama ada surau di RnR atau Hentian Sebelah Tapi kadang bila ramai orang pelbagai ragam kita ...
Cara Mengerjakan Solat Jumaat

Cara Mengerjakan Solat Jumaat

papar berkaitan - pada 27/5/2019 - jumlah : 894 hits
shoes on pray by Bagaimana cara mengerjakan solat fardu jumaat Ini adalah panduan mudah untuk melakukan sembahyang fardu jumaat Anda akan dibimbing secara langkah demi langkah sehingga selesai dan panduan ini diringkaskan agar mudah difaham...
Syed Saddiq Mengeluh Cara Duduk Dikritik

Syed Saddiq Mengeluh Cara Duduk Dikritik

papar berkaitan - pada 21/5/2019 - jumlah : 308 hits
KUALA LUMPUR Ketua Pemuda Pakatan Harapan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman jelek dengan kritikan para warganet di Twitter beliau Dengan nada mengeluh Menteri Belia dan Sukan itu nyata menyampah dengan komen pengguna media sosial yang mempersoa...
Begini Cara Rasulullah Menggapai Lailatul Qadar Di Bulan Ramadhan

Begini Cara Rasulullah Menggapai Lailatul Qadar Di Bulan Ramadhan

papar berkaitan - pada 21/5/2019 - jumlah : 345 hits
Sudah hampir separuh ibadah puasa kita lalui Itu artinya sebentar lagi bulan Ramadhan akan meninggalkan kita Belum tentu di tahun berikutnya kita mendapati kesempatan yang sama yaitu mengerjakan puasa di siang hari dan diberi kesehatan untu...
Cara Beli Pakaian Raya Berjenama Dan Jimat Ratusan Ringgit

Cara Beli Pakaian Raya Berjenama Dan Jimat Ratusan Ringgit

papar berkaitan - pada 20/5/2019 - jumlah : 751 hits
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Selain Bulan Beribadah bulan Ramadhan juga dikenali sebagai bulan membeli belah Lebih lebih lagi bila masuk pertengahan bulan Ramadhan Masa ni lah masing masing dah sibuk rambang mata nak beli baju raya I...
Polisi Akan Pakai Cara Pengamanan Aksi 212 Untuk Demo 22 Mei Di Kpu Besok

Polisi Akan Pakai Cara Pengamanan Aksi 212 Untuk Demo 22 Mei Di Kpu Besok

papar berkaitan - pada 21/5/2019 - jumlah : 452 hits
Komisi Pemilihan Umum RI akan mengumumkan hasil Pemilihan Umum pada Rabu mendatang Hingga kini KPU masih melakukan rekapitulasi secara manual dari berbagai provinsi
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt

Muslims May Wish Non Muslims On Religious Holidays Says Penang Mufti

The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization