Macam Mana Cara Yang Betul Untuk Pakai Sheet Mask


Salam dears… Sejak umur makin meningkat ni, Mama semakin ambil peduli tentang penjagaan kulit wajah. Kalau boleh, nak laa kulit nampak ‘muda’ walaupun umur dah senior hahaha. Dan salah satu rutin Mama sekarang ialah pakai facial sheet mask.
Masa mula mula dulu, Mama tak tahu cara yang betul untuk pakai sheet mask. Sebab tengok orang pakai, Mama pun nak pakai. Ingatkan lepas cuci muka, boleh terus tepek sheet mask.
Lepas tanggalkan sheet mask tu plak, Mama pergi bilas muka sebab ada banyak lebihan essence kat muka rasa melekit…rupa rupanya itu bukan caranya! Adehhh noob sungguh laa masa tu hahaha
Gitu lah rupa sheet mask (sumber gambar) Macam Mana Cara Yang Betul Untuk Pakai Sheet Mask? Bagi orang yang selalu ambil peduli tentang kecantikan dan skincare, mesti dah tahu caranya kan. Tapi mana tau kot kot ada yang noob macam Mama, so ni Mama nak kongsikan lah apa yang Mama tahu tentang cara yang betul untuk pakai sheet mask berdasarkan soalan yang Mama sendiri wondering dulu…
Kenapa ada banyak jenis sheet mask dengan bahan yang berbeza?
Lain sheet mask lain fungsinya bergantung kepada apa bahan / ingredients. Ada yang untuk hydrating, anti-penuaan, mencerahkan, menyegarkan, soothing, mengawal jerawat, etc etc.
Macam Mama, selalu tukar tukar jenis yang dipakai. Kalau hari tu muka rasa kering, Mama pakai yang moisturizing contohnya Innisfree My Real Squeeze Mask Bamboo. Kalau masa tu muka tengah ada jerawat, Mama pakai yang green tea.
Mama paling suka sheet mask dari Innisfree ni, Mama beli kat Shopee ja selalunya. So bila nak memilih sheet mask tu baca dulu apa fungsi dan bahan mask tu pastu pilihlah ikut kesesuaian dan kehendak korang.
Perlu ke cuci muka sebelum pakai sheet mask?
Yup, opkos laa perlu bersihkan dulu kulit tu untuk tanggalkan segala makeup dan kotoran sebelum pakai sheet mask. Mama buat double cleansing dulu sebelum pakai.
Perlu ke pakai toner sebelum sheet mask?
Dulu masa mula mula amalkan sheet mask, Mama ingat boleh skip toner. Rupa rupanya tak! Lepas cuci muka, pakailah toner dulu lepas tu barulah sheet mask.
Lagi bagus ikut step pakai toner -> serum -> sheet mask. Sebab ini akan sediakan kulit untuk serap essence yang ada di sheet mask dengan lebih baik.
Kat belakang paket sheet mask ni pun ada tulis pakai toner dulu. Berapa lama boleh biarkan sheet mask tu kat muka?
Baca arahan kat bungkusan sheet mask tu. Tapi biasanya dalam 10-20 minit lah. Jangan pakai lama sangat sampai mask tu kering kat muka. Pastikan masa tanggal sheet mask masih rasa lembap. Sebab bila kering, nanti sheet mask tu serap balik segala moisture dari kulit wajah korang dan end up kulit jadi kering!
Tanggalkan sheet mask sebelum ianya kering tau (sumber gambar). Perlu ke cuci muka lepas pakai sheet mask?
Nooo! Jangan basuh muka lepas dah pakai sheet mask, tapi biarkan je lebihan essence tu sambil urut lembut dan tepuk tepuk manja bagi menyerap sepenuhnya ke dalam kulit muka. Urut sampai ke leher gak kalau rasa essence tu masih banyak.
Ni lah satu kesalahan yang Mama buat masa mula mula pakai sheet mask dulu. Kan lepas dah tanggalkan, muka masih ada sisa essence dan rasa sedikit melekit. Masa tu, Mama pergi bilas muka dengan air! Rugiii!
Perlu ke pakai pelembap atau moisturiser lepas pakai sheet mask?
Yes, sebaiknya lepas essence dari sheet mask dah fully absorb, sapulah moisturiser plak ke muka. Sebab ia membantu untuk ‘lock’ segala essence dan kelembapan yang dapat dari sheet mask tu.
Bila nak pakai sheet mask?
Pagi boleh, malam pun boleh. Ada yang kata bila pakai pagi sebelum makeup, nanti makeup akan nampak lebih cantik dan long lasting. Tapi Mama biasanya pakai malam sebelum tidur sebab pagi selalu rushing bersiap nak pergi kerja kan. Pakai malam leh releks releks ja.
Walaupun kadang tak releks pun sebab sambil pakai sheet mask sambil dok iron baju hahahaha. Well…mak mak biasa lah multitasking nak jimat masa kannn
Berapa kerap boleh pakai sheet mask?
Bergantung pada jenis kulit. Nak hari hari pun boleh kalau kulit normal atau kombinasi. Mama biasanya pakai sekurang kurangnya 2 atau 3 kali seminggu.
Tapi kalau kulit jenis berminyak atau berjerawat, tak sesuai pakai setiap hari sebab katanya masa pakai sheet mask boleh meningkatkan suhu kulit dari purata 89.6 hingga 98.6 darjah. Peningkatan suhu ni boleh meningkatkan jumlah bakteria pada permukaan kulit, menyebabkan jerawat. Lagi pun bahan-bahan tertentu dalam sesetengah mask (seperti telur atau minyak kelapa) mungkin juga menyumbat liang-liang diwajah (sumber).
Boleh pakai dua dua belah ke?
Sheet mask kan double sided, tak dak tulis mana depan, mana belakang. Yang ada cuma lubang untuk mata, hidung dan mulut ja supaya tak terbalik pakai atas ke bawah hehe.
Jadi nak pakai belah mana pun boleh. Malah ada yang cadangkan masa tengah pakai sheet mask tu elok terbalikkan dan pakai lagi sebelah pula supaya fully utilize semua essence yang ada pada mask tu.
Boleh ke ulang pakai semula sheet mask yang dah digunakan?
No, sekali pakai pastu buang lah. Jangan recycle pakai lagi dah.
Fuhhh dah panjang berjela plak Mama cerita ni kan, acah acah beauty blogger plak padahal diri sendiri noob bab bab beauty ni hahahaha. Tapi hopefully infor yang Mama share ni berguna lah untuk yang baru nak berjinak jinak pakai face sheet mask ye.
Kalau korang ada infor atau tips lain tentang cara yang betul untuk pakai sheet mask, kongsi kongsi kan lah kat komen tu. Jom ler kita cantik bersama sama hehehe
33 total views, 33 views today
The post Macam Mana Cara Yang Betul Untuk Pakai Sheet Mask? appeared first on Mama Kembar Tiga.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mamakembartiga.com/2019/05/macam-mana-cara-yang-betul-untuk-pakai-sheet-mask.html/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Politikus Pdip Prabowo Akan Ditinggal Pendukung Jika Pakai Cara Inkonstitusional

Politikus Pdip Prabowo Akan Ditinggal Pendukung Jika Pakai Cara Inkonstitusional

papar berkaitan - pada 18/5/2019 - jumlah : 261 hits
Sebab kita semua sadar tindakan inkonstitusional hanya akan merusak semua aspek kehidupan berbangsa dan bernegara ujarnya
Sajat Tak Rasa Bersalah Ke Pakai Macam Tu Pergi Kubur

Sajat Tak Rasa Bersalah Ke Pakai Macam Tu Pergi Kubur

papar berkaitan - pada 21/5/2019 - jumlah : 373 hits
Umum sedia maklum status jantina usahawan komestik Sajat masih lagi menjadi tanda tanya netizen Sebelum ini Sajat dikatakan bakal di saman kerajaan The post appeared first on
Cara Masak Ayam Goreng Kunyit Viral Macam Di Kedai Dengan Sambal Belacan Ketagih

Cara Masak Ayam Goreng Kunyit Viral Macam Di Kedai Dengan Sambal Belacan Ketagih

papar berkaitan - pada 28/5/2019 - jumlah : 808 hits
Teringin ayam goreng kunyit tapi bila masak mesti tak jadi macam dekat kedai yang orang jual tu Bukan sahaja orang dewasa malah kanak kanak juga menggemari masakan ayam goreng kunyit rangup macam yang dijual di kedai makan Sesuai untuk dima...
Macam Mana Anaqi Nak Makan Ambil Wuduk Kalau Jari Berbalut Netizen Terharu Dengan Soalan Anaqi

Macam Mana Anaqi Nak Makan Ambil Wuduk Kalau Jari Berbalut Netizen Terharu Dengan Soalan Anaqi

papar berkaitan - pada 1/6/2019 - jumlah : 656 hits
Anaqi anak kepada pasangan pelakon Shera Aiyob dan juga Zahiril Adzim meluahkan persoalan bagaimana dia ingin makan dan mengambil wuduk jika jari masih berbalut Baca Selanjutnya Perkara tersebut diceritakan kembali oleh Shera Aiyob di laman...
Polisi Akan Pakai Cara Pengamanan Aksi 212 Untuk Demo 22 Mei Di Kpu Besok

Polisi Akan Pakai Cara Pengamanan Aksi 212 Untuk Demo 22 Mei Di Kpu Besok

papar berkaitan - pada 21/5/2019 - jumlah : 453 hits
Komisi Pemilihan Umum RI akan mengumumkan hasil Pemilihan Umum pada Rabu mendatang Hingga kini KPU masih melakukan rekapitulasi secara manual dari berbagai provinsi
Cara Samak Yang Betul Jika Menyentuh Anjing

Cara Samak Yang Betul Jika Menyentuh Anjing

papar berkaitan - pada 22/5/2019 - jumlah : 1764 hits
Antara riwayat yang menceritakan berkaitan cara menyucikan bekas yang dijilat anjing adalah daripada Abu Hurairah r a bahawa Nabi SAW bersabda yang maksudnya Apabila anjing meminum pada bekas salah seorang daripada kamu maka kamu basuhlah i...
Nak Buat Biskut Salut Coklat Ini Cara Cairkan Coklat Dengan Betul Yer

Nak Buat Biskut Salut Coklat Ini Cara Cairkan Coklat Dengan Betul Yer

papar berkaitan - pada 29/5/2019 - jumlah : 1285 hits
Sekarang ini sudah hampir berakhirnya ramadan dan raya akan menyusul pasti ramai sedang pulun buat biskut Biskut yang menjadi kegemaran bersalut coklat pasti almond london biskut aiskrim jejari coklat dan banyak lagi Nak buat biskut salut c...
6 Tips Dan Cara Pilih Ayam Yang Segar Dengan Betul Supaya Tidak Terbeli Bangkai Ayam

6 Tips Dan Cara Pilih Ayam Yang Segar Dengan Betul Supaya Tidak Terbeli Bangkai Ayam

papar berkaitan - pada 29/5/2019 - jumlah : 397 hits
6 Tips Dan Cara Pilih Ayam Yang Segar Dengan Betul Supaya Tidak Terbeli Bangkai Ayam Salam semua dalam beberapa hari lagi nak sambut kedatangan bulan Syawal Rasanya dah ramai yang buat persiapan nak beli bahan mentah seperti daging ayam dan...
Berdoalah Dengan Cara Yang Betul

Berdoalah Dengan Cara Yang Betul

papar berkaitan - pada 24/5/2019 - jumlah : 367 hits
Berdoalah Dengan Cara Yang Betul Doa adalah senjata orang mukmin Namun kita perlulah berusaha agar doa yang kita angkat semoga dimakbulkan Allah Doa adalah lambang penuh pengharapan kita kepada al Khalik Mari sama sama mama kongsikan Berdoa...
Selangor Lepaskan Umarbek Kembali Ke Uzbekistan

Penutup Tahun 2024 Chess Checkmate Catur Game

Kes Fishing Resort Pengajaran Kepada Pemilik Homestay

Jadi Mangsa Scammer Itulah Senang Sangat Terpengaruh Abby Abadi

Mufti Perlis Sebat Kesalahan Khalwat Di Khalayak Pilihan Penguasa Semata

Flooding Of Kepong Road Upsets Motorists

Hiburan Tidak Akan Berhenti Bersalin Anak Anak Itu Akan Meneruskan Jihad

Telemovie Larian Terakhir Lakonan Fattah Amin Amyra Rosli


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Dinner Dengan Siakap 3 Rasa

Hukuman Sebat Enam Sebatan Buat Pesalah Khalwat Berulang

Mana Satu Betul Tnb Maklum Pada Bursa Malaysia Kenaikan Diluluskan Kerajaan

Why Did The Bmw 428i Engine Overheating Light Turn On How Do I Fix The Issue

The Trophy Rat An All Conquering Rat Rod From America S Northwest

Budak Akmal Ni Agak Bangang Sikit Maaf Cakap Jujur