Panduan Lengkap 10 Aktiviti Yang Anda Boleh Buat Di Pulau Redang


Panduan Lengkap 10 Aktiviti Yang Anda Boleh Buat Di Pulau Redang! Berapa ramai yang gemar untuk menjadikan pulau Redang sebagai destinasi percutian pilihan anda? Kenapa pulau ini yang menjadi pilihan pelancong?
BACA: 5 Lokasi Menarik Untuk Habiskan Hujung Minggu Bersama Keluarga. Di Sekitar KL Je!
Antara kelebihan menjadikan pulau sebagai destinasi pelancongan adalah kerana pulau Redang memberikan suasana yang berbeza jika anda bandingkan dengan percutian di kawasan-kawasan bandar.
Panduan Lengkap 10 Aktiviti Yang Anda Boleh Buat Di Pulau Redang!
Di pulau Redang, anda akan merasakan diri anda lebih dekat dengan alam dan jauh daripada keserabutan yang diberikan keadaan di tempat lain. Pulau ini juga membolehkan anda menikmati berbagai permandangan dan keindahan alam semulajadi seperti melihat permandangan matahari terbenam, kebiruan dan kejerihan air laut serta menikmati udara segar angin pantai.
Di Malaysia saja, terdapat begitu banyak pulau yang menjadi destinasi tumpuan pelancong. Setiap pulau ini mempunyai keunikan mereka yang tersendiri dan menawarkan pengalaman yang berbeza kepada pelancong. Antara pulau yang terkenal dan menjadi tarikan utama di Malaysia adalah Pulau Redang. Percutian di pulau ini merupakan antara percutian yang paling seronok dan mengujakan jika dibandingkan dengan percutian pulau-pulau lain.
Pulau Redang merupakan sebuah pulau yang terletak di bahagian pantai timur Malaysia iaitu di negeri Terengganu Darul Iman. Ia merupakan antara destinasi tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara. Untuk datang ke Pulau Redang, anda boleh menaiki bot laju dan feri daripada beberapa buah jeti yang terdapat di Terengganu.
Jeti Shahbandar Terengganu Yang indah
Hanya 15 minit berjalan kaki dari Terminal Bas Kuala Terengganu.Dari Jeti Syahbandar ke Pulau Redang akan mengambil masa 1 jam 40 minit
Jeti Shahbandar merupakan antara lokasi utama untuk anda mendapatkan tiket bot atau feri ke Pulau Redang. Masa untuk perjalanan daripada jeti ini ke Pulau Redang adalah sekitar 1 jam 30 minit – 2 jam penuh. Segalanya bergantung kepada kelajuan bot atau feri dan juga keadaan air laut.
Bagi feri dikawasan ini, walaupun ia bersaiz agak besar, namun anda masih berkemungkinan untuk mengalami mabuk laut. Jika anda memang seorang yang mudah untuk mabuk laut, adalah disarankan supaya anda membawa ubat-ubatan yang sepatutnya dan juga menyediakan plastik.
Sebaik sahaja anda dibawa berdekatan dengan Pulau Redang, anda perlu melakukan transit ke bot atau feri yang akan membawa anda ke tempat penginapan anda.
Tempat Penginapan Di Pulau Redang Jika anda berkunjung ke Pulau Redang, anda boleh memilih untuk balik hari. Tetapi lagi menarik sebenarnya jika anda dapat meluangkan masa untuk menginap beberapa hari disana kerana terdapat banyak aktiviti menarik di Pulau Redang yang boleh anda lakukan disana.
Sehari memang tidak mencukupi dan akan membuatkan percutian anda menjadi agak padat. Jika anda bercadang untuk menginap di Pulau Redang, terdapat beberapa tempat penginapan yang kami cadangkan di Pulau Redang untuk anda.
Pemilihan tempat-tempat penginapan ini adalah berdasarkan harga, keselesaan dan kualiti perkhidmatan yang ditawarkan. Apa kata anda lihat dulu dan pertimbangkan apa yang kami cadangkan untuk anda dibawah.
Taaras Beach and Spa Resort
Tempat penginapan ini terletak di Teluk Dalam dan menyediakan 183 bilik untuk para pengunjung pada harga yang berpatutan dengan servis yang diberikan serta kemudahan yang disediakan.
Pada musim monsun, ia akan ditutup untuk sementara waktu dan akan kembali beroperasi selepas musim tersebut. Ia juga turut menyediakan 5 bilik tidur private villa yang sangat selesa dan juga menakjubkan.
Coral Redang Island Resort
Ia merupakan di antara tempat penginapan tumpuan yang terletak di kawasan Pasir panjang. Disini, terdapat 40 buah chalet ditawarkan untuk pengunjung.
Kualiti kemudahan dan servis yang diberikan juga adalah berpatutan dengan harga yang ditawarkan.
Laguna Redang Resort
Laguna Redang Resort merupakan sebuah lokasi penginapan yang menjadi tarikan buat para pengunjung Pulau redang dan ia juga terletak di Pasir Panjang. Tempat penginapan ini menyediakan 222 buah bilik yang boleh didiami pengunjung pada harga yang agak berpatutan.
Redang Beach Resort
Satu lagi lokasi tempat penginapan tumpuan yang terletak di Pasir Panjang. Redang Beach Resort menawarkan pengunjung sebanyak 129 bilik yang menyediakan kemudahan dan servis pada harga yang berpatutan. Terdapat banyak lagi sebenarnya tempat penginapan yang boleh anda pilih apabila berkunjung ke Pulau Redang.
Yang dinyatakan diatas hanyalah sebahagian daripada apa yang boleh anda dapatkan disana dan pemilihan kami adalah berdasarkan harga yang berpatutan, kualiti servis serta kemudahan yang berada pada tahap terbaik. Terpulang pada anda untuk menimbangkan perkara ini dengan lebih mendalam kerana keselesaan adalah sangat penting apabila anda pergi bercuti!
Tempat Menarik di Pulau Redang
Pantai Teluk Kalong
Pantai Teluk Kalong juga terdapat pantai iaitu Pantai Teluk Kalong. Pantai Teluk Kalong sangat sesuai untuk aktiviti mandi laut dan juga aktivit berenang.
Teluk Kalong terdiri daripada Teluk Kalong Kechil dan Teluk Kalong Besar.
Pantai Teluk Dalam Disini juga terdapat pantai yang turut menjadi tumpuan pelancong. Hampir kebanyakan kawasan tumpuan adalah kawasan pantai kerana Pulau Redang kan sebuah pulau. Pastinya dikelilingi laut.
Apa yang boleh anda lakukan di Pantai Teluk Dalam? Aktiviti seperti mandi laut dan berenang merupakan antara aktiviti utama yang boelh dilakukan jika anda berkunjung ke sini.
Pasir Mak Simpan
Menarik nama-nama tempat di Pulau Redang ini. Ini merupakan salah satu diantara nama tempat yang menarik yang ada disini.
Ia bukan sahaja mempunyai nama yang menarik, aktiviti yang boleh anda lakukan disini juga sangat menarik iaitu snorkeling.
Pasir Mak Kepit
Mak pasir, cengkaman, Terengganu adalah pantai dan berdekatan untuk Pasir Bujang dan Bukit Besar. Pasir Mak Kepit, Terengganu adalah pantai dan berdekatan untuk Pasir Bujang dan Bukit Besar. Satu lagi destinasi menarik yang mempunyai nama menarik di Pulau Redang.
Aktiviti Menarik di Pulau Redang Banyak aktiviti-aktiviti menarik yang boleh dilakukan di Pulau Redang. Anda perlukan masa lebih dari sehari jika anda ingin melakukan semua aktiviti disana. Jika anda melakukan percutian bajet, anda boleh cuba untuk anda lakukan semuanya dalam sehari.
Tetapi ia akan menjadi agak memenatkan buat anda dan tidak sesuai jika anda membawa anak-anak kecil untuk datang ke Pulau Redang, melakukan aktiviti dan balik hari. Jom kita tengok apa aktiviti menarik yang dicadangkan orang ramai apabila berkunjung ke Pulau Redang.
Mandi Manda di Pantai Pasir Panjang
Di Pulau Redang, terdapat terlalu banyak pantai-pantai menarik yang boleh anda kunjungi. Berbagai aktiviti boleh dilakukan disini. Antara perkara yang membuatkan Pantai Pasir Panjang menjadi antara tarikan di Pulau Redang adalah airnya yang jernih dan juga permukaannya yang landai.
Satu lagi perkara yang menarik adalah bentuk geografinya yang berteluk menjadikannya seolah-olah sebuah lagun buatan. Air disini juga agak sejuk. Walaupun ketika anda mandi-manda pada waktu tengah hari, anda masih tidak akan terasa bahang kepanasannya.
Untuk merasai kesejukan air pada suhu sebegini, anda perlu mandi di kawasan air yang lebih dalam sekitar paras pinggang. Ada yang mengatakan ia sejuk seperti anda mandi di air terjun.
Jika anda berkunjung ke Pulau Redang, jangan lepaskan peluang untuk berkunjung ke Pantai Pasir Panjang. Anda pastinya akan dapat merasakan satu pengalaman mandi-manda yang tidak dapat anda rasai di tempat lain.
Disebabkan ini juga banyak terdapat tempat-tempat penginapan yang dibina dikawasan ini. Tempat-tempat penginapan ini juga menjadi tumpuan kerana ia berdekatan dengan Pantai Pasir Panjang.
Snorkeling Di Pulau Redang Untuk Melihat Ikan
Jika tadi ada disebutkan snorkeling untuk melihat penyu. Kali ini, anda juga boleh melakukan snorkeling untuk melihat ikan. Sepertimana di kawasan-kawasan dan pulau-pulau lain, di Pulau Redang juga anda boleh melihat berbagai jenis spesis ikan yang cantik-cantik.
Anda juga boleh terus memberi makan kepada ikan tersebut jika anda membawa roti. Jika anda lihat kepada kawasan perairan di Pulau Redang ini, anda akan dapati bahawa ia sangat landai.
Kawasan khas untuk snorkeling pula secara umumnya dibahagikan kepada beberapa jenis mengikut lokasi. Ada lokasi yang lebih cetek yang mana sangat sesuai untuk kanak-kanak, dan terdapat juga lokasi dia mana ia lebih dalam yang kaya dengan terumbu karang.
Bermain Bola Tampar Pantai
Satu pemandangan yang cukup cantik, aktiviti bermain bola tampar biasanya dilakukan pada waktu pagi dan petang. Jika anda datang dalam kumpulan yang besar, anda boleh bermain bola tampar pantai beramai-ramai.
Terdapat banyak pantai di Pulau Redang dan anda boleh pilih pantai mana yang anda inginkan. Setiap pasir pantai di sana sangat halus dan gebu.
Melihat Matahari Terbenam Di Pulau Redang
Anda pernah melihat gambar permandangan matahari terbenam? Cantik bukan? Bayangkan jika anda dapat melihatnya secara langsung dihadapan mata anda. Pantulan cahaya di air laut juga turut menambahkan lagi keindahan permandangan tersebut.
Anda boleh memilih samada untuk menikmati pemandangan ini menerusi tingkap tempat penginapan anda atau terus berada di luar di tepian pantai sambil menikmati bunyi deruan ombak dan membiarkan bayu menyapa tubuh anda.
Berkayak di Pulau Redang
Bagi mereka yang gemarkan aktiviti sukan air seperti berkayak, Pulau redang merupakan antara destinasi yang terbaik untuk anda melakukan aktiviti kegemaran anda ini. Berkayak dengan rakan-rakan anda dan rakamkan kenagan anda bersama-sama. Rasanya cukup sampai disini sahaja mengenai keunikan dan keindahan Pulau Redang.
Diharapkan dengan artikel ini, anda dapat sedikit sebanyak menambahkan pengetahuan anda mengenai lokasi, tempat penginapan yang sesuai serta aktiviti-aktiviti menarik yang boleh anda lakukan disana.
Sebagai kesimpulan, untuk menjadikan percutian anda lebih menyeronokkan, anda boleh jadikan artikel ini sebagai panduan buat anda sahaja dan bukannya bergantung seratus peratus dengan apa yang kami kongsikan disini. Sebagai contoh, untuk tempat penginapan.
Anda boleh pilih tempat penginapan berdasarkan kriteria yang anda inginkan kerana anda mungkin ingin merasai pengalaman yang lebih berbeza atau anda mungkin inginkan percutian yang lebih eksklusif dan lebih privasi. Sila lihat pilihan tempat penginapan di Pulau Redang di sini.

Begitu juga dengan pemilihan aktiviti, anda boleh memilih aktiviti yang anda rasakan sesuai dengan jiwa anda. Aktiviti-aktiviti tersebut juga haruslah sesuai dengan perancangan kumpulan anda atau keluarga anda.
Anda harus ingat, datang bercuti adalah masa dimana anda dan keluarga atau rakan-rakan anda meluangkan lebih masa bersama-sama.Jangan pilih aktiviti yang tidak sesuai dengan mereka yang datang bersama dengan anda. Sebab itu, dengan siapa anda datang juga adalah penting.
Sumber: The Kaki Cuti
The post Panduan Lengkap 10 Aktiviti Yang Anda Boleh Buat Di Pulau Redang! appeared first on Apakes.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.apakes.com/panduan-lengkap-10-aktiviti-yang-anda-boleh-buat-di-pulau-redang/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Keliru Nak Sediakan Puri Anak Mama Jangan Cemas Resipi Ibu Ni Boleh Jadi Panduan

Keliru Nak Sediakan Puri Anak Mama Jangan Cemas Resipi Ibu Ni Boleh Jadi Panduan

papar berkaitan - pada 10/12/2019 - jumlah : 364 hits
Pengalaman pertama menyuapkan anak makan pada usia enam bulan sememangnya satu detik terindah bagi semua ibu Namun bila anak menjangkau usia lima bulan lebih dan enam bulan ibu mula rasa cemas dan berdebar debar mencari menu terbaik untuk a...
8 Tarikan Dan Aktiviti Menarik Di Danau Toba Anda Boleh Lakukan

8 Tarikan Dan Aktiviti Menarik Di Danau Toba Anda Boleh Lakukan

papar berkaitan - pada 19/12/2019 - jumlah : 653 hits
Danau Toba atau Lek Toba meruapakan salah satu tasik semula jadi terbesar di Indonesia Pelbagai kisah dan misteri pernah kita dengar tentang tasik ini Jika korang berpeluang ke sini cubalah tanya tanya penduduk tempatan tentang danau toba n...
4 Resort Hotel Anda Boleh Pergi Jika Bercuti Di Pulau Mantanani Sabah

4 Resort Hotel Anda Boleh Pergi Jika Bercuti Di Pulau Mantanani Sabah

papar berkaitan - pada 21/12/2019 - jumlah : 354 hits
4 Resort Hotel Anda Boleh Pergi Jika Bercuti di Pulau Mantanani Sabah Pulau Mantanani kian menjadi pilihan bagi pelancong untuk bercuti jika ke Sabah Pulau yang sungguh cantik dan tenang ini walaubagaimanapun tidak mempunyai banyak pilihan ...
Buku 365 Panduan Aktiviti Pendidikan Kanak Kanak

Buku 365 Panduan Aktiviti Pendidikan Kanak Kanak

papar berkaitan - pada 6/12/2019 - jumlah : 1300 hits
Cerita Buku 365 panduan aktiviti pendidikan kanak kanak Ingat senang jadi guru prasekolah Tak kisah guru level apa sekalipun tetap tak mudah seperti yang difikirkan Kalau guru prasekolah kenalah ada perancangan nak buat aktiviti harian mena...
Asal Makan Muntah Loya Masa Hamil Tu Biasa Tapi Saranan Doktor Ni Mungkin Boleh Bantu Bakal Ibu Lebih Bersedia

Asal Makan Muntah Loya Masa Hamil Tu Biasa Tapi Saranan Doktor Ni Mungkin Boleh Bantu Bakal Ibu Lebih Bersedia

papar berkaitan - pada 10/12/2019 - jumlah : 452 hits
Bila mengandung rasa loya pada awal kehamilan adalah perkara biasa Malah setiap ibu hamil alahan mereka juga berbeza beza Ada sesetengah hanya mengalami loya atau alahan yang ringan namun ada juga yang alami loya atau alahan yang teruk dan ...
Kini Anda Boleh Cuba Jenama Pembersih Muka No 1 Di Malaysia Pada Harga Hanya Rm25

Kini Anda Boleh Cuba Jenama Pembersih Muka No 1 Di Malaysia Pada Harga Hanya Rm25

papar berkaitan - pada 10/12/2019 - jumlah : 404 hits
Sebagai seorang wanita anda pastinya impikan kulit yang cantik dan sihat untuk tingkatkan keyakinan diri Bukan mudah sebenarnya untuk menjaga kesihatan kulit The post appeared first on
Mana Boleh U Turn Situ Penunggang Motosikal Kemalangan Angkara Driver Camry Tak Guna

Mana Boleh U Turn Situ Penunggang Motosikal Kemalangan Angkara Driver Camry Tak Guna

papar berkaitan - pada 9/12/2019 - jumlah : 467 hits
Seorang penunggang motosikal terbabit dalam kemalangan yang disebabkan sebuah kereta yang membuat pusingan U secara tiba tiba di sebuah persimpangan Kejadian itu berlaku pada jam 1 37 petang 5 Disember lalu berhampiran sebuah sekolah di Pon...
7 Jenis Sayuran Yang Boleh Kita Tanam Menggunakan Segelas Air

7 Jenis Sayuran Yang Boleh Kita Tanam Menggunakan Segelas Air

papar berkaitan - pada 9/12/2019 - jumlah : 582 hits
Jika teringin bercucuk tanam di rumah tapi tiada ruang anda mungkin boleh mulakan dengan menanam sayur ini Apa yang diperlukan untuk menanam sayur ini hanyalah segelas air saja Kubis CinaAnda boleh mencambahkan helaian baru kubis Cina denga...
Terbitkan Pkpu Kpu Akhirnya Izinkan Mantan Koruptor Boleh Maju Di Pemilu 2020

Terbitkan Pkpu Kpu Akhirnya Izinkan Mantan Koruptor Boleh Maju Di Pemilu 2020

papar berkaitan - pada 7/12/2019 - jumlah : 244 hits
Hanya mantan terpidana bandar narkoba dan terpidana kejahatan seksual yang tak boleh maju pemilu
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt

Muslims May Wish Non Muslims On Religious Holidays Says Penang Mufti

The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization