Danau Toba atau Lek Toba meruapakan salah satu tasik semula jadi terbesar di Indonesia. Pelbagai kisah dan misteri pernah kita dengar tentang tasik ini. Jika korang berpeluang ke sini cubalah tanya-tanya penduduk tempatan tentang danau toba, nescaya korang akan impress dengan fakta serta kisah di sebalik tasik yang begitu indah ini.
Antara perkara yang famous korang boleh buat dekat Danau Toba disebabkan mudah untuk diakses adalah melawat sebuah Perkampungan Batak Purba yang terletak berdekatan dengan Kampung Ambarita.
Kawasan air panas terletak di tepi Pulau Samosir. Bertentangan dengan Tuk-tuk dan diluar sikit daripada Panguruan, kawasan tempat tinggal terbesar di Pulau Samosir ni. Tapi, kat sini tak boleh mandi. Satu sebab airnya terlalu panas. Dua, bau sulfur disini terlalu kuat dan berbahaya jika dihidu dalam masa yang lama.
15 kilometer dari Tuk-tuk, terdapat Muzium Batak. Menariknya, Muzium ini pada asalnya ialah rumah tradisi kepunyaan Raja pada zaman dahulu dan diubahsuai menjadi Muzium Batak. Walaupun tak berapa besar, kalau nak belajar lebih lanjut tentang suku kaum Batak ni, boleh lah ke sini.
Pulau ni berada di tengah-tengah Danau Toba. Keluasan dia macam Singapura. Kat sini agak tenang biasanya kalau datang ke Toba mereka akan stay di pulau ini. Banyak guesthouse area sini. Nak masuk boleh melalui jalan darat ataupun ferry. Nak cepat naik ferry, nak enjoy the view boleh drive.
Kalau nak adventure, sewa motor dan bertolak awal pagi. Memang korang akan menyaksikan sesuatu yang tak dapat nak digambarkan. Kalau korang nak pengalaman yang ‘genuine’ cubalah, korang akan nampak kehidupan seharian orang tempatan.
Cari Danau Sidihoni. Kalau nak diikutkan, memang sangat ‘rare’ ada tasik yang macam ni. Walaupun perjalanan ke sini agak mencabar, tapi percayalah, ianya berbaloi.
Di Buhit, salah satu perkampungan kecil di sini merupakan rumah kepada penenun tradisional yang membuat pakaian tradisional Batak yang digunakan untuk ritual ataupun tarian.
Tempat ni kena ke Pulau Simosir dengan kereta. Kalau naik Ferry memang tak nampak lah sebab atas bukit. View kat sini memamg cantik gila. Kalau bergambar kat sini background dia macam lukisan kot. Satu lagi aku nak pesan kat atas ni sejuk sangat. lebih sejuk dari genting. Angin pulak kuat. Cuaca dekat Silangit Airport pun boleh tahan sejuk. Walau cuaca panas tapi angin dia sejuk. Rasa macam dekat Cameroon pun ada.
Satu lagi aku nak pesan, makanan kat sini sedap-sedap. Kalau korang yang suka makanan pedas memang aku katanya ini tempat korang. Ada satu kedai kat sebelah airport tu sedap.|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |