Mahu Kereta Hebat Sanggup Skip Duit Bagi Orang Tua Kisah Ini Elok Anak Muda Ambil Peringata








 By ADAM FAHMI GHAZALI / June 19, 2022
Biasa dengar orang gaji RM5,000, tapi pandu kereta yang installment RM1,300 hingga RM1,500? Biasa dengar, ‘kan? Gaji baru RM4,000 dah berani beli kereta RM1,000 sebulan pun biasa dengar, ‘kan?
Biasalah darah muda. Darah muda akan cari kereta yang downpayment paling rendah, pinjaman yang paling panjang. Janji kereta best, harga diri seakan meningkat sama.
Dalam fikiran graduan yang baru dapat kerja cepat saja ternampak kereta-kereta seperti Honda Civic, Elantra, Forte, Cerato, Golf, Accord, Sonata, Jetta dan lain-lain kereta yang nampak ada ‘standard’ supaya imej bertambah di mata orang sekeliling.
Tetapi apa yang ramai tak nampak bahawa RM1,500 instalment itu tak habis di situ saja. Angka yang sebenar dia akan spent setiap bulan ialah lebih RM2,000 sebulan. Maksudnya, separuh daripada gaji dia jadi habuan untuk kereta, aksesori kereta dan segala pakej lain yang datang dengan kereta itu.
Instalment memanglah RM1,300 tapi petrol? Katalah petrol RM400 sebulan (melainkan dia pakai kereta hebat tapi kereta lebih banyak tersadai di parking kereta, jarang-jarang memandu tak cukup duit untuk petrol.
Kereta mahal dah tentu minyak enjin pakai sintetik sepenuhnya, brand elok. Takkan nak pakai minyak enjin yang murah? Sayanglah enjin kereta tu.
Ada yang beli kereta cuma tekan kalkulator untuk kira installment, terlupa nak masukkan spending on insurance dan road tax.Lupa nak kira kos insurans untuk kereta berharga RM90,000 hingga RM150,000? Tak tahu menahu kos road tax untuk kereta 2.0 liter. Ada yang lupa nak masukkan semua itu dalam kira-kira.
Kesudahannya, tertunggu-tunggu bonus untuk selesaikan semua hutang. Kad kredit swipe dulu. Bila tak dapat bonus, dia paling kuat mengata majikan dan kerajaan. Payment kad kredit postpone lagi.
Kereta hebat takkan nak pakai tayar murah, ‘kan? Kereta enjin laju ni bahaya pakai tayar brand murah.
Gamak ke nak pakai brand tayar yang teksi pakai? Jatuhlah standard atau takkan memandu Camry tapi pakai tayar second hand? Malulah kat budak-budak kedai tayar.
Kereta-kereta hebat ni biasanya tayar rim 17 or 18. Satu tayar saja dah RM350 hingga RM400 ikut jenama.
Jadi, banyaklah ‘kebocoran’ sana-sini angkara kereta nak hebat dan nak maintain pakej yang datang bersamanya.
Kebocoran tanpa sedar kerana bila kereta hebat, takkan gamak bagi duit raya tiga ringgit letak dalam sampul ye tak? Malulah kaum kereta mewah. Malulah kat kawan yang pakai kereta Perodua bagi duit raya sama macam yang memandu Civic/Accord.
Jadi, bila dah berkereta ‘hebat’ ni, secara automatik macam-macam lagi tekanan sekeliling yang meminta supaya keluar duit lebih untuk sustain gaya, mutu dan keunggulan.
Kereta mahal kena hantar car wash selalu. Kereta dah lah mahal takkan nak biar comot. Kena hantar polish kasi kilat. Service kereta mesti kat designated service centre kereta tu. Mana boleh service kedai sebarangan. Jadi, bayaran pun mestilah mahal sedikit daripada kedai biasa.
Apabila keluar dengan kawan atau ipar duai takkan yang pakai Proton nak kena belanja makan ye tak? Malulah sikit. Maka banyaklah perkara yang menyebabkan kekayaan ‘bocor’ angkara kereta lantaran nak jaga gaya, mutu dan keunggulan.
Ramai orang suka kereta sebab utamanya ialah keperluan untuk bawa dari titik A ke titik B. Sebab-sebab yang lain ialah kereta represent tahap ekonomi seseorang, imej dan hobi.
Namun, untuk keadaan hari ini, jenis kereta boleh mengelakkan dari dipandang rendah oleh orang sekeliling, terutama masa balik Hari Raya dan masa nak hadir reunion dengan kawan-kawan sekolah atau universiti.
Walau macam mana sekali pun kita nafi, kereta tetap first impression nak bagi orang tengok kita sampai naik apa.
Bila attend reunion sekolah contohnya, amatlah berbeza penampilan bila seseorang itu sampai dengan brand new Accord berbanding sampai dengan Pesona.
Wang tunai banyak, saham banyak, emas banyak, rumah banyak, hartanah banyak orang tak nampak. Cerita pun orang tak percaya. Malah, sikap segelintir masyarakat, ada rasa hormat bila sembang dengan mereka yang berkereta besar berbanding mamat berkereta saga BLM.
Lazimnya, kalau dah pakai kereta D segment tu terpaksalah jaga penampilan yang lain tu… which is very costly.
Cuba tanya mana-mana orang muda, majoritinya target nak pakai kereta hebat bila dah bergraduan, bila dapat kerja kerajaan atau swasta. Buat hutang sembilan tahun sudah pasti, jadi terperangkaplah untuk sembilan tahun.
Kereta tu selepas sembilan tahun akan jadi besi buruk, susut nilai 90 peratus, hilanglah potensi pelaburan sepanjang sembilan tahun tu kerana cashflow habis ke instalment kereta dan ‘pakejnya’.
Banyaklah investment opportunity lost for the next nine years. Lepas tujuh atau sembilan tahun mesti nak tukar kereta lagi sebab kereta lama dah hilang gempaknya. Maka, berhutang lagi 9 tahun.
Kalau dulu mula-mula beli kereta umur 28 tahun, lepas dah pakai dua buah kereta umur pun dah cecah 46 tahun.
Masa itu baru terfikir berapa lama lagi nak kena kerja, umur patut pencen tapi saving ciput, simpanan tak cukup untuk tanggung keluarga.
Tak cukup untuk sustain life style yang ada. Orang lain dah boleh fikir untuk relaks di umur 50-an, dia masih fikir terpaksa kerja untuk tanggung hutang.
Paling malang, banyak kes berkereta hebat tapi hujung bulan pinjam kawan-kawan pejabat. Yang itu tak pula rasa malu.
Pakai Pesona terpakai malu, pinjam duit merata tak malu. Sanggup skip duit yang sepatutnya bagi orang tua tiap-tiap bulan. Malah, pinjam pula duit orang tua. Pinjaman yang liat bayar balik. Selalunya buat lupa nak bayar balik.
Ramai sanggup spend beribu ringgit sebulan untuk kereta, tapi tak sanggup bagi orang tua hatta RM500 sebulan. Rupa-rupanya kereta hebat lagi penting.
Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Insolvensi Malaysia, 25 peratus orang yang bankrap adalah disebabkan hutang kereta iaitu antara tertinggi dari semua jenis hutang yang lain.
Manakala yang masih belum bankrap pula sebahagiannya terpaksa catu makan pakai dan keperluan anak isteri serta mak ayah demi kereta.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/06/mahu-kereta-hebat-sanggup-skip-duit.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tak Kisah Berhabis Duit Beli Barang Untuk Anak Anzalna Tak Suka Barang Tiruan

Tak Kisah Berhabis Duit Beli Barang Untuk Anak Anzalna Tak Suka Barang Tiruan

papar berkaitan - pada 14/6/2022 - jumlah : 243 hits
Selebriti popular Anzalna Nasir berkongsi beberapa jenis pakaian berjenama yang dibeli khas untuk dua anak lelaki tercintanya Menurutnya dia tidak kisah berhabis untuk anak anak kesayangan demi tampak kemas dan bergaya selain merupakan tera...
Tp Link Rilis Tapo L920 5 Light Strip Series Untuk Pasar Anak Muda Indonesia

Tp Link Rilis Tapo L920 5 Light Strip Series Untuk Pasar Anak Muda Indonesia

papar berkaitan - pada 8/6/2022 - jumlah : 107 hits
TP Link meluncurkan Tapo L920 5 Tapo Light Strip series di Indonesia Lampu warna warni ini menyasar konsumen muda yang ingin menampilkan suasana keren sesuai dengan warna warna kesukaannya Menariknya lampu berbentuk strip panjang ini bisa d...
Masa Anak Kecil Rasa Penat Tandanya Kita Hebat Besar Nanti Akan Rindu Semula

Masa Anak Kecil Rasa Penat Tandanya Kita Hebat Besar Nanti Akan Rindu Semula

papar berkaitan - pada 21/6/2022 - jumlah : 108 hits
Anak kecil manjanya bukan saja saja Itu tandanya dia nak minta perhatian dari ibu bapa dan ingin meluahkan rasa sayang Cuba perhatikan tiap kali kita baring atau duduk pasti lepas tu mulalah anak kita datang memanjat dan nak duduk atas riba...
Pakai Kereta Mewah Dituduh Makan Duit Adik Ini Reaksi Win Kakak Asif

Pakai Kereta Mewah Dituduh Makan Duit Adik Ini Reaksi Win Kakak Asif

papar berkaitan - pada 9/6/2022 - jumlah : 231 hits
KAKAK bintang YouTube Asif Suhaimi iaitu Nurul Atina Suhaimi menegur tindakan segelintir netizen yang menuduhnya menggunakan duit remaja istimewa itu
Hiburan Sebab Nak Balik Kampung Penggangur Sanggup Larikan Kereta Bersama Budak Dicekup Polis

Hiburan Sebab Nak Balik Kampung Penggangur Sanggup Larikan Kereta Bersama Budak Dicekup Polis

papar berkaitan - pada 11/6/2022 - jumlah : 164 hits
Hanya kerana mahu pulang ke kampung seorang penganggur ditahan kerana mencuri sebuah kereta dan melarikan kanak kanak lelaki dalam kejadian di Gambang Pihak polis berjaya mematahkan cubaan suspek melarikan kereta serta kanak kanak lelaki it...
Kerajaan Johor Perlu Galakkan Anak Muda Mengundi

Kerajaan Johor Perlu Galakkan Anak Muda Mengundi

papar berkaitan - pada 23/6/2022 - jumlah : 111 hits
Kerajaan Johor perlu galakkan anak muda mengundiPosted By on June 22 2022Kerajaan Negeri Johor perlu meningkatkan partisipasi anak muda di negeri itu dalam politik menjelang Pilihan Raya Umum ke 15 Menurut ADUN Bukit Batu Arthur Chiong Sen ...
Wanita Alami Detik Cemas Apabila Anak Dilarikan Bersama Kereta

Wanita Alami Detik Cemas Apabila Anak Dilarikan Bersama Kereta

papar berkaitan - pada 11/6/2022 - jumlah : 123 hits
KUANTAN Gara gara meninggalkan anak dalam kereta seorang wanita mengalami detik mencemaskan apabila anak lelakinya berusia sembilan tahun dilarikan bersama keretanya di Felda Lepar Hilir Satu di sini hari ini Difahamkan dalam kejadian berke...
Bantu Orang Susah Je Anak Kena Pau Duit Di Sekolah Almy Nadia Bagi Nasihat Padu

Bantu Orang Susah Je Anak Kena Pau Duit Di Sekolah Almy Nadia Bagi Nasihat Padu

papar berkaitan - pada 16/6/2022 - jumlah : 273 hits
Kes anak dibuli di sekolah acapkali kita dengar Ibu mana yang tidak bimbang jika anak sering kali bersedekah duit poketnya saban hari selepas di pau oleh rakan rakan di sekolah Hal ini turut sama berlaku kepada anak pelakon Datin Almy Nadia...
Ringgit Closes Higher As Us Dollar Index Declines

Special Zones Can Help Johor Surpass Other States Economically Says Pm

Melaka Signs Tourism Advertising Deal With Chinese Media Company

Anak Batuk Lama Sangat Jangan Biarkan Kesan Pada Anak Ni Mak Ayah Kena Tahu

Ultimate Guide To Ghibli Park

Boycott Gone Sour Malays Returning To Mcdonald S Insulted And Called Dogs Pigs By Fellow Malays

Transformation From The Top Down Hajiji S Exemplary Leadership In Sabah

Tips For Achieving Your Saving Goals



Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi

Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia

10 Filem Seram Thailand Berhantu Terbaru Mesti Tonton Juga Tersedia Online


Adab Apabila Menghadiri Majlis Kenduri Kahwin

Menjadi Kesalahan Dan Teladan Buruk Jika Kerajaan Tidak Akur Dekree Ydpa

Bicara Profesional Pengarah Pendidikan Negeri Johor Bersama Pengetua Sekolah Negeri Johor 2024

Beyond The Pew The Bridal Heart Guides Your Daily Walk With Christ

Wanita Cedera Diragut Ketika Menunggang Motosikal

Kes Lelaki Israel 10 Ditahan Semula Bawah Sosma