Panduan Daftar Dan Perbaharui Ssm Melalui Ezbiz Online
Last updated Jun 13, 2020
Sudahkah anda mempunyai SSM untuk perniagaan anda?Jika belum anda boleh daftar dan Perbaharui SSM anda memlalui EzBiz secara online.
Daftar SSM:Mengapa anda perlu daftar perniagaan anda?
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) merupakan badan berkanun yang terbentuk hasil daripada penggabungan Pejabat Pendaftar Syarikat (ROC) dengan Pejabat Pendaftar Perniagaan (ROB) di Malaysia yang mengawal selia syarikat dan perniagaan.
Aktiviti utama SSM adalah sebagai sebuah agensi pemerbadanan syarikat dan pendaftaran perniagaan di samping membekalkan maklumat syarikat dan perniagaan kepada orang awam.
Perniagaan fizikal atapun online kedua-duanya wajib mendaftarkan perniagaan mereka dengan syarikat SSM. Hal ini kerana timbul banyak aduan daripada pengguna yang mengalami masalah dengan peniaga online.
Terdapat segelintir daripada para peniaga online mengambil kesempatan menipu pengguna dan mengakibatkan kerugian.
Untuk mengelakkan perniagaan anda terjejas dengan trend penipuan peniaga online, daftarkan perniagaan anda sekarang dengan syarikat SSM.
Dengan mendaftar syarikat anda dengan SSM;
Anda dapat tingkatkan keyakinan dan kepercayaan pengguna internet dengan status perniagaan anda.
Anda dapat tingkatkan kredibiliti syarikat anda untuk jangka masa panjang.
Jika syarikat anda menghadapi apa-apa masalah terutamanya yang berkaitan dengan pihak berkuasa, anda mudah selesaikannya kerana syarikat anda sudah berdaftar secara sah.
Anda juga mungkin berpeluang mendapat geran-geran dan bantuan dari kerajaan untuk bangunkan perniagaan anda.
Berikut merupakan syarat pendaftaran, prosedur pendaftaran, cara perbaharui ssm dan peringatan am yang perlu anda ikuti untuk daftar SSM secara online:
Syarat-syarat untuk mendaftar
Pemilik mestilah Warganegara Malaysia atau Penduduk Tetap
Pemilik mestilah berumur 18 tahun ke atas
Pemilik/rakan kongsi sahaja dibenarkan untuk membuat permohonan.
Jenis Perniagaan yang dibenarkan:
Perniagaan yang dimiliki sepenuhnya oleh seorang pemilik
Perniagaan yang dimiliki sepenuhnya oleh sekurang-kurangnya 2 atau 20 oran pemilik
Cara untuk daftar dan perbaharui SSM
Anda dikehendaki untuk melayari laman rasmi EZBIZ SSM untuk membuat pendaftaran online. Klik –Perkhidmatan EZBIZ online
Klik pada butang ‘Sign Up’ untuk pertama kali daftar dan isikan segala maklumat-maklumat yang diminta.
Selesai memiliki akaun sendiri, isikan username anda dan password serta verification code kemudian klik butang ‘Sign In’
Dah siap buat pendaftaran secara online jangan lupa ke pejabat SSM yang berdekatan untuk buat pengesahan akaun.
Bawa kad pengenalan anda untuk buat pengesahan akaun di pejabat SSM
Pengesahan cap jari akan dilakukan untuk tujuan proses pengaktifan ID (atas tujuan keselamatan)
Pengesahan ini dilakukan sekali sahaja
Setelah selesai barulah anda boleh melakukan pendaftaran dan pembaharuan perniagaan di sistem EZBIZ online.
Panduan pendaftaran perniagaan baru
Dah aktifkan akaun, boleh sign in ke EZBIZ online semula untuk buat pendaftaran perniagaan baru. Klik pada butang ‘My Business Service’ dan klik ‘New Business’ di bawah seksyen ‘New Business Registration’
Anda dikehendaki mengisi borang A (Registration of New Business).
Anda boleh mendaftar menggunakan nama sendiri ataupun nama ‘tred’
Nama sendiri menggunakan nama seperti di dalam kad pengenalan tidak perlu memohon kelulusan nama perniagaan. Contoh: Ruslan bin Mohamed, Siow Ah Thai, Ramasamy a/l Mutusamy.
Nama Tred ialah nama perniagaan yang dicadangkan dan perlu mendapat kelulusan daripada Pendaftar Perniagaan, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) terlebih dahulu. Contoh: Kedai Dobi Mewah, Lucky Star Catering, ABS Unggul Enterprise.
Maklumat-maklumat yang perlu diisi di dalam borang A:
Nama perniagaan
Tarikh permulaan perniagaan
Alamat utama perniagaan
Alamat cawangan perniagaan (jika ada)
Maklumat pemilik dan rakan kongsi
Jenis perniagaan yang akan dijalankan
Kemukakan salinan perjanjian perkongsian (jika ada)
Nota:
Pemilik dan rakan kongsi hendaklah menandatangani di ruangan maklumat pemilik dan di ruangan pengesahan oleh pemilik tunggal/rakan kongsi.
Pemilik / semua rakan kongsi perlu hadir untuk urusan pendaftaran.
Dokumen yang perlu dilampirkan:
a – Surat Kebenaran atau Surat Sokongan bagi jenis perniagaan Taska (Jabatan Kebajikan Masyarakat), Tadika, Pusat Tuisyen, Sekolah/Kolej Pendidikan (Kementerian/Jabatan Pendidikan)
b – Surat kebenaran atau sokongan daripada agensi berkaitan sekiranya diperlukan oleh Pendaftar Perniagaan.
Contoh Borang A (Registration of New Business)
Panduan perbaharui SSM secara online
Berikut adalah cara untuk anda renew perniagaan anda secara online di eBiz:
Anda kemudiannya akan dibawa ke paparan yang berikut berserta dengan panduan untuk memperbaharui lesen bisnes anda
Selesai semuanya anda boleh print sijil SSM anda yang telah diperbaharui.
Yuran pendaftaran
Selesai anda lengkapkan permohonan dengan maklumat yag diperlukan, lakukan bayaran di bahagian ‘Fees & Declaration’ (anda boleh lakukan bayaran di kaunter dan juga secara online)
Perniagaan pemilikan tunggal menggunakan nama sendiri seperti di
kad pengenalan – RM30.00.
Perniagaan pemilikan tunggal atau perniagaan perkongsian
menggunakan nama tred – RM60.00.
Pendaftaran cawangan – RM5.00 setiap cawangan.
Cetakan Maklumat Perniagaan – RM10.00.
Kriteria untuk perniagaan baru SSM
Perniagaan anda telah berjalan dan berdaftar kurang dari 30 hari dari tarikh mula perniagaan.
Pendaftaran perniagaan yang baru boleh dilakukan dalam jangka masa setahun dan tidak melebihi dari 5 tahun bagi setiap pendaftaran.
Jenis perniagaan yang didaftarkan hendaklah tidak melanggar undang-undang dan bersesuaian dengan ketenteraman awam, keselamatan persekutuan serta tidak bertentangan dengan prinsip moral.
Perakuan Pendaftaran Perniagaan dapat diterima dalam tempoh masa 1 jam dari waktu pembayaran dilakukan.
Individu yang menjalankan perniagaan tetapi tidak membuat pendaftaran perniagaan tersebut dianggap sebagai melakukan kesalahan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956. Jika disabitkan kesalahan akan dikenakan denda maksimum RM 50,000 atau dipenjara tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya sekali.
Kepada yang tidak jelas lagi cara mendaftar SSM secara online boleh lihat video di bawah:
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://mediaterjah.com/2020/07/panduan-daftar-dan-perbaharui-ssm-melalui-ezbiz-online/