Online Customer Service Ocs Sesb Daftar Semakan Pembayaran Bil
ONLINE CUSTOMER SERVICE OCS SESB : DAFTAR, SEMAKAN & PEMBAYARAN BIL
CARA DAFTAR AKAUN OCS SESB
Bagi memudahkan anda membuat semakan dan pembayaran bil elektrik SESB secara online,anda perlu membuat pendaftaran akaun OCS SESB.
Anda boleh menyemak jumlah bil elektrik anda melalui aplikasi Online Customer Service OCS SESB tanpa perlu tunggu pekerja SESB datang.
Berikut adalah cara-cara daftar akaun OCS SESB :
Klik di pautan tersebut Online Customer Service → https://ocs.sesb.com.my/
Klik pautan “create an account” bagi yang pengguna yang belum buat pendaftaran akaun OCS.
Isi maklumat yang dikehendaki di “Sign up for a new account” (Lihat gambar di bawah)
Email (pastikan email aktif)
Password (mengandungi huruf besar, huruf kecil dan simbol/nombor)
Confirm Password (ulang password)
Account Number (No akaun yang ada pada bil SESB)
IC Number (Registered customer only) – No Mykad pengguna yang tertera pada bil elektrik
Setelah itu, klik petak segi empat kecil untuk “Agree” dan “SIGN UP”.
Semak email anda untuk aktifkan akaun SESB Online Customer Service. Klik link yang telah diberi.
Selepas mendaftar akaun OCS SESB,anda boleh membuat semakan jumlah amaun bil elektrik terkini.
Untuk maklumat yang lebih terperinci, boleh klik “Account number”.
Anda boleh lihat secara lebih terperinci amaun bil semasa dan jumlah bil yang perlu dibayar secara keseluruhan.
Manakalah untuk urusan pembayaran boleh dibuat melalui Online Banking, E-Wallet, dan E-Pay.
PENGGUNA DOMESTIK
Pengguna dengan bil bulanan RM500 dan ke bawah akan diberi diskaun 2% dan 28% iaitu sejumlah 30% bagi tempoh 3 bulan bermula April sehingga Jun 2020. Seterusnya diskaun sebanyak 2% akan diberikan bagi 3 bulan selanjutnya iaitu Julai sehingga September 2020.
Pengguna dengan bil bulanan melebihi RM500 akan diberi diskaun 2% sepanjang tempoh 6 bulan, dari April sehingga September 2020.
Baca tentang PUNCA BIL ELEKTRIK TINGGI
MAKLUMAT & PERTAYAAN
Untuk pertanyaan lanjut boleh hubungi :
a) Talian SESB CARELINE 15454 atau 088-515 000, atau emel :
[email protected]
b) Talian hotline myGCC 03-8000 8000
c) Talian hotline Sekretariat PRE2020 di 03-8882 9089
The post ONLINE CUSTOMER SERVICE OCS SESB : DAFTAR, SEMAKAN & PEMBAYARAN BIL appeared first on KekandaMemey.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kekandamemey.com/online-customer-service-ocs-sesb-daftar-semakan-pembayaran-bil.html