Panduan Cara Mandi Wajib Yang Betul



Bagaimana cara mandi wajib?
Panduan ini akan membimbing anda menunjukkan cara mandi wajib atau mandi junub yang betul, sempurna dan sah.
Ia juga menerangkan segala perkara yang berkaitan dengannya.
Bagaimana niat mandi wajib. Apakah rukun mandi junub. Dan paling penting, panduan ini juga menyenaraikan persoalan-persoalan lazim yang sering timbul berkaitan dengan mandi wajib yang boleh anda rujuk.

Isi Kandungan Panduan Ini Adalah: Perkara yang menyebabkan mandi wajib Rukun mandi wajib Perkara wajib & sunat semasa mandi wajib Cara mandi junub yang diajarkan Rasulullah (langkah-demi-langkah) Jenis-jenis mandi sunat Soal jawab lazim mengenai masalah berkaitan mandi wajib  
Perkara-Perkara Yang Menyebabkan Mandi Wajib Mandi wajib adalah asas dalam kesucian kehidupan seorang muslim.
Tanpa mandi wajib yang sah dan sempurna, solat dan ibadah kita yang lain tidak akan diterima oleh Allah.
Oleh itu penting untuk kita memberi perhatian serius mengenai perkara ini.
Terdapat beberapa perkara yang mewajibkan kita untuk mandi wajib.
Antaranya adalah:
1. Bersetubuh (Berjimak)
Sama ada keluar air mani ataupun tidak.
Perlakuan ini ialah apabila bertemu dua khitan (kemaluan lelaki dan perempuan) iaitu dengan memasukkan hasyafah (batasan zakar yang dikhatan) ke dalam faraj.
Diriwayatkan sebuah hadis daripada Nabi SAW:
Apabila bertemu dua khitan, maka sesungguhnya wajib mandi
— Riwayat Ibnu Majah
2. Keluar air mani secara sengaja ataupun tidak
3. Mati selain daripada mati syahid
4. Datangnya haid bagi perempuan
5. Nifas (darah yang mengiringi selepas bersalin)
6. Wiladah (bersalin)
 
Rukun Mandi Wajib 1. Niat Untuk Mengangkat Hadas Besar Lafaz niat mandi wajib adalah:

 Nawaitu  raf ‘al  hadasil  akbari lillahi  ta’ala. 
Maksudnya:
Aku berniat mengangkat hadas besar kerana Allah Taala
2. Membasuh Seluruh Anggota Badan Yang Zahir Wajib meratakan air ke seluruh anggota badan termasuklah:
Rambut Bulu-bulu yang terdapat di anggota badan Kulit telinga yang di sebelah luar Kemaluan perempuan yang zahir pada masa ia duduk membuang air kecil Kemaluan lelaki dan perempuan yang sebelah belakang yang zahir semasa membuang air besar. Rambut yang terikat hendaklah diuraikan.
Apabila air tidak kena pada salah satu daripada anggota badan maka mandi itu masih belum dianggap sempurna sahnya.
 
Perkara Sunat & Perkara Wajib Yang Perlu Dilakukan Semasa Mandi Wajib 1. Perkara Wajib Niat Membasuh seluruh badan yang zahir dengan air termasuk kulit atau rambut. Air hendaklah disampaikan ke bahagian dalam rambut dan pangkalnya. 2. Perkara Sunat Membasuh kedua-dua tangan di luar daripada bekas air Membasuh kemaluan dengan tangan kiri dan juga segala kekotoran yang ada pada badan. Berwuduk Menyelati rambut kepala dengan air kemudian membasuh kepala tiga kali Membasuh bahagian kanan dulu kemudian kiri. Menggosok tubuh dan berturut-turut dalam membasuh anggota. Mengambil air dan membasuh ke semua tubuh yang berlipat seperti kedua-dua telinga lipatan perut, di dalam pusat dan ketiak. Membasuh sebanyak tiga kali sebagai kias kepada wuduk  
Cara Mandi Wajib Langkah-Demi-Langkah (Kaedah Rasulullah SAW)
Segala amal ibadah yang hendak dilakukan sebaik-baiknya perlu mengikut jejak langkah Rasulullah SAW.
Disini adalah saya tunjukkan cara langkah demi langkah kaedah mandi wajib:
1. Niat ketika air sampai ke tubuh 2. Membaca “Bismillah” 3. Mencuci tangan sebanyak tiga kali Al-Bukhari dan Muslim daripada Aisyah RA meriwayatkan sebuah hadis mengenai cara Rasulullah SAW mandi dengan katanya yang bermaksud:
Apabila Nabi SAW mandi daripada janabah, Baginda mulakan dengan membasuh kedua-dua tangannya.
4. Mencuci kemaluan dengan tangan kiri Menurut riwayat Muslim,
Kemudian Baginda mencurah air dengan tangan kanannya ke atas kirinya, lalu membasuh kemaluannya.
5. Berwuduk. Wuduk boleh dilakukan seperti wuduk biasa sepertimana biasa dilakukan sebelum melakukan solat.
Ataupun boleh menangguhkan mencuci kaki selepas selesai mandi.
6. Membasuh kepala Membasuh kepala dengan mengusap rambut secara meratakan kepala lalu siram 3 kali dengan air.
Dalam riwayat yang lain:
Baginda membasuh kemaluannya dan kekotoran yang mengenainya.
Kemudian Baginda berwuduk sebagaimana wuduk sembahyang.
Kemudian Baginda memasukkan jari-jarinya ke dalam air lalu menyelati dengan pangkal-pangkal rambutnya.
Kemudian baginda mencurahkan air di atas kepala sebanyak tiga cebok tangannya ke seluruh kulitnya.
7. Memulakan dengan bahagian kanan tubuh. Ketika menyiram kepala, hendaklah dimulai dengan bahagian kanan, kemudian bahagian kiri dan seterusnya bahagian tengah kepala.
Ini berdasarkan hadith ‘Aisyah (R.A) yang maksudnya:
“Baginda menyiram kepalanya di bahagian kanan, kemudian bahagian kiri”
9. Meratakan air ke seluruh tubuh badan Perempuan-perempuan yang mandi kerana haid, sunat menggunakan sedikit kasturi atau benda lain yang agak wangi untuk membasuh dan membersihkan kesan-kesan darah dan bau yang tidak menyenangkan dengan cara melerakkan wangi-wangian itu atas kapas dan dicalit ke dalam faraj (kemaluan).
Sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Aisyah bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Ambillah sedikit kasturi kemudian bersihkan dengannya
 
Peringatan: Sekiranya terdapat najis di anggota badan maka wajiblah dibasuh najis itu terlebih dahulu Mandi junub boleh dirangkumi dengan mandi sunat sekali. Perbezaan antara mandi wajib dengan mandi sunat hanyalah pada niatnya sahaja. Cara kaedah mandi adalah sama. Setelah mandi hadas besar maka tidaklah lagi diwajibkan mengambil wuduk apabila hendak mengerjakan solat dengan syarat tidak melakukan perkara-perkara membatalkan wuduk semasa mandi.  
Jenis-Jenis Mandi Sunat Mandi kerana hendak pergi solat Jumaat Mandi dua hari raya iaitu Aidil Fitri dan Aidil Adha Mandi selepas memandikan mayat Mandi selepas sembuh daripada penyakit gila Mandi selepas berbekam Mandi kerana hendak ihram Mandi kerana hendak masuk Kota Makkah Mandi kerana hendak wuquf di Arafah  
Persoalan-Persoalan Lazim Mengenai Mandi Wajib Disini dikumpulkan beberapa soalan lazim mengenai permasalahan mandi wajib.
Sila klik untuk membuka pada ruangan jawapan pada kotak soalan di bawah:
Adakah perbezaan mandi wajib diantara lelaki & perempuan
Tiada bezanya mandi wajib lelaki dan perempuan.
Cuma bagi perempuan kenalah cermat sikit semasa meratakan air ke rambut dan celah celahan, supaya air sampai.
Adakah mandi wajib itu sah sekiranya mandi tanpa seurat benang
Hukum mandi telanjang adalah makruh dan sebahagian Syafieyyah menguatkan pendapat haram.
Al-Hafiz berkata: “Yang masyhur adalah makruh jika bersendirian.”
Justeru, sah mandi dalam keadaan telanjang tetapi hendaklah tidak di tempat terbuka atau dapat dilihat oleh orang lain.
Begitu juga sepatutnya seseorang Muslim hendaklah menjaga maruahnya dan tidak mendedahkan aib diri sendiri di hadapan orang lain.
Sumber rujukan: 
— Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan pada pautan ini
Bolehkah kita hanya niat: Sahaja aku mandi hadas besar kerana Allah Ta’ala Untuk mandi hadas haid, nifas, wiladah, junub
Ya boleh.
Dengan kita niat mengangkat hadas besar iaitu (mandi junub) maka terangkat kesemua semua hadas besar termasuklah mandi haid, nifas, wilada dan lain-lain.
Adakah sah menggunakan sabun mandi atau syampu semasa mandi wajib
Adalah seeloknya kita mandi seperti biasa dahulu dan diikuti mandi wajib.
Ataupon mandi wajib dahulu setelah semunya dah rata, maka bolehlah gunakan sabun dan syampu, takut berubahnya air mutlak disebabkan air sabun atau syampu.
Perlukah mandi wajib sekiranya bermimpi namun tidak keluar air mani
Jika seseorang bermimpi melakukan jima’ tanpa keluar mani, adakah dia perlu mandi wajib dan menggantikan (qadha) solatnya?
Jawapan:
Sesiapa yang bermimpi tetapi tidak keluar air mani, maka tidak perlu baginya untuk mandi wajib.
— Sumber Rujukan
Adakah sah mandi wajib sekiranya terdapat luka yang belum kering
Untuk mandi wajib ketika ada anggota badan yang tidak boleh terkena air disebabkan mudarat, maka hendaklah dibalut dahulu angota tersebut supaya tidak terkena air.
Ketika mandi wajib, wajib kita ratakan air ke seluruh badan melainkan anggota badan yang tidak boleh terkena air (yang berbalut ).
Selepas selesai mandi wajib hendaklah bertayamum untuk menyempurnakan mandi wajib tersebut.
Adakah sah mandi wajib apabila saya mengosok qubul atau dubur dengan tangan ketika mandi wajib untuk meratakan air ke tempat sulit itu? Bagaimana cara yang betul
Sah mandi wajib apabila tangan menyentuh qubul atau dubur, tetapi wuduk akan terbatal.
Jika tidak mahu terbatalnya wuduk, mandi menggunakan kain basah dan gosok dengan berlapik di kawasan yang sulit.
jika wuduk terbatal juga, boleh ambil semula wuduk selepas mandi junub.
Setelah selesai mandi wajib boleh ke terus keluar dari bilik air atau ada doa yang perlu dibaca sebelum keluar dari bilik air
Selesai mandi wajib boleh sahaja terus keluar.
Tetapi di sunatkan berdoa setelah keluar bilik air.
Hukum mendandan rambut dan mandi wajib dengan rambut dreadlock Soalan:
Jika seseorang buat rambut dreadlock seperti Bob Marley. Adakah sah dia bersuci mandi wajib jika berjunub?
Jawapan:
Mempunyai rambut dreadlock tidaklah menyebabkan air mandi wajib tidak sah.
Mandi wajib hanya tidak sah apabila air tidak sampai ke rambut dan kulit kepala.
Rujukan lanjut mengenai hukum mendandan rambut dreadlock boleh dirujuk: Hukum mendandan rambut dreadlock
Mandi wajib selepas subuh semasa bulan puasa Soalan:
Apakah hukum kita melewat-lewatkan mandi wajib (mandi selepas azan subuh untuk tunaikan solat subuh) selepas bersama dengan isteri pada malam hari bulan Ramadan?
Adakah sah puasanya kerana kita mandi wajib selepas azan subuh?  
 
Jawapan:
Melewat-lewatkan mandi janabah selepas bersama isteri pada malam hari bulan Ramadan sehingga terbitnya fajar tidak menghalang sahnya puasa, sebaliknya makruh melakukan demikian itu.
Justeru, sunat bersegera untuk mandi wajib sebelum terbitnya fajar.
Dalilnya seperti yang disebut dalam kitab Bulugh al-Maram, daripada Saidatina Aisyah R.anha:
Sesungguhnya Nabi SAW pernah bangun pagi dalam keadaan berjunub akibat jima’ (pada malamnya), lalu Baginda mandi (wajib) dan (meneruskan) berpuasa.
— Hadis Muttafaqun ‘alaih
Jelaslah daripada hadis di atas bahawa sahlah puasanya dan tidak batal puasanya kerana berpuasa dalam keadaan berjunub mahupun kerana mandi wajib selepas subuh.
Ini pendapat majoriti ulama.
Sumber rujukan: 
— Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan pada pautan ini
Bersetubuh dengan suami selepas haid, sebelum mandi wajib Soalan:
Jika kita di hujung haid, terus bersama. Saya tidak ingat dan tidak pasti sama ada sudah mandi wajib atau belum. Sebab sudah 3 minggu berlalu.
Jawapan Pertama:
Akhir haid dikira dengan habisnya darah.
Begitu juga jika habisnya tempoh sebanyak-banyak haid, iaitu 15 hari.
Selepas itu dikira suci dan jika darah masih ada maka dikira sebagai darah istihadah.
Kedua:
Apabila sudah kering haid tetapi belum mandi, adakah dikira suci atau masih lagi dikira haid?
Hal ini khilaf di kalangan ulama’ berdasarkan nas Ilahi.
Pendapat yang terpilih adalah hendaklah mandi wajib dahulu sebelum bersama bagi pasangan suami isteri
Sila rujuk pautan ini untuk membaca lebih lanjut mengenai permasalahan ini.
Adakah sah mandi wajib dengan rambut yang diwarnakan
Soalan:
Saya ada mewarnakan rambut. Adakah sah mandi wajib saya?
Jawapan:
Perlu dilihat pada bahan yang digunakan sebagai pewarna rambut.
Jika sifatnya sama seperti inai, yakni boleh ditimbus air dan nipis, maka sah mandi wajib dan tidak perlu diulang.
Jika tidak, maka boleh dipotong bahagian rambut yang diwarnakan tersebut, atau boleh dilunturkan (bleaching) sehingga hilang zat yang menghalang air sampai, kemudian dilaksanakan mandi wajib semula.
Melewatkan mandi wajib kerana menunggu darah haid habis keluar Soalan:
Apakah hukum sekiranya seseorang wanita melambatkan mandi wajib dengan niat ingin menunggu lagi jika ada darah haid yang masih tertinggal seperti darah di hujung yang warnanya coklat, kerana kadang-kadang darah berhenti sekejap selama satu atau dua hari dan akan bersambung pada hari berikutnya.
Jawapan:
Dalam kes ini, wanita tersebut perlu memeriksa keadaan dirinya.
Sekiranya darah tidak keluar tetapi apabila dia memasukkan kapas atau seumpamanya ke dalam batin alat sulitnya (bahagian faraj yang tidak wajib dicuci ketika istinja’ dan hanya kelihatan ketika mencangkung) lalu didapati pada kapas tersebut ada kesan darah termasuklah warna coklat, maka dia masih berada dalam keadaan fatrah haid, yakni tempoh haid.
Ini berdalilkan riwayat Aisyah R.Anha:
Dahulu, para wanita datang menemui Aisyah R.Anha dengan menunjukkan kain yang berisi kapas (yakni yang dimasukkan ke dalam faraj) yang padanya ada kesan kekuningan (kesan darah haid) lalu Aisyah berkata kepada mereka, “Janganlah kamu tergesa-gesa (untuk mandi dan bersolat) sehinggalah kamu melihat warna cecair putih pada kapas yang menunjukkan suci daripada darah haid.”
— Sahih al-Bukhari dan al-Muwatta’
Namun sekiranya dia tidak mendapati warna darah, termasuklah warna kekeruhan dan kekuningan, maka dia sebenarnya berada dalam keadaan naqo’.
Daripada sudut bahasa naqo’ bererti bersih daripada sesuatu.
Adapun daripada sudut hukum, keadaan naqo’ bererti bersih daripada darah haid.
Keadaan naqo’ boleh jadi keadaan haid ataupun suci.
Pada asalnya, apabila berlaku naqo’ maka dia secara zahirnya sudah dianggap berhenti darah haid dan diwajibkan mandi dengan segera dan hendaklah dia melaksanakan kewajipan apabila sudah suci seperti solat dan berpuasa.
Namun, sekiranya seseorang wanita itu memiliki adat muwa`adah al-dam (yakni darah haidnya keluar kemudian berhenti kemudian datang kembali tetapi cukup sehari semalam) – maka di sisi mazhab ada dua pendapat ulama:
Pertama. Wanita itu mengambil hukum suci.
Justeru dia wajib mandi dan melakukan kewajipan ketika bersuci seperti solat dan puasa. Ini merupakan pendapat Imam al-Nawawi dalam al-Majmu’.
Kedua. Wanita itu mengambil hukum haid kerana secara zahirnya masih berhaid kerana mengikut adatnya, justeru tidak perlu mandi lagi sewaktu berlakunya intiqita’ (putus) atau naqo’ itu.
Ini menurut pendapat yang disahihkan oleh Imam al-Rafie, Imam al-Nawawi dalam Raudhah al-Talibin, dan dianggap tepat oleh Imam Ibn Hajar al-Haitami.
Contoh bagi pendapat kedua ialah Nurul mempunyai adat berhaid 7 hari dalam keadaan pada hari keempat akan berlaku naqo’ selama sehari dan sambung keluar darah kembali sehingga hari ketujuh.
Justeru, apabila berlaku naqo` pada hari keempat, Nurul tidak perlu mandi wajib kerana dia masih dianggap haid. Inilah yang difahami daripada fakta soalan penanya di atas.
Namun begitu, sekiranya Nurul menunggu daripada hari keempat sehingga hari ketujuh tetapi tidak kembali keluar darah, maka Nurul diwajibkan untuk mandi dan mengqadha’kan solat-solat yang ditinggalkan pada hari keempat sehingga hari ketujuh kerana berkemungkinan adatnya sudah berubah.
Jawapan di atas tidak merujuk kepada kes wanita mustahadah, mubtada’ah (yang baru mengalami haid bulan pertama), kes haid yang mutaqatti` (terputus-putus) kerana beranggapan bahawa penanya ialah wanita yang beradat dan keluar darah seperti kebiasaan.
Sumber rujukan: 
— Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan pada pautan ini
Bolehkah menggabungkan dua niat mandi hadas dalam jenis berbeza
Soalan:
Salam. Adakah boleh disekalikan mandi wiladah dan nifas? iaitu dilakukan ketika darah nifas sudah kering. Bagaimana dengan lafaz niat tersebut?
Jawapan:
Timbul polemik mengenai seseorang perempuan yang mengalami dua atau lebih hadas besar dalam satu masa, apakah boleh diniatkan sekali dan adakah terangkat mandi wajib untuk hadas-hadas besar yang dialaminya.
Berdasarkan pendapat Imam An-Nawawi Rahimahullah Taala, jika seorang perempuan itu mengalami haid, kemudian dia berjunub, atau sebaliknya, ketika dia berjunub dia didatangi haid, hukumnya tidak sah dia mandi mengangkat hadas junub ketika dia dalam keadaan haid.
Ini kerana hadas junubnya tidak terangkat dalam keadaan seseorang itu masih dalam haid.
Begitu juga sekiranya seseorang mengalami darah wiladah dalam keadaan masih mengalami darah nifas, maka ia hendaklah menunggu sehingga darah nifasnya selesai barulah ia mandi kerana wiladah dan nifas.
Beberapa cara yang boleh diaplikasikan, antaranya:
Meniatkan setiap hadas besar yang diaalami dan dimaksudkannya. Contoh, jika dia mengalami dua hadas besar iaitu nifas dan junub maka diniatkan kedua-duanya sekali. “ Sahaja aku mengangkat hadas nifas dan junub” Memadai niat hanya satu niat sahaja atau satu niat yang umum merangkumi kesemua hadas.
“Sahaja aku mengangkat hadas akbar (besar)”  atau “Sahaja aku sahaja aku menunaikan fardhu mandi atau seumpama dengannya”. Kesimpulannya, menurut ulama Fekah, sekiranya seseorang itu mengalami dua hadas besar atau lebih, hukumnya adalah sah jika dia mengangkat kesemua hadas tersebut sekaligus dengan satu mandi sahaja seperti mana yang keterangan yang disebutkan tadi.
Sumber rujukan: 
— Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan pada pautan ini
 
Penutup: Bersuci Adalah Perkara Paling Penting Dalam Kehidupan Kita Taharah atau bersuci merupakan suatu tugas yang sangat penting dalam kehidupan seorang muslim.
Ia adalah punca atau asas penerimaan segala amal ibadat.
Andai seseorang itu mengerjakan ibadah solat tetapi belum bersuci atau mandi wajib junub secara tidak sempurna, maka solatnya dikira tidak sah.
Semoga panduan ini memberi manfaat kepada anda.
The post Panduan Cara Mandi Wajib Yang Betul (Langkah-Demi-Langkah) appeared first on AKU ISLAM.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://akuislam.com/blog/ibadah/cara-mandi-wajib/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Betul Ke Selama Ini Cara Anda Bersihkan Bayi Ikuti Panduan Menjaga Membersikan Alat Kelamin Bayi Perempuan

Betul Ke Selama Ini Cara Anda Bersihkan Bayi Ikuti Panduan Menjaga Membersikan Alat Kelamin Bayi Perempuan

papar berkaitan - pada 20/10/2018 - jumlah : 545 hits
Jika anda rasa kulit bayi memerlukan penjagaan rapi ada lagi yang perlu anda titikberatkan pada tubuh anak anda Bagi ibu bapa yang mempunyai bayi perempuan salah satu penjagaan penting yang perlu anda ambil tahu adalah mengenai bahagian kem...
Penting Tata Cara Mandi Wajib Atau Junub Yang Harus Di Ketahui Seorang Muslim

Penting Tata Cara Mandi Wajib Atau Junub Yang Harus Di Ketahui Seorang Muslim

papar berkaitan - pada 19/10/2018 - jumlah : 468 hits
Penting Tata Cara Mandi Wajib atau Junub yang Harus di Ketahui Seorang Muslim Hai sahabat pada postingan kali ini saya akan mencoba berbagi ilmu mengenai tata cara mandi wajib atau mandi junub yang baik dan benar menurut syariat Informasi i...
Cara Terkini Untuk Daftar Akaun Paypal Dengan Betul

Cara Terkini Untuk Daftar Akaun Paypal Dengan Betul

papar berkaitan - pada 28/10/2018 - jumlah : 414 hits
Assalamualaikum okay hari ni daku rasa terpanggil untuk share cara terbaru dan terkini untuk membuka akaun PayPal untuk rakyat Malaysia khas untuk korang yang tengah mencari cara untuk daftar Sebenarnya akaun PayPal ni memang bagus kerana d...
Cara Yang Betul Masak Mi Segera

Cara Yang Betul Masak Mi Segera

papar berkaitan - pada 13/10/2018 - jumlah : 350 hits
Cara Yang Betul Masak Mi Segera Bila last makan maggi Saya minggu lepas First time mencuba maggi pedas giler perisa ayam bakar secara berjemaah dengan kakak ipar hahaha Kat dapur tuu ada dua bungkus mi segera yang tersimpan rapi belum terus...
Atasi Masalah Ketidaksuburan Suami Isteri Dengan Cara Yang Betul Dan Mudah

Atasi Masalah Ketidaksuburan Suami Isteri Dengan Cara Yang Betul Dan Mudah

papar berkaitan - pada 24/10/2018 - jumlah : 411 hits
Sejak akhir akhir ini ramai pelanggan Mia bertanyakan tentang set kesuburan Rupanya sekarang ni ramai yang mempunyai masalah ketidaksuburan dan sedang mencari cara untuk atasi masalah ketidaksuburan Masalah mereka menjadi lebih teruk apabil...
5 Fadhilat Dan Cara Yang Betul Membaca Al Fatihah

5 Fadhilat Dan Cara Yang Betul Membaca Al Fatihah

papar berkaitan - pada 19/10/2018 - jumlah : 489 hits
Assalamualaikum w b t BismillahirahmanirahimSebelum kita mengetahui fadhilat fadhilat membaca Al Fatihah marilah sama sama kita fahami dahulu maksud ayat ayat di dalam surah ini Mari baca Surah Al FatihahMAKSUD SURAH AL FATIHAH Ayat 1 Denga...
Cara Betul Penggunaan Sanggul Fatimah Mudahkan Ibu Bersalin

Cara Betul Penggunaan Sanggul Fatimah Mudahkan Ibu Bersalin

papar berkaitan - pada 28/10/2018 - jumlah : 697 hits
Cara Betul Penggunaan Sanggul Fatimah Mudahkan Ibu BersalinPokok genggam atau Sanggul fatimah
Cara Cara Marah Yang Betul

Cara Cara Marah Yang Betul

papar berkaitan - pada 19/10/2018 - jumlah : 409 hits
Marah Siapa yang tidak pernah marahkan Semua orang pasti pernah marah Cuma yang membezakan kita semua ialah reaksi dan tindakan kita semasa marah serta cara kita marah Ada yang bila marah dia lepas segalanya maki hamun mencarut sampai ada y...
5 Cara Betul Dedahkan Anak Pada Internet

5 Cara Betul Dedahkan Anak Pada Internet

papar berkaitan - pada 20/10/2018 - jumlah : 518 hits
Kehadiran Internet telah banyak mengubah kehidupan manusia Percaya atau tidak pada masa dulu masyarakat hanya bergantung kepada perkhidmatan pos radio televisyen dan terbitan bercetak Kini segalanya berada di hujung jari anda daripada membe...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Tremendous Nadi Collaboration


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Razer Umum Koleksi Squid Game

Penganjur Tarian Wanita Mencolok Mata Boleh Berdepan Tindakan

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Malaysia Kongsi Kepakaran Nuklear Sempena Kepengerusian Asean 2025