Panduan Buang Tabiat Buruk Yang Sangat Berkesan Untuk Anda Amalkan
Setiap kali baca posting di media sosial, secara spontan saya akan cari sudut mana yang salah untuk dikritik dalam paparan tersebut.
Kebiasaan itu sudah melekat jadi tabiat buruk lanjutan dari pergaulan yang lama bersama kawan-kawan yang pro pembangkang.
Masa duduk kampung di Pulau Pinang dulu, saya banyak bergaul dengan mereka yang sokong parti pembangkang, terutamanya Pas, yang sangat kuat menentang Barisan Nasional. Ketika itu, susah nak cari mereka yang tak sokong BN.
Saya berkawan dengan pembangkang bukan atas dasar ideologi sangat pun. Lebih kepada sikap semula jadi yang suka lawan arus.
Saya sendiri tak pasti dari mana datangnya sikap yang tidak suka ikut jalan ikutan ramai. Selalunya, jika semua orang menderu pergi ikut jalan kanan, secara automatik saya lebih suka ikut kiri. Sekarang ni pun sikap begitu masih menebal. Biasanya, kedai yang viral memang saya tak akan masuk.
Ada satu budaya nakal yang penyokong parti pembangkang amalkan dari dulu-dulu lagi. Mereka suka mencari salah untuk mengkritik kerajaan. Tak ada satu benda pun yang kerajaan buat dilihat baik. Pasti ada saja yang tak kena.
Hasil dari pergaulan lama sebegitu, saya juga terlatih dengan baik, tanpa disedari, untuk pandai dan suka cari salah terhadap apa saja yang melintas untuk dikritik.
Amalan itu memang baik jika nak jadi pengikut sesebuah parti pembangkang. Tapi untuk jadi manusia yang seimbang dan bebas, sikap suka cari salah orang memang tak berguna kalau mahu bina jaringan kawan dan kenalan.
Saya terpaksa akui, itu salah satu dari sikap buruk yang ada pada diri saya yang perlu dihapuskan.
Siapa yang tak ada sikap buruk kan?
Mengaku ada tabiat burukSebagai insan lemah, semua orang ada sudut buruk pada diri masing-masing. Kerja membaiki dan membuang sikap buruk itu adalah urusan sepanjang hayat.
Banyak kebaikannya jika anda akur terhadap ketidak sempurnaan yang ada. Paling bagus adalah, anda tidak menjadi seorang yang sombong. Anda sudah tentu akan sentiasa memohon keampunan dari Tuhan terhadap kelemahan yang ada samada yang sengaja atau tidak.
Apabila melihat kelemahan pada orang lain pula, anda lebih mudah untuk memaafkan kerana sedar bahawa mereka juga sama seperti diri anda yang tidak sempurna. Anda juga lebih mudah untuk teruskan perjalanan dan memaafkan diri sendiri bila tergelincir.
Sedar dan mengaku terhadap kelemahan diri juga dapat mengelakkan sikap menipu semata-mata mahu tutup kelemahan atau kesalahan.
Dan paling penting, anda tidak takut mencuba dan berusaha serta bersedia menerima kemungkinan gagal. Kalau jatuh, bangun dan teruskan lagi perjalanan.
Secara ringkasnya, adalah berbaloi untuk menerima hakikat bahawa ada banyak tabiat buruk dalam diri.
Apa itu tabiatSecara ringkas, tabiat adalah apa saja amalan yang anda sering lakukan sampai menjadi satu kebiasaan.
Manusia memang makhluk yang banyak bergantung kepada pembentukan tabiat. Tabiat dapat melancarkan pergerakan dan semua urusan kehidupan manusia.
Contoh mudah adalah amalan memandu kereta ke tempat kerja. Dengan ulangan yang bertubi-tubi, anda mampu bersiap sebaik saja bangun dari tidur, pakai baju, pakai kasut, masuk kereta hidupkan enjin, kemudian bergerak sehinggalah sedar-sedar anda sudah duduk di kerusi tempat kerja anda.
Orang yang ulang perbuatan merokok akhirnya melekat menjadi seorang perokok tegar. Sekalipun dia sendiri sedar amalan itu buruk, tak bagus untuk kesihatan, orang tak suka dan seribu satu macam negatif, tetap tak dapat buang amalan itu sebab ia berlaku secara automatik.
Jika anda berjaya pecahkan satu tabiat, dan dapat menghentikannya daripada dilakukan secara berulang-ulang, anda akan berjaya menghapuskan tabiat itu.
Senarai tabiat burukSebelum saya kongsikan petua mudah bagaimana membuang tabiat buruk, saya berikan beberapa contoh habit buruk yang sering ada pada kebanyakan orang.
BerbohongBesarkan ceritaPukul rataAmbil barang orangMerokok, vape, dan seumpamanyaMalas bersenamBuang masa depan TV berjam-jamBerborak kosong dengan kawan-kawan terlalu lama secara rutin.Layan FB atau medsos lain, video game, blog, merayap internet, dan lain-lain seumpamanya sehingga lupa diri.Minum arakTidak sabarGelojoh ketika bawa keretaPotong QMengata orangMengutuk bagi orang marahSakitkan hati orangMain judi, tikam ekor, loteri dan lain-lainKorek hidung, sendawa kuat, kentut dan seumpamanya di depan orang ramaiGigit kuku sampai hampir kudung jari tanganBertekak perkara yang sia-siaTidur lewat bagun lewatTangkai jeringSuka memintaBoros belanjaFikir diri sendiri sajaMakan banyakKusut masaiMenyampuk cakap orangPotong cakap orang di tengah jalanMasuk selekoh tak bagi signalSekali harung saja saya berjaya buat 30 contoh tabiat buruk. Kalau nak di senaraikan memang panjang. Anda boleh hadkan kepada perangai buruk didi sendiri sahaja untuk berusaha menghapuskannya.
Buang tabiat burukBerikut diperturunkan petua yang berjaya saya amalkan bagi menghentikan atau setidaknya mampu mengawal tabiat buruk yang ada.
1. Senarai tabiat burukKenal pasti tabiat buruk yang anda ada dan senaraikannya satu persatu. Amalan membuat refleksi atau muhasabah diri itu sahaja sudah cukup untuk membuatkan diri anda sedar kelemahan yang perlu diperbaiki.
Untuk betul-betul dapatkan kepastian, anda boleh tanya kawan-kawan apa tabiat buruk yang mereka lihat ada pada diri anda. Biasanya kawan-kawan tak mahu dedahkan sebab nak jaga hati.
Tapi jika memang tabiat buruk anda itu ketara, insyaallah mereka pantas saja mahu anda tahu bila berpeluang di tanya begitu. Itu tandanya tabiat anda memang buruk sangatlah tu sehingga membuatkan orang lain tidak selesa.
2. Pilih satu tabiat burukDalam banyak-banyak yang telah anda senaraikan di atas, pilih hanya satu saja terlebih dahulu, tabiat buruk yang mahu dihapuskan terus dari berakar di dalam diri anda.
Jangan pilih banyak lagi buat sementara waktu ini sebab anda baru dalam proses untuk membina tabiat berkesan membuang tabiat buruk. Bila dah jadi mudah, maka pembuangan tabiat buruk lain berikutnya akan jadi jauh lebih mudah.
Pilih yang paling mudah terlebih dahulu seperti tabiat suka mengelak dari bertembung dengan orang sebab malas nak beri salam dan bertegur sapa.
3. Nomborkan aktivitiRamai orang yang gagal bila cuba ubah tabiat buruk sebab tidak ubahkan amalan yang diulang buat itu dalam bentuk kiraan nombor. Selagi anda tidak buat begitu, anda tak akan mampu memulakan usaha untuk lenyapkan tabiat tersebut.
Saya berikan contoh mudah.
Katakan anda jenis suka mengelak dari bertemung orang dan tak suka memulakan memberi salam kepada orang yang anda berselisih.
Untuk atasi masalah tersebut, anda hanya perlu buat sasaran bertembung dengan orang dan berikan salam lebih dahulu dari orang itu, seramai 1 orang setiap hari.
Bila dah berjaya buat begitu. Maksudnya bila anda dah melakukannya pertembungan dan jadi pemula salam, maka anda bolehlah nak memgelak seperti selalu sehinggalah esok hari.
Esok kena selesaikan sasaran seorang tersebut dan begitulah seterusnya.
4. Berusaha penuhi bilanganSetiap nombor yang anda sasarkan biarlah sangat mudah. Macam contoh di atas saya cadangkan seorang saja. Nampak macam mudah sangat. Memang itulah tujuannya.
Bila anda berjaya buat perkara mudah itu, ia memberikan lonjakan motivasi seterusnya untuk buat lagi esok. Momentum keyakinan diri akn bertabah dan anda bolehlah naikkan sikit sasaran tersebut.
Naikkan nombor itu kepada 2 atau 3 dan begitulah seterusnya sampai tabiat itu akhirnya hilang tanpa anda sedar digantikan dengan tabiat suka bertemu orang dan menegur sapa terlebih dahulu.
Selamat mencuba dan semoga berjaya.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.hidupringkas.com/2023/07/petua-mudah-buang-tabiat-buruk-cukup.html