Panduan Beli Rumah Untuk Orang Pendapatannya Ikut Komisen Dikongsikan Perunding Hartanah


Memiliki hartanah sama ada untuk dijadikan tempat tinggal sendiri atau sebagai pelaburan pastinya menjadi cita-cita kebanyakan kita. Namun, usaha untuk memiliki hartanah sudah tentu tidak mudah terutamanya ketika ekonomi yang tidak stabil.
Khusus buat korang yang mendapat pendapatan berdasarkan komisen, penasihat hartanah, Harith Faisal telah berkongsi beberapa tips untuk korang gunakan bagi membeli rumah.
Jom baca.
Cara kira kelayakan orang yang dapat pendapatan ikut komisen, lain dengan orang yang bergaji tetap. Yang bergaji tetap, kalau gaji dia RM5,000 maka itulah gaji dia di mata bank.
Jika makan gaji tetap Jadi, andai kau sekarang ada komitmen kereta RM1,000 sebulan kita akan kira kelayakan rumah kau macam ni. Katakan bank tu benarkan max 60% untuk komitmen bulanan.
RM5,000 x 60% = RM3,000
RM3,000 – RM1,000 = RM2,000
RM2,000 x 200 = RM400,000
Kau layak untuk buat pembiayaan rumah lebih kurang RM400,000 dengan bayaran bulanan RM2,000 untuk tenor selama 35 tahun dan kadar bank profit ialah 5%.
Jika berdasarkan komisen Tapi kalau orang income komisen, ada cara kira yang tersendiri. Mula-mula, tambah semua komisen 6 bulan terkini. Kemudian, bahagi dengan 6 untuk dapatkan purata.
Ogos: RM4,900
Julai: RM4,800
Jun: RM5,200
Mei: RM4,700
April: RM5,300
Mac: RM5,100
Total: RM30,000
Purata: RM5,000
Biasanya bank hanya kira 50% – 80% daripada purata tu saja sebagai income kau. RM5,000 income komisyen tak sama macam RM5,000 orang yang bergaji tetap ya.
**Bank A (Kira 80%)
Komitmen: RM1,000 kereta
RM5,000 x 80% = RM4,000
RM4,000 x 60% = RM2,400
RM2,400 – RM1,000 = RM1,400
RM1,400 x 200 = RM280,000
Kau layak untuk buat pembiayaan rumah lebih kurang RM280,000 dengan bayaran bulanan RM1,400 untuk tenor selama 35 tahun dan rate bank profit ialah 5%.
**Bank B (Kira 50%)
Komitmen: RM1,000 kereta
RM5,000 x 50% = RM2,500
RM2,500 x 60% = RM1,500
RM1,500 – RM1,000 = RM500
RM500 x 200 = RM100,000
Kau layak untuk buat pembiayaan rumah lebih kurang RM100,000 dengan bayaran bulanan RM500 untuk tenor selama 35 tahun dan rate bank profit ialah 5%.
Komisen harus konsisten Dah nampak kan apa beza cara kira orang income komisyen dan bergaji tetap. Anyway, ada juga bank yang akan kira 100% komisyen daripada purata 6 bulan tu. Try survey ya.
Lagi satu, kalau kau kerja komisyen, pastikan komisyen kau tu konsisten selama 6 bulan sebelum kau nak beli rumah tu. Kalau nampak pattern menaik setiap bulan lagi bagus.
Kalau kau nak tau, ada juga situasi bila komisyen kau tak konsisten, bank akan kira komisyen kau lebih rendah daripada 50%. Silap-silap purata RM5,000 dia kira 40% saja.
Simpanan mudahkan anda Simpanan pun kau kena jaga betul-betul. Lagi banyak lagi bagus. Sebab bank tau, kerja komisyen ni ada turun dan naik. Simpanan kecemasan wajib ada. 6 bulan ke, 12 bulan ke.
Masa mohon pembiayaan rumah, kau boleh sedia sekali bukti simpanan kau yang kat ASB, Tabung Haji, unit amanah, akaun simpanan bank, SSPN dll tu kepada bank.
Makin banyak simpanan kau, makin cerah peluang untuk bank luluskan permohonan pembiayaan rumah kau tu. Konklusinya, orang pendapatan komisen pun boleh beli rumah.
Kau tengoklah ejen hartanah, ejen takaful, ejen unit trust, sales banker, ejen penapis air, rumah mereka banyak dan besar-besar. Iya! Penyata komisyen laku di mata bank.
Oh ya! Jangan lupa declare dan bayar cukai pendapatan juga ya. Kalau kau dah 2 tahun bayar cukai pendapatan, bank pun malu nak tolak pembiayaan rumah kau.
Sumber: Harith Faisal


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2019/09/14/panduan-beli-rumah-untuk-orang-pendapatannya-ikut-komisen-dikongsikan-perunding-hartanah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Wanita Ini Beli Tanah Dan Rumah Mewah Di Jambi Hasil Korupsi Dana Bpjs 7 Miliar

Wanita Ini Beli Tanah Dan Rumah Mewah Di Jambi Hasil Korupsi Dana Bpjs 7 Miliar

papar berkaitan - pada 9/9/2019 - jumlah : 209 hits
Direktorat Reserse Kriminal Khusus Polda Jawa Barat mengungkap kasus korupsi dana klaim Badan Penyelenggara Jaminan Sosial Kesehatan sebesar Rp7 7 miliar yang dilakukan oleh mantan Kepala RSUD Lembang dr Onnie Habie dan Bendaharanya yakni M...
Jual Beli Hartanah By Sheilaprop

Jual Beli Hartanah By Sheilaprop

papar berkaitan - pada 19/9/2019 - jumlah : 296 hits
Assalamualaikum Kerajinan macam makin terserlah Tak caya Meh korang cuci mata kat Kan Sheila sekarang tengah bergiat aktif dalam bidang yang baru Sheila ceburi Alhamdulillah Sheila suka dengan bidang ni masih baru dan banyak benda baru yang...
Beli Rumah Tapi Kena Tipu Lapor Pada Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah

Beli Rumah Tapi Kena Tipu Lapor Pada Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah

papar berkaitan - pada 19/9/2019 - jumlah : 366 hits
Dewasa ini kita lihat ramai antara kita melihat soal memiliki rumah amatlah penting Semua sedar bahawa pemilikan hartanah perlu bagi memastikan anak cucu kelak ada tempat tinggal atau kediaman yang selesa Namun bukan semua orang mampu memil...
Kerja Kontrak Susah Betul Nak Beli Rumah Betul Ke Ikuti Tip Yang Dikongsi Oleh Lelaki Ini

Kerja Kontrak Susah Betul Nak Beli Rumah Betul Ke Ikuti Tip Yang Dikongsi Oleh Lelaki Ini

papar berkaitan - pada 15/9/2019 - jumlah : 268 hits
Rumah merupakan suatu keperluan yang perlu ada bagi memberi perlindungan serta tempat untuk berehat selepas seharian berkerja demi mencari sesuap nasi Setiap orang pastinya mengimpikan untuk memiliki rumah sendiri yang selesa dan boleh didi...
Panduan Beli Iphone Dari China Dengan Harga Lebih Murah

Panduan Beli Iphone Dari China Dengan Harga Lebih Murah

papar berkaitan - pada 18/9/2019 - jumlah : 799 hits
Panduan Beli Iphone Dari China Dengan Harga Lebih Murah Zaman maju mestilah memilih telefon bimbit yang sesuai dan selesa untuk kegunaan harian Hinggakan sanggup berbelanja dengan nilai yang lebih tinggi Ramai kedai kedai menjual dengan har...
30 Cara Dan Tips Jimatkan Elektrik Rumah Anda

30 Cara Dan Tips Jimatkan Elektrik Rumah Anda

papar berkaitan - pada 9/9/2019 - jumlah : 1448 hits
30 TIPS CARA JIMATKAN PENGGUNAAN ELEKTRIK RUMAH ANDA Bagi pengguna biasa rumah kediaman bayaran tenaga elektrik adalah salah satu utiliti yang agak membebankan berbanding air Setiap sebulan sekali mesti kena bayar bil api yang jumlahnya buk...
Angin Puting Beliung Terjang Solok Selatan 79 Rumah Rusak

Angin Puting Beliung Terjang Solok Selatan 79 Rumah Rusak

papar berkaitan - pada 8/9/2019 - jumlah : 191 hits
Angin puting beliung menerjang wilayah Kecamatan Pauah Duo Kabupaten Solok Selatan Sumatera Barat Jumat sore Akibatnya 79 rumah warga rusak
Gadis Ini Menolak Makan Enak Saat Diantar Ke Rumah Semua Menangis Lihat Kondisi Adik Adiknya

Gadis Ini Menolak Makan Enak Saat Diantar Ke Rumah Semua Menangis Lihat Kondisi Adik Adiknya

papar berkaitan - pada 9/9/2019 - jumlah : 315 hits
Akun Facebook bernama Padaedi Sandakan mengunggah cerita seorang gadis bernama Putri yang membuat banyak orang bersedih Cerita bermula ketika Padaedi mendapat kabar dari seorang teman bernama Mahjur Salleh bahwa ada seorang gadis yang sudah...
Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut