Panduan Asas Penternakan Ikan Talapia
Panduan Asas Penternakan Ikan Talapia | Pertanian dan Penternakan adalah perniagaan. Pengusaha tanaman mahupun penternak haiwan seperti lembu, kambing, ayam dan ikan pada akhirnya akan menjual hasil tanaman dan ternakan mereka, perniagaan selalunya bermula dengan minat. Walaubagaimanapun, ada juga yang memulakan dengan niat berniaga dahulu baru berubah kepada minat
Misalnya, penternakan ikan talapia.
Penternakan ikan talapia merupakan pilihan ramai untuk perniagaan disebabkan 9 faktor utama seperti:-
Faktor 1 : Mempunyai pasaranJika dilihat dimana-mana pasaraya, ikan tilapia antara ikan yang dijual disana. Ianya sentiasa menjadi pilihan rakyat Malaysia kerana harga yang lebih murah berbanding ikan lain. Di restoran juga banyak resepi ikan tilapia yang dihidangkan. Kalau masak asam pedas dan goring sambal pun memang sedap ikan ni
Faktor 2 : Tumbesaran yang cepatIkan tilapia antara ikan yang mudah untuk diberi makanan. Dengan menyediakan palet sahaja, ikan ini mampu membesar dengan cepat. Kadar tumbesaran yang cepat ini meningkatkan kadar kebolehjualan ikan tersebut. Lebih cepat besar, lebih cepatlah ikan itu terjual.
Faktor 3 : Rupabentuk luaran yang menarik untuk pasaranDengan bentuk yang menarik, menampakkan isi ikan yang banyak ini memang orang sentiasa akan beli.
Faktor 4 : Tulang yang sedikitIkan talapia antara ikan yang tidak mempunyai tulang yang banyak berbanding ikan popular lain seperti ikan bahulu dan ikan terubuk.
Faktor 5 : Daging yang enak dan sesuai untuk pasaranDaging ikan talapia yang berwarna putih dan tebal membuatkan sesiapa pun yang makan akan rasa enak.
Faktor 6 : Tahan kepada perubahan persekitaranJika anda pernah buat kolam di kampung dan memelihara ikan talapia, ianya memang tahan dengan perubahan persekitaran. Selagi ada sumber makanan dan air ikan ini mampu bertahan lama di dalam kolam tersebut.
Faktor 7 : Tempoh menternak yang singkatIkan talapia boleh dituai seawal 5-6 bulan untuk mencapai saiz purata 600 gram seekor
Faktor 8 : Teknologi untuk pengeluaran komersial yang sedia adaSekarang ini, teknologi untuk pengeluaran ikan talapia semakin canggih dan meningkatkan pasaran sehingga ke luar negara. Ikan ini boleh dijual secara segar di pasaraya, pasar ikan dan secara frozen untuk di eksport ke luar negara.
Faktor 9 : Boleh diproses kepada pelbagai bentuk produkDengan keenakkan daging ikan talapia, ianya mempunyai banyak bentuk produk yang boleh dibuat seperti fish ball, keropok dan sebagainya
Berita baik untuk anda yang nak menceburi bidang penternakan ikan talapia, saudara Muhammad Zhafran mahu berkongsi ilmu tentang permulaan hingga kejayaan beliau menjadi usahawan ikan talapia
Tak perlu ikut kursus, tak perlu membayar yuran ratusan ringgit untuk mendapatkan ilmu penternakan ikan talapia ini
Perkenalkan dengan anda..SEBUAH E-BOOK (BUKU DIGITAL DALAM BENTUK PDF)
PANDUAN MENTERNAK IKAN TALAPIA DI DALAM KOLAM TANAH
Apakah Isi Kandungan Ebook Ini?
BAB 1: PENGENALAN IKAN TILAPIAMengandungi info asas pengenalan mengenai ikan tilapia seperti potensi penternakan, jenis-jenis spesis ikan tilapia yang biasa diternak di Malaysia dan juga ciri-ciri Ikan Tilapia yang sesuai dengan cuaca dan iklim di Malaysia. Jenis-jenis ikan yang memberikan isi ikan yang akan memberikan keuntungan kelak dan jenis Ikan Tilapia baru yang boleh mencepatkan masa untuk tuaian
BAB 2: PERIHAL KOLAM Maklumat lengkap berkaitan kolam. Dari mula mengenalpasti jenis kolam, lokasi yang sesuai untuk membina kolam, pengiraan kos membuat kolam, peralatan-peralatan yang diperlukan untuk membina dan mengurus kolam. Turut diceritakan di dalam bab ini tentang aspek jadual pembersihan kolam
BAB 3: BENIH IKANBagaimana memilih benih ikan yang terbaik, berapakah saiz yang sesuai dan berapakah harganya? Berapa banyak benih yang diperlukan? Dimana mahu mendapatkan bekalan benih ikan? Semuanya ada di ceritakan di dalam bab ini
BAB 4: MAKANAN IKANKolan dan selesai! Benih pun dah selesai! Sekarang, masuk pula bab makanan! Apakah makanan yang sesuai untuk ikan tilapia? Setiap peringkat tumbesaran ikan tilapia, memerlukan makanan yang berbeza! jadi, ketahui segala hal tentang makanan ikan di dalam bab ini
BAB 5: MAKANAN RUMUSAN SENDIRI Menceritakan dengan ringkas bagaimana membuat makanan sendiri yang boleh menjimatkan kos penternakan serta menerangkan serba sedikit mengenai rumusan makanan serta alatan-alatan yang perlu ada
BAB 6: PENYAKIT IKAN & CARA RAWATANSenarai beberapa penyakit yang biasa menyerang ikan dan juga langkah-langkah bagaimana mengatasi atau merawat penyakit-penyakit tersebut
BAB 7: PENJUALAN HASIL TERNAKANBagaimana untuk menuai hasil ternakan? Berapakah harga jual yang mahu diletakkan? Kepada siapa ikan-ikan ini boleh dijual? Apakah faktor yang mempengaruhi harga jualan ikan? Semuanya di tunjukkan dalam bab ini
BAB 8: KESILAPAN-KESILAPAN PENTERNAK IKANIni adalah antara bab yang paling penting! Tidak ramai penternak yang ingin berkongsi tentang kesilapan-kesilapan yang mereka lakukan yang boleh menyebabkan mereka kerugian berpuluh ribu ringgit sewaktu sedang mengusahakan projek penternakan ikan ini! Jadi, dalam bab ini, saya kongsikan kesilapan-kesilapan yang seringkali dilakukan oleh pengusaha penternakan ikan. Info di dalam bab ini sahaja mampu menyelamatkan berpuluh-puluh ribua wang anda
BAB 9 : RISIKO PENTERNAKANEh? Siapa kata menternak ikan tilapia ini tiada risiko? Dalam bab ini saya kongsikan 6 risiko yang sentiasa berlaku dan perlu dihdapai oleh penternak ikan tilapia. Anda perlu bersedia menghadapi risiko-risiko ini apabila ingin menjalankan projek penternakan ikan tilapia
BAB 10: KISAH KEJAYAANSedikit kisah-kisah kejayaan penternak lain sebagai suntikan motivasi untuk anda memulakan projek penternakan ikan tilapia
BAB 11: ORGANISASI RUJUKANSenarai beberapa organisasi yang boleh membantu anda apabila anda menjalankan projek penternakan ikan ini. Organisasi ini sedia membantu dari segi ilmu, bantuan, pemasaran dan sebagainya
BAB 12: PINJAMANMungkin anda kekurangan modal untuk memulakan projek penternakan ikan ini. Jadi, disini, saya kongsikan beberapa agensi kerajaan dan pihak bank yang sedia menawarkan pinjaman bagi anda memulakan projek penternakan anda
BAB 13: PENDAFTARAN SYARIKAT/PERNIAGAANApabila anda ingin menjalankan projek penternakan ini secara serius, maka adalah penting untuk anda mendaftarkan projek anda sebagai sebuah perniagaan atau syarikat. Ianya adalah bertujuan untuk anda menguruskan wang keluar masuk untuk projek anda serta memudahkan anda untuk membuat pinjaman kelak
BAB 14: SENARAI SEMAKSenarai semak yang boleh digunakan untuk membantu mengingatkan langkah-langkah yang perlu diambil untuk menjalankan peniagaan ini.
Untuk Siapakah Ebook Ini?
E-book ini amat sesuai untuk :-
Sesiapa yang ingin mencuba penternakan ikanPara-para penternak yang baru menceburi bidang penternakanSesiapa yang ingin mencari ilmu tentang penternakan ikan tilapia
Ebook ini kurang sesuai untuk :-Penternak-penternak yang sudah berjaya di dalam bidang ternakan ikan tilapiaPenternak-penternak yang sudah arif tentang selok belok bidang penternakanSesiapa yang ingin menjadi kaya dengan cepat
Ebook ini bukan sahaja menceritakan tentang bagaimana memulakan penternakan ikan tilapia. Tetapi ia juga mengandungi pengalaman-pengalaman penternak-penternak yang telah mengalami segala perkara di dalam bidang ternakan ini. Seperti kerugian, kematian ikan, penipuan dan sebagainya yang boleh dijadikan teladan dan pengajaran kepada penternak-penternak baru. Sanggupkah anda untuk mengalami kerugian sebanyak RM 20000?, RM 10000? atau RM 5000?. Semestinya tidak bukan?.
Jadi buku ini akan membantu anda untuk mengelakkan diri daripada mengalami kerugian seperti penternak-penternak terdahulu.
Dapatkan buku Panduan Penternakan Ikan Talapia ini – [ Klik Sini ]
Semoga artikel Panduan Asas Penternakan Ikan Talapia ini membantu anda dalam mempelajari ilmu penternakan ikan talapia dalam kolam tanah.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.rujukanniaga.com/2019/08/panduan-asas-penternakan-ikan-talapia.html