Pandangan Persatuan Sejarah Kedah Tentang Polemik Air


HARAKAH DAILY

POLEMIK air antara Negeri Kedah dan Pulau Pinang kerap dibincangkan dalam pelbagai media sejak akhir-akhir ini.

Isu ini bertambah panas apabila Kerajaan Negeri Kedah mengumumkan penemuan galian berharga, termasuk “Rare Earth Element” atau REE di Ulu Muda, bagi menjana hasil baharu kepada Kerajaan Negeri Kedah.
Sebagai sebuah negeri berasaskan pertanian, sebahagian besar muka bumi Kedah di kawasan dataran merupakan kawasan sawah padi yang menjadi sumber makanan negara.
Manakala kawasan bukit meliputi kawasan Padang Terap dan Sik merupakan kawasan hutan simpan dan juga kawasan tadahan air bagi tujuan penggunaan domestik negeri-negeri di utara Semenanjung.
Bagi penduduk Kedah, penggunaan air adalah berbayar. Syarikat Air Darul Aman (SADA) membayar caj perawatan air mentah kepada Lembaga Sumber Air Negeri Kedah (LSANK) bagi setiap meter padu, untuk kegunaan pembekalan air terawat kepada rakyat di Negeri Kedah.
Jika penggunaan air bagi rakyat Kedah pun dibayar, secara moralnya Kerajaan Negeri Pulau Pinang perlu membayar dengan kadar yang sama kepada Lembaga Sumber Air Negeri Kedah. Dana ini bertujuan mengekalkan kawasan tadahan air sebagai kawasan tadahan yang sempurna, melalui proses penyenggaraan dan pemuliharaan sepanjang Sungai Muda, serta merancang aktiviti-aktiviti berkaitan bagi tujuan mengekalkan kelestarian sumber air ini.
Jika Pulau Pinang sentiasa mengingatkan Kedah supaya menjaga kawasan Ulu Muda bagi tujuan jaminan sumber air kepada mereka, sewajarnya mereka juga perlu menghargai pengorbanan Kedah, yang telah mewartakan kawasan Ulu Muda sebagai kawasan hutan simpan.
Ini adalah suatu pengorbanan negeri Kedah, yang menyebabkan ia kehilangan sumber hasil kepada kerajaan negeri.
Oleh itu, amatlah jelik, jika pemerintah Pulau Pinang hanya tahu mendesak Kedah supaya menjaga sumber air dan tidak meneroka sumber galian di bumi Kedah, tetapi dalam masa yang sama mereka langsung tidak memberi sumbangan kepada pengurusan sumber air yang mereka perlukan itu.
Dr Ibrahim Bakar
Pengerusi Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah (PSMCK) – HARAKAHDAILY

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/12/pandangan-persatuan-sejarah-kedah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Isu Air Menteri Saran Pulau Pinang Sumbang Wang Atas Pengorbanan Kedah

Isu Air Menteri Saran Pulau Pinang Sumbang Wang Atas Pengorbanan Kedah

papar berkaitan - pada 15/12/2020 - jumlah : 329 hits
Kementerian Alam Sekitar dan Air menyarankan Pulau Pinang untuk menyumbang dalam bentuk kewangan kepada Kedah selepas kerajaan negeri itu berkorban untuk tidak meneroka kawasan tadahan air Ulu Muda kata menterinya Tuan Ibrahim Tuan Man Di a...
Kedah Tuntut Bayaran Caj Air Mentah Bukan Sumbangan

Kedah Tuntut Bayaran Caj Air Mentah Bukan Sumbangan

papar berkaitan - pada 23/12/2020 - jumlah : 237 hits
Kerajaan Kedah tetap mahu Pulau Pinang membayar caj air mentah dari kawasan Ulu Muda dan bukannya hanya diberikan sumbangan sahaja Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor berkata pihaknya telah meletakkan bayaran sebanyak 10 sen bagi sat...
Isu Air Kedah Mahukan Bayaran Bukan Sumbangan Muhammad Sanusi

Isu Air Kedah Mahukan Bayaran Bukan Sumbangan Muhammad Sanusi

papar berkaitan - pada 23/12/2020 - jumlah : 378 hits
Muhammad Sanusi Md Nor ALOR SETAR Kerajaan Negeri Kedah tetap mahukan bayaran caj air mentah dari Sungai Muda yang mengalir ke Pulau Pinang dan bukannya bayaran berbentuk sumbangan daripada kerajaan negeri terbabit Menteri Besar Muhammad Sa...
Isu Air Kedah Penang Najib Tolong Bagi Pencerahan

Isu Air Kedah Penang Najib Tolong Bagi Pencerahan

papar berkaitan - pada 14/12/2020 - jumlah : 282 hits
Negeri Melaka membayar Johor untuk mengambil air mentah Selangor juga membayar Pahang untuk air mentah Jadi saya tidak tengok apa masalah untuk Pulau Pinang membayar Kedah jika kerajaan DAP Pulau Pinang asyik menegur negeri Kedah untuk mema...
Mb Kedah Jangan Angkuh Dengan Air

Mb Kedah Jangan Angkuh Dengan Air

papar berkaitan - pada 13/12/2020 - jumlah : 278 hits
December 13 2020 Biro Undang Undang AMANAH Nasional menegaskan agar Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor tidak angkuh berhubung isu bekalan air kepada Pulau Pinang KANUN mengingatkan sebarang sekatan air oleh Kerajaan Negeri Kedah ter...
Apakah Halal Pulau Pinang Dapat Air Tanpa Membayar Pas Kedah

Apakah Halal Pulau Pinang Dapat Air Tanpa Membayar Pas Kedah

papar berkaitan - pada 11/12/2020 - jumlah : 275 hits
PAS Kedah mempersoalkan apakah halal bagi Pulau Pinang mendapat manfaat bekalan air dari Kedah tanpa memberi sebarang bayaran Pesuruhjaya PAS Kedah Ahmad Yahaya berkata saban tahun Kerajaan Negeri Kedah terpaksa menanggung kos bagi pemuliha...
Cerita Sebalik Berita Caj Air Mentah Babitkan Kedah Dan Pulau Pinang

Cerita Sebalik Berita Caj Air Mentah Babitkan Kedah Dan Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 11/12/2020 - jumlah : 299 hits
Wartawan Astro AWANI menceritakan kisah di sebalik sesuatu berita yang dilaporkan SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Astro AWANI LIVE https www astroawani com video terkini Social Media FACEBOOK ...
Travel Tips To Bali From Malaysia Don T Buy Your Ticket To Bali Without This Guide

Hiburan Tular Video Wanita Halau Jemaah Lelaki Dari Surau Ahli Jawatankuasa Tampil Beri Penjelasan Si Perakam Bukan Ajk

Tanda Bacaan Gula Dalam Darah Tidak Normal Ambil Tahu Elak Diabetes

The Italian Job A 1974 Harley Davidson Sx250 Flat Tracker By Fuchs

Yasser Atak Wanie Sidik Teruna Dara Idaman Chord

Lynas Rare Earths Production S Role In Global Order

Autoimmune Disease

American Airlines Flights Snarled By Computer Glitch


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pengalaman Tukar Skrin Retak Samsung S23 Ultra

Anak Sulung Daddy Rasa Macam Daddy Dah Tak Sayang Dia Lagi Luahan Anak Fizo Omar Raih Perhatian Netizen

Bayi Lelaki Dijumpai Tepi Jalan Berhampiran Masjid

Menerima Dan Menggunakan Dana Politik Untuk Tujuan Politik Bukan Kesalahan

Wekongsi Perlindungan Perubatan Rm1 Juta Sebulan Bawah Rm50 Sahaja

Pelancaran Aji Ya Sup Gourmet Segera Halal Pertama Malaysia Di Soup Erlicious Party