Pandangan Imam Ghazali Tentang Stres Ini Mampu Membuka Mata



Perkataan stres sebenarnya berasal daripada perkataan Greek ‘stringere’ yang membawa maksud tegang. Perkataan stres mula-mula digunakan oleh seorang penyair Inggeris Robert Mannyng dalam karyanya bertajuk ‘Handlying Synne’ pada tahun 1303 Masihi dengan ejaan stres.
Selepas kurun ke-14 perkataan tersebut digunakan secara meluas dalam Bahasa Inggeris seperti stresse, stresce, strest dan straisse.
Perkataan stres dalam Bahasa Arab pula disebut ‘dahgt nafsi’ (ضغط النفس ). Dalam Mu‘ jam Ilm al-Nafs, tekanan merupakan suatu keadaan di mana faktor luaran menekan seseorang sehingga mengakibatkan seseorang itu merasa tertekan (tension).
Ia juga berlaku apabila seseorang itu berhadapan dengan situasi di mana tuntutan kehidupannya terlalu banyak dan melangkaui keupayaannya.
Punca Stres Mengikut Imam Al-Ghazali
Imam Al-Ghazali tidak menggunakan istilah stres atau ضغط secara spesifik dalam karyanya namun isu ini dihuraikan di bawah topik yang lebih rinci dan mendalam seperti penyakit hati dan emosi seperti takabbur, riya’, dengki, buruk sangka, melakukan maksiat, berakhlak buruk, dan mengumpul harta.
Beliau berpendapat bahawa segala masalah ini berlaku kerana perasaan dan sikap yang cinta kepada dunia yang akhirnya membawa kepada masalah tekanan dalam hidup.
Perumpamaan Imam Ghazali Tentang Kehidupan Dunia
Imam Ghazali mengumpamakan kesibukan mengurus urusan dunia sehingga melupakan akhirat seperti keadaan satu kaum yang menaiki sebuah kapal yang berhenti di sebuah pulau.
Apabila sampai di sebuah pulau, semua penumpang diminta turun bagi menunaikan keperluan masing-masing dan diingatkan supaya tidak terlalu lama kerana takut ketinggalan pula nantinya.
Maka berpisahlah kaum tadi meneliti setiap sudut pulau tersebut mengikut kemahuan masing-masing. Ada di antara mereka segera menaiki kapal selepas menyelesaikan keperluan dan memilih tempat duduk yang lebih selesa.
Ada pula di antara mereka yang terpukau dengan keindahan pulau, memandang kepada keindahan bunga-bungaan yang mengembang, kicauan burung-burung yang mempersona pendengaran telinga dan mutiara-mutiara yang terhampar di daratan dalam pelbagai bentuk dan warna yang kesemuanya memukau pandangan mata.
Namun akhirnya teringat bahawa mereka perlu pulang segera ke kapal tetapi mendapat tempat yang sempit. Ada pula di kalangan mereka teruja dengan kecantikan mutiara dan batu-batu yang berharga lalu mengambilnya dan membawa masuk ke kapal.
Malangnya mereka ini mendapat tempat yang sempit dan menjadi semakin sempit disebabkan mutiara dan batu-batu yang dibawa bersama. Disebabkan terlalu sempitnya tempat di dalam kapal tersebut sehingga tiada ruang untuk diletakkan mutiara dan batu-batu tersebut, mereka menggantungkannya pada leher mereka.
Mereka mula menyesal membawa batu dan mutiara tersebut namun tidak pula berhasrat mencampakkannya sahaja ke lautan. Ada pula di kalangan mereka masuk terlalu jauh ke dalam hutan dan disibukkan dengan memakan buah-buahan dan pohon-pohon yang rendang.
Namun dalam masa yang sama disebabkan sudah terlalu jauh berjalan, mereka juga diselubungi perasan takut kepada binatang buas dan kaki mereka pula ditusuk duri serta pakaian mereka dikoyakkan oleh ranting-ranting kayu.
Apabila mereka terdengar panggilan kelasi kapal, mereka datang ke kapal dalam keadaan yang sukar dan tempat kosongpun sudah tiada lagi, lalu mereka ditinggalkan di tepi-tepi pantai sehingga mati kelaparan.
Sesetengah daripada mereka pula tidak kedengaran panggilan kelasi kapal lalu kapal berlayar meninggalkannya. Akhirnya ada yang dimakan binatang buas, ada yang sesat kerana berjalan tanpa tujuan, ada juga yang mati di dalam lumpur dan ada yang digigit ular.
Manakala individu yang berada di dalam kapal dengan membawa bunga-bungaan dan mutiara berharga, barang-barang tersebut melekakannya dan hati mereka disibukkan dengan menjaga barang-barang tersebut kerana takut hilang.
Lama kelamaan bunga-bunga itu layu dan menjadi busuk lalu mereka tiada pilihan lain melainkan mencampakkannya ke dalam laut.
Perumpamaan yang diberikan ini cukup untuk menggambarkan kehidupan seorang manusia di dunia. Pulau tersebut umpama dunia yang terkandung banyak hiasan yang memukau mata. Ada yang menyedari bahawa persinggahan di pulau tersebut hanya sebentar, jadi hanya mengambil sekadar yang perlu sahaja, menunaikan hajat dan terus naik semula ke kapal.

Saranan Imam Ghazali Dalam Mengatasi Tekanan Dalam Hidup
Tekanan hadir apabila berlaku ketidakseimbangan dalam kehidupan. Kata Imam Ghazali; pada mengingati kematian itu terdapat pahala dan kelebihan. Bagi orang yang terlalu cintakan dunia, mengingati kematian ada faedah lantaran dia dapat merenggangkan dirinya daripada urusan dunia. Selain itu antara saranan lain yang diberikan bagi mengatasi tekanan hidup adalah seperti di bawah.
1. Mujahadah Mengawal Nafsu
2. Menginsafi Bahawa Kehidupan Di Dunia Ini Sementara
3. Memperbanyakkan Zikir
4. Bertafakkur
5. Memanfaatkan Setiap Perkara Di Dunia Ini Sekadar Keperluan Sahaja
“Sesiapa yang ada padanya dua sifat ini akan dicatat di sisi Allah SWT sebagai orang yang bersyukur dan sabar dan sesiapa yang tiada sifat-sifat ini pula tidak akan dicatat di sisi Allah SWT sebagai orang yang bersyukur dan sabar iaitu sesiapa yang melihat urusan agamanya kepada orang yang lebih tinggi daripadanya maka dia terdorong untuk mencontohinya (mengikutnya),
dan sesiapa yang melihat urusan dunianya kepada orang yang lebih rendah daripada dirinya nescaya dia akan mensyukuri nikmat-Nya di atas kelebihannya berbanding orang tersebut maka dicatat Allah sebagai seorang yang sabar lagi bersyukur.
(Hadith riwayat al-Tirmidhi, Sunan al-Tirmidhi, Kitab Sifat alQiyamah wa al-Raqa’iq wa al-War‘)
Islam mementingkan pencegahan serta penjagaan, maka kerana itulah konsep kesederhanaan sentiasa dianjurkan dalam apa jua perkara yang dilakukan. Langkah ini diambil bagi mengelakkan berlakunya masalah yang mampu membawa tekanan yang melampau dalam hidup.
Namun sederhana dalam Islam bukan bermaksud sama pembahagiannya atau 50:50. Menurut Ustaz Iqbal Zain, maksud kesederhanaan dalam konteks Islam ialah meletakkan setiap sesuatu pada tempatnya yang betul dan tepat selari dengan syariat secara adil, berhikmah dan beradab.
Allah menciptakan setiap suatu di dunia ini- bumi, langit, bahkan penciptaan manusia dengan nilai-nilai keseimbangan, maka tanggungjawab kita pula untuk menjaga keseimbangan tersebut- pada diri dan juga kehidupan kita seluruhnya.
 
Sumber: Tazkirah.net 
The post Pandangan Imam Ghazali Tentang Stres Ini Mampu Membuka Mata appeared first on Islam Itu Indah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.islamituindah.my/pandangan-imam-ghazali-tentang-stres-ini-mampu-membuka-mata/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Secubit Pandangan Tentang Pemansuhan Hukuman Bunuh

Secubit Pandangan Tentang Pemansuhan Hukuman Bunuh

papar berkaitan - pada 16/11/2018 - jumlah : 342 hits
Oleh Zolkharnain Abidin Al Abyadhi Beban pembuktian hukuman qisas bukanlah sesuatu yang boleh dipandang mudah kerana melibatkan nyawa Mencabut nyawa untuk menegakkan keadilan bukanlah seperti memukul anak yang tidak solat Perbincangan tenta...
Air Kencing Haiwan Mampu Membunuh

Air Kencing Haiwan Mampu Membunuh

papar berkaitan - pada 13/11/2018 - jumlah : 445 hits
Leptosirosis atau lebih dikenali sebagai penyakit kencing tikut yang merupakan satu penyakit yang berjangkit yang dibawa oleh haiwan yang mempunyai bakteria leptospira kepada manusia Penyakit ini boleh terjadi di mana mana sahaja terutamany...
Menko Pmk Dorong Masyarakat Penerima Bansos Mampu Bangkitkan Kemandirian Ekonomi

Menko Pmk Dorong Masyarakat Penerima Bansos Mampu Bangkitkan Kemandirian Ekonomi

papar berkaitan - pada 11/11/2018 - jumlah : 216 hits
Puan juga menegaskan bantuan sosial yang diberikan oleh pemerintah terutama bantuan PKH harus benar benar bermanfaat serta bisa meningkatkan kesejahteraan masyarakat dan ke depan diharapkan mampu menciptakan kemandirian ekonomi keluarga
Menko Puan Pemerintahan Jokowi Selalu Berpihak Pada Masyarakat Tak Mampu

Menko Puan Pemerintahan Jokowi Selalu Berpihak Pada Masyarakat Tak Mampu

papar berkaitan - pada 11/11/2018 - jumlah : 213 hits
Menurut Puan berbagai kebijakan dan program Pemerintahan Presiden Joko Widodo terus dilaksanakan di semua sektor dan manfaatnya dirasakan masyarakat Buktinya selama pemerintahan Presiden Jokowi kesejahteraan masyarakat meningkat
Icerd Agenda Dap Untuk Kuasai Negara Kini Tun M Tak Mampu Pertahan Melayu Lagi

Icerd Agenda Dap Untuk Kuasai Negara Kini Tun M Tak Mampu Pertahan Melayu Lagi

papar berkaitan - pada 10/11/2018 - jumlah : 549 hits
DAP dengan biadap memperbodohkan PPBM di mana Tun Mahathir adalah Pengerusi PPBM Seolah olah Tun Mahathir sangat bodoh walau sudah berpuluh tahun menjadi Perdana MenteriKUALA LUMPUR Ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Se...
Dedi Mulyadi Klaim Dirinya Dan Ridwan Kamil Mampu Dongkrak Suara Jokowi Di Jabar

Dedi Mulyadi Klaim Dirinya Dan Ridwan Kamil Mampu Dongkrak Suara Jokowi Di Jabar

papar berkaitan - pada 11/11/2018 - jumlah : 307 hits
Terkait instruksi Jokowi agar pendukungnya kampanye secara door to door Dedi menyebut hal itu sudah dilakukan secara bertahap Di samping itu TKD Jabar sudah mengetahui daerah mana saja yang perlu diperkuat
Kuasa Hati Mampu Mematahkan Sihir

Kuasa Hati Mampu Mematahkan Sihir

papar berkaitan - pada 11/11/2018 - jumlah : 356 hits
Sebut sahaja santau tuju tuju voodoo santet termasuk entiti yang berkaitan dengannya seperti polong pelesit hantu raya sudah pasti timbul suatu perasaan seram dan takut kepada orang yang mendengarnya kerana ilmu hitam atau sihir antara ilmu...
Ingat Tak Mampu Ke

Ingat Tak Mampu Ke

papar berkaitan - pada 12/11/2018 - jumlah : 251 hits
Agak terkesan dengan pertanyaan seseorang yang baik dengan k fiezz ceritanya masa k fiezz hadir bengkel anjuran bahagian k fiezz di Melaka family in law k fiezz ikut sekali tapi adik ipar k fiezz sewa satu bilik lagi kira dorang bayar sendi...
The Era Fm Dj S Thaipusam Fiasco Might Originally Be An Accident But It Has The Potential Of Turning Into A Disaster

Akhirnya Pembangkang Puji Cara Kerajaan Kemudi Ekonomi Negara

Act Swiftly To Send Strong Message Against Hatred Gobind Tells Cops Ag

More Flood Victims Evacuated In Sabah

Midea Mencatat Pertumbuhan Dua Angka Untuk Bertahun Tahun Di Malaysia Dengan Inovasi Rumah Pintar Mampu Milik

Bbc History A Comprehensive History Knowledge Hub

Lirik Lagu Balaklava Fetya

Video Gelagat Ernie Zakri Syamel Pecah Rahsia Mengenai Fattah Amira Raih Perhatian Ramai


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kadar Bayaran Zakat Fitrah Tahun 2025 Dan Waktu Yang Digalakkan Membayar Zakat Fitrah

Dilema Stem Di Malaysia Apa Yang Silap Dan Bagaimana Memperbaikinya

Bacaan Selawat Dan Tasbih Solat Sunat Tarawih

Settel Baju Melayu Raya

Lirik Lagu Hidayah Damian Mikhail

Menu Ramadan Kari Telur Dan Kambing Cili Padi