Secubit Pandangan Tentang Pemansuhan Hukuman Bunuh


Oleh Zolkharnain Abidin Al-Abyadhi

  Beban pembuktian hukuman qisas (bunuh balas) bukanlah sesuatu yang boleh dipandang mudah kerana melibatkan nyawa. Mencabut nyawa untuk menegakkan keadilan bukanlah seperti memukul anak yang tidak solat.

Perbincangan tentang al-nafs bi al-nafs (jiwa dengan jiwa) tidaklah semudah memahaminya secara harfiah iaitu, bunuh orang dibunuh balik. Jika mudah begitu, gersanglah keindahan syariat Allah.
Jika pembuktian untuk jenayah zina yang berkaitan dengan nasab dan maruah amat sukar, apatah lagi pembuktian untuk kes bunuh. Jenayah zina, mangsanya masih hidup padahal jenayah bunuh mangsanya sudah mati.

Sukarnya mendapat saksi empat mata untuk jenayah bunuh, samalah sukarnya untuk mendapat saksi lapan mata untuk jenayah zina, bahkan lebih sukar sebab keterangan mangsa tidak lagi boleh diambil.
Bahkan hukuman bunuh balas memerlukan pembuktian jenayah itu berlaku secara sengaja (qatl al-amd) dan mangsa berkedudukan setaraf dengan pembunuh, menjadikan pembuktiannya berada pada tahap melampau menasabah yang sangat tinggi.

Oleh kerana tuntutan beban pembuktian sangat tinggi, sementara kemungkinan wujud syubhat sangat luas, sedangkan hukuman bunuh mengakibatkan kehilangan sesuatu yang paling berharga iaitu nyawa, maka tidak menjadi sesuatu yang salah jika hukuman bunuh yang termaktub dalam undang-undang kini dimansuhkan.

Adakah ini bermakna menolak hukum qisas dalam al-Quran? Tidak, sebab, setiap hukuman mesti mencapai tujuan tertinggi iaitu keadilan apatah lagi keadilan terhadap nyawa.

Sebab itulah, dalam kes qisas ada peruntukan kemaafan waris, dalam keadaan kemaafan waris itu terbuka walaupun setelah hukuman bunuh balas sudah diputuskan oleh mahkamah.

Maksudnya, jika mahkamah sudah memuktamadkan hukuman bunuh pun waris boleh memaafkan, sedangkan membuktikan pembunuhan itu sendiri sesuatu yang amat sukar, mengapa semangat kemaafan itu tidak diambil daripada awal lagi?

Jika boleh difahami, maksudnya hukuman bunuh itu bukanlah mandatori. Pembunuh boleh dihukum dengan hukuman lain seperti penjara seumur hidup, dan dalam tempoh itu dia berpeluang memperbaiki dirinya dan bertaubat.

Kalau begitu seronoklah bunuh orang sebab tak kena bunuh balas? Kadang-kadang bunuh balas lebih disukai oleh penjenayah sebab dengan hukuman itu dia boleh melampiaskan niat jahatnya sesuka hati dengan harapan, lepas buat jahat, mati.

Apa-apa pun, saya bersetuju hukuman bunuh dimansuhkan daripada peruntukan dalam undang-undang jenayah sivil, sementara itu jika mahu undang-undang qisas dikuatkuasakan, ia perlu melibatkan kajian menyeluruh supaya matlamat hukuman itu iaitu keadilan dan menjaga nyawa tercapai.

Jika memahami lafaz al-Quran sekadar bergantung kepada terjemahan secara harfiah sahaja, tak perlulah para sarjana Islam menulis ratusan jodol tafsir dari dulu sehingga kini tanpa henti
  

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2018/11/secubit-pandangan-tentang-pemansuhan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pm K Jaan Kaji Pandangan Keluarga Mangsa Bunuh

Pm K Jaan Kaji Pandangan Keluarga Mangsa Bunuh

papar berkaitan - pada 10/11/2018 - jumlah : 296 hits
Diterbitkan 10 Nov 2018 2 30 petangPerdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan mengambil perhatian terhadap pandangan ahli keluarga mangsa pembunuhan berprofil tinggi mengenai cadangan untuk memansuhkan hukuman mati mandatori di ne...
Bunuh Khashoggi Mohammed Salman Tidak Bersalah 5 Pegawai Saudi Berdepan Hukuman Mati

Bunuh Khashoggi Mohammed Salman Tidak Bersalah 5 Pegawai Saudi Berdepan Hukuman Mati

papar berkaitan - pada 16/11/2018 - jumlah : 335 hits
Gambar diambil dari Badan Penyiaran Arab Saudi menunjukkan Timbalan Pendakwa Raya Saudi Shalaan al Shalaan menyampaikan ucapan di Riyadh di mana beliau membebaskan Putera Makhota Mohammed bin Salman dalam kes pembunuhan wartawan Jamal Khash...
Azizah Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori Perlulah Di Teliti

Azizah Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori Perlulah Di Teliti

papar berkaitan - pada 15/11/2018 - jumlah : 338 hits
KUALA LUMPUR Cadangan pemansuhan hukuman mati mandatori memerlukan penelitian dari segenap aspek kerana ia merupakan isu yang kompleks kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail Dr Wan Azizah yang juga Menteri Pembang...
Tiada Hukuman Mati Pelaku Kes Bunuh Bayi Zara

Tiada Hukuman Mati Pelaku Kes Bunuh Bayi Zara

papar berkaitan - pada 14/11/2018 - jumlah : 469 hits
Tiada Hukuman Mati Pelaku Kes Bunuh Bayi Zara Tiada Hukuman Mati Pelaku Kes Bunuh Bayi Zara
Hukuman Tak Pantas Dialami Pegawai Di China Mulai Ditampar Hingga Makan Kecoak

Hukuman Tak Pantas Dialami Pegawai Di China Mulai Ditampar Hingga Makan Kecoak

papar berkaitan - pada 8/11/2018 - jumlah : 307 hits
Pertama adalah para pegawai di sebuah firma perumahan di Zunyi Provinsi Guizhou yang ketahuan menghukum pegawai dengan cara menyuruh makan kecoak dan hukuman tidak manusiawi lainnya
Wanita Yang Cantik Ini Akan Dikenakan Hukuman Seumur Hidup Cantik Macam Bidadari Pun Perangai Teruk

Wanita Yang Cantik Ini Akan Dikenakan Hukuman Seumur Hidup Cantik Macam Bidadari Pun Perangai Teruk

papar berkaitan - pada 6/11/2018 - jumlah : 1270 hits
Wanita Yang Cantik Ini Akan Dikenakan Hukuman Seumur Hidup Cantik Macam Bidadari Pun Perangai TerukWanita Yang Cantik Ini Akan Dikenakan Hukuman Seumur Hidup Cantik Macam Bidadari Pun Perangai Teruk
Habib Rizieq Sebut Polisi Arab Marah Fotonya Viral Pelaku Terancam Hukuman Pancung

Habib Rizieq Sebut Polisi Arab Marah Fotonya Viral Pelaku Terancam Hukuman Pancung

papar berkaitan - pada 10/11/2018 - jumlah : 423 hits
Rizieq memperingatkan pelaku bisa dijerat UU ITE Arab Saudi dengan ancaman 15 tahun penjara dan denda 2 juta riyal atau setara Rp 8 miliar rupiah
Siapa Pelaku Durjana Celaka Ni Patut Kenakan Hukuman Sula

Siapa Pelaku Durjana Celaka Ni Patut Kenakan Hukuman Sula

papar berkaitan - pada 11/11/2018 - jumlah : 407 hits
Sangat sedih apatah lagi kalau melihat nasib mereka Kanak2 yang hilang tempat berkasih sayang dan mengharapkan belas kasihan daripada insan sekeliling tetapi diperlakukan dengan begitu sadis Siapakah individu yang terlibat disebalik perkara...
Kisah Pokok Tumbang Depan Rumah

Single Use Plastic Bags Banned In Forest Reserves National Parks

Send Unlimited Emails With 100 Delivery

Hp Elitebook 840 G5 Randomly Disconnecting From Wi Fi

Malaysia Airlines A330 300 Takes To The Skies In Manchester United Livery

Cara Buat Bayaran Semula Yayasan Bank Rakyat Secara Online Menggunakan Jompay

Senarai Universiti Luar Negara Kampus Malaysia Bidang Perubatan

Pelancaran Galeri Keratan Akhbar Muka Hadapan Di Pejabat Ppim Kaca Tv 17 04 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Shandy Pagalla Aku Ikhlas Melepaskanmu Chord

Ipank Mutiara Chord

Planner Islamic 2025 The Wife Co

Mcmc Selesai Siasat Kwong Wah Sin Chew Isu Jalur Gemilang

Hiburan Marissa Tuduh Reka Cerita Tak Benar Abby Abadi Hilang Sabar Nasib Takde Video Atau Gambar Kalau Ada

Pmx Selamat Sampai