Pandang Pertama Oppo Find X2 Pro Peranti Mercu Yang Pasti Dicari Cari
Menerusi Oppo Find X, Oppo kembali menghasilkan sebuah peranti mercu selepas bertahun-tahun hanya mengeluarkan peranti kelas pertengahan premium. Selepas setahun menyepi, Oppo Find X2 telah dilancarkan hari ini dengan rekaan serba baharu dan sistem kamera yang dipertingkatkan
Walaupun menggunakan penamaan Find, Find X2 sebenarnya adalah kesinambungan kepada Oppo Reno 10X Zoom tahun lalu. Malahan dari segi rekaan ia lebih menyamai Reno. Kami mendapat akses awal kepada peranti ini dan ini ialah pandangan ikhlas kami mengenai Oppo Find X2 selepas 48 jam.
SpesifikasiOppo Find X2Skrin6.7″, QHD+
OLED, 120Hz, HDR10+PemprosesSnapdragon 865 (7nm)Cip1×2.84 GHz Kryo 585
3×2.42 GHz Kryo 585
4×1.8 GHz Kryo 585Cip GrafikAdreno 650RAM12 Gigabyte LPDDR5Muatan Dalaman512 GigabyteKamera Utama48MP f/1.7 (utama) + 13MP (telefoto)
+ 48MP f/2.2 (ultra-lebar)Kamera Depan32 Megapixel f/2.4Bateri4260mAh – Pengecasan pantas 65WSIM/TelefoniDwi SIM Nano (Talam Hibrid)NFCYaInfra MerahTiadaKalis AirIP68Sistem ImbasanCap jari terbina dalam skrin – UltrasonikHarga JualanS20 RM3,599/S20+ RM3,999Skrin 6.7″ OLED yang digunakan menyokong resolusi QHD+ dan juga paparan HDR10+. Ini ialah saiz skrin yang sama seperti Galaxy S20+. Namun begitu skrin Find X2 mempunyai kelebihan besar kerana boleh menyokong kadar segar semula 120Hz pada tetapan QHD+ tidak seperti Samsung S20 yang hanya menyokongnya pada resolusi FHD+.
Skrin ini melengkung pada kedua-dua sisi yang sama seperti pada Reno 10X Zoom. Adalah amat menarik melihat pengeluar dari China kini mula menggunakan skrin dwi-lengkung secara meluas tetapi Samsung pula kembali kepada rekaan skrin yang lebih rata berbanding generasi terdahulu.
Secara peribadi kami merasakan rekaan yang lebih rata adalah jauh lebih baik kerana kandungan video tidak terpotong. Ini adalah perkara negatif yang ada kami sentuh pada ulasan Mate 30 Pro yang dilengkapi Waterfall Display dengan lengkungan sisi yang hampir 90 darjah.
Pengimbas cap jari bawah skrin digunakan tetapi dari keluarga optikal sahaja. Oppo masih percaya penggunaan sistem optikal adalah memadai walaupun sistem ultrasonik telah ditawarkan sejak tahun lalu.
Sungguhpun begitu tidak dapat dinafikan paparan OLED yang digunakan pada Find X2 adalah amat baik. Warna kelihatan hidup dan paparan HDR membakar retina. Kualiti skrin yang digunakan tidak mengejutkan kerana mereka dilaporkan menggunakan skrin keluaran Samsung yang merupakan terbaik di pasaran pada waktu ini.
Skrin yang cukup lawa ini dipadankan pula dengan pemproses Snapdragon 865. Dengan pelancaran Find X2 di Malaysia akan berlangsung minggu hadapan, Find X2 akan menjadi peranti Snapdragon 865 di negara kita. Penggunaan Snapdragon 865 memberikan kelebihan kepada Oppo kerana pesaing mereka Galaxy S20+ hanya menggunakan Exynos 990 yang tidak mempunyai kuasa memproses yang sama.
Spesifikasi lain ialah memori sebesar 12GB LPDDR5 dan storan 512 GB UFD 3.0. Memori sebesar 12GB akan memastikan peranti dapat melancarkan lebih banyak peranti serentak tanpa perlu melakukan segar semula. Storan yang besar pula adalah perlu kerana saiz permuay dan juga saiz gambar yang semakin besar. Satu kekurangan yang dapat kami lihat ialah Find X2 tidak menyokong kad mikro SD untuk menambal storan dalaman.
Bateri yang digunakan pula sebesar 4260 mAh yang menyokong pengecasan pantas 65W SuperVOOC 2.0 Flash Charge. Menerusi sistem ini bateri boleh dicas sepenuhnya dalam masa 38 minit. Ini dapat dilakukan kerana dua buah bateri sebesar 2130 mAh digunakan dan kedua-duanya dicas secara serentak. Ini ialah jalan penyelesaian yang bijak kepada masalah bateri besaiz besar yang lambat dicas.
KameraDia awal artikel kami mengatakan Find X2 ialah peranti gantian kepada Reno 10X Zoom. Kami katakan begini kerana Find X2 dilengkapi kamera yang menggunakan mekanisme zum periskop pada bahagian belakang sebesar 13 Megapixel. Dengan sistem yang digunakan ini peranti mampu melakukan zum hibrid sehingga 10X dan zum digital sehingga 60X.
Sementara itu dua sensor 48-Megapixel digunakan pula pada lensa sudut lebar dan lensa ultra sudut lebar 120 darjah. Oppo tidak mengikut trend pengeluar lain yang menggunakan sensor 3D TOF atau lensa khas untuk penggambaran makro.
Sistem tri-kamera pada pendapat mereka adalah lebih dari memadai pada sebuah peranti mercu. Kami masih belum sempat melakukan ujian fotografi yang lengkap pada waktu ini dan masih belum boleh mengatakan tindakan tidak menyertakan sensor 3D TOF ini bijak ataupun tidak.
Kemampuan zum yang mampu dilakukan adalah sama seperti Reno 10X Zoom tahun lalu. Perbezaan hanya terletak pada saiz sensor ultra sudut lebar yang meningkat dari 8-Megapixel. Di atas kertas kemampuan sistem telefoto dan sudut lebar pada Find X2 adalah sama seperti Reno 10X Zoom.
Akhir sekali kamera hadapan adalah sebesar 32-Megapixel f/2.4 yang diletakkan pada sebuah lubang kamera pada bucu atas kiri skrin. Saiz lubang kamera adalah kecil dan pada hemat kami tidak mencacatkan pemandangan ketika menggunakan peranti. Kali ini Oppo merasakan sistem kamera pop naik dan badan pop naik dari Find X tidak perlu digunakan kerana tidak lagi dianggap trend yang diinginkan pengguna.
Oppo hanya membenarkan Find X2 merakam video pada resolusi 4K 60FPS pada kamera utama dan 1080P sahaja pada kamera hadapan walaupun Snapdragon 865 mampu melakukan rakaman 8K 30FPS. Tiada sebab diberikan pada waktu ini.
RekaanDari hadapan Find X2 kelihatan seperti sebuah peranti Samsung. Rekaan skrin dwi-lengkung dengan lubang kamera adalah dipelopori oleh Samsung. Secara peribadi rekaan hadapan pelanduk dua serupa ini bukanlah isu yang besar.
Butang kuasa terletak pada sisi kanan dan ia mempunyai kemasan warna hijau. Ia turut mempunyai fungsi sekunder sebagai butang menyeru Google Assistant jika ditekan lebih dari dua saat. Dua butang kawalan suara pula diletakkan pada sisi kiri. Binaan kedua-dua butang adalah teguh. Tiada masalah longgar di sini.
Kualiti binaan peranti Oppo telah banyak menunjukkan perubahan berbanding dua tahun yang lalu dan ini adalah antara sebab mereka kini adalah pengeluar peranti keempat terbesar di dunia tahun lalu. Kemasan bingkai logam yang digunakan juga amat memuaskan. Ia dibulatkan bagi memastikan keselesaan di dalam genggaman pengguna.
Pada bahagian bawah terdapat sebuah port pengecasan USB-C, kekisi pembesar suara dan talam dwi-SIM bersaiz makro. Ketiga-tiga elemen ini terletak di dalam “parit” kecil. Parit kecil ini juga diletakkan pada bahagian atas bagi memastikan rekaan peranti kelihatan simetri.
Ramai yang tertanya-tanya mengapa Find X2 tidak mengekalkan rekaan tubuh menggeluncur menggunakan motor seperti Find X asal. Jawapannya ialah kali ini Find X2 melepas piawaian IP68. Selepas bertahun-tahun mengatakan piawaian kalis air antarabangsa ini tidak diperlukan, Oppo mendengar permintaan dari pengguna mereka.
Oleh sebab yang sama Find X2 tidak menggunakan kamera pop naik sirip jerung. Sebagai seorang pengguna kami merasakan rekaan peranti yang tidak rumit ini adalah lebih baik. Tiada kerisauan debu dan air memasuki ruangan dalam. Pada waktu yang sama pengguna tidak perlu risau sistem motor kamera pop naik akan terhenti selepas beberapa tahun.
Satu elemen yang kurang kami gemari tetapi kini mula menjadi normal ialah bonjol kamera yang besar. Bonjol pada Find X2 adalah lebih tinggi jika dibandingkan dengan P30 Pro. Tetapi kerana sekadar menempatkan tri-kamera, saiznya lebih kecil berbanding S20 Ultra.
Kemasan panel belakang pula adalah dari bahan seramik yang sejuk apabila disentuh. Ini ialah kemasan yang amat premium serta tidak memerangkap kotoran semudah peranti panel kaca lain di pasaran. Sebenarnya kami berharap kemasan lebih pusam digunakan kerana iPhone 11 yang dijual tahun lalu membuktikan panel kaca yang pusam adalah lebih baik berbanding panel kaca licin yang memerangkap kotoran seperti Magneto.
Dari segi saiz pula peranti masih lagi selesa digunakan dengan sebelah tangan. Pengalaman anda mungkin akan berbeza kerana kami mempunyai beberapa peranti dengan skrin sebesar 6.7″ sebelum ini dan telah membiasakan diri menggunakan phablet.
Satu perkara yang kami suka mengenai Find X2 ialah ianya berat dan terasa amat padat di dalam tangan. Kami adalah insan yang percaya peranti mercu perlu berat bagi membuatkannya terasa premium di dalam tangan. Bercakap mengenai berat, Find X2 adalah sebesar 207 gram. Masih lebih ringan berbanding S20 Ultra (220g) dan iPhone 11 Pro Max (226g),
AntaramukaOppo Find X2 menggunakan pelancaran terkini ColorOS 7.1 yang berasaskan Android 10. Ia mempunyai rekaan antaramuka yang kami rasakan kelihatan lebih ceria jika dibandingkan dengan Android asli. Kesemua ikon dibulatkan dan kelihatan amat kemas.
Dalam penggunaan selama dua hari kami merasakan ColorOS 7.1 adalah sebuah pelancar yang berfungsi dengan amat baik. Tiada masalah kami sedari walaupun pada mod 120Hz QHD+. Malahan kami rasakan Find X2 terasa lebih lancar penggunaannya berbanding Galaxy S20 Ultra pada waktu ini.
KesimpulanPengalaman 48 jam pertama kami dengan Find X2 adalah amat positif. Ia sebuah peranti yang mempunyai kombinasi spesifikasi yang amat baik dan kemasan yang sesuai dengan statusnya sebagai sebuah peranti mercu.
Pada waktu artikel ini ditulis hanya Samsung telah melancarkan peranti mercu terkini mereka di pasaran Malaysia tetapi ia dilengkapi cip Exynos 990. Jika Oppo Find X2 ditawarkan pada harga yang lebih kompetitif, kami melihat ia mampu memberikan saingan hebat kepada Samsung kerana penggunaan Snapdragon 865 dan penawaran storan yang empat kali ganda lebih besar. Nantikan ulasan penuh kami untuk Find X2 dalam masa terdekat.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://penlawak.blogspot.com/2020/03/pandang-pertama-oppo-find-x2-pro.html