Pandan Ribbon Croissant Starbucks Sedap Sungguh
Bukan main menggoda lagi kau ye wahai Pandan Ribbon Croissant Starbucks! Walaupun bukan peminat warna hijau tapi hijau yang satu ni menawan teruk. Sebab dia croissant Starbucks, itu yang buat kita minat. Croisant Starbucks jarang tak sedap. Ye tak?
Sempena Dating Anniversary ke-16 (first dating) sebelum kahwin dengan encik suami, belilah something untuk celebrate. Encik suami beli Pandan Ribbon Croissant, caramel macchiato panas dan Java Chip Frappuccino Starbucks.
Eh, dating pun nak sambut juga ke? Alah, saja suka mengingati kisah lama waktu mula bercinta. Kenal sejak 2001 lagi. Kenal dah lama, 2007 baru dating. 2013 baru bertunang dan kahwin. Begitulah...Allah maha hebat merancang apa yang terbaik buat kita. Kira anniversary ke-22 pun boleh juga ni
Kononnya nak beli sekali dengan raspberry cream ribbon croissant juga. Sekali katanya bukan musim dia dah. Sekarang ni musim Pandan Ribbon Croissant pula mengambil alih. Baiklah, kita beli satu je lah mana yang ada.
Sebelum makan, kita potretkan dulu Pandan Ribbon Croissant ni. Walaupun kejadian dia tak seindah dihidangkan di Cafe Starbucks, tapi tak apa yang penting rasa dia indah untuk dinikmati. Ya, croissant Pandan Ribbon Croissant ni sangat sedap okey
Ikut selera tekak saya memang sedap. Filling krim pandan di sangat banyak dan sedap. Cuma itulah, dah makan tak ingat dah nak ambil gambar keratan rentas dia. Lain kalilah kalau terbeli lagi. Tapi serious sedap!
Tekstur croissant yang lembut dan tak liat walaupun sejuk. Tak terlalu rapuh dan filling pandan yang melimpah di dalamnya. Puas hati lah makan
Pandan Ribbon Croissant, Buttery croissant swirl with apple green ribbon and coconut pandan cream filling.—StarbucksDapatlah kami menjamu selera berkongsi berdua. Buat raso raso orang kata. Beli 2 minuman untuk pelengkap hidangan. Satu panas dan satu sejuk. Bukan ke saling melengkapi gitu. Sepadan! Sesuai dengan tema sambutan dating. Bertema pula bagai. Ada-ada je kan.
Pandan Ribbon Croissant sebagai pengganti kek. Biasa kalau sambut acara tertentu mesti ada kek kan. Kek dah terlalu biasa sangat. Sesekali ubah selera pula.
Next time boleh ulang membeli Pandan Ribbon Croissant Starbucks ni. Lupa pula nak cicah dalam kopi panas. Nak buat macam tu kena croissant kosong lah kan. Jenis ada filing ni macam lari pula taste dia
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.azhafizah.com/2023/06/pandan-ribbon-croissant-starbucks-sedap.html