Sedap Gila Cheesy Garlic Baguette Di Buna Cafe Alor Setar
Sedap gila Cheesy Garlic Baguette di Buna Cafe, Alor Setar | Hai korang.. Minggu ni bermulalah kerja overtime. Jumaat Sabtu pun kena masuk office.. Then semalam rasa nak cuba menu di Buna Cafe, Alor Setar. Cafe ni drive-thru je korang.. Memang mudah sangat. dan pastinya bagi aku lain dari yang lain. Mana tak nya selalu kita dengar drive-thru ni macam Mcd or KFC je kan. Tapi ini cafe biasa, memang gempak even kecil je cafe nya. cute!
Aku baru post video pasal Buna Cafe di Tiktok. Kalau nak tengok lebih jelas lagi korang boleh tengok di TT aku. First time aku makan roti macam ni. Bukan setakat unik tapi memang sedap.
Cheesy Garlic Baguette - RM9.00
Roti nya penuh dengan cheese dan sumpah lembut sangat. Garing ditepi dan lembut ditengah. Rating 100/10.. haha. korang yang stay di Alor Setar wajib cuba this menu! Rasa pedas-pedas chili flakes tu bertambah selera. rasanya dorang letak daun parsley juga. Harganya berbaloi, murah..
Salted Caramel Latte RM12.00 & The Buna Latte RM9.50
Selain dari makan, aku juga order minuman Salted Caramel Latte dan Signature air dorang iaitu The Buna Latte. Dua-dua sedap! Ada rasa unik. Menariknya adalah mereka brew coffee sendiri. Itulah yang menyedapkan kopi di cafe mereka. Kalau korang first time nak cuba disini, aku suggestkan korang try The Buna Latte! Rating 4.5/5
Banyak lagi menu yang ada di Buna Cafe. Nanti aku nak try menu lain pulak.. Ada customer yang bagi review cakap croissant dan sandwich pun sedap.
Baca Sini : Restoran Bakul Cheh Cha Alor Setar
Waktu Operasi: Buka Setiap Hari kecuali Isnin (7.00am - 7.00pm)
Alamat: Batu 4 1/2, Jln Langgar, 05460 Alor Setar, Kedah
(Berdekatan dengan Hospital Sultanah Bahiyah)
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.busyratakiyudin.com/2023/06/sedap-gila-cheesy-garlic-baguette-di.html