Pandainya Dia Kena Agah Dengan Ibu Senyuman Anak Kedua Siti Nurhaliza Buat Ramai Cair
Kelibat anak kedua penyanyi nombor satu negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza jarang-jarang muncul di Instagram ibunya. Namun video comel dengan senyuman paling manis dari Muhammad Afwa ini membuatkan ramai cair.
Menerusi Insta Storynya, Tok Ti berkongsi video comel Afwa yang ketawa dan mempamerkan senyuman paling manis ternyata amat mencuit hati semua.
Lebih tertarik lagi bila mana si comel Afwa yang memiliki lesung pipit dalam serta dagu persis ibunya ini ketawa ketika diagah ibunya.
Bukan hanya tersenyum, bahkan Afwa yang kini sudah pun berusia lapan bulan lebih ini sudah pandai bereaksi kala diagah ibunya.
“Siapa good boy angkat tangan,” kata Dato’Siti.
Terhibur dengan agahan ibunya, Afwa cepat-cepat mengangkat tangannya sebaik diminta ibunya. Paling cair tentunya senyuman Afwa yang tidak lekang di wajahnya. Ditambah pula dengan belahan dagu persis ibunya.
Perkongsian Dato’ Siti itu sudah semestinya membuatkan wargamaya geram dengan Afwa, yang sememangnya jarang-jarang muncul di IG Story ibunya.
Video comel itu turut sama dimuat naik di beberapa akaun Instagram kelab peminat Dato’ Siti malah menerima pelbagai reaksi dari peminat.
View this post on Instagram
A post shared by Love Siti Nurhaliza ❤️ (@babyctdk)
“Pandainya Afwa, dahlah comei dengan senyumannya. Semoga mmbesar sihat, jadi anak yang soleh, buat ibu dan ayah tak lupa juga kakak Afiyah jadi anak solehah ya.”
“MashyAllah so happy Baby.”
“Masha Allah. Cerdiknya Afwa. Gebu pulak tu. Sayangnya ibu pada Afwa. Auntie sayang Afwa juga.”
“Issshhhh geram lah good boy ni.”
“Pandainya dia.”
Semoga Afwa terus sihat membesar malah menceriakan hari-hari bahagia keluarga kecilnya.
Menarik:Lahir Australia Tapi Nak Makan Kuah Lemak, Gelagat Anak Zahirah Tarikh Perhatian Warganet
Memang betul-betul seram ke sampai Faiz Dickie boleh panik tengok adik-adik Bintang Kecil kita menangis dalam Scream Park Sunway Lagoon ni? Kalau tak percaya korang kena layan sampai habis episod pertama Scream Park Challenge ni.
Follow dan subscribe Youtube Channel Bintang Kecil.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
The post “Pandainya Dia” Kena Agah Dengan Ibu, Senyuman Anak Kedua Siti Nurhaliza Buat Ramai Cair! appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/pandainya-dia-kena-agah-dengan-ibu-senyuman-anak-kedua-siti-nurhaliza-buat-ramai-cair/