Pandai Pandailah Jaga Mulut Kalau Tidak Mahu Pn Bergolak



Zulkiflee Baka, Edisi 9
PERIKATAN Nasional (PN) ditubuhkan apabila Bersatu keluar daripada Pakatan Harapan (PH) sehingga mendorong Tun Dr.Mahathir Mohamad yang tidak mahu menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadikan ia alasan untuk meletakkan jawatan.
Tindakan Dr. Mahathir yang ketika itu merupakan Pengerusi Bersatu telah menyebabkan Kerajaan PH tumbang selepas 22 bulan memerintah.
Bagi menyelamatkan negara yang sedang berhadapan dengan pandemik Covid-19, Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bergabung bersama UMNO dan Pas menubuhkan Perikatan Nasional (PN). Gabungan itu turut disertai oleh Gabungan Parti Sarawak (GPS).
UNNO dan Pas menyertai PN bukan kerana ‘gila’ mahu berkuasa semula tetapi atas semangat perpaduan Melayu dan kepentingan umat Islam serta kesejahteraan rakyat dan keseluruhannya.
Malangnya, sejak kebelakangan ini beberapa pemimpin Bersatu mula ‘besar kepala’ dengan membuat kenyataan yang menggores hati UMNO. Ahli Parlimen Mersing, Datuk Dr.Latiff Ahmad yang menang kerusi itu atas tiket UMNO sebelum melompat ke dalam Bersatu menyifatkan UMNO sudah tidak laku di Sabah.
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Wan Mohd Shahrir Wan Abdul Jalil pula menegaskan, UMNO yang mengetuai Barisan Nasional (BN) mempunyai pengalaman yang cukup luas dalam mentadbir negara, namun parti itu masih mempunyai masalah dari segi integriti.
Terbaru, Tan Sri Dr.Rais Yatim menyatakan rasa terkilan terhadap kepemimpinan UMNO yang dilihat mementingkan kerusi yang akan ditandingi berbanding mempertahankan kuasa Melayu Islam. Malah beliau juga berkata;
‘’Walaupun (UMNO) daripada parti yang kalah tetapi ia mendapat kedudukan hebat dan puluhan (jawatan) GLC. Jadi saya tidak faham kenapa.’’
Atas alasan apa sekalipun, tindakan menggunakan perkataan, ‘’parti tidak laku’’, ‘’mempunyai masalah dari segi integriti’’ dan ‘’parti yang kalah’’ tidak boleh diterima kerana ia dilihat memperlekehkan UMNO. Sepatutnya sebagai rakan dalam satu komponen, mereka seharusnya berhati-hati bila bercakap.
Justeru Bersatu atau penyokong mereka tidak boleh marah, apabila ada pemimpin UMNO bertindak balas sebaliknya mereka perlu memahami mana-mana pemimpin pun tidak akan membiarkan partinya dihina atau diperlekehkan.
Situasi ini sudah tentu tidak akan menguntungkan sesiapa khususnya PN. Kerukunan, kedamaian dan permuafakatan dalam PN harus dipelihara dan bukannya, digolakkan dengan keceluparan!
Perlu diingat, UMNO bukanlah parti picisan, hampir kesemua pemimpin Bersatu berasal daripada UMNO dan paling signifikan ada ahli Parlimen mereka menang atas tiket UMNO dalam PRU-14 lalu, jadi cerminlah diri sebelum membuat kenyataan yang dianggap biadab dan keterlaluan.
Mungkin apa yang penulis katakan  tidak akan menyenangkan banyak pihak tetapi inilah faktanya. PN tidak akan aman jika ada mana-mana pemimpin dalam komponen itu tidak tahu ‘jaga mulut’, bercakap ikut suka hati seolah-olah parti mereka paling berkuasa.
Apabila UMNO dan Pas bersetuju untuk menyokong Muhyiddin sebagai Perdana Menteri jika pilihan raya umum diadakan secara mengejut, ia bukan ‘tiket’ kepada mana-mana pemimpin Bersatu untuk dilihat ‘besar kepala’ atau ‘kaduk naik junjung’.
Dalam politik segalanya berkemungkinan. Hormatilah kesepakatan dalam PN. Penulis percaya Muhyiddin sendiri tidak selesa dengan apa yang berlaku kerana tumpuan sepatutnya adalah memperkukuhkan PN demi meneruskan agenda membangunkan negara dan mensejahterakan rakyat.
Soal pembahagian kerusi mahupun jawatan Perdana Menteri perlu diselesaikan secara dalaman dan senyap-senyap bukannya diperdebatkan secara terbuka sehingga mengundang kepada musuh-musuh PN untuk ‘menangguk di air keruh’ bagi menghancurkan kesepakatan PN.
Sebelum ini mereka gentar apabila tiga parti Melayu berada di dalamnya dan mereka gerun dengan Muafakat Nasional (MN) yang disepakati oleh UMNO dan Pas.
Namun kegentaran dan kegerunan itu akan berakhir jika segelintir pemimpin Bersatu atau UMNO terus membuat kenyataan yang boleh mengundang perpecahan dalam PN.
Sebelum ini, ‘musuh-musuh’ PN sudah membuat spekulasi bahawa apabila UMNO dan Pas bekerjasama dengan Bersatu ia akan mewujudkan perbalahan dari segi pembahagian kerusi. Mereka hanya menanti masa untuk ‘tumpang semangkuk’.
Sebab itulah, kita lihat bagaimana ada pemimpin PH yang ‘menyibuk’ bercakap soal pembahagian kerusi antara ketiga-tiga parti itu dan meramalkan PN akan berpecah kerana isu tersebut. Impian mereka akan tercapai jika segelintir pemimpin ketiga-tiga parti itu tidak berhati-hati dalam tindakan serta percakapan.
Tidak dapat dinafikan orang Melayu bersyukur apabila MN ditubuhkan dan mereka berasa gembira apabila PN dilahirkan, tetapi mereka akan kecewa jika pemimpin-pemimpin Melayu terus kekal dengan perangai lama, bertelagah tidak habis-habis.
Jangan lupa sudah ada dalam kalangan pemimpin PH dan NGO yang menyokong mereka kini semakin lunak bercakap soal Melayu. Kenapa mereka berbuat demikian walaupun mereka bersekutu dengan DAP? Sebabnya mereka tahu tahu sokongan kaum itu kini sedang bersama dengan MN dan PN.
Dengan bernada lunak termasuk mempersoalkan apakah PN sudah buat bagi memperjuangkan nasib orang Melayu, mereka berharap orang Melayu akan bersama mereka. Mungkin kita boleh berkata, ia tidak akan berlaku tetapi ia boleh berlaku, jika perbalahan dalam PN akibat keceluparan segelintir pemimpin khususnya daripada Bersatu berpanjangan.
Oleh itu hentikan pertelagahan yang semakin panas ini. Apa-apa masalah bawa ke meja rundingan, beri sepenuh kepercayaan kepada barisan kepemimpinan masing-masing membincangkannya secara musyawarah, kesepakatan dan persaudaraan.
Janganlah buat kenyataan melampau atau memperlekehkan sesama komponen yang akhirnya boleh menimbulkan kemarahan. Cukuplah, tak kanlah apa yang berlaku dalam PRU-14 masih belum lagi memberi keinsafan?
Kalau betul mahu memperjuangkan kuasa politik Melayu, kalau betul mahu menumpaskan PH dan kalau betul mahu melaksanakan agenda demi kesejahteraan umat Islam dan rakyat Malaysia keseluruhannya, maka pastikan jangan berpecah belah dan paling penting ‘jagalah mulut’.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2020/07/12/pandai-pandailah-jaga-mulut-kalau-tidak-mahu-pn-bergolak/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jaga Sikit Mulut Kau Tu Diva Aa Mengamuk Lagi Tunggu Makanan 1 Jam

Jaga Sikit Mulut Kau Tu Diva Aa Mengamuk Lagi Tunggu Makanan 1 Jam

papar berkaitan - pada 8/7/2020 - jumlah : 270 hits
SELEBRITI Azwan Ali atau Diva AA hari ini mengamuk di Tiwtternya apabila makanan yang dipesan lambat sampai Jaga Sikit Mulut Kau Tu Diva AA Mengamuk Lagi Tunggu Makanan 1 Jam
Hiburan Bukan Tanggungjawab Perempuan Jaga Iman Lelaki Netizen Puji Wardina Beri Hujah Padu Kepada Fynn Jamal

Hiburan Bukan Tanggungjawab Perempuan Jaga Iman Lelaki Netizen Puji Wardina Beri Hujah Padu Kepada Fynn Jamal

papar berkaitan - pada 30/6/2020 - jumlah : 674 hits
Beberapa hari ini kecoh apabila Fynn Jamal yang dikatakan seperti menyalahkan mangsa gangguan seksual apabila jenayah itu berlaku kepada mereka Kenyataan yang dimuat naik menerusi Instagram Storynya itu nyata menimbulkan kemarahan ramai Bag...
Solo Tetapkan Kawasan Tertib Masker Dan Jaga Jarak

Solo Tetapkan Kawasan Tertib Masker Dan Jaga Jarak

papar berkaitan - pada 1/7/2020 - jumlah : 188 hits
Rudy menyampaikan penetapan kawasan tertib masker dan jaga jarak ini dilakukan untuk memutus rantai penyebaran Covid 19 di Kota Solo yang sudah terkendali
Berkaki Ayam Buat Yoga Di Pasar Raya Atilia Haron Ditegur Tak Jaga Kebersihan

Berkaki Ayam Buat Yoga Di Pasar Raya Atilia Haron Ditegur Tak Jaga Kebersihan

papar berkaitan - pada 29/6/2020 - jumlah : 369 hits
Perkongsian video yang mempamerkan aksi penyanyi Atilia Haron melakukan senaman yoga sambil berkaki ayam dan memegang makanan dia sebuah pasar raya mengundang pelbagai reaksi daripada pengikut di laman Instagram Tindakan yang dianggap tidak...
Gara Gara Makan Mentah Doktor Jumpa Cacing 3 8cm Dalam Mulut

Gara Gara Makan Mentah Doktor Jumpa Cacing 3 8cm Dalam Mulut

papar berkaitan - pada 19/7/2020 - jumlah : 316 hits
July 18 2020 Doktor jumpa cacing 3 8cm dalam tekak seorang wanita selepas makan makanan mentah Ramai daripada kita yang meminati makanan Jepun terutamanya sashimi atau sushi Hidangan ini bukan sahaja lazat malah selalunya hadir dalam bentuk...
Marah Besar Istri Tampar Mulut Suami Dengan Sepatu Di Hadapan Wanita Selingkuhan

Marah Besar Istri Tampar Mulut Suami Dengan Sepatu Di Hadapan Wanita Selingkuhan

papar berkaitan - pada 17/7/2020 - jumlah : 229 hits
Seorang perempuan yang memergoki suaminya berselingkuh marah besar di jalan Dia melabrak perempuan lain yang diduga merupakan selingkuhan suaminya Dengan berbahasa Jawa perempuan itu mengatakan Suamiku kalau mau ambil ambil saja suamiku aku...
Mulut Kering Ketika Bangun Tidur

Mulut Kering Ketika Bangun Tidur

papar berkaitan - pada 17/7/2020 - jumlah : 232 hits
Master mengadu mulut dia terasa kering apabila bangun tidur pada waktu pagi Kenapa mulut kering apabila kita bangun tidur Ini adalah persoalan yang akan Tedi kaji dan kupas pada hari ini Mulut kering ketika bangun tidur berpunca daripada ga...
Nik Amar Kutuk Anwar Anwar Tak Kutuk Dia Pun Rasanya Jaga Lah Kelantan Tu Bagi Air Sejernih Air Di Penang Sana

Nik Amar Kutuk Anwar Anwar Tak Kutuk Dia Pun Rasanya Jaga Lah Kelantan Tu Bagi Air Sejernih Air Di Penang Sana

papar berkaitan - pada 1/7/2020 - jumlah : 341 hits
Nak selesaikan masalah air di Kelantan pun PAS tak mampu nak sibuk urusan PKR Pasal tu PAS ni lebih bahaya dari COVID19 Air macam tu bukan untuk orang minum masak kerbau nak berkubang pun belum tentu Sembang ngata orang terbaik sendiri ment...
Pakar Jelaskan Jika Isteri Saja Bangun Malam Jaga Anak Itu Puncanya Cepat Marah

Pakar Jelaskan Jika Isteri Saja Bangun Malam Jaga Anak Itu Puncanya Cepat Marah

papar berkaitan - pada 3/7/2020 - jumlah : 316 hits
Setelah bergelar ibu bapa rutin harian suami isteri automatik berubah Jika sebelum ini kita tak kisah nak bangun pukul berapa nak tidur lambat atau cepat kerana tiada komitmen lain yang menganggu Bagaimanapun Pakar Otak menjelaskan jika ada...
Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Hopes Of The Chinese For Pn

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Morning View Kundasang

Jamrud Telat 3 Bulan Chord

Cara Masak Mee Calong Terengganu Sedap Dimakan Panas Panas

Langkawi Cruise Pilihan Pakej Cara Tempah

The Bamboo Flute En Ber Ttelse Om K Rlek F Rlust Och Musikens Makt Fr N 8 E Rhundradets Iran

Panas Express Di Lalaport