Pandai Masak Rajin Bertukang Ben Safwan Ikon Ayah Muda Yang Jadi Pujaan


Bagi pelayar laman sosial Facebook yang mengikuti grup masakan, pasti sudah tidak asing lagi dengan pemilik akaun bernama Ben Safwan. Popular di kalangan ‘akak-akak’ dek kerana handal memasak juga kreativiti beliau dalam seni pertukangan menjadikan jejaka yang berasal dari Kota Bharu Kelantan ini dikagumi ramai.

Punya kerjaya yang selesa, tinggal di kota dan mahir dengan kemudahan pesanan atas talian, bagi sesetengah orang bila teringin nak makan, pastinya lebih suka ‘order’ atau minta isteri masakkan sahaja. Cepat dan mudah. Namun bagi Ben, beliau lebih suka menghasilkan sendiri masakan-masakan yang diingini terutamanya sajian asli warisan ibunda dari negeri Kelantan Darul Naim.

 

Memang seronok setiap kali melihat resipi-resipi yang dikongsi. Sedap, mudah dan penuh ikhlas. Setiap hantaran pastinya lengkap dengan gambar langkah demi langkah bagi memudahkan para pengikut untuk mencuba. Lihatlah di bahagian album foto, beratus ‘folder’ disusun rapi dan berlabel. Pilih sahaja mana satu resipi yang nak dicuba, hasilnya pasti tidak akan buat anda kecewa.


Jangan tak tahu, Ben ni adalah adik kepada Cikgu Afy Al Habibi yang juga merupakan personaliti media sosial yang RASA sentiasa kongsikan resipi-resipinya di laman web bahkan tidak asing lagi dikalangan peminat rempah-rempah masakan dari Kelantan. Adik dan kakak keduanya handal memasak. Memang mantap!

Tidak hanya berkongsi perihal masakan, Ben juga banyak memberikan perkongsian mengenai gajet, dekorasi rumah, projek-projek DIY dapur yang dilakukan untuk sang isteri, perihal tanaman dan bermacam-macam lagi. Pendek kata tidak betah duduk diam sahaja. Ada sahaja info dan ilmu yang dikongsi dan tentunya ia memberikan manfaat buat semua.





Tidak dinafikan, ramai yang kagum dengan bakat dan personaliti yang ada pada bapa kepada dua orang cahaya mata ini. ‘Multi-talented’! Berilah apa sahaja dekat Ben, pasti elok hasilnya. Semua orang boleh melakukan perkara yang sama namun tentunya harus disertakan dengan minat, kerajinan dan juga usaha.

Oleh itu bersempena sambutan Hari Bapa pada hari ini, RASA ingin kongsikan seleksi resipi-resipi istimewa air tangan Ben Safwan yang boleh anda cuba. Moga bermanfaat buat semua. Insya-Allah.
1. SUP DAGING SIAM

BAHAN-BAHAN:
500-800gm daging lembu tempatan200ml airBAHAN SUP:
CARA MEMASAK:
1. Bersihkan daging dan rebus dengan 200ml air selama 35-40 minit menggunakan api kecil dan tutup periuk. Buka sikit sahaja penutup bagi ruang keluar wap.

2. Panaskan minyak masak. Tumis bawang putih, hirisan bawang Holland, cili padi Thai, akar daun ketumbar dan 2/3 bahagian tomato hingga bawang betul-betul layu.

3. Kemudian tambah 700ml air (air + air rebusan daging ), daging rebus, daun ketumbar, perencah Sup Siam, sos ikan dan tomato. Besarkan api dapur, tutup periuk dan didihkan.

4. Bila sudah mendidih, perasakan ikut cita rasa dengan menambah serbuk perasa, garam dan jus limau nipis. Sup ini mempunyai rasa masam, pedas dan beraroma. Pastikan jumlah air juga tidak lebih atau kurang dari jumlah yang diberikan.

5. Sup Daging Siam siap dimasak. Taburkan bawang goreng dengan secukupnya.

2. CILI JERUK SEDAP & RANGUP

BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
1.Potong lada solok ikut jumlah yang diingini.


2. Kemudian rendam dalam air dan masukkan kapur makan. Rendam 1 jam. Tujuan supaya cili tidak lembik nanti kekal rangup apabila dijeruk.


3. Kemudian tos bersih untuk membuang rasa kapur. Ketepikan.

4. Didihkan air dalam periuk kemudian padamkan api.
5. Masukkan hirisan lada dan kacau selama 30 saat. Ingat 30 saat sahaja. Kemudian segera buang airnya dan alirkan cili di bawah air paip.


6. Masukkan cili ke dalam bekas bersih.

7. Panaskan 4-5 cawan air dengan 2 cawan cuka, 5-6 sudu makan gula serta 2 sudu teh garam. Boleh lebih atau kurang bergantung pada kuantiti cili dan rasa.

8. Tak perlu tunggu mendidih. Bila sudah nampak gula dan garam larut, tutup api. Biarkan sejuk.
9. Bila sudah sejuk, tuang larutan cuka dalam bekas lada tadi dan biarkan semalaman. Pastikan air jeruk menenggelami lada.


10. Lada jeruk siap untuk dinikmati. Makin lama, makin sedap rasanya. Cara penyimpanannya cukup letak di luar (suhu bilik) sahaja.

3. MI GORENG HMMMM

BAHAN-BAHAN:
450gm-500gm mi kuning (sebungkus) | tos bersih duluBAHAN KISAR:
1 1/2 sudu makan cili kisar 1 1/2 biji bawah merah saiz ping pong* 2 ulas bawang putih saiz kecil* bahan bertanda * dikisar 90 peratus halus
BAHAN LAIN:
CARA MEMASAK:
1. Tumis bahan kisar biar kuning masak elok,baru tambah cili kisar.Masak hingga pecah minyak.Buh daging.Masak je daging letak segala sos yang diperlukan.
2. Masukkan udang dan tomato. Akhir sekali,masuk mi,sayur dan balik-balikkan hingga mi terpalit elok.
3. Taburkan daun bawang/sup, bawang goreng dan cili. Sedap dihidang dengan sambal
4. AIR BANDUNG LAICI CINCAU SEDAP KAW KAW

BAHAN-BAHAN:

CARA MEMBUAT:
1. Rendam kurma merah dan biji selasih hingga kembang.
2. Ambil cincau dan sagat. Ketepikan.
3. Masukkan susu pekat manis, susu cair dan sirap ke dalam bekas. Kacau sebati.

4. Tambahkan semua bahan-bahan lain. Air laici dalam tin pun masukkan sekali. Tambah ais.

5. Kacau sebati dan sedia untuk dinikmati.

INFO:
1. Tak perlu tambah air masak. Hanya guna air laici dan ais yang mencair. Jika suka air soda, boleh tambah ikut cita rasa.
2. Sukatan campuran air ini untuk 2 jug seperti dalam gambar. Jika perlu, boleh bahagi dua bahan-bahan di atas.
3. Tip untuk dapatkan potongan cincau yang cantik ialah, sagat guna penyagat lubang besar. Hasilnya memang cantik.
5. AIR NANAS SODA 

BAHAN-BAHAN:
1 tin nanas1 ½ cawan cawan air soda5 potongan kecil buah nanas segarCARA MEMBUAT:
1. Kisar buah nanas bersama air soda. Kemudian tapis menggunakan penapis santan. Tujuannya untuk menghilangkan buih nanas.
2. Isi jus ke dalam bekas bersesuaian. Tambahkan nanas tin bersama air sirapnya.

3. Ben tambah ais secukupnya. Kacau sebati dan sedia untuk dinikmati.

INFO: Tidak perlu tambah gula kerana sirap nanas sudah mempunya rasa manis.
6. SAGU GULA MELAKA DURIAN

BAHAN-BAHAN:
BAHAN AIR GULA:
1/2 cawan air2 tongkol gula merah kecil – beli online disini2 ketul kecil gula batu1 helai daun pandan simpulBAHAN SANTAN:
500ml santan kotak pekat – beli online disini250ml air1/2 sudu teh garam1 helai daun pandan – simpul.CARA MEMASAK:
1.Didihkan 2 liter air dan masukkan baru sagu.Kacau hingga jernih.
2.Toskan airnya dan alir bawah air paip untuk buang kanji. Letak pewarna jika mahu.
3. Dalam periuk berlainan, satukan bahan-bahan untuk air gula melaka. Masak biar sebati dan pekat sikit
4. Untuk santanya pula, satukan kedua-dua bahan dan masak biar naik wap/buih. Dah siap. Tujuannya supaya santan tahan lama,sedap dan lambat basi. Boleh juga guna susu cair.
5. Untuk menghidang, campur semua bahan ke dalam mangkuk dan letakkan sedikit ais dan juga durian. Sedia untuk dinikmati.
Cuba juga resipi yang mudah, sedap & cepat masak dari Cikgu Afy Al Habibi di laman web RASA:
Resipi Laksa Penang Cikgu Afy. Kuah Pekat, Sedap & Tak Hanyir.
Resipi Sedap & Mudah, Nasi Ayam Honey Lemon Ala Restoran.
Lima Menu Makan Malam Inspirasi Gerai Masakan Panas Paling Sedap.
Cara Buat Ibu Sambal Kicap. Memang Sedap & Tahan Lama.
Aneka Sambal Yang Enak Dimakan Bersama Nasi Panas. Memang Terbaik!
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
[embedded content]


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://rasanakmasak.blogspot.com/2021/06/pandai-masak-rajin-bertukang-ben-safwan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ramai Anak Angkat Uncle Kentang Bangga Digelar Ayah Walau Bukan Darah Daging Sendiri

Ramai Anak Angkat Uncle Kentang Bangga Digelar Ayah Walau Bukan Darah Daging Sendiri

papar berkaitan - pada 20/6/2021 - jumlah : 231 hits
Sentiasa melibatkan diri dalam lapangan kebajikan sejak bertahun lamanya sebut sahaja nama Uncle Kentang pasti ramai yang mengenali lelaki yang berhati emas ini Niat murninya bukanlah hanya sekadar menyalurkan bantuan semata mata sebaliknya...
30 Himpunan Kata Mutiara Buat Ayah Yang Telah Tiada

30 Himpunan Kata Mutiara Buat Ayah Yang Telah Tiada

papar berkaitan - pada 20/6/2021 - jumlah : 318 hits
30 Kata Kata untuk Ayah yang Telah Tiada Berikut adalah 30 kumpulan quotes kutipan kata kata mutiara bijak kata kata doa kata kata sedih kata kata rindu kata kata indah menyentuh hati untuk ayah yang telah tiada kata kata untuk ayah yang te...
Salam Buat Ayah

Salam Buat Ayah

papar berkaitan - pada 19/6/2021 - jumlah : 241 hits
Buat ayahanda Tun jasamu DIKENANG QuantumMetal kini disenaraikan dalam OTC Markets sebagai langkah awal persediaan untuk ke Nasdaq
Biar Bonda Pergi Dulu Dari Ayah Sebak Baca Luahan Hati Elyana Buat Suaminya

Biar Bonda Pergi Dulu Dari Ayah Sebak Baca Luahan Hati Elyana Buat Suaminya

papar berkaitan - pada 21/6/2021 - jumlah : 348 hits
Sempena Hari Bapa 20 Jun sebagai tanda penghargaan isteri dan anak anak telah mendedikasikan ucapan Selamat Hari Bapa buat suami dan juga ayah Walaupun Hari Bapa tak sepopular sambutan Hari Ibu kasih sayang dan pengorbanan suami bergelar ay...
Rayakan Hari Ayah Sedunia Dwayne Johnson Ungkap Suka Cita Punya 3 Anak Perempuan

Rayakan Hari Ayah Sedunia Dwayne Johnson Ungkap Suka Cita Punya 3 Anak Perempuan

papar berkaitan - pada 21/6/2021 - jumlah : 232 hits
Pria bertubuh kekar tersebut juga menyadari bahwa setiap ayah pasti punya hubungan istimewa dengan putrinya
Hiburan Biar Bonda Pergi Dahulu Sebelum Ayah Elyana Titip Ucapan Menyayat Hati Buat Suami

Hiburan Biar Bonda Pergi Dahulu Sebelum Ayah Elyana Titip Ucapan Menyayat Hati Buat Suami

papar berkaitan - pada 22/6/2021 - jumlah : 276 hits
Sempena sambutan Hari Bapa pada 20 Jun pelakon dan penyanyi Elyana juga tidak lupa untuk memberikan ucapan istimewa buat suaminya Khairul Anuar yang cukup menyentuh hati ramai orang AdvertisementDalam gambaran hantaran di akaun Instagramnya...
Lahir Tepat Di Hari Ayah Dinda Hauw Dan Rey Mbayang Sambut Kehadiran Putra Pertama Mereka Selamat

Lahir Tepat Di Hari Ayah Dinda Hauw Dan Rey Mbayang Sambut Kehadiran Putra Pertama Mereka Selamat

papar berkaitan - pada 21/6/2021 - jumlah : 339 hits
Lahir dengan sehat dan selamat meski sang ibu sempat terpapar Covid 19 wajah buah hati Dinda dan Rey pun langsung curi perhatian
Catatan Abe Menjadi Ayah Anugerah Dan Tanggung Jawab

Catatan Abe Menjadi Ayah Anugerah Dan Tanggung Jawab

papar berkaitan - pada 18/6/2021 - jumlah : 283 hits
Minggu 12 April 2020 Menjadi hari penting dimana Status ku sebagai Suami bertambah menjadi Seorang Ayah dari bayi mungil yang telah di lahirkan kedunia Oleh Istriku Terimakasih Istri Aku tau ga cukup tapi terimakasih Menjadi Seorang Ayah ad...
5 Cara Melatih Pasangan Agar Kelak Ia Siap Jadi Ayah Idaman Wah Ternyata Ada Triknya

5 Cara Melatih Pasangan Agar Kelak Ia Siap Jadi Ayah Idaman Wah Ternyata Ada Triknya

papar berkaitan - pada 18/6/2021 - jumlah : 191 hits
Jadikan momen berpacaran sebagai pendewasaan agar kalian berdua nggak terkaget kaget di masa depan
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Makan Laksa Sarawak Di King Laksa

Pantun Hujung Tahun Dan Selamat Bercuti

Petua Mengatasi Rambut Gugur Secara Tradisional

Kalendar Kuda 2025 Kalendar Akademik Sesi 2025 2026 Cuti Sekolah Cuti Perayaan Bagi Sekolah Seliaan Kpm

Perbezaan Rumpai Dan Rumput Laut

10 Provinsi Penghasil Buah Durian Terbanyak Tahun 2023