Panas Sprm Terima Aduan Salah Guna Kuasa Ros Isu Penangguhan Pemilihan Umno


 
September 3, 2021 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan ada menerima aduan terhadap seorang pegawai kanan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) kerana dikatakan menyalahgunakan kuasa dan menerima rasuah bagi mengubah keputusan yang dibuat pada 6 Ogos lalu iaitu penangguhan pemilihan UMNO sebagai tidak sah kepada sah.
Laporan Harian Metro yang memetik sumber memaklumkan, pegawai kanan itu didakwa meluluskan penangguhan pemilihan UMNO sehingga Disember 2022 bagi tempoh 18 bulan menerusi sepucuk surat bertarikh 30 Ogos lalu.
Kata sumber, aduan berkenaan diterima daripada beberapa pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan yang dibuat itu.
“Mereka mengesyaki berlakunya perbuatan salah guna kuasa dan rasuah untuk mempengaruhi perubahan keputusan oleh segelintir ahli politik yang cenderung kepada pemimpin tertentu,” katanya.
Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan ada menerima aduan terbabit namun enggan mengulas lanjut.
Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan dalam satu kenyataan pada Isnin lalu, memaklumkan RoS membatalkan keputusannya sebelumnya.
Beliau mengesahkan ada menerima surat pemakluman daripada RoS mengenai keputusan itu pada hari yang sama.
Katanya ketika itu, berdasarkan semakan kepada keterangan dan dokumen tambahan yang beliau dan peguam UMNO berikan pada 9, 11 dan 18 Ogos lalu serta beberapa keterangan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO  pada 24 Ogos, didapati keputusan penangguhan pemilihan parti itu untuk penggal 2021/2023 dibuat secara teratur.
Maka, pemilihan jawatan UMNO untuk MKT, bahagian dan cawangan ditangguhkan ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kepada RoS iaitu sebelum 29 Disember ini.
UMNO sebelum ini dilaporkan menangguhkan pemilihannya di semua peringkat cawangan, bahagian dan MKT selama 18 bulan bermula 30 Jun lalu.
Pada 6 Ogos lalu, RoS menetapkan keputusan MKT UMNO pada 7 Julai lalu untuk menangguhkan pemilihan parti selama 18 bulan adalah tidak sah.
Ketetapan itu dibuat berikutan tempoh pemegang jawatan MKT bagi penggal 2018/2021 tamat pada 30 Jun lalu.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/09/panas-sprm-terima-aduan-salah-guna.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Jangan Salah Guna Kuasa Sebagai Suami Fizo Omar Ulas Isu Talak Dan Pengambilan Vaksin

Hiburan Jangan Salah Guna Kuasa Sebagai Suami Fizo Omar Ulas Isu Talak Dan Pengambilan Vaksin

papar berkaitan - pada 30/8/2021 - jumlah : 279 hits
Pelakon dan juga personaliti TV Fizo Omar mengakui dirinya terkejut apabila ada sesetengah suami yang menyalahgunakan kuasa talak hanya kerana mereka tidak menyokong pengambilan vaksin ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementIni berikutan tular satu...
Rentasan 962 Panas Penangguhan Pemilihan Umno Kini Sudah Sah Wujud

Rentasan 962 Panas Penangguhan Pemilihan Umno Kini Sudah Sah Wujud

papar berkaitan - pada 8/9/2021 - jumlah : 202 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 9621 PELACUR POLITIK RUNTUHKAN NEGARA 2 YANG PENTING TADBIR URUS BAIK BUKAN HUJAH PERKAUMAN 3 APA FUNGSI LANTIKAN INDIVIDU BERTARAF MENTERI 4 UMNO DAPAT NYAWA TAPI SIAPA YANG AKAN MEMBAYAR HARGANYA
Ros Buat Pusingan U Keputusan Umno Tangguh Pemilihan Kini Sah

Ros Buat Pusingan U Keputusan Umno Tangguh Pemilihan Kini Sah

papar berkaitan - pada 31/8/2021 - jumlah : 244 hits
Malaysiakini Jabatan Pendaftaran Pertubuhan telah membatalkan keputusannya yang menyatakan keputusan Umno untuk menangguhkan pemilihan parti tidak sah Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan mengesahkan menerima surat daripada Ketua Pengarah ROS...
Ros Reverses Decision In Declaring Umno Polls Postponement Invalid

Ros Reverses Decision In Declaring Umno Polls Postponement Invalid

papar berkaitan - pada 31/8/2021 - jumlah : 219 hits
The Registrar of Societies has reversed its decision in declaring Umno s decision to postpone its party election invalid Umno secretary general Ahmad Maslan confirmed receiving a letter from ROS director general Jasri Kasim informing him of...
Rentasan 957 Panas Kini Umno Pertahan Takhta Yang Diduduki Pas

Rentasan 957 Panas Kini Umno Pertahan Takhta Yang Diduduki Pas

papar berkaitan - pada 1/9/2021 - jumlah : 201 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 957 1 INIKAH PAKAR DALAM KERAJAAN 2 PENGKHIANAT SAMBUNG PENGKHIANATAN 3 SEJAUH MANAKAH KELUARGA MALAYSIA MAMPU PERFORM 4 TUGAS BESAR MENTERI PAS
Sprm Siasat Isu Beli Sijil Vaksinasi Ini Perbuatan Rasuah

Sprm Siasat Isu Beli Sijil Vaksinasi Ini Perbuatan Rasuah

papar berkaitan - pada 1/9/2021 - jumlah : 202 hits
Oleh Datuk Seri Azam Baki Gambar media sosial BARU baru ini tular mengenai cubaan individu menyogok klinik swasta bagi membeli sijil vaksinasi COVID 19 tanpa menerima suntikan vaksin Namun awas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menging...
Sprm Ros Dan Lhdn Perlu Penjenamaan Dan Di Reset Segera

Sprm Ros Dan Lhdn Perlu Penjenamaan Dan Di Reset Segera

papar berkaitan - pada 10/9/2021 - jumlah : 351 hits
Sejak kebelakangn ini terlalu banyak persoalan timbul berkenaan agensi agensi kerajaan dan karenah mereka Paling tidak boleh diterima kebelakangan ini adalah dakwaan dan andaian pegawai pegawai tinggi mereka ikut telunjuk dan kemahuan ahli ...
Penyahwarta Hutan Simpan Langat Boleh Jadi Isu Panas

Penyahwarta Hutan Simpan Langat Boleh Jadi Isu Panas

papar berkaitan - pada 31/8/2021 - jumlah : 432 hits
ULASANMB kena jawab PENYAHWARTAAN sebahagian hutan simpan kekal di Kuala Langat Utara bakal menjadi isu panas di Selangor jika ia tidak dituntaskan dengan baik Pilihan raya akan datang menanti dengan penuh gahirah untuk menatang isu berkena...
Sesb Bekalan Elektrik Pulih Secara Berperingkat Selepas Terima Lebih 3 000 Aduan

Sesb Bekalan Elektrik Pulih Secara Berperingkat Selepas Terima Lebih 3 000 Aduan

papar berkaitan - pada 5/9/2021 - jumlah : 335 hits
Kakitangan SESB bekerja hingga larut malam untuk memulihkan bekalan elektrik di kawasan banjir SESB laksanakan pemulihan bekalan secara berperingkat KOTA KINABALU Pemulihan bekalan elektrik ke kawasan kawasan yang terjejas akibat banjir kil...
Rethink Strategy To Increase Organ Donation Rate

Senarai Terkini Universiti Terbaik Malaysia 2025

Corn Seller Goes Viral For Racist Notice Sorry Ini Jagung Tiada Jual Sama Orang Keling

Mau Ngembangin Brand Biar Makin Cuan Saatnya Pakai Pendekatan Digital Campaign

Lelaki Misteri Pujuk Singa Terlepas Pulang Ke Kandang

Membaca Amalan Baik Untuk Mencipta Kejayaan

Mercedes Amg Sl 63 Manufaktur Golden Coast A Limited Edition Masterpiece

Spm 2025 Trial Paper Questions Answers


echo '';
Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton

Senarai Keputusan Pemenang AJL 2025 Anugerah Juara Lagu 39 Live Di TV3 Dan Tonton

AJL 2025 Senarai Finalis Tarikh Cara Undi Hadiah Tiket Dan Segala Info Live Di TV3 Dan Tonton Anugerah Juara Lagu 39

Info Dan Sinopsis Filem Perayaan Mati Rasa 2025 Adaptasi Lirik Lagu Berjudul Sama Kini Di Pawagam Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Sumala 2024 Adaptasi Kisah Nyata Dari Kabupaten Semarang Kini Di Platform Online Netflix Malaysia


Lirik Lagu Selendang Ibunda Iman Troye

Teknologi Instalasi Listrik Modern Yang Mengurangi Konsumsi Daya

Kdnk Positif Pakar Saran Kerajaan Perkukuh Langkah Strategik Demi Kesejahteraan Rakyat

Menatap Indahnya Gunung Fuji Dari Tepian Tasik Kawaguchi

Lawatan Penyelidik Universiti Sains Islam Malaysia Ke Center Of Technology Politeknik Ungku Omar Ipoh

Singgah Lunch Di Kafe Olla Janda Baik